Saturday, March 7, 2015

Sekian Apa Cerita 2015 Ini

Bismillah. Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Muhammad

Semakin cepat laju berlari masa akhir zaman ini. Rindu untuk meluangkan sedikit masa untuk ketuk-ketuk keyboard menaip di lapangan blog tak seberapa ini. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 2015 sudah menghabiskan dua bulannya yang penuh kisah tak tercerita. Sekian ini, banyak benar kisah nak saya kongsikan mungkin ada barang sedikit faedah yang boleh saya kongsikan.

Pertamanya, saya amat-amat bersyukur kepada Allah atas banyak nya nikmat untuk saya hargai & syukurinya tak mampu untuk saya senaraikan satu per satu. Pertamanya, saya masih dan masih terkesan dengan pemergian yang barangkali menjadi yang paling diingati dalam generasi saya ini, kepulangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ke pangkuan rahmat Allah. Apa tidaknya, rakyat Kelantan dengan TGNA sudah sangat sebati biar betapa jauhnya anak Kelantan merantau.

Ajaib. Allah yang penuh dengan kejutan. Awalnya, saya berkira-kira mahu balik kampung during CNY atau seminggu awal memandangkan team #groundzero ada misi yang ke 6 pada cuti CNY. hati berbelah bahagi. alst-last... humph, lantak lah. #jangantiruperangaiini tup tap tup tap, check tiket kunang-kunang, harga okey, beli tiket tarikh 13 February, penerbangan jam 8.35 malam. Sementara menunggu panggilan, saya cuba berdikit-dikit habiskan bacaan Al-Kahf sebab saya membayangkan "esok mesti sibuk ni, insya Allah.". Keadaan Subang Skypark, tenang sahaja ntah mengapa tak sibuk seperti selalu. 9.45 malam, sesampai sahaja tayar kapal terbang saiz comel, saya meneruskan tabiat tak baik saya dengan terus off airplane mode walau kapal terbang masih lagi laju sementara mencari momentum untuk perlahankan kenderaan ini. bertimpa-timpa whatsapp masuk. padahal baru sejam saya off kan data, semacam seminggu off data. hati macam tak sedap. WHAT? TGNA passed away??? its gonna be kidding! no, no, no... turun ni, aku kena cek dulu! bukan boleh caye diorang ni!

apakan daya, dalam kereta saya buka segala link Sinar Harian, Berita Harian, NST dan semua link yang boleh dipercayai mengatakan TGNA sudah tiada jam 9.45 malam tadi  ... ... ... ... ... saya terdiam. tak mampu kata apa-apa, tak percaya. TGNA mungkin hanya koma. saya baca whatsapp yang berdentum dentam. ya, TGNA dah tiada. air mata laju bagai paip yang dah tercabut kepalanya. senyap, ibu abah yang datang menjemput saya pun terkedu. dalam kereta kami diam tak terkata apa. malam itu walau saya baring di atas katil yang dah lama benar saya rindui, namun mata masih gagal lena dan air mata tetap keluar payah benar nak berhenti, kalau saya ini lelaki memang saya dah terpacak depan rumah TGNA ni. kalau. hampir 99.9% di facebook, instagram bercerita tentang pemergian TGNA, tambah lagi sebak.

ibu abah bawa saya subuh di Masjid Telipot, pagi ini benar-benar rasa senyap, sangat sunyi walaupun orang agak ramai di masjid. Menjadi tradisi Kelantan pada hari Jumaat untuk ramai-ramai solat subuh berjemaah di masjid-masjid. setelah selesai wirid dan doa, Imam mengumumkan "hari ini, segala aktiviti ilmu di seluruh kelantan ditangguhkan dulu untuk kita sama-sama memberi penghormatan terakhir buat TGNA. selepas tazkirah subuh ringkas ini jemputlah ke Pulau Melaka". makin sebak.

sebelum pulang ke rumah, kami melawat ke rumah tiang dua mama tok. menjadi rutin ibu abah sejak dulu lagi setiap pagi jumaat untuk ziarah mama tok. saya melihat keadaan sekeliling tanah perkuburan bunut payong. tenang waktu dhuha disulam angin pagi Jumaat yang mendamaikan. selesai bacaan yassin dan doa, kami pulang ke rumah. sayugia, saya bersama abang saya menuju ke Pulau Melaka, rumah TGNA. kami melalui jalan menghala ke Beris. parking kereta dan kami berjalan agaknya lebih dar 2 kilometer. orang yang sangat-sangat ramai. kami redah lautan manusia dan menuju ke masjid TGNA. sesampainya di sana, jenazah baru sahaja turun dari rumah, orang masih lagi sesak. hayat hidup saya hampir 27 tahun ini saya tak pernah tengok jumlah manusia seumpama itu; di Malaysia. Allah... Allah. selepas solat tahiyyatul masjid, saya & abang ke rumah TGNA yang berada di sebelah masjid. orang keluar masuk rumahnya, pintu tidak tertutup malah tiada pengawal pun yang menjaganya. mulanya, saya segan nak masuk tapi abang menarik tanggan saya. masuk rumah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah sebuah impian besar saya. syukur ya Allah, biarpun setelah ketiadaan Tok Guru. semua orang kagum melihat rumahnya. tiada lukisan mahal di dinding, tiada ukiran perabot mewah menandakan ini rumah bekas seorang MB. yang ada hanyalah bau harum, sejuk, deretan kitab yang agak banyak tersusun di dalam almari kaca. rumahnya sederhana sahaja. keluar dari rumah, hati saya kembali sebak, melihatkan barang-barang miliknya, kini tuan punya badan sudah tiada di sisi.asalnya, kami ingin ke kubur tetapi jalan terlalu padat dengan lautan manusia.



Allah Maha Pengatur, pulangnya saya kali ini ke tanah negeri saya untuk menyambut berita pilu ini. agaknya, kalau saya terima berita ini semasa saya di Kuala Lumpur lagi tak keruan jadinya. Ada sebab Allah awalkan cuti saya untuk balik ke Kelantan. Allahuakbar. kali terakhir saya bertemu mata dengan TGNA, Oktober 2014 semasa menghadiri majlis aqiqah saudara saya. itu yang terakhir. tok guru mula agak benar-benar uzur pada akhir november lalu. sudahlah negeri ini menangis dek dugaan bah yang besar, kini negeri ini diuji pula dengan kehilangan seorang bapa, guru & murabbi yang amat kami kasihi. namun, berita ini perlu kami telan dengan redha kerana TGNA menuju cita-citanya. biarlah dia benar-benar berehat dengan tenang tanpa asakan manusia. Al-Fatihah.

tarik nafas dalam dalam... saya teringin sungguh mahu tulis di sini misi #groundzero saya. insya Allah the mood coming soon. heh.