Monday, June 22, 2015

Assalamualaikum Ramadhan

"Just because you're doing everything a believer should in ‪#‎Ramadan‬, don't look down on the person who appears to be doing less. Don't ever think that the Almighty has favoured you over someone else. Let HIM be the judge." Mufti Ismail Menk 

Status Mufti Menk selalu kena setepek ataih muka bila saya sedang menghadapi sesuatu perkara. takdir yang sangat indah. Setelah sekian kalinya, Allah memberi peluang kepada saya untuk memasuki bulan Ramadan pada umur saya 27 tahun ini. Segala penghargaan & puji bagi Allah. sedang Dia telah menjemput ramai hamba-hambaNya untuk kembali kepada Nya sedang mereka sudah tidak berpeluang untuk memasuki bulan Ramadhan lagi. 

Pemergian Mariah amat memberi kesan kepada saya. Mariah, pergi pada 29 Ramadhan tahun lalu akibat kemalangan jalan raya semasa pulang ke kampung. setakat ini, saya tak lupa kejadian malam raya & hari raya pertama tahun lepas. ramadhan kali ini, semua kenangan bersama Mariah, terselak laju dalam fikiran saya, bertapa masa dan maut tak pernah budi bicara dengan sesiapa pun. malam 27 ramadhan, i spent time with her. chilling at masjid al-falah, sent her to tadika and that is last time i saw her. 

dan ramadhan tahun ini, Mariah tidak lagi bersama. ramadhan tahun lepas adalah ramadhan terakhir baginya. inilah yang membuatkan saya berdebar-debar sejak bulan rejab dan nak-nak syaaban itu hari. sempatkah aku ya Allah, bagaimana kalau sesuatu berlaku kepada ku? adakah bermakna ramadhan-ramadhan yang telah aku jalani? ya Allah, i want to do better this time! 

actually, i dont know how to explain my emotion through this. rasa macam, Allah... teruknya saya telah mensia-siakan banyak ramadhan sedangkan ramai yang tidak lagi berpeluang. ada yang dah meninggal, ada yang bertarung dengan sakit kronik, ada yang menghalang puasanya. alhamdulillah, Allah memasukkan saya dan awak yang sedang baca ini ke dalam bulan ramadhan. Allah bagi peluang walau diri terbeban dengan dosa sendiri. Allah masih sudi lagi menerima walau sebusuk apa pun saya. kalau saya mahu menghitung aib-aib kita; yang itupun Allah rahsiakan daripada pengetahuan orang lain, memang selayaknya surah At-Takahtur tepek kat muka saya. 

saya melihat ada di sekeliling saya, ada yang muda daripada saya... mensia-siakan masa ramadhan dengan rutin harian seperti biasa. ramadhan atau tidak... sama sahaja. cuma beza, ada puasa ada terawih. tapi bila saya ingat balik, saya melihat diri saya yang lampau pada diri mereka. so, berbalik pada kata-kata Mufti Menk di atas tu, never condemning them. kau dulu juga macam tu Malina. ajaklah dengan hikmah, sabar & solat. terdetik pada hati rasa nak pergi bagi tau diorang yang... kalaulah kita tahu ini ramadhan terakhir kita, adakah kita akan tidur selepas subuh macam biasa? adakah kita akan mengsia-siakan waktu qiam? adakah kita hanya terawih kerana mengikut ritual tahunan dan adat semasa? adakah kita tergamak lebih minat beli novel banyak-banyak & sebolehnya nak habiskan dalam bulan ramadhan ni? adakah kita lebih suka bermain games di telefon sementara menunggu azan maghrib?La. tidak. pasti kita sebolehnya mahu isi segenap masa yang ada dengan senarai kebaikan dan ketaatan yang mana Allah telah berjanji untuk melipatgandakan segala pahala. Malah puasa itu sendiri, ibadah khusus yang Allah sendiri akan membalasnya! 

ambil lah kesempatan tika diri masih berdaya ini, ambil lah peluang tika jasad masih meminjam roh ini, ambil lah masa ini tika kita masih belum punya komitmen anak-anak & suami, ambil lah semua ini sementara Allah masih sudi untuk memberi. tiada sezarah kerugian pun kalau kita tegar sia-siakan semua ini. Allah dengan zatNya yang Maha Agung, Dia punyai segala apa di langit & di bumi, Dia tetap kaya memiliki segala kemegahan dan kekayaan. semua ini untuk kita! kita yang mewarisi syurga, kalau bukan kita siapa lagi?! 

berjuanglah untuk Allah. ramadhan semester tarbiah khas untuk kita. Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam tidak pernah berdoa untuk panjang umur melainkan mendoakan panjang umur untuk memasuki bulan ramadhan. sehingga begitu sekali! hari ini hari ke 5 ramadhan, ada lagi 25 hari insya Allah. yang sudah tu, biarlah. face the tomorrow. ambil peluang untuk berdamping akrab dengan Al-Quran, fahamilah Al Quran, bacalah apa yang Allah mahu sampaikan, laksanakan ibadah-ibadah yang kita jarang atau tak pernah buat. masjid hopping, iftar di masjid, iktikaf di masjid, sahur di masjid, greeting stranger at mosque & apa sahajalah benda rare yang kita boleh buat.tiada paksaan untuk buat terawih 20 rakaat, buatlah 8 pun asalkan bukan janji buat. saya benar-benar mempromosikan untuk terawih 20 rakaat. bila lagi setahun sebulan sahaja. tiada statistik menunjukkan orang bersolat terawih sebanyak 20 rakaat didapati strok atau lumpuh dengan tiba-tiba. sedekah lah terutama ketika bila kita tiada. senyumlah, bantulah dalam memudahkan urusan orang lain walau hanya dengan membuka pintu untuk orang lain. 

bila lagi nak buat-buat baik? sekaranglah. biar hipokrit kita akhirnya memupuk tabiat ikhlas sepanjang hidup kita. sesuatu ketaatan tu tidak akan datang ikhlas dengan sendirinya. pasti datang pada awalnya, paksaan, buat sebab malu kat orang. tak mengapa, buat. doalah supaya Allah turn hati untuk ikhlas. 

Semua pesan ini, buat mata saya paling dekat membaca apa yang saya taip ini. mari, mari. Allah sedang membuka seluasnya pintu belas kasihan & cinta kasihNya. tinggalkan lah ramadhan yang biasa-biasa. jadikan ramadhan kali ni luar biasa yang boleh kita ingati dan banggakan di dalam syurga nanti. 

If you know of people trying to make a change this ‪#‎Ramadan‬, render help in every way. Don't beat them down while they're trying to get up.- Mufti Menk 

Puasa itu meninggalkan kebiasaan untuk menjadi luar biasa. Pesan "sesungguhnya aku berpuasa," itu perlu diulang-ulang buat diri sendiri. Untuk hati kenyang mengingati Allah, perut perlu sabar menahan lapar.- Ustaz Pahrol 

Mariah. Pemergian mu ajar aku semua ini. Al Fatihah.

Saturday, March 7, 2015

Sekian Apa Cerita 2015 Ini

Bismillah. Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Muhammad

Semakin cepat laju berlari masa akhir zaman ini. Rindu untuk meluangkan sedikit masa untuk ketuk-ketuk keyboard menaip di lapangan blog tak seberapa ini. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 2015 sudah menghabiskan dua bulannya yang penuh kisah tak tercerita. Sekian ini, banyak benar kisah nak saya kongsikan mungkin ada barang sedikit faedah yang boleh saya kongsikan.

Pertamanya, saya amat-amat bersyukur kepada Allah atas banyak nya nikmat untuk saya hargai & syukurinya tak mampu untuk saya senaraikan satu per satu. Pertamanya, saya masih dan masih terkesan dengan pemergian yang barangkali menjadi yang paling diingati dalam generasi saya ini, kepulangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ke pangkuan rahmat Allah. Apa tidaknya, rakyat Kelantan dengan TGNA sudah sangat sebati biar betapa jauhnya anak Kelantan merantau.

Ajaib. Allah yang penuh dengan kejutan. Awalnya, saya berkira-kira mahu balik kampung during CNY atau seminggu awal memandangkan team #groundzero ada misi yang ke 6 pada cuti CNY. hati berbelah bahagi. alst-last... humph, lantak lah. #jangantiruperangaiini tup tap tup tap, check tiket kunang-kunang, harga okey, beli tiket tarikh 13 February, penerbangan jam 8.35 malam. Sementara menunggu panggilan, saya cuba berdikit-dikit habiskan bacaan Al-Kahf sebab saya membayangkan "esok mesti sibuk ni, insya Allah.". Keadaan Subang Skypark, tenang sahaja ntah mengapa tak sibuk seperti selalu. 9.45 malam, sesampai sahaja tayar kapal terbang saiz comel, saya meneruskan tabiat tak baik saya dengan terus off airplane mode walau kapal terbang masih lagi laju sementara mencari momentum untuk perlahankan kenderaan ini. bertimpa-timpa whatsapp masuk. padahal baru sejam saya off kan data, semacam seminggu off data. hati macam tak sedap. WHAT? TGNA passed away??? its gonna be kidding! no, no, no... turun ni, aku kena cek dulu! bukan boleh caye diorang ni!

apakan daya, dalam kereta saya buka segala link Sinar Harian, Berita Harian, NST dan semua link yang boleh dipercayai mengatakan TGNA sudah tiada jam 9.45 malam tadi  ... ... ... ... ... saya terdiam. tak mampu kata apa-apa, tak percaya. TGNA mungkin hanya koma. saya baca whatsapp yang berdentum dentam. ya, TGNA dah tiada. air mata laju bagai paip yang dah tercabut kepalanya. senyap, ibu abah yang datang menjemput saya pun terkedu. dalam kereta kami diam tak terkata apa. malam itu walau saya baring di atas katil yang dah lama benar saya rindui, namun mata masih gagal lena dan air mata tetap keluar payah benar nak berhenti, kalau saya ini lelaki memang saya dah terpacak depan rumah TGNA ni. kalau. hampir 99.9% di facebook, instagram bercerita tentang pemergian TGNA, tambah lagi sebak.

ibu abah bawa saya subuh di Masjid Telipot, pagi ini benar-benar rasa senyap, sangat sunyi walaupun orang agak ramai di masjid. Menjadi tradisi Kelantan pada hari Jumaat untuk ramai-ramai solat subuh berjemaah di masjid-masjid. setelah selesai wirid dan doa, Imam mengumumkan "hari ini, segala aktiviti ilmu di seluruh kelantan ditangguhkan dulu untuk kita sama-sama memberi penghormatan terakhir buat TGNA. selepas tazkirah subuh ringkas ini jemputlah ke Pulau Melaka". makin sebak.

sebelum pulang ke rumah, kami melawat ke rumah tiang dua mama tok. menjadi rutin ibu abah sejak dulu lagi setiap pagi jumaat untuk ziarah mama tok. saya melihat keadaan sekeliling tanah perkuburan bunut payong. tenang waktu dhuha disulam angin pagi Jumaat yang mendamaikan. selesai bacaan yassin dan doa, kami pulang ke rumah. sayugia, saya bersama abang saya menuju ke Pulau Melaka, rumah TGNA. kami melalui jalan menghala ke Beris. parking kereta dan kami berjalan agaknya lebih dar 2 kilometer. orang yang sangat-sangat ramai. kami redah lautan manusia dan menuju ke masjid TGNA. sesampainya di sana, jenazah baru sahaja turun dari rumah, orang masih lagi sesak. hayat hidup saya hampir 27 tahun ini saya tak pernah tengok jumlah manusia seumpama itu; di Malaysia. Allah... Allah. selepas solat tahiyyatul masjid, saya & abang ke rumah TGNA yang berada di sebelah masjid. orang keluar masuk rumahnya, pintu tidak tertutup malah tiada pengawal pun yang menjaganya. mulanya, saya segan nak masuk tapi abang menarik tanggan saya. masuk rumah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah sebuah impian besar saya. syukur ya Allah, biarpun setelah ketiadaan Tok Guru. semua orang kagum melihat rumahnya. tiada lukisan mahal di dinding, tiada ukiran perabot mewah menandakan ini rumah bekas seorang MB. yang ada hanyalah bau harum, sejuk, deretan kitab yang agak banyak tersusun di dalam almari kaca. rumahnya sederhana sahaja. keluar dari rumah, hati saya kembali sebak, melihatkan barang-barang miliknya, kini tuan punya badan sudah tiada di sisi.asalnya, kami ingin ke kubur tetapi jalan terlalu padat dengan lautan manusia.



Allah Maha Pengatur, pulangnya saya kali ini ke tanah negeri saya untuk menyambut berita pilu ini. agaknya, kalau saya terima berita ini semasa saya di Kuala Lumpur lagi tak keruan jadinya. Ada sebab Allah awalkan cuti saya untuk balik ke Kelantan. Allahuakbar. kali terakhir saya bertemu mata dengan TGNA, Oktober 2014 semasa menghadiri majlis aqiqah saudara saya. itu yang terakhir. tok guru mula agak benar-benar uzur pada akhir november lalu. sudahlah negeri ini menangis dek dugaan bah yang besar, kini negeri ini diuji pula dengan kehilangan seorang bapa, guru & murabbi yang amat kami kasihi. namun, berita ini perlu kami telan dengan redha kerana TGNA menuju cita-citanya. biarlah dia benar-benar berehat dengan tenang tanpa asakan manusia. Al-Fatihah.

tarik nafas dalam dalam... saya teringin sungguh mahu tulis di sini misi #groundzero saya. insya Allah the mood coming soon. heh.