Tuesday, March 27, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia - Ustazah Fatimah Syarha

Segala puji-pujian khas untuk Allah yang Maha Esa dan Maha Pemilik alam semesta ini. Setelah saya sangat kecewa kerana tidak dapat menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah & Productive Muslim akhirnya Allah penuhi keinginan saya untuk berada di kalangan ilmuan untuk mengali dan mendapat semaksima mungkin ilmu daripada mereka ini. segala puji bagi Allah, saya telah menghadiri Konvensyen Bidadari Dunia di PICC Putrajaya. Allahurabbi...ibarat bintang jatuh ke riba sampaikan saya sukar memberi jawapan andai orang tanya saya "macam mana konvensyen? best x?" sukar diungkap dengan kata-kata. apapun saya cuba berkongsi ilmu-ilmu yang saya dapat sepanjang 2 hari di sana :)

tirai KBD dibuka dengan slot bersama Ustazah Fatimah Syarha iaitu dengan tajuk Bidadari Impian. kali ini ustazah berkongsi mengenai 4 antara ikon besar Muslimah iaitu :

1.Asiah bt Muzahim

  • seperti yang kita tahu, beliau merupakan isteri kepada Firaun laknatullah dan merangkan ibu angkat kepada Nabi Musa alaihi salam.
  • beliau telah diseksa & dibunuh oleh suaminya sendiri.
  • antara sebab utama kenapa Asiah sangat teguh dengan pendiriannya ialah BELIAU TIDAK MAMPU MENGAWAL KEADAAN TETAPI BELIAU MAMPU MENGAWAL RESPONNYA TERHADAP KEADAAN.
  • beliau juga sangat tegas mempertahankan akidah dan meletakkan Allah itu di tempat yang paling teratas.
  • mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah dan menggunakan semaksima bantuan Quran & sunnah untuk merasa Allah itu dekatnya
  • Asiah meletakkan Allah sebagai sebab untuk dia meneruskan kehidupannya
2.Maryam bt Imran

  • anak kepada Imran dan Hannan yang dinazarkan ke Baitul Maqdis
  • ibu kepada Nabi Isa A.S yang merupakan satu-satunya nama wanita sebagai nama surah di dalam Quran
  • beliau seorang yang sangat cintakan ilmu.
  • korang boleh search kat YouTube lagu Ratu Syahadah by In Team.memang lagu nak nangis mendengarnya.
3.Khadijah bt Khuwailid

  • beliau satu-satunya isteri baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam selama 25 tahun; dan selama itu baginda tidak berpoligami
  • beliau merupakan ibu kepada 6 orang zuriat baginda
  • beliau sangat cantik, kaya, bijak, tegas, setia, active women & berketurunan mulia
  • beliau membuktikan bahawa wanita bekerjaya telah wujud dari zaman dahulu lagi
  • beliau sangat memahami suaminya, seorang yang tenang & mampu menenangkan orang lain
  • beliau sangat mengasihi keluarga suaminya sehinggakan beliau sangat memuliakan Halimatu Sa'diah sebagai 'emak mertua'nya memandangkan Halimahtu Sa'diah yang telah menyusukan baginda
4.Fatimah bt Muhammad

  • beliau merupakan anak bongsu baginda salallahu alaihi wasallam
  • beliau yang paling banyak menjaga baginda
  • seorang yang sangat taat kepada suaminya, taat kepada ayahnya dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
  • beliau bijak menguruskan cintanya <3
Ustazah Fatimah Syarha

nota extra :

*persamaan keempat-empat tokoh besar Islam ini ialah keyakinan mereka kepada Allah dan hidup mereka pasti mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Nabi/Rasul
*Tiada alasan untuk tak menjadi wanita yang beriman
*Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan Allah mengangkat beberapa lagi darjat orang yang beriman dan berilmu
*ikat hati kita dengan Allah, maka pertolongan & rezeki Allah akan datang dari jalan yang tak disangka-sangka
*Allah telah ta'aruf zatNya dengan asma ul husna maka serulah nama-namaNya
*Allah menciptakan manusia bukan untuk Dia zalimi atau untuk campak kita ke dalam lubang neraka. Allah dah prepare siap-siap syurga untuk kita. maka Allah yang sifatNya Maha Adil manusia akan dibalas dengan perbuatan manusia itu sendiri.
*jangan mengambil kesempatan dengan kasih sayang Allah. got it?

mari menjadi baik. mari jadi Muslimah yang vogue di sisi Allah...mari mula dengan perlahan-lahan. DON'T COMPARE YOU SELF WITH OTHERS BUT COMPARE WITH YOUR OWN POTENTIAL.

TIADA RAHSIA YANG LEBIH HEBAT SELAIN MENGAMBIL ALLAH SEBAGAI YANG PALING UTAMA :D let's do it!



Saturday, March 17, 2012

Ibrah Cahaya Nya

Pagi itu dia mundar mandir. Fikiran bercabang-cabang bak mind mapping dalam kuliah Research Methodology sebentar tadi. Dirinya berbelah bahagi sama ada mahu mengiakan sahaja ajakan rakan-rakannya untuk pergi menonton teater Lari itu. Fikirnya, sudah lama tidak menyibukkan diri menonton yang ada manfaatnya untuk mengisi tabung pengalaman sebagai pelajar di dalam bidang industri kreatif ini. Namun, secabang lagi fikirannya semalasnya dia ke tempat teater itu dek kerana banyak memori kelam selama dia berada di dalam lubuk kejahilan suatu ketika dulu. Dia menghela nafas dalam, meminta petunjuk Tuhannya. Dia memejamkan matanya seketika dan melapangkan dadanya untuk cuba melupakan seketika apa yang telah dia lalui suatu ketika dahulu itu. Dia mencapai BlackBerry dan membuka BBMnya untuk memberi keputusan kepada Amy untuk mengikutnya ke pementasan itu.

Petang Jumaat itu, seperti dia jangkakan Lebuhraya Persekutuan sesak seperti biasa. Pemain MP3 di radio keretanya memainkan lagu dan zikir kegemarannya. Alunan-alunan muzik itu tenggelam dan fikirannya melayang sambil melihat kereta kiri kanannya yang bergerak dalam kadar meter kelajuan hanya pada angka 20-30...

Ketika itu dia sangat gembira ditemani sahabat baiknya di sisi. ketika itu dia rasanya mereka diumpakan sebagai Rahul dan Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hei. Tiada apa yang lebih utama di dalam dunia ini melainkan persahabatan mereka berdua. Seperti belangkas, ke sana ke sini bersama tanpa peduli apa sahaja kata orang terhadap mereka. Apa sahaja lah yang dia sanggup korbankan demi kepentingan persahabatan ini. Sewaktu dia di tahun akhir Diplomanya girang sekali apabila mereka berdua lebih banyak masa untuk bersama dalam kerja-kerja untuk projek akhir mereka. Dia menumpang tidur di rumah sahabat baiknya itu pun dia tak kisah walaupun berlainan jantina. Kongsi makanan lagi lah dia tak kisah. Pendek kata, hampir setiap hari mereka menghabiskan masa merayau ke sana sini bersama. Ya, mereka juga umpama seperti Devdas dan Paro di dalam filem Devdas. Namun jauh di sudut hati dia, dia mahu mengajak sahabat baiknya itu untuk mengikuti jalan Islam dengan baik. Ya, sekurang-kurangnya bersolat. Dia sememangnya tahu sahabatnya itu seorang gay, boleh dikira atau mungkin sukar untuk mengingati bila kali terakhir dia melihat sahabatnya itu bersolat. Pernah dia menarik cuping telinga sahabatnya lantaran subang yang dikenakan sahabatnya. Dalam dia mahu mengajak sahabatnya ke jalan Allah, tanpa dia sedari dia sendiri yang tersasar dibuai nafsu dunia yang beralasan persahabatan itu.

Deruman enjin dari motor berkuasa tinggi sekumpulan penunggang Harley Davidson yang lalu di sebelah kanannya membangunkan dia dari asyik menyusun helaian-helaian kisah lamanya itu. Dia memasukkan gear 5 dan menekan pedal minyak dan terus menyusur ke exit Istana Negara. Seusai sampai, dia menuruni kereta yang digelar Skancil Skyline tu sambil mendongak ke susuk bangunan di hadapannya, "oh, tempat ini menyimpan pelbagai kisah itu" bisik dia sambil di dalam benaknya semakin laju menyelak helaian-helaian kisah lamanya. Dia menyusun tapak melihat sekeliling seakan-akan ada skrin High Definition yang memancarkan kenangan-kenangan lama di situ. Dia bersama rakan-rakan menuju kaunter tiket  untuk mendapatkan tiket yang telah ditempah. Dia berpaling ke satu arah dan melihat seraup wajah. Dia cukup kenal dengan lelaki pemilik wajah itu. lelaki itu senyum lebar takala mereka saling berpandangan. Dia tersentak seketika.

Dia mengawal riak mukanya dan cuba bertenang. Seukir senyuman dibalas kepada lelaki itu tanda hormatnya dan tidak mahu keadaan menjadi murung. Tangannya menyeluk beg mencari BlackBerrynya yang galak berbunyi daripada tadi lagi. Dia menumpukan perhatian pada telefon demi mengusir segala kenangan yang sibuk bermain di benaknya. lelaki itu cuba menarik perhatiannya untuk berbual namun dia terasa agak janggal.  Seusai sahaja pementasan tamat rakan-rakannya meminta untuk dia tunggu seketika untuk lepak dan bersembang dengan lelaki itu dan rakan-rakan yang lain. Suasana malam yang menjenggah jam 11 malam itu diisi dengan hilai tawa dan kepulan asap rokok yang menyesakkan dadanya. Hatinya cuba bertenang dan tidak mahu terlalu menampakkan tanda protesnya dengan keadaan suasana yang langsung tidak disukainya ini. Dia bermonolog dengan Tuhannya "oh Tuhan, lihatlah hamba Mu ini. mereka ketawa seakan mereka tak akan mati, seakan tiada yang memerhatikan mereka, mereka bersentuhan dengan berlainan jantina seakan itu halal untuk mereka, mereka menghembus asap rokok dengan sombongnya menjemput lagi jin & syaitan duduk sekali di kalangan mereka ini. Oh Tuhan, ini bukan dunia aku! aku tidak mahu lagi kembali ke dunia ini!" jerit hatinya seakan merayu untuk dia bangun dan melangkah pergi dari kalangan itu.

Hatinya mula bercabang metimbang tara dan mempersoalkan kepada dirinya "kalau Rasulullah ada ni, agaknya apa perasaan baginda melihat kau begini ha?" dengus hatinya. Entah kuasa dari mana dengan tak semena-mena dia bangun dengan melafazkan sejengkal ayat "Aku balik dulu..." dan terus melangkah dengan berani menuju ke Skancilnya. Dia memandu Skancilnya menyelusuri jalan yang tidak lagi sesibuk siang tadi. Perasaannya bercampur, separuh merasa syukur dengan menentang nafsu jahatnya dan terbelit rasa bersalah meninggalkan kalangan itu begitu sahaja. mulutnya kumat kamit mengikut rentak zikir alunan Hafiz Hamidun yang dimainkan di dalam keretanya dan akhirnya alunan itu larut di dalam kenangan yang kembali datang mengetuk fikirannya.

Malam itu hujan gerimis. Dia mundar mandir melihat jam di telefon bimbitnya jam 10.30 malam. Dia menunggu sistem pesanan ringkas yang bakal masuk ke inbox. "Aku perlu keluar dari kolej ni sebelum jam 11 malam, kalau tak malas plak aku nak bertekak dengan pak gad tu". Dia menyarungkan jeansnya dan mempersiapkan dirinya ala kadar sambil berbisik "ala, over night je pun". Dia menuju ke rumah sewa sahabat baiknya yang sememangnya tidak jauh dari kolej. Sesampai di hadapan pagar sahabatnya sudah setia menunggu dan lebih kurang 15 minit kemudian seorang lelaki berkereta Wira Aeroback break di depan mereka. Ya, itulah lelaki yang ditunggu dari tadi... "Apa lagi, jom la. hujan tu" jemput lelaki itu. dia dan sahabat baik dia girang lalu menaiki kereta itu. "Haa..nak g lepak kat mana nih?" soal lelaki itu. "Mana-mana je la bang...lapar ni, dari tadi tak makan tau tunggu abang" sahut dia. "Tempat korang ni jauh sangat, hujan plak tu, tu yang abang lambat sampai". Mereka menuju ke sebuah restoran di seksyen 13. Selepas makan dan bersembang di situ, mereka menuju pula ke sebuah lagi kedai mamak yang agak popular di kawasan itu. Hujan renyai-renyai dan tiga gelas kopi panas menemani mereka bertiga malam itu. Dia merasakan saat itu merupakan saat yang paling seronok dalam hidupnya. Lepak, bersembang tentang orang itu, tentang orang ini dan semuanya perkataan yang sia-sia. Mereka merasakan seakan ada chemistry di antara mereka kerana itu pertama kali mereka 'hang out' bertiga dan bebas bercerita tentang apa sahaja. Restoran yang beroperasi selama 24 jam itu tak pernah putus dikunjungi oleh pelanggan yang bermacam-macam ragam. Jam menunjukkan 5.30 pagi dan mereka bertiga mula beransur mengatur langkah ke arah kereta. Tidak tidur malam itu tidak menjadi alasan untuk mereka tidak mengantuk malah mereka masih rancak berbual. Jam 6.10 pagi dia masuk ke kolej dan terus tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.

"Uhibukka rabbi uhibukh...uhibuka inni uhibukh..." seraya bunyi BlackBerry hitamnya memberhentikan segala kelajuan selakan helaian kenangan di mindanya mengenai lelaki yang ditemui tadi. Panggilan daripada ibunya bertanya keadaanya dek kerana tadi ibunya tidak menjawab panggilan telefonnya siang tadi. Keretanya diperlahan dan dia mengeluarkan kad touch and go di tol Batu 3. Sampai di rumah, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Seusai solat, dia bersimpuh di bawah duli kebesaran Rabb nya. Suasana malam itu sunyi sepi, hatinya mula menangis di hadapan Tuhannya, dia mengadu kepada Tuhannya, terasa dirinya terlalu banyak kotoran dosa dek kesalahan lampau dan kelalainya memuja dunia ini. Dia mengangkat kedua tanggannya "ya Allah, sesungguhnya aku malu untuk mengangkat tanggan ku yang telah banyak berbuat dosa ini, aku malu untuk mengangkat wajah aku yang kotor ini, aku malu mahu meminta kerana aku banyak tidak bersyukur kepada Mu. Namun, hanya Engkau yang aku sembah & bersujud...aku merayu kepada Mu ampunkan dosa ku ya Allah. Aku yang kerdil, lemah dan bersalut dosa. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu agar terlerai kesangsian hati ini. Ya Allah, sekadar air mata ini tak mampu membasuhi dosa ini. Ya Samiiq, hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu yang dapat meringankan maka hulurkan maghfirah Mu. Andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi. Ya Allah ya Rahman, sebelum berangkat pergi ke daerah sana lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan raga ku. Ya Hadii, janganlah Engkah menarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada ku. Ya Rahim, selimuti diri ku dengan sutera kasih sayang Mu agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah abadi"

Dia tafakur dipembaringan sambil air matanya belum lagi kering mengenangkan kejahilannya suatu ketika dulu. Kisah-kisah manusia yang paling disayanginya tergambar di fikiran. Dia mengumpul kekuatan dengan kisah teladan baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam bagaimana baginda sabar & yakin kepada Allah dalam perjalanan da'wah baginda yang jauh lebih hebat dugaannya daripada apa yang dia hadapi. Tak semena-mena susuk bangunan hitam ka'abah dan kubah hijau nabawi terlintas difikirannya... Dia lena diulik denyutan taubatnya kepada yang Maha Pengampun.



Friday, March 16, 2012

Saya, Skancil & Saman

jumuah mubarak :)

wah, sebelum keluar until tonight sempat lagi nih. kali ni isu agak suam-suam panas nak diutarakan. alhamdulillah almost 5 years menapak di UiTM Puncak Perdana dengan penuh gigihnya tanpa berkenalan dengan maksud jemu mahupun cemuih. saya salah seorang pelajar yang membawa kenderaan sendiri ke kampus dek kerana saya ni jenis orang yang ke hulu ke hilir merentasi bukit bukau, highway, tol, banjir kilat dan sebagainya. lagi pula bidang yang saya ceburi ni memaksa saya untuk aktif ke sana kemari & berkejaran dengan masa. agak tiada masa untuk menunggu bas rapid & menukar bas berkali-kali sebelum sampai ke destinasi. alhamdulillah for this favors.

so, antara hobi saya ialah mengumpul saman-saman MBSA. [sape suh buat salah, patot la kena saman pun. ape ko ingat dia saman saje2 kah?] oh tedhak, buat apa saya nak buat sesuatu yang salah sedangkan saya sedia maklum itu sememangnya salah? tak berapa cerdikkah saya?al kesah, kami tidak dibenarkan sama sekali meletakkan kenderaan di dalam kawasan kolej [fakulti tu sah2 la untuk lecturers & staff] dan diminta untuk meletakkan kenderaan di tempat lain.kalau tak kena clamp & dapat surat chenta dari pihak berwajib. so, mereka memberi option sebuah kawasan lapang di sebuah blok dan jaraknya agak jauh dari tempat kuliah. kalau jalan kaki maybe take time dalam 10-15 minit [dalam anggaran saya]

maka, ramailah student2 berkereta ni park kereta di luar pagar kolej dan situasi di mana apabila menuju ke kereta terdapat sehelai kertas putih di viper adalah perkara biasa & normal. sape yang tak mengalami situasi tu pula dianggap tak normal dan paranormal. heh ^__^ v . ya, betul sekali sangkaan anda, kertas putih merupakan surat cinta kaseh saman daripada MBSA with love. ya, pihak mereka sudah sedia maklum situasi kami sebab isu ini dah sangat lama sejak saya berada di semester 1 diploma lagi (2007) barangkali pihak mereka pernah kawtim dengan pihak pengurusan kolej, namun masih menyaman apa sahaja jenis kenderaan di luar itu even jentera kereta hang tu skyline sekali pun. saya tak pernah salahkan staff MBSA yg datang menyaman kerana itu tugasan mereka malah kereta skancil saya pernah hampir disaman lalu saya sempat sampai di tempat kejadian, staff MBSA membatalkan saman yang masih belum dikeluarkan dan meminta saya mengalihkan kenderaan saya itu. [jazakumullahu khoir kpd brader tu]

bagaimana dengan pihak pengurusan atasan? ya mungkin mereka punyai alasan konkrit kenapa isu kenderaan masih berlarutan sampai sekarang. saman is all about duit... sudahlah kami kos sara hidup yang tinggi & kami tak berniat utk menyalurkan duit PTPTN kami kepada benda2 yang macam ni. ya, benar kami ada beli benda yang merepek dengan duit PTPTN tu tapi kalau saman yang berulang-ulang kali macam ni... rasa duit 'disedekahkan' macam tu je. saya bukan mahu tunjuk pandai, mengkritik atau apa sahaja berbaur negatif terhadap mana-mana pihak tapi kenyataan nya macam tu lah. saya & rakan-rakan yg berkereta lain sedang 'giat' mengumpul kertas2 saman di dalam dashboard kereta kami dek kerana duit masih banyak untuk digunakan ke saluran lain nak-nak the making of thesis ni.

kenangan disaman oleh MBSA ini antara kenangan yang sukar untuk saya lupakan sepanjang di UiTM ini. bila saya memandu kereta yang lebih canggih daripada skancil saya ini (insha Allah) saya akan ingat saat-saat kenangan ini...

p/s : nak g ikea cari frame sambil makan meatballs & karipap kat level bawah tu



Wednesday, March 14, 2012

seindah nama mu


puisi yang telah berjaya meruntun & berbekas di hati ini. luhur si pencipta & penyampainya... ikon Muslimah Oki Setiana Dewi yang saya kagumi. Allahuakbar...ya Musowwir, ya Khaliq

Thursday, March 8, 2012

Nikmat Mengusik Jiwa

assalamualaikum... apa khabar iman kita hari ini ? :)

cepat je masa ini berlalu. hari demi hari bermula dengan bangun pagi, alih-alih dah malam. betul la firman Allah iaitu "sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian" dan ya... "kecuali kepada orang-orang yang berpesan kepada kebenaran". alhamdulillah, perjalanan saya di UiTM dah hampir menjangkau 5 tahun dan sekarang saya di tahun ke dua semester ke 4. alhamdulillah sepanjang cuti semester lepas, sekali lagi Allah bagi peluang untuk saya bersama-sama keluarga Dzul Iman dan kali ni di Dzul Iman D'Kayangan sec 13 shah alam. pengalaman sebulan ibarat sesaat tu banyak mengajar saya untuk lebih memahami hidup ini. antara benda penting yang saya belajar di sana adalah bagaimana untuk bersahabat...oh, mereka boleh menerima diri ku yang serba kelemahan ini.

mereka seakan menerima perangai saya yang kadang kala terkeluar perangai lama.huh, sungguh menakutkan. hijrah sikap ini antara yang paling sukar yang mana saya memerlukan shaping process yang agak lama. Adila, Ikma, Fara, Ain, Ita & Nurul yang Allah beri untuk menceriakan hari-hari saya even setiap hari perlu berhadapan dengan bermacam-macam kerenah anak-anak.ya sangat mencabar kesabaran namun alhamdulillah dengan sokongan diorang semua saya kembali senyum.mana tak nya, awal-awal pagi dah ada yang duk menyakat sesama sendiri...maka berderai lah gelak tawa kami semua. bila berhadapan dengan kerja sepanjang hari sesama kami seakan memahami situasi dan perasaan masing-masing. diorang memang tak berkira kalau pasal kerja ni.



hari terakhir meninggalkan mereka semua seakan mahu tertumpah derai air mata ini tapi saya kuatkan juga dengan harapan insha Allah saya akan kembali lagi bersama mereka walau hakikatnya ada antara kami yang dah sambung belajar. hati ini, Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya meninggalkan 'dunia' yang saya cintai itu. 'dunia' di mana saya dapat mencari diri saya yang hilang...bermula pagi sehinggalah letak kepala mahu lenakan diri di malam hari sering diingatkan tentang kebaikan. diingatkan mengenai tanggungjawab sebagai khalifah Allah.benarlah kata-kata Maher Zain "you must surrounding with good people". itu tak termasuk lagi dengan usrah segala tu...oh benar, bulatan itu sungguh mengembirakan.setiap hari melihat keajaiban semesta di sekeliling saya...oh, sungguh menakjubkan!

pastinya segalanya ini dari Allah Tuhan saya dan kamu yang Maha Penyayang, Maha Memahami, Maha Kaya dan Maha Best! Allah faham apa yang saya perlukan...Allah tahu hati dan perasaan saya...Allah tahu bagaimana untuk mengembirakan saya. Allah tahu segalanya tentang saya even ada perkara tentang saya yang saya sendiri tak fahaminya.


Melihat sinar pagi menyapa kaki langit di ufuk timur
Menari-menari di celahan dahan dedaun pohon itu
Deraian merdu zikir seisi alam memuji yang Maha Pencipta
Angin menyapa seakan berbahasa dengan semesta dunia

Melihat kasih yang melimpah ruah sang ibu ayah
Peluk cium buat khalifah kecil itu
Telatah yang mengusik jiwa
Terkadang kembali ke relung masa kecil dahulu

Wajah-wajah suci itu bertelatah gembira
Tanpa terlintas sedikitpun masalah dunia
Khalifah kecil itu berbahagia dengan sekelilingnya
Gaya mereka mendamaikan adakalannya mengharukan

Benarlah Allah Maha Pengasih
Memberi nikmat kepada hambaNya
Tidak ada hamba yang tersisih
Daripada menghirup nikmat yang tiada tandingnya