Friday, November 28, 2014

Mujhse Dosti Karoage?

Assalamualikum,

Disclaimer: Ini bukan pasal hindustey. Saya ada jumpa benda best yang kena setepek amikau. Ini dikarang oleh Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali yang banyak karang buku best-best untuk kita refer sebagai guideline dalam hidup seharian antara contohnya buku Ayyuhal Walad. Ok, check it out top 23 adab bersahabat: 



  1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya, Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
  2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
  3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
  4. Menutup keaibanya sahabatnya.
  5. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
  6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
  7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap.
  8. Meninggalkan berbantah dengana sahabatnya.
  9. Memanggil sahabat dengan nama yang terlebih disukainya.
  10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
  11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikkannya.
  12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
  13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
  14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
  15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun setelah ia mati.
  16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematian sahabatnya. 
  17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia senang hati kepadanya.
  18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
  19. Menyamakan anatara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak diluar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
  20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
  21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidakj dapat berbuat demikian.
  22. Hendakalah ia bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.
  23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap. 

Ha... tu dia! full fill dak selama ni? senyum gigi susun macam whatsapp. Haih...jenuh la kalau kita ja duk buat lagu tu, depa tak buat kat kita pun? al sebab itulah pentingnya ilmu ye dak. masa saya dapat buku Bidayatul Hidayah ni, baca bab ni rasa nak habaq kat seantero saem-saem ambo pasal ni. dah kenapa kejap utagha kejap kelate ni. bestkan kalau kita semua buat semua di atas ni. sebab tu la Rasulullah salallahu alaihi wasallam memang kamceng among sahabat-sahabat. sanggup buat apa sahaja dan lindung sahabat. nah, ini baru namanya friends till Jannah. ni caption "sahabat till Jannah" tapi... huhu ku jua begitu dahulu kala. 


So, tak pernah ada hashtag terlambat selagi kita masih punya nyawa dalam relung salur nafas kita. Hal-hal adab begini yang sudah payah nak jumpa di akhir zaman ini sehingga kita perlu menalaah kembali untuk memahami tanggungjawab kita berbanding sibuk mendakwa tentang hak kita.



Mujhse dosti karoage?

Thursday, May 8, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Haramain

Bismillahirahmanirahim
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala ali Muhammad

"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Mu. Hamba datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi Mu".

Membawa kembali lembaran kenangan angin Haramain hampir 4 bulan yang lalu... bas melalui jalan-jalan sibuk Mekah, mata ini sudah dari tadi basah tak henti-henti disulam laungan talbiah yang meruntun. Dari jauh mutawwif menujukkan menara jam namun bukan menara jam itu yang saya benar-benar mahu lihat. saya tidak gembira dengan As-Sa'aah itu. sedikit demi sedikit kelihatan tiang-tiang menara Masjidil Haram yang bercahaya. mimpi, ya saya sedang bermimpi & saya benar berharap yang saya tak akan bangun dari mimpi indah ini. sesampai kami di Tanah Haram, jam di lobi hotel Baity Khomsa 12.20 tengah malam. Selesai check-in, abah genggam erat tangan saya meredah lautan manusia yang masing-masing sibuk ke sana sini, bunyi honk yang memenuhi ruang udara sudah tenggelam dek cucuran air mata menuju Baitullah. Angin sejuk mendakap saya tanda ucapan ahlan wasahlan ke bumi mulia ini. Saya hanya mengikut abah, abah tidak sekali melepaskan genggaman nya dan kami masuk melalui babun King Abdul Aziz.


Allahuakbar, melihat Baitullah dengan mata kepala ini sendiri, rindu yang selama ini terpendam... terasa sahaja mahu terduduk. rasa diri ini tidak punyai apa-apa, terasa sehina diri ini tetapi Allah sudi menghadiahkan jemputan mulia ini menjadi tetamu di rumahNya yang paling mulia ini. teringat 'pertemuan bersama' baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam seperti suatu semangat untuk saya sapu seketika air mata yang berderai dari tadi & melangkah fokus untuk memulakan Umrah pertama saya. abah banyak membiarkan saya dengan perasaan saya. abah hanya berbisik untuk step by step ibadah ini. Abahlah mutawif saya, dia tak suka rushing, lebih suka keadaan yang rileks dan tak tergesa. di kiri bahu saya... Kaabah. Sekali lagi saya tak mampu tahan air mata. Saya hanya mampu berzikirullah & berselawat. saya gunakan nombor yang telah ditulis dibuku bagi kiraan pusingan tawaf. hamba-hamba Allah ketika itu ramai namun tidak sesak memandangkan awal dini hari.


Selesai tawaf, saya bersama abah menunaikan solat sunat tawaf... pertama kali dahi cecah lantai Baitullah. Allah... Maha Suci Mu ya Allah, telah membawa saya ke sini, sejuk yang amat membuatkan saya sedar saya ini, kalau Allah tak memelihara saya... I'm nothing. saya akui diri ini, banyak benar dosanya tetapi dengan rahmat Allah hari itu saya duduk di hadapan Kaabah dan di atas saya ialah Arasy Allah. duduk berteleku melihat Kaabah di depan mata... arah yang mana selama ini saya sujud, "Allah hamba Mu datang ni... ku datang kepada Mu ya Allah". rasa sungguh tidak layak mengenang diri yang langsung tak punyai apa-apa malah membawa berbondong dosa. Abah pimpin tanggan saya untuk menuju Safa Marwah. Kami berhenti meminum air zam-zam demi mengikut jejak baginda salallahu alaihi wasallam melakukannya selepas baginda selesai tawaf. sejuknya air zam-zam membasahi, terasa diri ini sebagai tetamu Allah, Allah muliakan dengan 'hidangan' air terbaik dunia ini.



Ibadah sa'ie Safaa-Marwah saya anggap satu penghormatan Islam kepada yang bergelar wanita. Keliru juga mencari tempat Sa'ie sebab kata abah keadaan dah berubah sebab construction maka jalan dulu dah tutup. Alhamdulillah, kami Sa'ie di bawah sekali. Teruja tengok bukit Safa & Marwah. Semasa ibadah ini saya berpeluang untuk belek buku panduan Umrah untuk saya baca doa sepanjang 7 kali ulang alik ini. masa mula-mula kami ingin memulakan perjalanan menjejak tapak Saidatina Siti Hajar ini, sempat saya berkata pada abah:

Dikna : Abah, kita minum air zam-zam tu dulu boleh tak?
Abah : Siti Hajar dulu dia lari-lari dulu baru jumpa air.

senyum. maksudnya, bukan tak boleh tapi eloknya kita ikut sirah terdahulu agar lebih menghayati. abah banyak tekankan erti menghayati dan buat dengan hati. kata abah, hayati sirah yang menjadi titik ibadah-ibadah ini disyariatkan. insya Allah akan berbekas di hati. bukannya orang berumrah kita pun nak berumrah juga. mutawif kami tadi entah kemana, agaknya sudah selesai ibadah umrah. abah yang menjadi mutawif setia saya. melayan penat saya & macam-macam peel. abah gagah melangkah semangat dalam menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Allahuakbar. tergambar panas gering nya semasa Siti Hajar yang mencari-cari air buat anakanda tercinta Nabi Ismail AS & akhirnya kaki mulia yang menghentak lalu mengeluarkan air mulia yang tak pernah kering sehingga kiamat nanti, insya Allah. Zam-zam.



Hampir 3.00 pagi kami selesai ibadah Umrah; yang pertama buat saya. perasaan waktu itu... Allahuakbar, hanya Allah yang tahu. bahagianya rasa sedang berjalan-jalan di taman syurga firdausi. Pulang ke hotel, saya tidur-tidur ayam sebab lebih kurang sejam lebih lagi azan subuh pertama akan dilaungkan. mula-mula saya tak tahu yang di sini ada 2 azan subuh. tapi di sini, manusia tak kenal masa. jalan sibuk seperti biasa. pintu Masjid Haram terus dikunjung tetamu Allah.

Pagi yang indah. pulang sahaja daripada subuh di Masjidil Haram, saya dirai dengan beburung merpati berterbangan umpama mempersembahkan formasi terbangan khas kepada kami. oh, sungguh! perasaan waktu itu amat-amat bahagia.


Antara lokasi ziarah kami di sana, Muzium Mekah, ladang unta. ziarah ke Padang Arafah, perkara pertama yang saya bayangkan ialah kesibukan lautan manusia semasa musim Haji, jenuh Abah melayan pertanyaan pot pet pot pet saya. berdiri di tanah Arafah, sayu teringatkan khutbah wida' yang disampaikan baginda salallahu alahi wasallam di sini. terngian pertanyaan baginda kepada mereka yang hadir ketika itu, "adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan?" :,| lalu para sahabat menjawab, "ya, kamu telah sampaikan". berada di kaki Jabal Rahmah, teringat saya mereka pesan untuk doakan jodoh kat sini kerana di sinilah pertemuan Nabi Adam AS & Saidatina Hawa :) teringin menaiki jabal ini, tetapi masa suntuk.



panas okey, tapi nak senggeh jugak nak biarkan diri disiram mentari di bumi berkat. bila lagi kan. Bas menyelusuri jalan-jalan Arafah, Abah throw back ibadah hajinya hampir 23 tahun lalu. mengambarkan musim haji yang sangat amat ramai jemaah, berkumpul di sini... bertapa besarnya rahmat Allah. Sambil mata teruja melihat sekeliling, saya doa agar saya suatu hari dijemput untuk kembali ke sini sebagai jemaah haji, amin! Singgah niat ihram di Ja'raanah. pulang ke hotel, 'syahid' seketika, petang selepas zuhur baru kami memulakan ibadah umrah yang seterusnya.

Antara moment paling best ialah saya & abah bersama jemaah yang tak pernah jemu bertawaf lepak-lepak di lantai baitullah usai tawaf sunat selepas Isyak. saya tak plan pun, well Allah is the best Planner kan. duduk santai bersandar di tiang mataf, melihat ragam bermacam gaya. tersenyum melihat Kaabah depan mata, menghirup angin yang aman damai. ntah, sejak mula kembara ini segala hal isu dunia saya tinggalkan di KLIA. perjalanan ini hanya cerita saya dengan Allah. ajaib. sekian minit saya duduk di lantai Baitullah sambil senyum sorang-sorang... saya teringat susuk tubuh yang menjadi asbab kepada kembara ini... ibu. alangkah indahnya saat-saat bahagia ini andai ibu juga ada bersama kami. air mata untuk kesekian kalinya bercucuran lagi. saya hubungi ibu yang berada di nun 7000++ km di Malaysia. saya kejutkan ibu yang lena tidur pada jam 2.30 pagi waktu Malaysia. ibu pula yang turut sebak mohon agar didoakan agar one fine day soon, Allah will bring us together here again, with ibu.



saya lebih gembira bersembang dengan jemaah-jemaah lain yang dari serata ceruk dunia yang datang ke bumi Haramain ini. saya lebih suka memilih untuk duduk dalam saf yang bukan rumpun sendiri. walau jarang untuk saya berjumpa yang boleh speaking English. saya pun pelik, walau macam cakap macam bahasa T-Rex vs cipanzi, tapi masing-masing faham. seronok sembang terutama yang tua suka bercerita. anguk-anguk sahaja lah tanda meraikan kesudian bersembang dengan saya kan. ada yang beria cari saf untuk kita, ada yang berkongsi zam-zam & makanan, ada yang tolong sambutkan Quran. Allahuakbar... Rahamatan lil alamin. allahumma solli ala Muhammad. ini adalah salah satu nikmat besar dalam agama ini. Akhlak & persaudaraan. sebelum ini, saya pernah dengar yang cerita jemaah kat Mekah ni lain sikit, itu lah ini lah. tapi saya pejam mata sahaja. pernah kepala disiku tapi tak apa lah. moment bermakna juga tu. pernah beberapa kali saya tawaf semasa mentari terik di atas kepala. advanture kata abah. ada seorang makcik yang sudah agak berumur, jalan pun agak terhenjut. tangan kanan nya memegang buku doa & kirinya memegang kotak tisu sambil diangkat sedikit kotak itu. I wonder why? sekali, seorang demi seorang datang tarik helaian tisu itu menyapu dahi masing-masing yang dibasahi dek terik mentari. saya terkejut...masha Allah, tabarakallah. walau apa sahaja cara, ada manusia yang cuba sedaya mengambil peluang untuk berbuat kebajikan yang kadang tak pernah terfikir pun.  

Sayugia, tibalah saat yang saya tak mahu laluinya. tawaf wida. sering kali saya terngiang pesan Ustaz Don "jangan bergambar, shooping atau apa sahaja benda yang melengahkan kita untuk berangkat meninggakan Mekah selepas tawaf wida." saya menuju Masjidil Haram untuk iktikaf & solat Subuh terakhir. perasaan sangat lain, sedihnya lain macam. longlai sahaja ruas-ruas tulang ini melangkah. pusingan demi pusingan dirantai dengan perasaan yang sedih lain macam. sambil merayu agar ini bukan yang terakhir. Allah, jemputlah kami kembali ke sini dengan keadaan yang lebih baik. sujud terakhir, seperti tak mahu bangun-bangun lagi.

 

Berakhirnya percutian indah ini. hujan turun membasahi bumi berkat semasa menunggu jemaah lain manaiki bas. air mata masih belum reti untuk berhenti. Allah, tolong kembalikan kami ke sini lagi. hantarkanlah jemputan mulia Mu kepada saudara-saudara kami yang belum ke sini. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. 


Thursday, March 27, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Cahaya

Assalamualaikum,

Allahu Allah, ni bukan setakat berhabuk tapi dah tumbuh lalang dah kat sini. lama sungguh tak menghadap blog yang tak berapa nak blog ni. blog merapu. hoho. doa ditadahkan kepada Allah Pemilik sekian alam ini agar merahmati para pejuang Islam khasnya Ikhwanul Muslimin yang sudah selamat siap disyurga masuk secara berbondong seramai 529, insya Allah. juga kepada  239 insan terpilih memperoleh rahmat Allah atas ujian MH370, insya Allah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Empunya empayar seisi langit dan bumi ini atas jemputan mulia sebagai tetamu di Kota Cahaya dan Bumi Haramain pada 6 Rabiul Akhir 1435 bersamaan 6 Februari 2014 yang lalu. Tak pernah saya sangka mimpi air mata ini akhirnya mengecap realiti di hadapan mata. pernah saya katakan kepada Allah, "Allah...bawalah saya ke Mekah & Madinah sebelum saya meninggalkan dunia ini". sesampai di KLIA pun saya tak percaya betulkkah saya menuju Madinah ini? orang bersalaman, mengucapkan selamat, mengirimkan doa... semua tu saya terkebil-kebil seperti mimpi. pergi bersama wali saya, abah tersayang menjadikan saya lebih teruja walau sedih ibu tak dapat bersama.


Transit di bumi Yaman beberapa jam seperti mengambil berkat bumi yang melahirkan ribuan ulama' terbilang. Petang Jumaat, menyelusuri jalan-jalan Kota Cahaya, mencari-cari kubah hijau dalam debar dan tangis. pertama kali saya melihat bumbung Nabawi, dada saya ibarat mahu pecah. debar, malu, gembira, sedih, sebak, nak meraung ah...! semua ada. saya kawal dengan hati & mulut kumat kamit terus laju menyampaikan salam buat Penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam. pertama kali kaki ini berpijak di tanah mulia itu, yang mana di bawahnya ada jasad manusia agung saya pilih untuk menanggalkan kasut saya tanda hormat atas jemputan ziarah mulia ini.

tak terjangka saya akhirnya jasad ini berdiri menghirup udara sejuk nan nyaman Kota Madinah. ibarat terdengar-dengar "Tho laa all badru alayna...". Pertama kali ziarah makam baginda, saya jalani seperti mimpi. perasaan bercampur dan sungguh! hampir ke Ruadhah, perasaan malu lah yang paling menebal. sampai di Raudhah, i dont know what to say. saya hanya mampu tergagap-gagap memberi salam pada baginda dan memberi tahu baginda "ya Rasulullah, saya datang ni...". di dalam masjid inilah baginda menyampaikan tutur bicaranya yang mulia. di sinilah para sahabat duduk mendengar baginda dan di sinilah pernah menyaksikan senyum tawa tangis baginda. saya banyak terkedu. hanya mampu saya katakan, saya memohon maaf kepada Rasulullah atas segala kelemahan saya yang jauh tak setanding apa yang baginda harapkan. saya seperti dapat rasakan baginda ada di dalam itu sedang mendengar.


Hari-hari yang saya lalui di Kota Madinah, membawa kembali saya kepada lipatan sirah yang pernah berada di bumi itu. seperti tergambar jejak-jejak para sahabat di situ sedang berjuang menyebarkan Islam. Terasa rahmat tersebar di seluruh pelusuk kota, nyamannya... sukar digambarkan. kami menziarahi Masjid Qiblatain di mana baginda rasulullah salallahu alaihi wasallam ketika solatnya diturunkan wahyu untuk menukar qiblat daribada Masjid Aqsa kepada Baitullah.


Ziarah di Jabbal Uhud, membuatkan hati ini meruntun sedih tergambar sorakkan jihad di situ di mana Rasulullah luka berdarah terpatah giginya dek kaum kafir musyrikin yang menyerang. Demi membawa Islam kepada saya hari ini. untuk saya! rasa kejamnya diri ini sedikit sekali menyahut seruan baginda. Saya menginsafi diri ini...tegarnya tidak menyambung kerja dakwah baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh.


"Dan ketika engkau (Muhammad) keluar pada pagi hari dari rumah ahlinya (di Madinah) dengan tujuan menempatkan orang yang beriman pada posisi masing-masing untuk berperang (di medan Uhud). Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tatkala dua kumpulan dari kamu terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka. Kepada Allah sahajalah hendaknya orang beriman itu bertawakal."
Ali Imran | 121 122


Ziarah wida' adalah yang paling mengharukan. Waktu Dhuha itu mahu saja saya hentikan agar masa itu tak akan berakhir. Sementara menunggu giliran kumpulan Malaysia-Indonesia, doa saya agar ini bukanlah ziarah yang terakhir dalam hayat ini. Sedih bukan kepalangan, saya ingat dengan ziarah ini maka terubatlah rindu sekian lama tapi sebaliknya. rindu ini sudah tak tertanggung lagi. air mata pun tak mampu untuk gambarkan segalanya. saya sujud di saf pertama di karpet hijau itu tanda syukur kepada Allah yang mengatur pertemuan ini. lambaian itu tanda ucap selamat tinggal untuk ziarah kali ini. saya melangkah keluar Masjid Nabawi dengan hati yang berat. Allah, kalau saya diberi peluang walaupun sebagai tukang jaga air zam-zam dalam Nabawi pun tak mengapalah.

Kami menuju Kota Haramain. Sebak dada ini meninggalkan maqam Rasul & para sahabat. namun mereka kekal dalam hati ini, mudah-mudahan. Debar menuju Baitullah makin memuncak. Niat Ihram di Bir Ali jam 10.30 malam dan laungan talbiah membuatkan pipi ini terus dibasahi.



... to be continue. insya Allah.