Saturday, March 17, 2012

Ibrah Cahaya Nya

Pagi itu dia mundar mandir. Fikiran bercabang-cabang bak mind mapping dalam kuliah Research Methodology sebentar tadi. Dirinya berbelah bahagi sama ada mahu mengiakan sahaja ajakan rakan-rakannya untuk pergi menonton teater Lari itu. Fikirnya, sudah lama tidak menyibukkan diri menonton yang ada manfaatnya untuk mengisi tabung pengalaman sebagai pelajar di dalam bidang industri kreatif ini. Namun, secabang lagi fikirannya semalasnya dia ke tempat teater itu dek kerana banyak memori kelam selama dia berada di dalam lubuk kejahilan suatu ketika dulu. Dia menghela nafas dalam, meminta petunjuk Tuhannya. Dia memejamkan matanya seketika dan melapangkan dadanya untuk cuba melupakan seketika apa yang telah dia lalui suatu ketika dahulu itu. Dia mencapai BlackBerry dan membuka BBMnya untuk memberi keputusan kepada Amy untuk mengikutnya ke pementasan itu.

Petang Jumaat itu, seperti dia jangkakan Lebuhraya Persekutuan sesak seperti biasa. Pemain MP3 di radio keretanya memainkan lagu dan zikir kegemarannya. Alunan-alunan muzik itu tenggelam dan fikirannya melayang sambil melihat kereta kiri kanannya yang bergerak dalam kadar meter kelajuan hanya pada angka 20-30...

Ketika itu dia sangat gembira ditemani sahabat baiknya di sisi. ketika itu dia rasanya mereka diumpakan sebagai Rahul dan Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hei. Tiada apa yang lebih utama di dalam dunia ini melainkan persahabatan mereka berdua. Seperti belangkas, ke sana ke sini bersama tanpa peduli apa sahaja kata orang terhadap mereka. Apa sahaja lah yang dia sanggup korbankan demi kepentingan persahabatan ini. Sewaktu dia di tahun akhir Diplomanya girang sekali apabila mereka berdua lebih banyak masa untuk bersama dalam kerja-kerja untuk projek akhir mereka. Dia menumpang tidur di rumah sahabat baiknya itu pun dia tak kisah walaupun berlainan jantina. Kongsi makanan lagi lah dia tak kisah. Pendek kata, hampir setiap hari mereka menghabiskan masa merayau ke sana sini bersama. Ya, mereka juga umpama seperti Devdas dan Paro di dalam filem Devdas. Namun jauh di sudut hati dia, dia mahu mengajak sahabat baiknya itu untuk mengikuti jalan Islam dengan baik. Ya, sekurang-kurangnya bersolat. Dia sememangnya tahu sahabatnya itu seorang gay, boleh dikira atau mungkin sukar untuk mengingati bila kali terakhir dia melihat sahabatnya itu bersolat. Pernah dia menarik cuping telinga sahabatnya lantaran subang yang dikenakan sahabatnya. Dalam dia mahu mengajak sahabatnya ke jalan Allah, tanpa dia sedari dia sendiri yang tersasar dibuai nafsu dunia yang beralasan persahabatan itu.

Deruman enjin dari motor berkuasa tinggi sekumpulan penunggang Harley Davidson yang lalu di sebelah kanannya membangunkan dia dari asyik menyusun helaian-helaian kisah lamanya itu. Dia memasukkan gear 5 dan menekan pedal minyak dan terus menyusur ke exit Istana Negara. Seusai sampai, dia menuruni kereta yang digelar Skancil Skyline tu sambil mendongak ke susuk bangunan di hadapannya, "oh, tempat ini menyimpan pelbagai kisah itu" bisik dia sambil di dalam benaknya semakin laju menyelak helaian-helaian kisah lamanya. Dia menyusun tapak melihat sekeliling seakan-akan ada skrin High Definition yang memancarkan kenangan-kenangan lama di situ. Dia bersama rakan-rakan menuju kaunter tiket  untuk mendapatkan tiket yang telah ditempah. Dia berpaling ke satu arah dan melihat seraup wajah. Dia cukup kenal dengan lelaki pemilik wajah itu. lelaki itu senyum lebar takala mereka saling berpandangan. Dia tersentak seketika.

Dia mengawal riak mukanya dan cuba bertenang. Seukir senyuman dibalas kepada lelaki itu tanda hormatnya dan tidak mahu keadaan menjadi murung. Tangannya menyeluk beg mencari BlackBerrynya yang galak berbunyi daripada tadi lagi. Dia menumpukan perhatian pada telefon demi mengusir segala kenangan yang sibuk bermain di benaknya. lelaki itu cuba menarik perhatiannya untuk berbual namun dia terasa agak janggal.  Seusai sahaja pementasan tamat rakan-rakannya meminta untuk dia tunggu seketika untuk lepak dan bersembang dengan lelaki itu dan rakan-rakan yang lain. Suasana malam yang menjenggah jam 11 malam itu diisi dengan hilai tawa dan kepulan asap rokok yang menyesakkan dadanya. Hatinya cuba bertenang dan tidak mahu terlalu menampakkan tanda protesnya dengan keadaan suasana yang langsung tidak disukainya ini. Dia bermonolog dengan Tuhannya "oh Tuhan, lihatlah hamba Mu ini. mereka ketawa seakan mereka tak akan mati, seakan tiada yang memerhatikan mereka, mereka bersentuhan dengan berlainan jantina seakan itu halal untuk mereka, mereka menghembus asap rokok dengan sombongnya menjemput lagi jin & syaitan duduk sekali di kalangan mereka ini. Oh Tuhan, ini bukan dunia aku! aku tidak mahu lagi kembali ke dunia ini!" jerit hatinya seakan merayu untuk dia bangun dan melangkah pergi dari kalangan itu.

Hatinya mula bercabang metimbang tara dan mempersoalkan kepada dirinya "kalau Rasulullah ada ni, agaknya apa perasaan baginda melihat kau begini ha?" dengus hatinya. Entah kuasa dari mana dengan tak semena-mena dia bangun dengan melafazkan sejengkal ayat "Aku balik dulu..." dan terus melangkah dengan berani menuju ke Skancilnya. Dia memandu Skancilnya menyelusuri jalan yang tidak lagi sesibuk siang tadi. Perasaannya bercampur, separuh merasa syukur dengan menentang nafsu jahatnya dan terbelit rasa bersalah meninggalkan kalangan itu begitu sahaja. mulutnya kumat kamit mengikut rentak zikir alunan Hafiz Hamidun yang dimainkan di dalam keretanya dan akhirnya alunan itu larut di dalam kenangan yang kembali datang mengetuk fikirannya.

Malam itu hujan gerimis. Dia mundar mandir melihat jam di telefon bimbitnya jam 10.30 malam. Dia menunggu sistem pesanan ringkas yang bakal masuk ke inbox. "Aku perlu keluar dari kolej ni sebelum jam 11 malam, kalau tak malas plak aku nak bertekak dengan pak gad tu". Dia menyarungkan jeansnya dan mempersiapkan dirinya ala kadar sambil berbisik "ala, over night je pun". Dia menuju ke rumah sewa sahabat baiknya yang sememangnya tidak jauh dari kolej. Sesampai di hadapan pagar sahabatnya sudah setia menunggu dan lebih kurang 15 minit kemudian seorang lelaki berkereta Wira Aeroback break di depan mereka. Ya, itulah lelaki yang ditunggu dari tadi... "Apa lagi, jom la. hujan tu" jemput lelaki itu. dia dan sahabat baik dia girang lalu menaiki kereta itu. "Haa..nak g lepak kat mana nih?" soal lelaki itu. "Mana-mana je la bang...lapar ni, dari tadi tak makan tau tunggu abang" sahut dia. "Tempat korang ni jauh sangat, hujan plak tu, tu yang abang lambat sampai". Mereka menuju ke sebuah restoran di seksyen 13. Selepas makan dan bersembang di situ, mereka menuju pula ke sebuah lagi kedai mamak yang agak popular di kawasan itu. Hujan renyai-renyai dan tiga gelas kopi panas menemani mereka bertiga malam itu. Dia merasakan saat itu merupakan saat yang paling seronok dalam hidupnya. Lepak, bersembang tentang orang itu, tentang orang ini dan semuanya perkataan yang sia-sia. Mereka merasakan seakan ada chemistry di antara mereka kerana itu pertama kali mereka 'hang out' bertiga dan bebas bercerita tentang apa sahaja. Restoran yang beroperasi selama 24 jam itu tak pernah putus dikunjungi oleh pelanggan yang bermacam-macam ragam. Jam menunjukkan 5.30 pagi dan mereka bertiga mula beransur mengatur langkah ke arah kereta. Tidak tidur malam itu tidak menjadi alasan untuk mereka tidak mengantuk malah mereka masih rancak berbual. Jam 6.10 pagi dia masuk ke kolej dan terus tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.

"Uhibukka rabbi uhibukh...uhibuka inni uhibukh..." seraya bunyi BlackBerry hitamnya memberhentikan segala kelajuan selakan helaian kenangan di mindanya mengenai lelaki yang ditemui tadi. Panggilan daripada ibunya bertanya keadaanya dek kerana tadi ibunya tidak menjawab panggilan telefonnya siang tadi. Keretanya diperlahan dan dia mengeluarkan kad touch and go di tol Batu 3. Sampai di rumah, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Seusai solat, dia bersimpuh di bawah duli kebesaran Rabb nya. Suasana malam itu sunyi sepi, hatinya mula menangis di hadapan Tuhannya, dia mengadu kepada Tuhannya, terasa dirinya terlalu banyak kotoran dosa dek kesalahan lampau dan kelalainya memuja dunia ini. Dia mengangkat kedua tanggannya "ya Allah, sesungguhnya aku malu untuk mengangkat tanggan ku yang telah banyak berbuat dosa ini, aku malu untuk mengangkat wajah aku yang kotor ini, aku malu mahu meminta kerana aku banyak tidak bersyukur kepada Mu. Namun, hanya Engkau yang aku sembah & bersujud...aku merayu kepada Mu ampunkan dosa ku ya Allah. Aku yang kerdil, lemah dan bersalut dosa. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu agar terlerai kesangsian hati ini. Ya Allah, sekadar air mata ini tak mampu membasuhi dosa ini. Ya Samiiq, hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu yang dapat meringankan maka hulurkan maghfirah Mu. Andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi. Ya Allah ya Rahman, sebelum berangkat pergi ke daerah sana lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan raga ku. Ya Hadii, janganlah Engkah menarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada ku. Ya Rahim, selimuti diri ku dengan sutera kasih sayang Mu agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah abadi"

Dia tafakur dipembaringan sambil air matanya belum lagi kering mengenangkan kejahilannya suatu ketika dulu. Kisah-kisah manusia yang paling disayanginya tergambar di fikiran. Dia mengumpul kekuatan dengan kisah teladan baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam bagaimana baginda sabar & yakin kepada Allah dalam perjalanan da'wah baginda yang jauh lebih hebat dugaannya daripada apa yang dia hadapi. Tak semena-mena susuk bangunan hitam ka'abah dan kubah hijau nabawi terlintas difikirannya... Dia lena diulik denyutan taubatnya kepada yang Maha Pengampun.



No comments: