Wednesday, December 16, 2009

yang best tentang kurniaan Dia

Assalamualaikum dan selamat lah segala-galanya kan...ni adalah minggu last aku praktikal..rasa sronok plak kerja ni even byk kerja nak kna buat..aku ni,even praktikal dah nak habis tp kerja mcm 3 bulan lagi duk sini..apa pun try buat yg terbaeek lah kan.

Kali ni aku nak jugak share cite pasal mamat kat bawah ni..korang kenal rasanya.kot tak kenal tak tahu lah aku.aku kenal dia nih sejak 1994 melalui cite kabhi haan kabhi naa...ingat dulu dlm tv ke x silap aku,time tu ibu minat gler ngan hndustan ni dan slalu gaduh ngan ibu sbab dulu aku x suka tgk hndustan..bukan la gaduh btul2..mcm percangahan pndapat la.



last2 aku yang over kan...wahahha...aku suka betul cover mag kat atas nih sbab aku suka bila si mamat ni buat rambut panjang sikit macam tu.tapi aku sememangnya tak skadar judge dia melalui luaran je eh...dia ni kira just nice la.


wahaha..bandingkan gambar yang atas dan yang bawah..lelaki itu adalah orang yang sama ya..yg kini punyai seorang isteri yg sangat workaholic,seorang anak lelaki yg sgt suka kpd sukan dan seorang anak perempuan yg sukakan buku2 yg banyak. tp dia yg berumur 44 tahun tak nampak mcm 44 pun?


percaya atau tak aku penah cuba untuk lupakan dia...aku dapat tentangan kuat dari keluarga dan kawan2...abah penah bakar majalah yg aku beli yg ade muka dia...smpai aku kena kasi member aku pgang vcd2 filem dia utk x kasi abah bakar jugak... skali pikir klakar plak.last2 family aku akur la dengan apa yg aku suka ni.cuma pesanan ibu abah, jangan sesekali lebihkan dunia daripada akhirat.ada satu tahun tu aku cuba untuk pilih yang lain,last2...mmg aku aku jumpa yg ni gak.

majik yg paling berkesan bila aku menonton dia dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Rab Ne Bana Di Jodi...memang aku dah tahu yang dia memang aku minat selamanya,aku membesar dengan filem2 lakonan dia.pernah cuba untuk menidakkannya,tapi aku tak mampu melawan rasa ini....wah ayat!

kat bawah ni,one of the My Name Is Khan scene.filem yg sgt2 ditunggu2 oleh semua penyokong dia cz ni gndingan dia ngan Kajol lepas K3G.aku suka gandingan dia ngan kajol ngan aishwarya.itu yg filem Devdas yg juga telah berjaya membuatkan abang aku nangis tgk cite tu,aku x pernah jemu tgk movie tuh...

memang masa dia dapat pangkat Datuk kat Malaysia ni mmg kontroversi giler,first2 mmg aku pelik gak.tp skali pk,klau salah skali pun bukan salah dia..bukan dia yg minta untuk Datuk tu.dah orang nak kasi kot la dia nak tolak kan...bkn dari Malaysia je dia dpt pganugerahan mcm ni...apapun pendapat,masing2 ada pndrian sndri kan...

aku suka betul dgn gbr bawah ni coze bagi aku dia tak nampak menonjol sebagai big superstar.bila skali pandang,tak akan perasan ada seorang lelaki yang sangat diminati,yang mampu melakonkan apa sahaja watak yg diberi,yang diraikan hari itu...he is a ordinary human,tapi dia dah jadikan dia seorang yg extraordinary.tp,betul,aku mmg suka sangat gambar kat bawah nih. so,sape saje yg baca post aku kali ni jgn salah anggap dgn apa yg aku tulis nih...aku hanya mengagungkan Allah yang mencipta aku serta seisi alam sahaja.tiada cinta ku yg melibihi cinta aku untuk Allah.orang yang aku ceritakan dlm post ini pun sama darjat dgn aku iaitu hamba...serupa sahaja yg juga akan mati dan dihisab kelak.

hum hain rahi pyar ke,phir mileenge chalte chalte...