Thursday, March 27, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Cahaya

Assalamualaikum,

Allahu Allah, ni bukan setakat berhabuk tapi dah tumbuh lalang dah kat sini. lama sungguh tak menghadap blog yang tak berapa nak blog ni. blog merapu. hoho. doa ditadahkan kepada Allah Pemilik sekian alam ini agar merahmati para pejuang Islam khasnya Ikhwanul Muslimin yang sudah selamat siap disyurga masuk secara berbondong seramai 529, insya Allah. juga kepada  239 insan terpilih memperoleh rahmat Allah atas ujian MH370, insya Allah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Empunya empayar seisi langit dan bumi ini atas jemputan mulia sebagai tetamu di Kota Cahaya dan Bumi Haramain pada 6 Rabiul Akhir 1435 bersamaan 6 Februari 2014 yang lalu. Tak pernah saya sangka mimpi air mata ini akhirnya mengecap realiti di hadapan mata. pernah saya katakan kepada Allah, "Allah...bawalah saya ke Mekah & Madinah sebelum saya meninggalkan dunia ini". sesampai di KLIA pun saya tak percaya betulkkah saya menuju Madinah ini? orang bersalaman, mengucapkan selamat, mengirimkan doa... semua tu saya terkebil-kebil seperti mimpi. pergi bersama wali saya, abah tersayang menjadikan saya lebih teruja walau sedih ibu tak dapat bersama.


Transit di bumi Yaman beberapa jam seperti mengambil berkat bumi yang melahirkan ribuan ulama' terbilang. Petang Jumaat, menyelusuri jalan-jalan Kota Cahaya, mencari-cari kubah hijau dalam debar dan tangis. pertama kali saya melihat bumbung Nabawi, dada saya ibarat mahu pecah. debar, malu, gembira, sedih, sebak, nak meraung ah...! semua ada. saya kawal dengan hati & mulut kumat kamit terus laju menyampaikan salam buat Penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam. pertama kali kaki ini berpijak di tanah mulia itu, yang mana di bawahnya ada jasad manusia agung saya pilih untuk menanggalkan kasut saya tanda hormat atas jemputan ziarah mulia ini.

tak terjangka saya akhirnya jasad ini berdiri menghirup udara sejuk nan nyaman Kota Madinah. ibarat terdengar-dengar "Tho laa all badru alayna...". Pertama kali ziarah makam baginda, saya jalani seperti mimpi. perasaan bercampur dan sungguh! hampir ke Ruadhah, perasaan malu lah yang paling menebal. sampai di Raudhah, i dont know what to say. saya hanya mampu tergagap-gagap memberi salam pada baginda dan memberi tahu baginda "ya Rasulullah, saya datang ni...". di dalam masjid inilah baginda menyampaikan tutur bicaranya yang mulia. di sinilah para sahabat duduk mendengar baginda dan di sinilah pernah menyaksikan senyum tawa tangis baginda. saya banyak terkedu. hanya mampu saya katakan, saya memohon maaf kepada Rasulullah atas segala kelemahan saya yang jauh tak setanding apa yang baginda harapkan. saya seperti dapat rasakan baginda ada di dalam itu sedang mendengar.


Hari-hari yang saya lalui di Kota Madinah, membawa kembali saya kepada lipatan sirah yang pernah berada di bumi itu. seperti tergambar jejak-jejak para sahabat di situ sedang berjuang menyebarkan Islam. Terasa rahmat tersebar di seluruh pelusuk kota, nyamannya... sukar digambarkan. kami menziarahi Masjid Qiblatain di mana baginda rasulullah salallahu alaihi wasallam ketika solatnya diturunkan wahyu untuk menukar qiblat daribada Masjid Aqsa kepada Baitullah.


Ziarah di Jabbal Uhud, membuatkan hati ini meruntun sedih tergambar sorakkan jihad di situ di mana Rasulullah luka berdarah terpatah giginya dek kaum kafir musyrikin yang menyerang. Demi membawa Islam kepada saya hari ini. untuk saya! rasa kejamnya diri ini sedikit sekali menyahut seruan baginda. Saya menginsafi diri ini...tegarnya tidak menyambung kerja dakwah baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh.


"Dan ketika engkau (Muhammad) keluar pada pagi hari dari rumah ahlinya (di Madinah) dengan tujuan menempatkan orang yang beriman pada posisi masing-masing untuk berperang (di medan Uhud). Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tatkala dua kumpulan dari kamu terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka. Kepada Allah sahajalah hendaknya orang beriman itu bertawakal."
Ali Imran | 121 122


Ziarah wida' adalah yang paling mengharukan. Waktu Dhuha itu mahu saja saya hentikan agar masa itu tak akan berakhir. Sementara menunggu giliran kumpulan Malaysia-Indonesia, doa saya agar ini bukanlah ziarah yang terakhir dalam hayat ini. Sedih bukan kepalangan, saya ingat dengan ziarah ini maka terubatlah rindu sekian lama tapi sebaliknya. rindu ini sudah tak tertanggung lagi. air mata pun tak mampu untuk gambarkan segalanya. saya sujud di saf pertama di karpet hijau itu tanda syukur kepada Allah yang mengatur pertemuan ini. lambaian itu tanda ucap selamat tinggal untuk ziarah kali ini. saya melangkah keluar Masjid Nabawi dengan hati yang berat. Allah, kalau saya diberi peluang walaupun sebagai tukang jaga air zam-zam dalam Nabawi pun tak mengapalah.

Kami menuju Kota Haramain. Sebak dada ini meninggalkan maqam Rasul & para sahabat. namun mereka kekal dalam hati ini, mudah-mudahan. Debar menuju Baitullah makin memuncak. Niat Ihram di Bir Ali jam 10.30 malam dan laungan talbiah membuatkan pipi ini terus dibasahi.



... to be continue. insya Allah.