Sunday, December 26, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Ruqyah

Assalamualaikum kepada anda yang dihormati Allah sekalian,
Untuk volume ke 3 ni, aku nak cite pasal ruqyah.kita biasa dengar perkataan ruqyah tu kan, tapi apakah sebenarnya ruqyah tu? sebuah perbuatan kah? atau apakah? jom kita teliti sabda mulia Rasulullah salahua 'alaihi wasalam yang tercinta mengenai ruqyah ini.check it out!

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; "Nabi salallahu 'alaihi wasalam meniup ke atas dirinya pada ketika beliau sakit hampir kematiannya dengan membaca al-Mu'awwizat (iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas). Namun tatkala sakitnya semakin berat, akulah yang meniup dengan membaca al-Mu'awwizat tersebut, kemudian dengan tangan beliau sendiri aku sapukan ke badannya untuk mengambil keberkatan dengan tangannya". Az-Zuhri ditanya; "Bagaimana Nabi meniup?". Beliau menjawab; "Beliau meniup ke kedua tangannya, kemudian beliau menyapu kedua tangannya itu ke wajahnya". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit. Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah; Telah menjadi ijmak ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan 3 syarat : i-menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya. ii-menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya. iii-dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah. (Fathul-Bari, kitab at-Thibb)
  2. Dilarang sama sekali meruqyah dengan ruqyah/jampi yang mengandungi ungkapan syirik. Seorang sahabat Nabi bernama 'Auf bin Malik al-Asyja'ie radhiyallahu 'anhu menceritakan; 'Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam; "Ya Rasulullah, apa pandangan kamu tentang jampi?". Baginda menjawab; "Tunjukkan kepada ku jampi-jampi kamu.Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya" (Riwayat Imam Muslim & Abu Daud dari 'Auf bin Malik radhiyallahu 'anhu)
  3. Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir dan doa-doa yang maksur dari Nabi salallahu 'alaihi wasallam kerana tidak ada sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran ata as-Sunnah sudah pasti lebih mustajab dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi 3 syarat tadi.
Di antara bacaan ruqyah Nabi

Dari 'Abdul-Aziz rahimahullah yang menceritakan; Aku & Tsabit rahimahullah telah masuk bertemu Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu. Tsabit berkata; "Wahai Abu Hamzah (panggilan bagi Anas), aku ditimpa sakit". Lalu 'Anas berkata; "Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah Rasulullah sallalahu 'alaihiwasalam". Jawab Tsabit, "Sudah tentu". Anas pun membaca ruqyah Rasulullah (yang bermaksud): "Ya Allah, wahai Tuhan manusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan maha Penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada meninggalkan lagi penyakit". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam apabila meruqyah, baginda akan membaca; "Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan Manusia. Di tanganMulah kesembuhan. Tidak ada siapa yang dapat membuang penyakit melainkan Engkau sahaja" (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

so, boleh la kita menjadikan hadis-hadis ini untuk menjalankan rawatan kaedah ruqyah yang pernah disebut oleh baginda ni. antara penyakit yang boleh diruqyah yang diberitahu di dalam buku '106 Hadis Pengubatan Nabi' tejemahan & ulasan daripada Ustaz Ahmad Adnan B Fadzil (Mudir MANHAL HPA) ini, untuk mata, sengatan binatang-binatang berbisa & sakit telinga. nanti next post insha Allah aku akan kongsi cara meruqyah dan medium apa yang digunakan untuk meruqyah.well, mungkin dah ramai yang tahu bab2 ni tapi ramai juga yang tak tahu kaedah ni kan. so, put your trust to Him, raise you hands & pray ;D


Monday, December 20, 2010

Always Be There - Sentiasa Bersama

Peace be upon you my brothers & sisters,
For the 4th times, I wanna to share one of the songs in Maher's first album,Thank You Allah (2009), Always Be There.this song was in track no1.I really love this song's opening and it should in first track :).so, I wanna to share with you the translation of this song in Bahasa Melayu (Malay version).let's explore it :

Allahuakbar ,Allahuakbar, Allahuakbar...

Jika anda bertanya kepada saya tentang cinta
Dan apa yang saya tahu tentangnya
Jawapan saya pastinya
Segala tentang Allah
Cinta yang suci, untuk jiwa kita
Pencipta anda dan saya, alam dan seluruh semesta
Satu-satunya yang membuatkan kita utuh dan bebas
Menjadi penjaga kepada yang mempercayaiNya


Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Jadi, apabila anda kehilangan arah
Kepada Allah anda harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada


Dia membawa diri kita dari kegelapan ke dalam cahaya
Subhanallah pujian milik Mu untuk segalanya
Seharusnya tidak pernah merasa takut dengan apa sahaja
Selama kita mengikuti panduan-Nya sepanjang jalan
Melalui masa yang singkat yang kita miliki di kehidupan ini
Semuanya akan berakhir
Dan kita akan di syurga-Nya dan kita semua dengan baik


Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Dan Dia tahu apa yang ada di dalam hati kita
Jadi, ketika waktu sukar
Kepada Allah kita harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada ...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahhuakbar...

Jadi, ketika waktu sukar
Tidak ada jalan untuk kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Untuk memberkati kita dengan kasih-Nya dan rahmat-Nya
Kerana, sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada
Dia selalu mengawasi kita, membimbing kita
Dan Dia tahu apa yang ada di dalam hati kita
Jadi, ketika waktu sukar
Kepada Allah kita harus kembali
Sebagaimana Dia berjanji Dia akan selalu ada ...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

Lirik : Bilal Hajji & Maher Zain
Melodi & Gubahan : Maher Zain
Awakening Records 2009
Penterjemah : Eidmalina Ideris

memories to cherish : Meet The Fans session @ The Curve (9 Oct 2010) &
Save The Soul Showcase @ MBSA Shah Alam (15 Oct 2010)

Wednesday, December 15, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

 
Assalamualaikum guys,
Ok this is last part of Hadis-hadis Pilihan vol 2.for this post I want to share with you about al-Kayy.check it out :

Anas radhiyallahu 'anhu yang menceritakan : "Abu Thalhah dan Anas bin an-Nadhar radhiyallahu 'anhuma telah melakukan al-Kayy kepada dirinya dan Abu Thalhah sendiri melakukannya dengan tangannya sendiri". Anas berkata; "Aku telah diubati secara al-Kayy kerana penyakit zatil-janb dan pada ketika itu Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam masih hidup. Ia telah disaksikan oleh Abu Talhah, Anas bin an-Nadhar dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhum. Yang melakukan al-Kayy kepada ku ialah AbuTalhah sendiri. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Imam Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan; Dinisbahkan al-Kayy kepada mereka berdua bersama-sama kerana mereka merestui pengubatan al-Kayy itu untuk Anas. Kemudian dinisbahkannya hanya kepada Abu Thalhah sahaja kerana Abu Thalhah yang melakukan al-Kayy itu untuk Anas dengan tangannya sendiri (Fathul-Bari)
Dari Qays bin Abi Hazim rahimahullah menceritakan; Kami masuk bertemu dengan Khabbab radhiyallahu 'anhu kerana menziarahinya yang sedang sakit. Ketika itu ia telah dituam dengan tujuh tuaman di perutnya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mendahului kita, mereka pergi (meninggal dunia) tanpa dunia mengurangkan sedikitpun (pahala/ganjaran mereka). Adapan kita sekarang, kita telah memperolehi harta dunia yang kita tidak menemui tempat untuk membelanjakan harta itu melainkan ke tanah (beliau maksudkan membina bangunan). Kalaulah bukan kerana Nabi menegah kita dari mendoakan kematian, nescaya aku akan mendoakannya". Qays bercerita lagi; Kemudian kami datang lagi menziarahinya pada kali yang lain dan ia sedang membina sebuah bangunan untuknya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya seorang muslim akan diberi pahala dari apa yang ia belanjakan melainkan belanjanya untuk membuat bangunan ini". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan :
  1. Khabbab yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah Khabbab bin al-Arat, seorang sahabat dari golongan awal yang memeluk Islam. (al-Karmani)
  2. Jika disoalkan, kenapa sahabat (Khabbab) berubat dengan al-Kayy sedangkan terdapat hadis menegahnya? Hal ini kerana tegahan Nabi ialah kepada orang yang mampu berubat dengan cara lain, namun ia masih dibuat dengan cara al-Kayy. Adapun orang yang telah berubat dengan cara lain tidak sembuh, haruslah ia berubat dengan cara al-Kayy sebagai ikhtiar terakhir. (al-Karami)
  3. Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa bagi Khabbab; harta yang dibelanjakan untuk membina bangunan milik sendiri tidak akan mendapat pahala. Namun menurut Imam al-Karmani dan Ibnu Hajar rahimahumallah ; Yang dimaksudkan ialah bangunan yang melebihi dari keperluan iaitu untuk berseronok-seronok dengan dunia atau bermewah-mewah. (al-Kawakib ad-Darari dan Fathul-Bari)
Ok, kesimpulan dari hadis-hadis ini ada 2 perkara yang kita dapat belajar kat sini iaitu al-Kayy boleh digunakan bila dah tak de cara lain untuk berubat. kalau ada cara lain, memang kita kena guna cara lain selain tuaman al-Kayy ni.yang keduanya kita belajar bagaimana untuk menggunakan harta kita supaya mendapat keberkatan dan pahala.apapun niat hanya kerana Allah & untuk kebaikan akhirat kita...insha Allah :) khalas.

Saturday, December 11, 2010

Biarkan Aku!

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu,
jawab aku selalu bersama Tuhan ku,
Ku pasrah pada Nya...sehening tiupan salju,
Kerna Nya aku rasa jitu dan mampu,
Melebihi manusia beribu.

Daerah ini daerah tenang,
Sekalipun nada yang kata usang,
Daerah ini daerah damai,
Sekalipun sukar untuk sampai,
Daerah ini daerah merdeka,
Sekalipun ada yang memeranginya,
Biarkan saja aku di daerah ini.

Kata mereka daerah mu itu jauh,
Jawab ku pada Tuhan aku bersama Mu,
Yang jauh itu jiwa yang mungkir,
Pada ku daerah ini aman hampir,
Kata mereka daerah kau itu sepi.
Jawab ku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni,
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian,
Pada ku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan.

Daerah ku ini daerah berpendirian,
Berpaksikan firman Tuhan,
Bukan hukum insan,
Bukan gema sorakkan,
Bukan riuh tepukan.

Daerah ini tak pernah peduli,
Apa kata abdi atau pembesar negeri,
Daerah ini berdasarkan Nabi,
Bagindalah mimpi bagindalah realiti.

Biarkan saja aku di daerah ini,
Sekali pun ada yang tak gemari,
Biarkan saja aku di daerah ini,
Sendiri membawa diri dan sanubari.

Biarkan saja aku di daerah ini,
Sekali pun ada yang tak gemari,
Biarkan saja aku di daerah ini,
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi.

Di daerah ini...biarlah aku.


Thursday, December 9, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

Hijamah (Bekam)

Terdapat 3 hadis menarik mengenai bekam yang aku nak share di sini :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-yang menceritakan; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-menceritakan; Nabi ssllalllahu 'alaihi wasallam berbekam ketika sedang ihram. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Ashim rahimahullah-yang menceritakan; Jabir bin 'Abdullah radhiyallahu 'anhu-telah menziarahi al-Muqanna. Jabir berkata kepadanya; "Aku tidak akan meninggalkan mu hinggalah kamu berbekam. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam bersabda; "Sesungguhnya padanya ada penyembuhan" (Soheh al-Bukhari, at-Thib)

Ulasan :
  1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasalam berbekam dan menggalakkan para sahabat untuk berbekam.
  2. Terdapat hadis menceritakan "Rasulullah berbekam pada hari ke 17, 19 & 21 mengikut bulan Islam" (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu 'anhu (kitab at-Thib, bab Hijamah). Menurut imam at-Tirmizi : hadis ini hasan gharib)
  3. Baginda juga bersabda "Berbekam pada hari ke 17 ke 19 dan ke 21 adalah penyembuh bagi segala penyakit"(hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
Berbekam di kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu meneceritakan; Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam berbekam di kepalanya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Berbekam untuk mengubati sakit kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan; Nabi sallalhu 'alaihi wasalam berbekam di kepalanya ketika dalam Ihram kerana kesakitan yang dihadapinya. Baginda berbekam di satu kawasan berair yang dipanggil dengan nama Lihya Jamal. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam berbekam ketika Ihram.Baginda berbekam di kepalanya untuk mengubati kesakitan yang dirasai di sebelah kepalanya. 9Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. As-Shuda' ialah kesakitan yang dirasai di kepala sama ada keseluruhannya atau di sebahagian kepala. Sakit kepala yang dirasai sebelah kepala secara berterusan dinamakan Syaqiqah. Jika dirasai secara berterusan di keseluruhan kepala dinamakan Bidhah dan Hauzah.
  2. Sakit kepala ini wujud bermacam jenis dan puncanya juga pelbagai. Hakikat sakit kepala kerana kepanasan di kepala dan wap yang tersekat. Ia adalah penyakit para Nabi dan kebanyakan sakit Nabi Muhammad adalah dari jenis sakit kepala. (Faidhul-Qadier, no.2043)
apa plak al-Kayy yang aku tulis di post terdahulu mengenai tiga penyembuh ni?ok,relexs...baca dan fahami mengenai madu & bekam ni dulu.kalau ade soalan ke,konpius apa2 bleh tanya,insha Allah aku akan menjawab.tak pun kalau aku pun tak tau,aku tanya pakar bab Thibun Nabawi yang mana patut.khalas (Maher Zain,2010) <--nak jugak!


Tuesday, December 7, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 2 : Tiga Penyembuh (Madu, bekam & kayy)

Assalamualaikum & salam kesucian Maal hijrah 1432,
Pejam celik alhamdulillah kita dah masuk tahun baru hijrah. Hijrah itu sendiri bermaksud perpindahan dan semangat perpindahan ini bukan sahaja harus tertumpu pada awal tahun baru sahaja tetapi pada bila-bila masa.insha Allah, teruskan berdoa & meminta kepada Allah agar Allah sentiasa mebimbing kita ke jalan yang Dia redhai.suka aku ingatkan di sini...redha ibu bapa bermaksud redha Allah.

ok kali ni aku nak share beberapa terjemahan Hadis yang juga dipetik dari buku 106 Hadis Pengubatan Nabi. pastinya ia berkaitan dengan pengamalan kekasih Allah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. why not kita jadikan ia amalan kita kan?ok take a look:

Dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhuma- bahawa Nabi sallalllahu 'alaihi wa sallam bersabda "Penyembuh ada pada tiga : pertama, toresan bekam (untuk mengeluarkan darah) kedua, minum madu ketiga, al-Kayy (tuaman dengan api). Aku menegah umatku dari tuaman dengan api " ( Soheh al-Bukhari, Kitab at-Thib)
Ulasan :
  1. Di Dalam hadis ini ada 3 jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi sallalahu 'alaihi wasalam iaitu menggunakan madu, hijamah (bekam) & al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).
  2. Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-Kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis ini. Namun, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy.
  3. Setelah meneliti semua hadis tentang  al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan : pengubatan secara al-Kayy tidaklah dilarang secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada waktu tertentu terutama pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan (Fathul-Bari, kitab at-Thib)
Mengubati sakit perut dengan madu

Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata; 'Saudaraku mengadu perutnya cirit-birit'. Nabi berkata;'Beri ia minum madu'. Lelaki itupun memberi saudaranya minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; 'Beri ia minum madu'. Ia datang lagi dan berkata; 'Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu, perutnya semakin cirit-birit'. Nabi menjawab; 'Allah adalah benar, namun perut saudaramulah yang berdusta. Beri lagi minum madu'. Ia memberinya lagi, akhirnya sembuhlah saudaranya itu". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thub, bab ad-Dawa bi al-'Asali & bab Dawa al-Mabtun)

Ulasan :
  1. Istitlaq dalam hadis di atas bermaksud : penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah penghadaman dan usus. (mInhatul-Bari)
  2. Ucapan nabi "Allah itu Benar" adalah merujuk kepada firman Allah "Keluar dari dalam badannya (yakni lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penyembuh bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"(surah an-nahl, ayat 69)
Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa madu adalah penyembuh. Apabila madu itu tidak berkesan, maka puncanya bukan pada madu, akan tetapi pada perut. Menurut ulamak; Ucapan Nabi "...perut saudaramu yang berdusta.",maksud dusta di sini ialah berada dalam keadaan salah (yakni ada yang tidak kena). Dalam erti lain; perut berada dalam keadaan tidak baik untuk menerima penyembuhan. Punca keadaan perut yang tidak baik ini ialah banyakknya bahan-bahan yang rosak di dalamnya dan perlu dikeluarkan barulah penyembuhan boleh berlaku.

Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi meminum madu itu untuk mengososngkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali nabi menyuruh lelaki tersebut memberi madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi bi al-'Asl) )

Ok,khalas stakat ni.nanti aku sambung lagi 2 cara iaitu bekam (hijamah) & al-Kayy.
*tetiba rasa nak makan roti sapu ngan madu.syok...

 

Friday, December 3, 2010

Open Your Eyes - Buka Mata Mu

Salam my dear brothers & sisters,
all praises to Allah...alhamdulillah di atas segala nikmatNya yang tidak terhitung ini.untuk kali ketiga aku post terjemahan lagu Maher Zain di blog aku ini, kali ni aku nak share ngan korang antara lagu-lagu awal yang membuatkan aku jatuh hati dengan masterpiece Maher ini. lagu ini bagi aku perfect!semua sisi lirik lagu ni aku suka...memang seperti tajuknya lah,'Open Your Eyes' dan memang terbukti lagu ini telah membuka mata aku yang sebelum ini buta dan buat tak sedar keajaiban Allah tersebar di sekeliling aku.masha Allah...

yang paling menyentuh bila lagu ni banyak diulang doa & harapan kita kepada Allah.subhanallah...memang membangkitkan rohani ini yang sememangnya sentiasa leka dengan mimpi dunia yang sementara.ok, mari menyelusuri lirik lagu 'Open Your Eyes' yang telah aku translatekan ni mengikut kefahaman aku :)






Lihat di sekeliling mu
Tidakkah kau melihat keajaiban ini
Tersebar di hadapan mu
Awan-awan terapung
Langit yang jelas dan biru
Planet dan orbit
Bulan dan matahari
Seperti suatu harmoni yang sempurna

Mari soalkan pada diri sendiri
Tidak cukupkah bukti ini kepada kita
Ataukah kita sangat buta
Untuk meletakkan semua ini ketepi
Tidak...

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap hari...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Lihat di dalam diri mu
Seperti aturan yang sempurna
Berselindung di sebalik sel-sel mu
Bergerak di saluran darah mu
Bagaimana pula dengan kemarahan, kasih sayang & kesakitan
Dan semua perasaan mu
Adakah kau dapat menyentuhnya dengan tangan?
Jadi adakah semuanya benar-benar di situ

Mari soalkan pada diri sendiri
Tidak cukupkah bukti ini kepada kita
Ataukah kita sangat buta
Untuk meletakkan semua ini ketepi
Tidak...

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap hari...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Bila bayi dilahirkan
Sangat tidak terdaya dan lemah
Dan kau melihat dia membesar
Jadi kenapa nafikan
Apa di depan mata mu
Sebuah keajaiban besar dalam hidup

Kita hanya perlu
Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap waktu...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Buka mata kita, hati kita dan minda
Jika kita hanya melihat dengan jelas tanda-tanda
Kita tidak dapat mengelak dari kebenaran
Ia membawa kita dengan penuh kejutan

Tempatkan kami di jalan yang terbaik...Allah
Bimbing kami setiap waktu...Allah
Tetapkan kami dekat dengan Mu
Sehingga akhir waktu ini

Allah...
Kau menciptakan segalanya
Kami milik Mu
Ya Rabb kami tadahkan tangan kami
Selamanya kami berterima kasih
Alhamdulillah



Lirik : Maher Zain & Bara Kherigi
Melodi & Gubahan : Maher Zain
Awakening Records 2009
Penterjemah : Eidmalina Ideris
*pictures credit to my baby D60,my XpressMusic & Google Images.