Friday, December 14, 2012

We Will Not Go Down


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Saat ini, dunia sedang menyaksikan sebuah 'persembahan' keberanian sekelompok manusia yang secara kasarnya ia dilihat sebagai sekelompok yang kecil & lemah. Namun, mereka telah membuktikan kepada seisi dunia ini mereka akan gagah mempertahankan tanah yang diberkati itu sehingga hembusan nyawa yang terakhir sehingga pihak lawan yang dilihat perkasa itu pun hakikatnya takut gerun dengan mujahid-mujahid Palestin ini. sesungguhnya, tanah & penghuni Palestin ini disebut khas di dalam surah Al-Israa sebagai penghormatan khas kepada mereka. 


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di PALESTIN), yang Kami BERKATI SEKELILINGNYA, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Al Israa' | 1

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam kitab itu : 'Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakkan di bumi (di PALESTIN) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau' "
Al Israa | 4

"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan itu) Kami datangkan kepada kamu HAMBA-HAMBA KAMI yang KUAT DAN GAGAH dan amat ganas seranggannya lalu mereka seranganya lalu mereka lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh & membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku"
 Al Israa | 5

Tiga ayat di atas ini sememangnya membangunkan saya mengenai isu Palestin ini. Semua yang berlaku hari ini di bumi istimewa itu ada hikmah yang cukup besar di sebaliknya. Musuh Islam sebolehnya, mahu melenyapkan tanah Palestin dari peta dunia tetapi semakin mereka cuba melenyapkan dan melemahkan penduduk Palestin tetapi hakikatnya nama Palestin semakin popular & disebut-sebut oleh penduduk dunia dan para penduduknya semakin hari semakin kuat dan digeruni oleh musuh-musuh Islam. bumi Palestin yang pada fizikalnya pemandangan di penuhi dengan bangunan-bangunan runtuh, tanah-tanah gersang, darah-darah para Syuhada yang membasahi bumi Gaza itu. namun, sebenarnya bumi itu sangat-sangat harum dengan roh-roh para Mujahid & Syuhada yang wangi bertebaran. bumi itu indah kerana selalu diziarah para malaikat yang menjadi saksi kepada pengorbanan mereka. pengorbanan mereka demi mempertahankan agama Islam dan bumi Palestin mewakili umat Islam di seluruh dunia. 

Antara perkara yang membuat saya amat-amat tersentuh semasa mendengar perkongsian Afdholin Shauki (Gaza : Apa Cerita?) yang apabila mereka ke Gaza dan bertanya kepada pemimpin HAMAS, bolehkah 'kami' tinggal di Palestin. jawab mereka "dipersilakan, tinggallah di sini, kamu tidak perlukan kerakyatan kerana Palestin ini adalah milik kamu juga". Allahuakbar. terkedu sebentar. Tiga tempat yang amat-amat saya rindui walau saya tidak pernah pun ke sana iaitu Mekah, Madinah & Palestin. entah kenapa saya rasa sangat-sangat belonging dengan tempat-tempat ini. Saya dapat rasa yang Palestin ini juga negara saya, penduduk di sana adalah keluarga saya, adik-adik saya, kakak-kakak saya, abang-abang saya, ayah ibu saya. 

Maka, setelah apa yang telah kita tengok di media masa... saya soalkan pada diri saya, apa pula bahagian tanggungjawab saya dalam perjuangan ini? bagaimana untuk saya menjadi sebahagian umat Islam yang memenangkan Islam yang pasti menang ini? dengan syukurnya, hampir dua tahun lebih saya memboikot mc donalds walaupun pada awalnya ada sesekali hampir tergugat namun saya fikirkan darah-darah yang mengalir di bumi Palestin itu hasil dari tembakan peluru yang dibiayai salah satunya oleh restoran ini, saya kuatkan semangat untuk tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke dalamnya.Alhamdulillah. mari, kita terus peduli tentang perkembangan yang berlaku di sana, mari menyokong mereka dengan kewangan kita semampu yang mungkin. tolong jangan anggap atau katakan ini adalah derma kerana ia sudah menjadi peranan dan tanggungjawab kita di dalam misi membebaskan Palestin ini.

Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat saya Farhana, Azura & Atiq berpeluang ke program Free Gaza, Save Syria yang diadakan di Stadium Melawati pada 20 Muharam 1434 dianjurkan oleh Muslim Care Malaysia. kami sebenarnya, tak pernah pergi ke tempat-tempat macam ni. so, bila kami sampai ke sana, kami dapat rasakan atmosphere yang sangat-sangat berbeza. semangat kami lebih memucak bila turut bersama kami is Syrians & Palestinians. serius rasa macam bukan kat Malaysia. mereka juga turut menjual kuih-kuih tradisi mereka dan berkongsi budaya dengan kami. takbir memenuhi ruang, doa-doa kami panjatkan khas untuk keluarga kami di Palestin & Syria. yang paling best ialah perkongsian wakil kerajaan HAMAS, Ahmad Ayesh Al Najjar dan K
etua Kesatuan Ulama' Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Sobuni. antara part yang paling best ialah doa qunut nazilah, ucapan-ucapan semangat penuh inspirasi & persembahan membangun jiwa dari Mu'adz dan kumpulan New Rebornz




bergambar bersama Ahmad Ayesh Al Najjar 
Semoga usaha-usaha ini menjadi saksi kami di hadapan Allah nanti, amin. jom, teruskan menyokong, memboikot produk Israel & membantu Palestin, Syria, Rohingya & saudara-saudara Islam kita. keep dua :)



Monday, December 3, 2012

Kembali kepada fitrah? hey! itu cool! (Sneak Peek : HAI-Bicara Selebriti siri 6)

Assalamualaikum, hey uolls!

Hidup ini memang begini kan. sibuk memanjang...kadang ntah hape-hapela yang disibukkannya. bangun subuh tup tap dah nak pejam mata tido balik. hokey,kali ni saya nak share sedikit pandangan tentang fenomena yang semakin hangat berlaku di sekeliling kita sekarang. PRU? ha ah,itu salah satu kehangatan di Malaysia sekarang tapi saya tak mau cite pasal tu lagi. kehangatan yang saya maksudkan ialah fenomena di mana 'kebangkitan' golongan ustaz/h, ulama', majlis ilmu, ceramah dan sehangkatan dengannya.

suatu malam, sebelum saya keluar untuk shooting short film, Allah gerakkan hati saya untuk ke surau kolej xxx.ada ceramah sempena maal hijrah ke kalau tak silap. speakers terdiri dari wakil pelajar (WP) dan salah dua orangnya ahli sebuah persatuan islam university. bagus, saya suka pengisian penghuraian kesedaran dakwah di kalangan golongan muda sekarang yang semakin memberangsangkan. berpindah pula kepada komen wakil pelajar ini mengenai fenomena populariti ustaz yang berjaya menarik puluhan ribu orang untuk mendengar ceramahnya. jemput sahaja beliau, pasti masjid atau tempat itu umpama pesta besar-besaran. jalan komfem jem dan jemaah melimpah keluar. ya, anda terer dapat teka sape yang saya maksudkan, Ustaz Azhar Idrus.maka WP ni pun mengatakan bahawa kurang mengemari akan hal ini sebab orang g tu bukan nak ilmu sangat tapi disebabkan benda tu popular so that people wanna be part of crowd. pegi pegi pun gelak2 then kalau orang tanya "apa ko dapat daripada ustaz azhar ckp tadi?" maka jawapannya, "ntah!". baiklah. sebenarnya, banyak lagi kritikan WP kepada fenomena ini tapi biar itu sahajalah yang saya taip.

pasti ada antara yag membaca ini mengatakan saya fanatik UAI. "pengikut UAI ni memang, tak boleh ditegur. bajet diorang tu alim macam UAI, UAI tu pun satu, bahasa kasar". peluh kecil. saya pernah baca orang komen macam ni di FB & YouTube. memang, saya fanatik. kalau boleh hampir semua tempat UAI pegi saya nak gi. saya fanatik dengan gaya dakwahnya, ilmu-ilmunya, gaya penyampaiannya & kreativiti dia menarik begitu ramai golongan muda yang dulu tak kenal agama tetapi kini sudah kembali sujud kepada Allah. ya, saya memang tak nafikan ada yang pergi tu sebab orang lain pun pegi BUT AT LEAST dia pergi ke tempat baik, taman syurga, majlis ilmu berbanding perhimpunan yang ntah hape-hape tu kan. bukan kah kita femes dengan kata-kata ini kalau berkawan dengan si penjual perfume, sedikit sebanyak pun bau lekat kat kita. biarlah mungkin awal-awalnya dia pergi sebab orang lain pun pergi, lama-lama bila telinganya mendengar pesanan-pesanan yang baik insya Allah dia sedar juga. mungkin orang yang melihat usaha ini hanya semudah kacang cap  ibu jari tapi saya yakin kita sedang berusaha to create generations towards Al-Fateh dan contoh pemuda Islam yang lain.

dulu, awal 2010 kalau tak silap, abang ipar saya bawa balik VCD UAI ni ke rumahnya dan waktu tu, saya masih tak biasa dengan ceramah2 apa semua ini. saya pun waktu tu memang ntah hape-hape mengarut lagi. saya dengar hujung telinga macam tu je, pastu lama-lama abang ipar saya asyik duk pasang VCD tu saya jadi tertarik. waktu tu UAI tak femes lagi. pastu saya cari kat YouTube. dalam duk tengok dalam YouTube tu la saya jumpa ustaz-ustaz lain. liked page UAI kat FB, liked page JKKK & lain-lain lagi. lepas tu barulah UAI mula femes. gitu la sikit sebanyak cerita bagaimana saya kenal UAI ni.

curi-curi cerita sikit. 1 Dec 2012, saya bersama sahabat saya dari KL ke Hari Hiburan Islam : Bicara Selebriti bersama UAI, Meyda Sefira, Heliza Helmi & Amin Idris di Stadium Muhammad IV Kota Bharu. sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. seluas-luas padang itu, saya tak nampak satu ruang kosong pun tanpa diduduki oleh manusia. penuh. terharu juga dengan kisah Amin Idris yang ketinggalan penerbangan ke Kota Bharu dek tugasan membuat liputan sebuah perhimpunan merah. sanggup beliau, membeli tiket flight yang lain dan sampai ke pentas jam 10.30 malam. memang saya lihat pada jadual beliau di FBnya memang pack dari awal pagi. malam itu hujan,mula-mula tu saya beralih juga ke tempat teduh.pastu hujan berhenti hampir semua kembali ke padang. melihat di dada langit, subhanallah! bulan yang sangat bercahaya dan cantik. angin sejuk mendakap kami semua. sedang hangat panel berbicara hujan lagi dan kali ini saya memilih untuk kuyup bersama lebih 15k jemaah lain. yang lebih mengagumkan saya, walau hujan lebat semua panel & moderator tidak berganjak dari pentas sehinggalah datang krew untuk memayungi mereka. takbir ALLAHUAKBAR berkali-kali dilaungkan. semangat Palestin dan kebangkitan Islam semakin laju mengalir dalam diri ini.

picture credit to FB Amin Idris
antara apa yang saya dapat dari panel-panel yang hebat ini ialah menjalankan dakwah kena luruskan niat, ikhlas, lihat dengan siapa kita berkawan dan bergaul.apa yang paling utama ialah ilmu kerana dengan ilmu itulah menentukan bagaimana kita melihat & menilai dunia ini dan dengan ilmu lah kita nampak jalan ke akhirat. bak kata UAI, popular itu tak perlu pun dicari kalau dia nak datang dia akan datang tanpa dipaksa. ya, malam itu UAI tidak menghurai kitab Anak Kunci Syurga tetapi lebih kepada perkongsian bagaimana dia bermula daripada diminta mengajar di tangga pondok yang bermula dengan seorang murid, 5 orang dan berpindah kepada 10 orang di surau. kini, tak perlu saya calculate kat sini beramai ramai orang yang ke ceramahnya tanpa ada pengangkutan percuma, kain pelikat percuma, duit sagu hati dan apa-apa sahaja lah kecuali dengan kerelaan diri sendiri walaupun menempuh jalan yang sukar. benar, dia daie sejuta umat.

pernah demo tengok talk lagu nih? ;)

saya kuyup dan saya suka!
ternyata, yang dinamakan updated dan cool itu ialah mereka yang memilih untuk kembali berpegang kepada agama Islam. mereka yang memilih bersama majlis ilmu. kata UAI lagi, manusia ini punyai hobi. buat lah hobi apapun hobi suka tangkap gambar ke, naik basikal ke, motor ke asalkan tidak melanggar syariat dan kita buat semua tu dengan berpandukan Islam. as simple as that. world view kita wajib gunakan Islam sebagai kaca mata kita melihat dunia ini. jangan terlalu menjadi leteralis agama yang hanya melihat Islam hanya pada perkara tertentu sahaja.



 Dari kiri Kak Aisya, Aryani, Dik Husna & Kak Hidayah

Khalas :)