Sunday, December 26, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Ruqyah

Assalamualaikum kepada anda yang dihormati Allah sekalian,
Untuk volume ke 3 ni, aku nak cite pasal ruqyah.kita biasa dengar perkataan ruqyah tu kan, tapi apakah sebenarnya ruqyah tu? sebuah perbuatan kah? atau apakah? jom kita teliti sabda mulia Rasulullah salahua 'alaihi wasalam yang tercinta mengenai ruqyah ini.check it out!

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; "Nabi salallahu 'alaihi wasalam meniup ke atas dirinya pada ketika beliau sakit hampir kematiannya dengan membaca al-Mu'awwizat (iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas). Namun tatkala sakitnya semakin berat, akulah yang meniup dengan membaca al-Mu'awwizat tersebut, kemudian dengan tangan beliau sendiri aku sapukan ke badannya untuk mengambil keberkatan dengan tangannya". Az-Zuhri ditanya; "Bagaimana Nabi meniup?". Beliau menjawab; "Beliau meniup ke kedua tangannya, kemudian beliau menyapu kedua tangannya itu ke wajahnya". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit. Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah; Telah menjadi ijmak ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan 3 syarat : i-menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya. ii-menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya. iii-dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah. (Fathul-Bari, kitab at-Thibb)
  2. Dilarang sama sekali meruqyah dengan ruqyah/jampi yang mengandungi ungkapan syirik. Seorang sahabat Nabi bernama 'Auf bin Malik al-Asyja'ie radhiyallahu 'anhu menceritakan; 'Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam; "Ya Rasulullah, apa pandangan kamu tentang jampi?". Baginda menjawab; "Tunjukkan kepada ku jampi-jampi kamu.Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya" (Riwayat Imam Muslim & Abu Daud dari 'Auf bin Malik radhiyallahu 'anhu)
  3. Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir dan doa-doa yang maksur dari Nabi salallahu 'alaihi wasallam kerana tidak ada sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran ata as-Sunnah sudah pasti lebih mustajab dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi 3 syarat tadi.
Di antara bacaan ruqyah Nabi

Dari 'Abdul-Aziz rahimahullah yang menceritakan; Aku & Tsabit rahimahullah telah masuk bertemu Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu. Tsabit berkata; "Wahai Abu Hamzah (panggilan bagi Anas), aku ditimpa sakit". Lalu 'Anas berkata; "Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah Rasulullah sallalahu 'alaihiwasalam". Jawab Tsabit, "Sudah tentu". Anas pun membaca ruqyah Rasulullah (yang bermaksud): "Ya Allah, wahai Tuhan manusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan maha Penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada meninggalkan lagi penyakit". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam apabila meruqyah, baginda akan membaca; "Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan Manusia. Di tanganMulah kesembuhan. Tidak ada siapa yang dapat membuang penyakit melainkan Engkau sahaja" (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

so, boleh la kita menjadikan hadis-hadis ini untuk menjalankan rawatan kaedah ruqyah yang pernah disebut oleh baginda ni. antara penyakit yang boleh diruqyah yang diberitahu di dalam buku '106 Hadis Pengubatan Nabi' tejemahan & ulasan daripada Ustaz Ahmad Adnan B Fadzil (Mudir MANHAL HPA) ini, untuk mata, sengatan binatang-binatang berbisa & sakit telinga. nanti next post insha Allah aku akan kongsi cara meruqyah dan medium apa yang digunakan untuk meruqyah.well, mungkin dah ramai yang tahu bab2 ni tapi ramai juga yang tak tahu kaedah ni kan. so, put your trust to Him, raise you hands & pray ;D


Monday, December 20, 2010

Always Be There - Sentiasa Bersama

Peace be upon you my brothers & sisters,
For the 4th times, I wanna to share one of the songs in Maher's first album,Thank You Allah (2009), Always Be There.this song was in track no1.I really love this song's opening and it should in first track :).so, I wanna to share with you the translation of this song in Bahasa Melayu (Malay version).let's explore it :

Allahuakbar ,Allahuakbar, Allahuakbar...

Jika anda bertanya kepada saya tentang cinta
Dan apa yang saya tahu tentangnya
Jawapan saya pastinya
Segala tentang Allah
Cinta yang suci, untuk jiwa kita
Pencipta anda dan saya, alam dan seluruh semesta
Satu-satunya yang membuatkan kita utuh dan bebas
Menjadi penjaga kepada yang mempercayaiNya


Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Jadi, apabila anda kehilangan arah
Kepada Allah anda harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada


Dia membawa diri kita dari kegelapan ke dalam cahaya
Subhanallah pujian milik Mu untuk segalanya
Seharusnya tidak pernah merasa takut dengan apa sahaja
Selama kita mengikuti panduan-Nya sepanjang jalan
Melalui masa yang singkat yang kita miliki di kehidupan ini
Semuanya akan berakhir
Dan kita akan di syurga-Nya dan kita semua dengan baik


Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Dan Dia tahu apa yang ada di dalam hati kita
Jadi, ketika waktu sukar
Kepada Allah kita harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada ...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahhuakbar...

Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Dan Dia tahu apa yang ada di dalam hati kita
Jadi, ketika waktu sukar
Kepada Allah kita harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada ...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

Lirik : Bilal Hajji & Maher Zain
Melodi & Gubahan : Maher Zain
Awakening Records 2009
Penterjemah : Eidmalina Ideris

memories to cherish : Meet The Fans session @ The Curve (9 Oct 2010) &
Save The Soul Showcase @ MBSA Shah Alam (15 Oct 2010)

Wednesday, December 15, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

 
Assalamualaikum guys,
Ok this is last part of Hadis-hadis Pilihan vol 2.for this post I want to share with you about al-Kayy.check it out :

Anas radhiyallahu 'anhu yang menceritakan : "Abu Thalhah dan Anas bin an-Nadhar radhiyallahu 'anhuma telah melakukan al-Kayy kepada dirinya dan Abu Thalhah sendiri melakukannya dengan tangannya sendiri". Anas berkata; "Aku telah diubati secara al-Kayy kerana penyakit zatil-janb dan pada ketika itu Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam masih hidup. Ia telah disaksikan oleh Abu Talhah, Anas bin an-Nadhar dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhum. Yang melakukan al-Kayy kepada ku ialah AbuTalhah sendiri. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Imam Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan; Dinisbahkan al-Kayy kepada mereka berdua bersama-sama kerana mereka merestui pengubatan al-Kayy itu untuk Anas. Kemudian dinisbahkannya hanya kepada Abu Thalhah sahaja kerana Abu Thalhah yang melakukan al-Kayy itu untuk Anas dengan tangannya sendiri (Fathul-Bari)
Dari Qays bin Abi Hazim rahimahullah menceritakan; Kami masuk bertemu dengan Khabbab radhiyallahu 'anhu kerana menziarahinya yang sedang sakit. Ketika itu ia telah dituam dengan tujuh tuaman di perutnya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mendahului kita, mereka pergi (meninggal dunia) tanpa dunia mengurangkan sedikitpun (pahala/ganjaran mereka). Adapan kita sekarang, kita telah memperolehi harta dunia yang kita tidak menemui tempat untuk membelanjakan harta itu melainkan ke tanah (beliau maksudkan membina bangunan). Kalaulah bukan kerana Nabi menegah kita dari mendoakan kematian, nescaya aku akan mendoakannya". Qays bercerita lagi; Kemudian kami datang lagi menziarahinya pada kali yang lain dan ia sedang membina sebuah bangunan untuknya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya seorang muslim akan diberi pahala dari apa yang ia belanjakan melainkan belanjanya untuk membuat bangunan ini". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan :
  1. Khabbab yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah Khabbab bin al-Arat, seorang sahabat dari golongan awal yang memeluk Islam. (al-Karmani)
  2. Jika disoalkan, kenapa sahabat (Khabbab) berubat dengan al-Kayy sedangkan terdapat hadis menegahnya? Hal ini kerana tegahan Nabi ialah kepada orang yang mampu berubat dengan cara lain, namun ia masih dibuat dengan cara al-Kayy. Adapun orang yang telah berubat dengan cara lain tidak sembuh, haruslah ia berubat dengan cara al-Kayy sebagai ikhtiar terakhir. (al-Karami)
  3. Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa bagi Khabbab; harta yang dibelanjakan untuk membina bangunan milik sendiri tidak akan mendapat pahala. Namun menurut Imam al-Karmani dan Ibnu Hajar rahimahumallah ; Yang dimaksudkan ialah bangunan yang melebihi dari keperluan iaitu untuk berseronok-seronok dengan dunia atau bermewah-mewah. (al-Kawakib ad-Darari dan Fathul-Bari)
Ok, kesimpulan dari hadis-hadis ini ada 2 perkara yang kita dapat belajar kat sini iaitu al-Kayy boleh digunakan bila dah tak de cara lain untuk berubat. kalau ada cara lain, memang kita kena guna cara lain selain tuaman al-Kayy ni.yang keduanya kita belajar bagaimana untuk menggunakan harta kita supaya mendapat keberkatan dan pahala.apapun niat hanya kerana Allah & untuk kebaikan akhirat kita...insha Allah :) khalas.

Saturday, December 11, 2010

Biarkan Aku!

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu,
jawab aku selalu bersama Tuhan ku,
Ku pasrah pada Nya...sehening tiupan salju,
Kerna Nya aku rasa jitu dan mampu,
Melebihi manusia beribu.

Daerah ini daerah tenang,
Sekalipun nada yang kata usang,
Daerah ini daerah damai,
Sekalipun sukar untuk sampai,
Daerah ini daerah merdeka,
Sekalipun ada yang memeranginya,
Biarkan saja aku di daerah ini.

Kata mereka daerah mu itu jauh,
Jawab ku pada Tuhan aku bersama Mu,
Yang jauh itu jiwa yang mungkir,
Pada ku daerah ini aman hampir,
Kata mereka daerah kau itu sepi.
Jawab ku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni,
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian,
Pada ku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan.

Daerah ku ini daerah berpendirian,
Berpaksikan firman Tuhan,
Bukan hukum insan,
Bukan gema sorakkan,
Bukan riuh tepukan.

Daerah ini tak pernah peduli,
Apa kata abdi atau pembesar negeri,
Daerah ini berdasarkan Nabi,
Bagindalah mimpi bagindalah realiti.

Biarkan saja aku di daerah ini,
Sekali pun ada yang tak gemari,
Biarkan saja aku di daerah ini,
Sendiri membawa diri dan sanubari.

Biarkan saja aku di daerah ini,
Sekali pun ada yang tak gemari,
Biarkan saja aku di daerah ini,
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi.

Di daerah ini...biarlah aku.


Thursday, December 9, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

Hijamah (Bekam)

Terdapat 3 hadis menarik mengenai bekam yang aku nak share di sini :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-yang menceritakan; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-menceritakan; Nabi ssllalllahu 'alaihi wasallam berbekam ketika sedang ihram. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Ashim rahimahullah-yang menceritakan; Jabir bin 'Abdullah radhiyallahu 'anhu-telah menziarahi al-Muqanna. Jabir berkata kepadanya; "Aku tidak akan meninggalkan mu hinggalah kamu berbekam. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam bersabda; "Sesungguhnya padanya ada penyembuhan" (Soheh al-Bukhari, at-Thib)

Ulasan :
  1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasalam berbekam dan menggalakkan para sahabat untuk berbekam.
  2. Terdapat hadis menceritakan "Rasulullah berbekam pada hari ke 17, 19 & 21 mengikut bulan Islam" (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu 'anhu (kitab at-Thib, bab Hijamah). Menurut imam at-Tirmizi : hadis ini hasan gharib)
  3. Baginda juga bersabda "Berbekam pada hari ke 17 ke 19 dan ke 21 adalah penyembuh bagi segala penyakit"(hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
Berbekam di kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu meneceritakan; Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam berbekam di kepalanya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Berbekam untuk mengubati sakit kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan; Nabi sallalhu 'alaihi wasalam berbekam di kepalanya ketika dalam Ihram kerana kesakitan yang dihadapinya. Baginda berbekam di satu kawasan berair yang dipanggil dengan nama Lihya Jamal. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam berbekam ketika Ihram.Baginda berbekam di kepalanya untuk mengubati kesakitan yang dirasai di sebelah kepalanya. 9Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. As-Shuda' ialah kesakitan yang dirasai di kepala sama ada keseluruhannya atau di sebahagian kepala. Sakit kepala yang dirasai sebelah kepala secara berterusan dinamakan Syaqiqah. Jika dirasai secara berterusan di keseluruhan kepala dinamakan Bidhah dan Hauzah.
  2. Sakit kepala ini wujud bermacam jenis dan puncanya juga pelbagai. Hakikat sakit kepala kerana kepanasan di kepala dan wap yang tersekat. Ia adalah penyakit para Nabi dan kebanyakan sakit Nabi Muhammad adalah dari jenis sakit kepala. (Faidhul-Qadier, no.2043)
apa plak al-Kayy yang aku tulis di post terdahulu mengenai tiga penyembuh ni?ok,relexs...baca dan fahami mengenai madu & bekam ni dulu.kalau ade soalan ke,konpius apa2 bleh tanya,insha Allah aku akan menjawab.tak pun kalau aku pun tak tau,aku tanya pakar bab Thibun Nabawi yang mana patut.khalas (Maher Zain,2010) <--nak jugak!


Tuesday, December 7, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 2 : Tiga Penyembuh (Madu, bekam & kayy)

Assalamualaikum & salam kesucian Maal hijrah 1432,
Pejam celik alhamdulillah kita dah masuk tahun baru hijrah. Hijrah itu sendiri bermaksud perpindahan dan semangat perpindahan ini bukan sahaja harus tertumpu pada awal tahun baru sahaja tetapi pada bila-bila masa.insha Allah, teruskan berdoa & meminta kepada Allah agar Allah sentiasa mebimbing kita ke jalan yang Dia redhai.suka aku ingatkan di sini...redha ibu bapa bermaksud redha Allah.

ok kali ni aku nak share beberapa terjemahan Hadis yang juga dipetik dari buku 106 Hadis Pengubatan Nabi. pastinya ia berkaitan dengan pengamalan kekasih Allah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. why not kita jadikan ia amalan kita kan?ok take a look:

Dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhuma- bahawa Nabi sallalllahu 'alaihi wa sallam bersabda "Penyembuh ada pada tiga : pertama, toresan bekam (untuk mengeluarkan darah) kedua, minum madu ketiga, al-Kayy (tuaman dengan api). Aku menegah umatku dari tuaman dengan api " ( Soheh al-Bukhari, Kitab at-Thib)
Ulasan :
  1. Di Dalam hadis ini ada 3 jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi sallalahu 'alaihi wasalam iaitu menggunakan madu, hijamah (bekam) & al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).
  2. Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-Kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis ini. Namun, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy.
  3. Setelah meneliti semua hadis tentang  al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan : pengubatan secara al-Kayy tidaklah dilarang secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada waktu tertentu terutama pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan (Fathul-Bari, kitab at-Thib)
Mengubati sakit perut dengan madu

Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata; 'Saudaraku mengadu perutnya cirit-birit'. Nabi berkata;'Beri ia minum madu'. Lelaki itupun memberi saudaranya minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; 'Beri ia minum madu'. Ia datang lagi dan berkata; 'Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu, perutnya semakin cirit-birit'. Nabi menjawab; 'Allah adalah benar, namun perut saudaramulah yang berdusta. Beri lagi minum madu'. Ia memberinya lagi, akhirnya sembuhlah saudaranya itu". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thub, bab ad-Dawa bi al-'Asali & bab Dawa al-Mabtun)

Ulasan :
  1. Istitlaq dalam hadis di atas bermaksud : penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah penghadaman dan usus. (mInhatul-Bari)
  2. Ucapan nabi "Allah itu Benar" adalah merujuk kepada firman Allah "Keluar dari dalam badannya (yakni lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penyembuh bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"(surah an-nahl, ayat 69)
Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa madu adalah penyembuh. Apabila madu itu tidak berkesan, maka puncanya bukan pada madu, akan tetapi pada perut. Menurut ulamak; Ucapan Nabi "...perut saudaramu yang berdusta.",maksud dusta di sini ialah berada dalam keadaan salah (yakni ada yang tidak kena). Dalam erti lain; perut berada dalam keadaan tidak baik untuk menerima penyembuhan. Punca keadaan perut yang tidak baik ini ialah banyakknya bahan-bahan yang rosak di dalamnya dan perlu dikeluarkan barulah penyembuhan boleh berlaku.

Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi meminum madu itu untuk mengososngkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali nabi menyuruh lelaki tersebut memberi madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi bi al-'Asl) )

Ok,khalas stakat ni.nanti aku sambung lagi 2 cara iaitu bekam (hijamah) & al-Kayy.
*tetiba rasa nak makan roti sapu ngan madu.syok...

 

Friday, December 3, 2010

Open Your Eyes - Buka Mata Mu

Salam my dear brothers & sisters,
all praises to Allah...alhamdulillah di atas segala nikmatNya yang tidak terhitung ini.untuk kali ketiga aku post terjemahan lagu Maher Zain di blog aku ini, kali ni aku nak share ngan korang antara lagu-lagu awal yang membuatkan aku jatuh hati dengan masterpiece Maher ini. lagu ini bagi aku perfect!semua sisi lirik lagu ni aku suka...memang seperti tajuknya lah,'Open Your Eyes' dan memang terbukti lagu ini telah membuka mata aku yang sebelum ini buta dan buat tak sedar keajaiban Allah tersebar di sekeliling aku.masha Allah...

yang paling menyentuh bila lagu ni banyak diulang doa & harapan kita kepada Allah.subhanallah...memang membangkitkan rohani ini yang sememangnya sentiasa leka dengan mimpi dunia yang sementara.ok, mari menyelusuri lirik lagu 'Open Your Eyes' yang telah aku translatekan ni mengikut kefahaman aku :)






Lihat di sekeliling mu
Tidakkah kau melihat keajaiban ini
Tersebar di hadapan mu
Awan-awan terapung
Langit yang jelas dan biru
Planet dan orbit
Bulan dan matahari
Seperti suatu harmoni yang sempurna

Mari soalkan pada diri sendiri
Tidak cukupkah bukti ini kepada kita
Ataukah kita sangat buta
Untuk meletakkan semua ini ketepi
Tidak...

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap hari...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Lihat di dalam diri mu
Seperti aturan yang sempurna
Berselindung di sebalik sel-sel mu
Bergerak di saluran darah mu
Bagaimana pula dengan kemarahan, kasih sayang & kesakitan
Dan semua perasaan mu
Adakah kau dapat menyentuhnya dengan tangan?
Jadi adakah semuanya benar-benar di situ

Mari soalkan pada diri sendiri
Tidak cukupkah bukti ini kepada kita
Ataukah kita sangat buta
Untuk meletakkan semua ini ketepi
Tidak...

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap hari...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Bila bayi dilahirkan
Sangat tidak terdaya dan lemah
Dan kau melihat dia membesar
Jadi kenapa nafikan
Apa di depan mata mu
Sebuah keajaiban besar dalam hidup

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap waktu...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap waktu...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Allah...
Kau menciptakan segalanya
Kami milik Mu
Ya Rabb kami tadahkan tangan kami
Selamanya kami berterima kasih
Alhamdulillah



Lirik : Maher Zain & Bara Kherigi
Melodi & Gubahan : Maher Zain
Awakening Records 2009
Penterjemah : Eidmalina Ideris
*pictures credit to my baby D60,my XpressMusic & Google Images.

Monday, November 22, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 1 : Beza Mukmin dengan Munafik

Assalamualaikum brothers & sisters,
Syukur alhamdulillah...pada 14 Zulhijjah 1431 / 21 nov 2010 lalu aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Kuliah Hadith Sahih Bukhari Pengajian Thibbun Nabawi yang diadakan di HPA International Center, Shah Alam. kuliah sehari itu mengupas hadis-hadis yang terdapat di dalam buku "106 Hadis Pengubatan nabi Dari Soleh Imam al-Bukhari (Terjemahan & Ulasan)" oleh Ustaz Ahmad Adnan B. Fadzil iaitu Mudir MANHAL-HPA.

Kali ini aku nak share 2 hadis terpilih melalui buku ini untuk kita fikir-fikirkan bersama sabda mulia Rasulullah salallahu 'alaihi wassallam ini...insha Allah.

Dari Ka'ab -radhiyallahu 'anhu menceritakan Nabi -sallallahu 'alaihi wassallam bersabda: "Perumpaan seorang mukmin adalah seperti batang pohon yang baru tumbuh (yang masih liut-pent.). Apabila ia ditiup angin kencang, sekali ia condong dan sekali ia kembali tegak. Adapun orang munafik, ia umpama ia seperti batang poko arzah yang awalnya tetap tegak apabila dipukul angin kencang, namun akhirnya tercabut sekaligus". (soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)



Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah -sallallahu 'alaihi wassallam bersabda: "Perumpaan seorang mukmin adalah batang pohon yang baru tumbuh (yang masih liut-pent.) di mana bila dipukul angin, ia condong, namun bila angin reda, ia kembali tegak. Begitulah seorang mukmin yang condong ketika diuji (namun setelah reda ujian, ia kembali teguh-pent.). Adapun orang berdosa, ia seperti batang pokok arzah yang keras dan tetap lurus (bila dipukul angin-pent.) hinggalah ia dipatahkan Allah apabila Ia mengkehendakinya". (soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

*pent.-penterjemah.

Ulasan kedua hadis ini:

  1. Maksud perumpamaan hadis di atas ialah, orang yang beriman kehidupannya berlegar anatara suka dan duka, kesenangan dan ujian, sihat dan sakit di mana ia meyakini semuanya adalah takdir Allah dan ia hadapinya dengan syukur dan sabar dan tidak pernah putus asa, ibarat pokok yang batangnya liut apabila dipukul ribut ia melentur mengikut arah angin, namun tidak patah sama sekali. Bila angin reda, ia kembali tegak lurus.
  2. Berbeza dengan orang kafir di mana hidupnya penuh dengan kesenangan dan jarang ia diuji oleh Allah hinggalah bila sekali diuji terus ia tersungkur. Semasa hayatnya dia tidak pernah susah kerana kesusahan untuknya dihimpun oleh Allah bagi ia rasai sekaligus ketika hendak mati. (Rujuk: al-Karmani)
Picture credit to : http://www.boston.com/bigpicture/2010/11/hajj_2010.html?ref=nf

Thursday, November 18, 2010

The Chosen One - Yang Satu-satunya Terpilih

Salam bothers & sisters,
for this entry I want to share with you one of the my most favourite song from Maher's album,Thank You Allah. The song is 'The Chosen One' or in Malay, 'Yang Terpilih'. This song was in track no 7. Before I share with you the lyrics that I have translated to Bahasa Melayu, I want to share a few pictures the making of this video music.



you can watch this video music at youtube.com or go trough to maher zain's official facebook.i'm sure you will love it.

The Chosen One

Di dalam waktu kegelapan dan kerakusan
Inilah cahaya mu yang kami perlukan
Kau datang mengajar bagaiman untuk hidup
محمد يا رسول اله

Kau sungguh prihatin dan baik
Jiwa mu penuh dengan cahaya
Kaulah ciptaan yang terbaik
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih

Dari kemewahan kau berpaling jauh
Dan sepanjang malam kau akan beribadah
Kebenaran dalam setiap kata-kata mu
محمد يا رسول الله

Wajah mu lebih bercahaya daripada matahari
Kecantikan mu tiada tandingannya
Kaulah yang terpilih dari Allah
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih

Aku cuba untuk mengikuti jalan mu
Dan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik
untuk menjalani hidup ku
Seperti mana yang telah kau ajarkan
Aku berdoa agar dekat dengan mu
Dan hari itu dan melihat kau senyum
Apabila kau melihat ku

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih


Lyrics : Bara Kherigi
Melody & Arrangement : Maher Zain
Awakening Records 2009
Translator : Eidmalina Ideris
*pictures credit to http://www.anneclairebrun.com/

Tuesday, November 16, 2010

Eiduladha dan cerita ini.


Ujian yang berat

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"

(Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar." Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

*credit to iluvislam.com.

maka,dengan cerita panjang lebar (walaupun sudah diringkaskan) ini, peristiwa ini cukup menggambarkan kepada kita bahawa Allah memberi nikmat kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara & situasi. Cerita penggorbanan Nabi Ibrahim ini membuktikan kasih sayang Allah sungguh besar kpd hamba Nya & jika diukur dengan keluasan alam semesta ini pun tidak mencukupi.sesiapa sahaja yang singgah di blog aku ini, aku menyeru terutama pada diri aku dan semua saudara seummah aku...mari,mari,mari kita kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya. ingatlah,Islam bukan hanya pada nama, bukan pada surau/masjid, bukan pada majlis doa selamat/tahlil & sbgnya, bukan hanya pada jilbab,kopiah & sejadah, bukan hanya ketika berlaku musibah tetapi PADA HATI, KEYAKINAN, IKHLAS, KEPERCAYAAN, WAKTU BERSENANG-SENANG DAN SEGENAP SUDUT HIDUP INI.

Salam Eiduladha buat semua Ummah. semoga kita menjadi tetamu Allah seterusnya dapat memijak tanah suci Mekkah sebelum kita bergelar jenazah/allahyarham/allahyarhamah...insha Allah :) amen...

Labbayka Allahumma labbayk, labbayka la sharika laka labbayk. Inna al-hamda wanni'mata laka wal-mulk, la sharika lak. (Here I am, O Allah, here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily all praise and blessings are Yours, and all sovereignty, You have no partner)

Thursday, November 11, 2010

Kongsi Ilmu : Omega

Salam brothers & sisters,
post kali ni aku nak share ngan korang semua apa yang aku belajar dengan tn hj ismail di kuliah perubatan jawi (KPJ) beliau.sape tn hj ni...tgk belah kanan,'the amazing knowledgeable' tu la dia.KPJ ni kelas yg dikendalikan khas oleh tn hj dan beberapa org panel HPA ni.HPA ni apa pulak?HPA ni Herba Penawar Al-Wahida.kali ni aku nak share mengenai minyak ikan.let's go! btw,dulu ia dikenali sbg omega-3 tapi sekarang atas permintaan kementerian kesihatan malaysia, namanya ditukar kpd O3 Softgel.ok,minyak ikan adalah minyak yang diekstrak daripada tisu-tisu ikan. pengambilannya memang sangat disarankanlah untuk diet (pemakanan) yang sihat.kenapa?sebab ia mengandungi asid lemak Omega 3,EPA & DHA.EPA ni untuk jantung & DHA plak untuk otak.

Untuk pengetahuan korang,ikan ni tak menghasilkan asid lemak omega 3 secara terus tapi ia terhasil melalui pemakanan ikan-ikan yang mengandungi mikro-alga. omega 3 ni asid lemak yang sangat penting & ia tak boleh dijadikan secara semulajadi oleh tubuh manusia melainkan melalui diet (pemakanan) kita. nisbah O3 yang sepatutya kita ambil ialah 2:1 tapi kebanyakkan kita hari ni mempunyai kurang O3, kita x leh bergantung pada pemakanan harian je, that's why kita kena mengambil suplement yg mempunyai O3 yg mampu beri manfaat yg besar.

Untuk pengetahuan korang lagi, O3, DHA & EPA ni ada dalam minyak ikan. memang ia menjadi peranan penting untuk jantung, mata,sistem saraf, buah pinggang dan hati.mari kita lihat apa yang best mengenai O3 ni :

  • membantu mendapatkan jantung yang lebih sihat dan paras kolestrol yang lebih baik.
  • membantu dalam menjana minda yang tangkas, cerdas dan tuntas :) , menaikkan mood, daya tumpuan & memori.
  • meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap demam, selsema dan mcm2 lagi
  • meningkatkan kekuatan sendi, mengurangkan ketidakselesaan & sakit akibat arthritis
  • mengurangkan sindrom pra haid iaitu sengugut
  • meningkatkan kualiti kesihatan kuku, rambut & kulit
  • baik untuk kanak-kanak yg hyper active, tension & anti-sosial.

untuk produk O3 keluaran HPA halal lagi suci daripada tangan2 orang yg berwudhuk ini, pegambilan harian 1-3 kapsul selepas makan dan untuk kanak-kanak 1 kapsul selepas makan.memetik kata-kata tn hj,apa sahaja suplement yg berbentuk minyak memang kena makan selepas makan okeh....ingat pengambilan suplement tak tunggu sakit atau tua ya, mencegah lagi better dari berubat.ok,selamat menjaga kesihatan...

Genggam tangan ku...banyak lagi jalan untuk melakukan kebaikan.Genggam tangan ku...mari lihat kembali apa yang kita sudah hilang.Genggam tangan ku wahai sahabat, kita akan bersatu memberi semangat kepada satu sama lain. Dan mari berdoa untuk kesejahteraan dunia... Dunia indah yang kita kongsi bersama (Bilal Hajji, 2009)


Thursday, November 4, 2010

Genggam Tangan Ku - Hold My Hands

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan,
Untuk kali ini aku akan berkongsi lagu-lagu daripada Maher Zain ini yang dialih bahasa ke bahasa melayu agar dapat difahami oleh semua.actually niat untuk translate lagu akhi maher ni dah lama,cuma kekangan masa yg menghalang.pastu bila beberapa orang termasuk ibu,kakak dan abg ipar aku beria-ia minta aku translatekan lagu akhi maher ni maka dengan kelapangan masa yang aku ada ni,aku translate mengikut kefahaman dan cara akulah.credit kepada Allah kerana diberi daya fikiran ini dan credit kpd dictionary oxford aku dan google translate ;D

maka,kali ni aku nak share lagu yg secara peribadinya aku sangat2 suka iaitu Hold My Hand.lagu ini berada di track ke 10 di dalam album akhi maher 'thank You Allah'.





Genggam Tangan Ku
Aku mendengar seperti bunga menangis dengan kuatnya
Udara ini kedengaran seperti sedih
Oh tidak
Beritahu ku bila kita wajar
Menjadi dingin dan kosong di dalam
Kehilangan arah sejak dulu lagi
Adakah kita benar-benar buta
Kita tidak dapat melihat dan tetap menyakiti sesama sendiri
Kita lakukan hanya bertengkar

Sekarang kita berkongsi matahari cerah yang sama
Bulan bulat yang sama
Kenapa tidak berkongsi kasih sayang yang sama
Beritahu ku kenapa tidak
Hidup ini pendek daripada kita sangkakan

Genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Anak-anak kelihatan seperti mereka telah kehilangan senyum mereka
Di taman permainan yang baru berdarah
Oh tidak
Bagaimana boleh kita mengabaikan, suara menyayat hati menangis
Dan kita masih meneruskan
Seperti tiada yang benar-benar peduli
Dan kita hanya berhenti merasa semua kesakitan ini kerana
Seperti itu tugasan seharian kita

Sekarang kita berkongsi matahari terang yang sama,
Bulan yang sama bulat
Mengapa kita tidak berkongsi cinta yang sama
Katakan padaku mengapa tidak
Hidup ini lebih pendek daripada kita sangkakan

Genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Tidak peduli seberapa mungkin jauhnya aku
Aku akan selalu menjadi tetangga mu
Hanya ada satu planet kecil di mana harus menjadi
Jadi aku selalu akan menjadi tetangga mu
Kita tidak boleh sembunyikan, kita tidak dapat menafikan
Bahawa kita selalu akan menjadi tetangga
Tetangga mu, tetangga saya
Kita tetangga

Jadi, genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Lyrics : Bilal Hajji
Melody & Arrangement : Maher Zain
Awakening Records 2009
Translator : Eidmalina Ideris

Thursday, October 21, 2010

Selamatkan Jiwa : Maher Zain vol 2

Salam readers,

All praises to Allah,all praises to Allah...Dia Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengurniakan segala nikmat yang tidak terhitung ini.syukur alhamdulillah kerana aku di antara hamba Nya yang terpilih untuk menghadiri Save The Soul-Maher Zain showcase yang telah berlangsung dengan penuh kerahmatan Nya di auditorium MBSA pada 15 oktober 2010 yang lalu.actually showcase ni dua malam iaitu 14 & 15 okt. Maka di sini aku nak berkongsi gambar2 yang sempat aku capture juga dengan baby D60 sewaktu persembahan akhi Maher ini.8 lagu bertenaga yang dipersembahkan malam tu, Allah Kiya Karo,Ya Nabi Salam Alaika,Hold My Hand,Always Be There,For The Rest of My Life,Barakallah,The Chosen One dan pastinya Insha Allah.memang tak terasa ,alih2 dah habis kelapan2 lagu akhi Maher nyanyi.penguasaan pentasnya sungguh mantap,sgt friendly dengan audiens,happening,chill sangat,suara tak yah cakap la...fiuuh.....

harga RM 150 untuk konsert ini takternilai dengan persembahan malam tu.no miming,totally live.lagu-lagu yang dia bawa...masha Allah.moment yang paling aku suka bila berselawat bersama dengan akhi Maher melalui Ya Nabi Salam Alaika.malam itu bergema auditorium dengan segala puji-pujian kepada Allah dan baginda Rasulullah s.a.w.terasa ketenangan dan kerahmatan dalam suasana yang sememangnya meriah. gambar atas dan bawah ini bermaksud Allah is only One dan bila dia buat sign mcm ni teringat setiap kali kita duduk semasa solat untuk membaca atahiya...asyhadualla illahaillah.

dari segi teknikalnya aku sangat menyukai LX (lighting) dan audionya.LXnya sangat cantik dan sesuai dalam setiap lagu-lagu yang dibawa oleh akhi Maher.gandingan warna-warna yang tidak menyakitkan mata.live instrumen yg berganding dengan basic minus one juga menaikkan mood penonton malam itu.antara moments yang best sangat2 bila akhi Maher minta kids naik ke pentas untuk together nyanyi lagu Insha Allah...kedengarannya seperti biasa2 sahaja,but it was brilliant idea.waktu tu memang fun habis and then bila akhi Fairuz menyerahkan buku Voice of Hearts di akhir persembahan malam itu.kenapa?sebab dalam buku tu juga terkandung voice of heart aku untuk akhi Maher.


really feel so close with Allah & akhi Maher.sememangnya ini pengalaman pertama kali dalam hidup aku menghadiri yang diketagorikan dalam konsert tetapi terasa di bawah lembayung rahmat dan keberkatan Nya.secara tak langsung,sepanjang showcase ini akhi menunjukkan contoh yang sungguh baik yg ada dalam dirinya.perkataan2 bismillah,alhamdulillah,masha Allah,insha Allah tak lekang dari sebutannya.sikapnya yang terbuka dan sporting, dia tiada sikap hipokrit yang ada pada artis lain bila dah bajet diri dia tu dah femes kan...


apa yang utama bukan sisi fizikal pemilik nama Maher Zain ini tetapi lagu-lagu serta hasil buah fikirannya yang kreatif ini yang mampu menyelamatkan jiwa ini.yang menjadikan diri aku memikirkan kembali fungsi aku di dunia ini,melihat alam dengan membuka mata,hati dan fikiran,menjadikan sentiasa berterima kasih kepada Allah kerana sentiasa bersama aku.sedar bahawa Rasulullah adalah yang terpilih dan mesti dijadikan contoh.menyesal dan rasa dibangkitkan kerana aku banyak tertipu dengan diri sendiri dan keadaan sekeliling.keyakinan aku semakin menebal kerana sedar Allah adalah tempat kebergantungan aku.aku mula menyesali kesalahan aku meninggalkan bacaan dan penghayatan al Quran.bacaan yassin seminggu sekali tidak cukup untuk mengatakan pegangan aku ialah al Quran.

sedar bahawa bumi ini indah dengan ciptaanNya yang tiada tandingannya,melihat kejadian bulan,matahari alam sekitar dengan penuh rasa syukur dan rendah hati.sesungguhnya mengalir air mata ini bila menyelusuri lagu-lagunya sambil muhasabah diri ini yang penuh titik2 hitam yang mengotorkan hati.masa showcase ni juga akhi Maher ada share sepotong lirik lagu yang bakal dimuatkan untuk 2nd albumnya yang dalam kefahaman aku : kita hidup ini hanya ada satu tujuan iaitu Jannah,siapa pun kita di dunia ini kita akan kembali kepada Allah juga,kita tak boleh take for the granted dgn apa yg kita ada sekarang.bila dengar dia cakap,memang tak sabar untuk menantikan da'wah2akhi Maher yg seterusnya."make a du'a..."

sesungguhnya,segala puji-pujian dan kesyukuran khas untuk Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah salallah hulaihiwasalam,peace be upon the massenger the chosen one.keterujaan aku untuk bertemu Allah & Rasulullah semakin membuak2.aku berdoa semoga aku dapat bersiap-siap selengkap yang mungkin untuk bertemu Tuhan yang memberi pinjaman nafas ini,yang mengalirkan darah dalam setiap sel2 dalam badan aku,yang mengerakkan tulang2 ini untuk hidup di atas bumi hak Nya,yang memberikan deria2 bagi aku merasa nikmat Nya.yang memberi aku akal untuk berfikir tentang kejadian Nya.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dan kita semua manusia yang nama asalnya Maher el Zain ini.biarpun hampir 3 tahun yg lalu dia pernah tersasar dari jalan hakiki tapi Allah menunjukkan jalan untuknya,lagu2 nya bukan diinspirasikan daripada mana2 idola lain tetapi inspirasi dari dirinya sendiri,pengalamannya dan rasa hatinya sediri.subhanallah...may Allah bless him,wife and his whole life.amen...

Saturday, October 16, 2010

Selamatkan Jiwa : Maher Zain vol 1

Assalamualaikum brothers & sisters,
kali ini aku nak share something yang menjadi hadiah Allah kepada aku ini.well,dah hampir seminggu akhi Maher meninggalkan tanah Malaysia dan pulang ke pangkuan Sweden di mana tempat dia menetap bersama isteri tercinta.sepanjang 2 minggu akhi Maher berada di Malaysia aku sempat menjengah kehadirannya untuk sesi Meet & Greet kat Rock Corner,The Curve 9 oktober lalu.ni kira siri promosi albumnya Thank You Allah yang hampir setahun berada di pasaran antarabangsa.
memang ramai lah yang meluangkan masa petang tu untuk melihat secara dekat siapa Maher Zain yang menyanyikan lagu-lagu yang mampu membuat pendengarnya tersentuh dan menangis.yang mana terpilih oleh Allah,maka dapat la bersama akhi Maher 1 minit utk autograf & bergambar.ok la tu...keadaan memang pack tapi tak de kecoh2.sayang gak la akhi Maher x leh nyanyi petang tu atas sebab2 pengurusan The Curve.

tapi x pe la kan...maka aku pun meredah manusia2 yang sememangnya tak nak lepas peluang amik gambar akhi Maher yang bak kata member aku dia ni jenis putih gebu.hahaha,tapi hakikatnya kitorang bergurau je,bukan menilai akhi Maher dari fizikalnya tapi apa yang penting da'wah dan mesej yang dibawa melalui masterpiecenya...insha Allah.Alhamdulillah,dapat la aku beberapa snaps gambar dengan baby D60 ni.


hurm,actually berair mata aku bila aku tengok akhi Maher depan aku.tak terkata dengan hadiah yang Allah berikan untuk aku ni setelah aku melalui minggu-minggu yang sungguh sukar.senyuman sememangnya tak lekang dari wajahnya,melayan setiap yang bertemunya dengan penuh ramah dan ketawa...penat aku lihat masih berbaki di raut wajahnya coze dia baru balik dari Langkawi hari tu.tapi hampir 2 jam dia berada di situ ibarat satu rahmat untuk semua orang...alhamdulillah.


aku tertanya diri aku,kenapa la aku tak bersungguh-sungguh datang awal2 beli lagi album dia,que nak dapatkan autograf dan bergambar dengannya sedangkan bukan senang dia nak datang Malaysia tapi kenapa hati dan fikiran aku tak tergerak untuk buat tu semua?ternyata setelah aku tanya soalan ni pada Allah,Dia menjawab dalam setiap situasi yang aku lalui...walaupun aku tak jelas kenapa aku bersikap macam tu,tapi aku jumpa klu2 nya.thank You Allah...You are my trully Best Friend ever!
aku mulai sedar yang bila aku dengar lagu akhi Maher,aku rindu untuk bersama Nya...rindu untuk melihat senyuman Rasulullah.rindu untuk berehat di alam kubur...tak sabar untuk merasai kebahagiaan negeri akhirat.barangkali Allah tak nak aku lebih untuk memuja manusia yang bernama Maher Zain ini.barangkali Allah sedang berinteraksi dengan ku melalui mesej yg dibawa oleh Maher Zain ini.barangkali Allah benar-benar mahu selamatkan jiwa aku melalui manusia ini.Maher Zain menjadi medium untuk Allah mengingatkan aku yang aku bukan keseorangan,yang aku tak boleh lalai,yang aku perlu yakin dengan Dia,yang aku mesti percaya dunia ini fana semata-mata dan hala aku yang sebenarnya adalah mati dan akhirat...

Tuesday, September 28, 2010

Kembali Berkerut

Assalamualaikum....
gedebusshhhh...aku meniti minggu-minggu yang cukup taff.asingment berlambak-lambak nak kena hantar dalam jarak masa yang semuanya dekat-dekat.dengan segala test,kuiz,presentation yang menyeru-nyeru aku.bersedia atau tak tarikh dan waktunya pasti akan sampai.maka dengan ini aku kembali berkerut dan tak senang duduk...hamik ko,ko ingat degree ni macam diploma ke.tapi diploma dulu pun susah jugak...tambahan kali ni cukup banyak teori dan prosedurnya.otak memang perlu diasah setajam mungkin agar senang menyedut segala ilmu-ilmu secara pantas dan tuntas!
huippp!ada 2 tahun setengah lagi iye...aku menantikan sem 3 agar aku rasa masa ini cepat berlalu.alah,kejap je...pejam celik sat g dah nak habis.tapi sungguh!aku memang kena tingkatkan turbo kecekalan dan kesabaran aku lebih dari sebelum ni.nak berkerut ke,x tido 2,3 malam ke...lantak lah.janji keja siap.last minute ke tak ke memang tak leh buat seminggu awal atau 2,3 hari awal sebelum tarikh submit...sah idea x mau keluar!geram aku....kalau ada 2,3 jam lagi nak hantar maka time tu la baru idea tu macam waterfall.

okeh!ada 3 minggu lagi nak final exam week.selamat berjaya.

oh Allah,guide my steps.ameen...

Saturday, September 18, 2010

Kesyukuran dalam kemeriahan...Thank You Allah.

Assalamualaikum...
Akhirnya cuti bagi sambutan Aidilfitri kali ini dah berakhir.maka, segala asingment,report,presentation,interview,seminar dan kelas menyeru aku bagi melunaskannya.even cuti raya dah habis tapi tetap dalam mood raya juga mengenangkan apa yang dipelajari pada Ramadhan yang lepas.berdoa semoga aku tak melupakan shaping process semasa di madrasah Ramadhan itu.aku akan sentiasa merinduinya...

jadinya,di sini aku nak share beberapa moment sepanjang sambutan raya kali ini.alhamdulillah,masih meneruskan ibadah berkumpul ramai-ramai,ziarah menziarahi...juga menikmati makanan yang sedap2,dapat jumpa yang dah lama tak jumpa,sempat snap2 gambar.
picture ni diambil masa kat rumah elyn dan semua yang ada dalam gambar di atas ni adalah kawan-kawan sekolah rendah aku 10 tahun yang dulu.memang best la bukak cerita lama-lama,sembang itu ini.alhamdulillah,mostly semua berjaya ke universiti.ok la tu kan...


moment ni pula diambil pagi raya lepas balik solat sunat Aidilfitri.raya pertama tanpa adik azim yang sangat dirindui.bertambah kekecohan dan kemeriahan terutama dengan 9 anak-anak buah aku yang semuanya berjaya meriuhkan Edemaz Palace ni.


well,bila aku tengok gambar ni makanya aku sorang je la lagi tak kawen.jeles pun ade...hahha..ye la,masing-masing sibuk dengan anak-anak.tak pe,life must going on.bukan senang jugak bila dah kawen ni.tapi,seyes aku suka tengok anak-anak sedara aku yang sedang membesar ni...semua sepesen je.


ni plak,antara aktiviti yang berkaitan dengan raya bila aku pulang ke tanah tempat merantau ni.ni rumah terbuka datuk johan jaaffar.dia ni kira orang paling atas media prima la.macam mana aku bleh kenal ngan dia,masa showcase aku bulan april yang lalu,kitorang gunakan skrip tulisan dia la bagi pementasan teater tu yang bertajuk Asy Syura.datuk ngan datin memang baik dan sporting sangat.

semoga sambutan Aidilfitri ini bukan sekadar budaya dan adat tetapi dilebihkan ke arah ibadah agar ianya mendatangkan pahala.Eid Mubarak!

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri kali ini

Asalamualaikum people,
Syukur alhamdulillah,kita dah berjaya melalui Ramadhan dan kini meraikan hari kemenangan, Aidilfitri.kali ni aku dan keluarga menyambutnya dengan sederhana tetapi meriah jugak la.bila aku perhatikan tahun ke tahun Aidilfitri ini disambut dan makin kurang kemeriahannya.kita macam mencari-cari dan cuba mencreate kemeriahan tu.ingat dulu time 90an,mmg best la time tu...buat biskut & kek raya sendiri,balik kampung,kumpul ramai2,malam raya tak tidur sampai pagi,g ziarah sana sini.sekarang balik kampung pun hanya jumpa waris2 yang mana dekat je,rumah yang dulunya kecoh sekarang hanya tinggal rumah kosong,halaman yang dulunya dipenuhi kereta sedara mara kini hanya sepi menjadi tumpangan daun2 kering...

dulu,sibuk duk hantar & terima kad raya...sekarang facebook,sms je.boleh dikatakan dulu rayanya lagi asli.ni baru 2010,tak tahu lah apa jadi 5 ke 10 tahun lagi.dunia yang dikuasai teknologi antara sebab semua ni.lagi pula orang tua dah makin tak de...tu yang aku ni,sebolehnya tak mau terperap kat umah melangguk tgk tv tak g menziarah apa,kena g jugak sebab dengan cara ni la kita kenal terutama sedara mara yang dah tua2 tu.nanti anak-anak aku tanya tu sapa ni sapa boleh la kita cite legasi family ni.

Apapun,aku doakan yang terbaik untuk kita semua dan semoga Allah meletakkan kita dikalangan hamba yang Dia redhai dan diberi petunjuk, amin.Salam Aidilfitri tulus ikhlas dari aku dan keluarga...aku memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan diri ini tersalah perbuatan,termakan,terminum.Eid Mubarak!