Sunday, June 21, 2009

Sepanjang perjalanan musafir ini...

Assalamualaikum and happy good day,
Thanks sebab korang sempat buka blog aku ni.bila aku fikir balik tentang diri aku ni (bak kata orang muhasabah diri) , keadaan sekeliling cukup mengajar aku mengenai realiti kehidupan ni.pelajaran tidak pernah diajar oleh mana-mana guru,tak penah ada dalam buku teks atau mana-mana kamus.

boleh tak kalau aku cakap yang orang di sekeliling aku tersangat jarang untuk mendengar apa yang aku rasa?apa yang aku sering lalui,mendengar cerita orang,mendengar masalah orang,mesti terima pandangan orang,menerima arahan atau suruhan yang aku wajib kena buat...korang,memang macam tu realiti kehidupan ini?ke aku je yg memang tak tahu yg ni adalah sebenarnya hakikat kehidupan ini... dan bila aku fikir balik,semua yang berlaku ke atas aku mendidik aku supaya kebal menghadapi segala kemungkinan dalam hidup ini...hidup aku ni akan berakhir bila2 masa sahaja.tetapi selagi diberi peluang oleh Allah ini,aku mesti menjalani kehidupan ini dengan penuh rasa syukur.aku adalah seorang yang memerlukan orang yang menjadi inspirasi pada aku...ya itu hakikat yg aku detect pada diri aku sejak dulu lagi.bukan bermaksud aku tak boleh membuat pertimbangan sendiri atau keputusan sendiri,tapi nasihat,kata-kata semangat,sikap seseorang yg menjadi inspirasi itu sangat membantu aku.

aku sedar aku hanya musafir dalam perjalanan ini,aku jumpa mcm2 dlm perjalanan ini...simpang-simpang yang kadang-kadang boleh menyempang aku,duri-duri yang boleh melukakan aku,batu2 yang boleh menghempap aku bila-bila masa sahaja...
perjalanan ini menuju ke destinasi yang hakiki dan berakhir dengan kematian.
semoga Allah sentiasa memimpin aku jalan yang Dia redhai dan semoga Allah melindungi aku dan orang-orang yang aku sayang dalam kehidupan ini...amin.

hum hain rahi pyaar ke,phir mileenge chalte chalte
khabhi alveeda naa kehna...



Sunday, June 14, 2009

kenduri mu...kenduri ku jua...

Assalamualaikum,
cuti sekolah kanak-kanak riang dah berakhir,maka berkuranglah jemputan kahwin dan jemputan fotografi utk weding sekelian alam ni.biasa la,bila dh tiba cuti sekolah memang dah jadi budaya kenduri kawin bagai ni. seronok...terutama dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa atau mmg susah nak jumpa,time2 kenduri atau raya je bleh jumpa kan...bz yang teramat katanya.seronok juga bila suasana meriah carrey.yg kurang bestnya,penat la bila kenduri ni...penat mengambil gambar,penat angkat pinggan mangkuk,periuk belangga...tapi bila lagi,bukan selalu pun.
makanya,bila dah tengok pelamin,hantaran,munge-munge yang cantik kat kenduri kawin ni...maka berangan la,"bila agaknya nak kawin.."hahha...siot je,calon tah kemana-mana lagi dah berangan nak tema kaler apa,nak jemput brapa juta orang,hantaran nak berapa puluh jenis,fotografer nak berapa belas orang,nak kawin ala2 dalam taman ke,ala2 tengah laut ke,ala2 atas awan ke...semua pertanyaan sengal ni membuatkan aku tergelak sorang2.

ni,antara watak utama masa majlis perkahwinan adik abg ipar aku,abg iskandar dan isteri ,kak dyna.banyak2 kenduri,kenduri pasangan ni la kira vogue sikit.gambar kat atas ni,anak buah aku aidil irfan yang pastinya suka orang amik gambar dia.
ni plak kenduri yang telah membuatkan aku demam selama 4 hari berturut-turut...huhu...kenapa?sebab dah nak demam,nak buat macam mana...pasangan ni cukup memeningkan kepala aku sebagai fotografer sebab dua2 x mo senyum,dua2 malu2 arnab,mak andam macam ape tah suka marah2 orang,baju nam blas pasang nak kena tukar sampai tetamu x sempat jumpa pengantin,pulak tu baju pesen same je,kaler je lain2..aduh,tension aku bersama seorang lagi fotografer,jefri.hasilnya...maka terbitlah hasil2 gambar yang aku kena guna teknik penipuan dan helah adobe dan picasa.tapi boleh ke nak buat pengantin ni senyum pakai adobe atau apa2 software menghedet gambar ni?



apa2pun sape yang bakal jadi pengantin tu..tak kira la dalam masa 20 tahun lagi,tolonglah jangan malu2 rimau untuk senyum dan senggeh kataorang klate.
ok,hum hain rahi pyaar ke,phir mileenge chalte chalte.

Saturday, June 6, 2009

yang ke 21 ini...


Assalamualaikum & happy good day,

Syukur alhamdulillah,Allah masih lagi memberikan hayat untuk aku...hari ini,06.06.09 tarikh kelahiran aku...21 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian pada jam 12.32 tengahari.

macam-macam perkara yang aku lalui menjadikan aku belajar mengenai realiti kehidupan ini.pada aku jangka masa 21 tahun ini belum cukup untuk menjadikan aku kebal menghadapi hidup ini.aku syukur sangat kerana dilahirkan dalam keluarga yang sempurna,aku punyai ibu bapa yang sangat menyanyangi dan adik beradik yang sangat kasih mengasihi.keluarga aku juga lebih sempurna dengan kehadiran ipar-ipar aku dan 7 orang anak saudara aku.
semoga Allah memanjangkan umur aku agar aku masih boleh beribadat dan menjalani kehidupan ini.semoga Allah juga memberi panduan untuk aku menuju ke jalan ihdishiro thol mustakim dan semoga Allah juga selalu ada bersama aku dalam setiap nafas aku ini kerana Dialah segalanya untuk aku.

em..sedikit x best hari ni sebab aku dlm keadaan not very well sebab sejak aku balik aku tak banyak merehatkan badan dan minda aku.