Alahai... x de cerita lain ke anda mahu mengambil iktibar selain daripada filem duniawi wal khayalan ni wahai eid? begini. benar, banyak lagi kisah yang boleh diambil iktibar dan saya memilih Lelaki Besi yang menjadi tumpuan kita-kita sekarang agar at least duit yang dibelanja untuk tiket Lelaki Besi itu tidaklah terlalu tersia-sia. okbai.
![]() |
| "welcome to the birth suits" |
memahami watak tony stark itu yang merupakan seorang orang kaya, kreatif, suka reka benda-benda yang berkaitan mekanikal, playboy, mudah nerves dan waris kepada stark industries. itu di antaranya lah. maka, dengan kewujudan watak papper pots tu, tony stark seakan lebih memahami apa itu erti kesetiaan. dia faham yang dia perlukan seseorang yang mampu menyokongnya yang turut menjadi ceo di stark industries. antara babak yang saya suka ialah masa andrich killian datang ke opis pots untuk present 'extremist' tu, walaupun pots tu dah naik pangkat sebagai ceo & dia boleh buat apa-apa sahaja keputusan, tapi dia tahu kerja killian tu akan mendatangkan kesan negatif pada manusia, she decide to say "no".
| one of the best scene (for me lah) |
konsep rewards and punishment yang ditonjolkan dalam babak di rose hill antara tony stark dengan harley. konsep bantu membantu pun saya suka kat sini. harley ni banyak tanya dan soalan dia mengenai lubang cacing dalam the avangers membuatkan tony seteres dan tony campakkan salji kat harley sebab geram. haha. tony sedar akan minat harley yang sepesen dengan dia, lepas harley tolong tony dalam mengecas suit iron man tu and also menyediakan sandwich dan jam dora the explorer pada tony. masa tony nak tinggalkan harley tu macam kejam je tony sebab harley perlukan seorang 'ayah' tapi at last tony telah mengubah rumah harley sebuah makmal canggih yang menyapport minatnya. "because we are connected". penghargaan juga ditunjuk pada babak tony masuk ke dalam van saluran tv yang diincharge oleh gary. gary ni peminat tony stark, sampaikan si gary ni buat rambut style tony dan ada muka tony kat lengan dia. so, tony raikan dia dengan menjadikan gary penolong dia untuk mendapat capaian server yang lebih laju. so that, gary rasa dia dihargai "remember, tony need gary and gary need tony". sebenarnya, bantuan gary tu x de la besar mana, tolong sambung kabel server je pun tapi ibrahnya, kita kena hargai even sekecil-kecil bantuan dari orang lain.
saya suka garapan penonjolan watak iron man, even orang melihat dia ni sebagai super hero (yang juga hero yang hensem :p ) penulis skrip tetap menonjolkan sisi kelemahan tony stark tu sendiri. dia ni kan, takut dalam berani. bila geng mandarin datang serang rumah dia kat malibu point tu, tony cakap kat Just A Rather Very Intelligent System, JARVIS "kenapa tak ketatkan security rumah ni, saya baru saja ugut penjenayah untuk datang ke sini". masa rumah dia hancur, benda pertama yang dia ingat adalah untuk protect pepper pots dan sut iron man tu dihalakan kepada pots and dalam babak tu gak pots yang bersut iron man, protect tony dari terhempap runtuhan rumah. ok, saya fikir ini harus diambil ibrah dalam hidup suami & isteri; even tony dan pots tak kawin pun. saling melindungi dan saling menyokong dengan memberi kepercayaan. last2 barulah pots faham kenapa tony suka sangat sut ni. so, sebagai seorang isteri kelak kena faham hobi dan minat suami, kena ambil tahu supaya ada point nak bersembang mengenai hobi. so that, suami tak mencari kawan-kawan untuk share about his hobby etc. saya pernah hadiri baitul muslim dan salah seorang speakers tekankan pasal ni, jangan merungut dengan hobi pasangan as long as hobi tu tak langgar syariat, kena raikan. so bak kata tony "everybody need a hobby" :)
![]() |
| penakut tanpa sut, keh keh. |
tony stark tak guna kelebihan arc di dadanya tu untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk keamanan dunia dan dia tak tak guna benda tu kepada keburukan. so that he decide strak industries tu yang asalnya pengeluar senjata bertukar kepada sebuah company yang membuat kajian dan mengeluarkan teknologi-teknologi baru untuk kebaikan. begitulah ilmu yang kita pelajari, amalkan dan sebarkan kepada orang lain. jangan gunakan ilmu untuk hanya kepentingan diri. in fact, memang ada orang macam tu. rasa diri dah bagos sampai menghina alim ulama'. astghfirullah. filem Iron Man tidak lain hanyalah khayalan semata-mata walau ramai gadis yang mengharapkan munculnya Tony Stark yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr tu dalam hidup mereka. plot filem ini simple, taklah complicated sangat. lagi pula, sasaran penontonnya juga adalah kanak-kanak, sebab tu lah tak de sangat adegan 'pelik2' macam james bond ke hape tu. closing IM3 ni memang cool hokey, sekali dari awal sampai habes cite si tony ni duk luah perasaan kat dr banner rupaya tapi dr banner dengar sesuku jalan je lalu beliau tertidor. haiyak!









