Thursday, December 9, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

Hijamah (Bekam)

Terdapat 3 hadis menarik mengenai bekam yang aku nak share di sini :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-yang menceritakan; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-menceritakan; Nabi ssllalllahu 'alaihi wasallam berbekam ketika sedang ihram. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Ashim rahimahullah-yang menceritakan; Jabir bin 'Abdullah radhiyallahu 'anhu-telah menziarahi al-Muqanna. Jabir berkata kepadanya; "Aku tidak akan meninggalkan mu hinggalah kamu berbekam. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam bersabda; "Sesungguhnya padanya ada penyembuhan" (Soheh al-Bukhari, at-Thib)

Ulasan :
  1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasalam berbekam dan menggalakkan para sahabat untuk berbekam.
  2. Terdapat hadis menceritakan "Rasulullah berbekam pada hari ke 17, 19 & 21 mengikut bulan Islam" (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu 'anhu (kitab at-Thib, bab Hijamah). Menurut imam at-Tirmizi : hadis ini hasan gharib)
  3. Baginda juga bersabda "Berbekam pada hari ke 17 ke 19 dan ke 21 adalah penyembuh bagi segala penyakit"(hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
Berbekam di kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu meneceritakan; Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam berbekam di kepalanya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Berbekam untuk mengubati sakit kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan; Nabi sallalhu 'alaihi wasalam berbekam di kepalanya ketika dalam Ihram kerana kesakitan yang dihadapinya. Baginda berbekam di satu kawasan berair yang dipanggil dengan nama Lihya Jamal. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam berbekam ketika Ihram.Baginda berbekam di kepalanya untuk mengubati kesakitan yang dirasai di sebelah kepalanya. 9Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. As-Shuda' ialah kesakitan yang dirasai di kepala sama ada keseluruhannya atau di sebahagian kepala. Sakit kepala yang dirasai sebelah kepala secara berterusan dinamakan Syaqiqah. Jika dirasai secara berterusan di keseluruhan kepala dinamakan Bidhah dan Hauzah.
  2. Sakit kepala ini wujud bermacam jenis dan puncanya juga pelbagai. Hakikat sakit kepala kerana kepanasan di kepala dan wap yang tersekat. Ia adalah penyakit para Nabi dan kebanyakan sakit Nabi Muhammad adalah dari jenis sakit kepala. (Faidhul-Qadier, no.2043)
apa plak al-Kayy yang aku tulis di post terdahulu mengenai tiga penyembuh ni?ok,relexs...baca dan fahami mengenai madu & bekam ni dulu.kalau ade soalan ke,konpius apa2 bleh tanya,insha Allah aku akan menjawab.tak pun kalau aku pun tak tau,aku tanya pakar bab Thibun Nabawi yang mana patut.khalas (Maher Zain,2010) <--nak jugak!


No comments: