Saturday, December 10, 2011

Aku,Kau & Hudud

Assalamualaikum,
sudah lama aku x bersama-sama belog aku ni lantaran kesibukan dgn banyak assessment sepanjang semester ini. dua hari lalu kecoh di dinding FB aku dengan video-video yg dilakukan pihak yang mahu mencabar hukum Allah & seterusnya menyebarkan kebencian sesama kita.aku bukanlah orang yang selayakkan mengulas lagi mengomen video-video sampah itu.mungkin korang sendiri yang dah tengok video tu tahu apa yang aku maksudkan...

pada aku, aku tak kesah kita nak sokong sayap kiri atau sayap kanan sebab itu hak & pendapat masing-masing, ikut suka nak pangkah mana satu PRU nanti.tapi persoalannya, dalam amukan nafsu kebencian ini mengapa agama perlu ditarik dan menghina undang-undang yang Allah sendiri yang tentukan & dalil jelas terbukti di dalam mukjizat yg masih kekal dan boleh kita nampak hari ini iaitu Al Quran? sudahlah sebelum ni pun mereka argue hukum hudud, kali ni buat ala short film macam ni pula.yang menambahkan lagi kecederaan hati ini takala mereka menghina antara ulamak a.k.a murabbi yang aku sayangi & hormati, Tok Guru Nik Aziz juga menghina the blessed land, Kelantan tanah kelahiran & tempat aku membesar sebelum berhijrah kerana ilmu. kalau begitulah cara mereka menghina, mereka membuktikan yang mereka tak tahu apa-apapun tentang perkara yg dihina itu.

oh dunia, semuanya semakin keliru.ini baru zaman aku, zaman anak-anak aku nanti pula bagaimana.semuanya semakin celaru.kenapa? kerana hidup tidak berlandaskan syariat Islam & source yg paling utama ditolak ketepi ialah Al Quran.lihat sahaja di sekeliling aku ini,peratusan yang bersolat dan tak bersolat...yang tak bersolat lebih tinggi peratusan berbanding yang bersolat.perkara yg paling asas pun gagal dilakukan apatah lagi utk mengubah dunia dengan syariat Islam.mereka yang tidak bersolat itu seolah-olah mendapat 'pengecualian' daripada agama utk tidak bersolat dengan sengaja.apa yg mampu dilakukan, menasihati & terus menasihati dgn baik...

ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus sebagaimana yg Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang bertaqwa kepada Mu,amin.