Wednesday, January 26, 2011

ini dia Depp yang aku suka!

Peace be upon you guys,
Apa crita plak aku nih duk susun gambars kat bawah nih? minat johnny depp plak ke?mesti korang yang mana kenal aku pikir, yang mana satu ko nih?kejap dia tu, kejap dia ni.ni johnny depp plak! x pe, memang begitu pun. aku suka semua tu ada sebabnya, bukan suka sebab kefemesan yang menjelma dari nama slebriti2 ni. aku nak share sikit kat sini pandagan aku mengenai satu-satunya pelakon yang aku suka yang mana kemampuannya untuk memegang pelbagai watak yang sungguh berbeza-beza. aku start tau depp ni of kos melalui filem edward scissorhands (1990).idok le aku tgk movie ni masa 1990 tu, x silap aku awal tahun 2000 an baru aku tengok cite ni.pastu memang aku suka giler cite ni. then aku layan gak cite pirates of carribean tu.aku x tau pun yg watak utama cite-cite ni adalah orang sama.actually aku tengok movie2 depp ni secara x sengaja.sekali, mmg aku suka cara dia, penjelmaan watak yang dia bawa.make up & kostum juga membantu depp menzahirkan & menghidupkan watak & cerita tu.


ni cite edward scissorshand.mmg cite tim burton ni aku suka la.fantasi yang ala-ala fantasi gitu...(apa aku taip nih?)

aku baru tengok movie yang diterbitkan pada  2009 ni cite pasal john dillinger seorang perompak bank yg sgt dikehendaki & even john dah masuk jail agaknya 3 kali ke 2 kali dia berjaya lepas.even ending dia mmg aku sedih tp john telah membuktikan walaupun dia penjenayah paling bahaya tp dia tetap menanggis & fall in love dlm public enemies nih.cite ni release after sweeney todd setelah sepanjang 2008 x de filem depp kat wayang.sekali tengok memang aku x bape nak caye gambar atas & bawah ni adalah orang sama.

tu dia mr hatt dalam cite alice in wonderland.walaupun garapan plot tang last filem ni mcm meleret skit tp masterpiece imaginasi tim burton ni korang tau2 sendri la kan.

ni cite ape dah aku lupa.ed wood rasanya.ni antara cite2 depp 1990 an.kalau nak cari pun skrg,susah dah kot.tapi aku nak carik gak.cam best je aku baca cite ni.

yes!willy wonka in the factory.memang aku sedikit ketinggalan sebab aku baru tengok full cite ni baru2 ni.memang best & wonka mempengaruhi aku untuk makan cokelat!filem charlie and the chocolate factory diterbit pada tahun 2005 ni juga arahan direktor paberet aku tim burton.imaginasi lebey kurang tapi tetap berbeza dari filem2 arahan burton yg lain.

filem the tourist ni aku pelik sket...aku baca beberapa review kat tenet & news paper kate filem x seperti yg diharapkan kan,jalan cite slow & etc.tapi bagi aku cite ni org futih kata AWESOME!filem ni ibarat membawa penonton bersama elise & frank dlm berteka teki sape tu alexander pearce.filem yg konon serius ni jadi klakar dgn si frank nih.ada beberapa babak serius, frank buat muke slenge lawak dia tu.tp cite mmg best tambah lagi angelina pun one of the most my favorite actress...aku mmg suka giler ngan cara,gaya & lakonan dia.

cite sweeny tood : the demon barber of fleet street watak depp ala2 saiko gitu.salah satu aku suka filem ni sebab bleh dengar depp nyanyi sebab filem ni muzikal pada 80% nya. filem yg direlease pada 2007 ni aku suka sebab mood filem ini juga ditonjolkan dgn jelasnya dengan make up watak,set,kostumnya etc.sape lagi pengarahnya, pak cik burton la!

ni cite depp berganding ngan kate winslet (<-- betul ke aku eja) cite finding neverland.pun aku x tengok lagi.bila sinopsis dan tengok trilernya kat youtube,mcm daring gitu cite ni

yeah, inilah cite depp yang paling femes kan, pirates of carribean.POC ni ade 3 siri (2003,2006,2007) dan 1 lagi siri baru masih dalam pembikinan.hari tu aku ade g skali ngan depp tgk shoting filem ni...(tak2,seyes aku memang gurau jek!) watak jack sparow ni memang lanun yang senggal,siot & sempoi.

apapun, yang penting aku suka kepelbagaian watak yang depp bawa dalam semua filem2 dia.ramai je actor kat dunia ni bleh bawa macam2 watak tapi aku suka si johnny depp ni.kadang2 bila aku tengok movie contohnya charlie & the chocolate factory tu aku cam x caye iye ke wonka ni depp?mcm lain je.dia punya cara tu opkos la cara johnny depp tp watak tu mmg beza sakan.diri johnny depp tu hampir hilang bila dia membawa sesuatu watak tu. actor yang sama bulan besday ngan aku ni kira legend la kan.apa2 pun minat berpada-pada & bukan fanatik.it just part of my life.korang kalau ade cite2 johnny depp ni x kira dvd ke apa ke,gtau la aku k!

p/s : oh, jack sparrow dengan alaxender pearce tu orang yang same eh?


Friday, January 21, 2011

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Talbinah

Peace be upon you guys!


Untuk volume ke 3 ini, aku nak share ngan korang makanan sunnah yang dianjurkan oleh kekasih Allah tercinta Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam iaitu talbinah. Sebelum ni aku tak tau pun apakah itu talbinah, pastu bila HPA keluarkan produk minuman yang namanya Talbinah barulah aku tau ni sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Bila aku baca & fahami hadis kat bawah ni plak talbinah ni insha Allah berkesan untuk mereducekan mood sedih & kedukaan.itulah yang aku rasai 2,3 menjak ni...selain berdoa, aku kena minum talbinah la ni.ok, cekidaud 2 hadis kat bawah ni :

Dari Saidatina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha yang menceritakan bahawa jika ada kematian dari ahli keluarganya di mana semua kaum wanita berkumpul, bila mereka bertebaran kecuali ahli keluarganya dan orang-orang tertentu sahaja yang masih tinggal, beliau akan menyuruh diambil seperiuk talbinah dan dimasak, kemudian dibuat tsarid (roti) dan dituangkan talbinah ke atasnya. Ia berkata “Ak telah dengar Rasulullah sallallhu ‘alaihi wasallam bersabda “Talbinah menteteramkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kedukaan”. Adalah ‘Aisyah beliau akan menyuruh dibuatkan albinah jika ada orang sakit dan orang yang bersedih kerana kematian/kecelakaan”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At’imah)


Dari ‘Urwah rahimullah menceritakan; Sadatina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menyuruh agar diberikan Talbinah (kepada orang sakit atau sedang kesedihan). Ia berkata; Talbinah ituadalah makanan yang tidak disukai, namun memberi manfaat. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)

Ulasan :

1. Talbinah ialah sup atau bubur yang dibuat dengan gandum atau tepung. Kdang-kadang dicampur ke dalamnya madu. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Kuliah Thibbun Nabawi 1 yang diadakan di HPA International Center pada 21 Nov 2010

rasa Talbinah keluaran HPA ni memang best dan mengenyangkan.rasa dia ala2 holik gitu tapi lagi best dr holik.harga dia aku lupa,nnti aku cek balik.ok, babai! assalamualaikum :)




Sunday, January 16, 2011

oh Allah,Engkau kirimkan Maher untuk ku!

Assalamualikum guys,
so,wassup guys? di pagi ahad yang best ini aku nak cite satu kesah mengenai 'aku dan maher zain'.mesti orang yang selalu ada ngan aku atau selalu baca update2 status aku akan cakap, "sikit-sikt maher zain,sikit-sikit maher zain".lantakzz la, yang penting aku menyokong kepada benda yang bawa mende baik kat diri aku. makanya, aku nak share ngan korang manusia-manusia yang aku jumpa yang menyatakan diorang (dengan izin Allah) mula berubah setelah mendengar lagu-lagu dari maher zain nih. aku tak tanya pun diorang tapi diorang sendiri share dengan aku. semur aku yang hampi 23 tahun ni, seingat aku aku x pernah lagi dengar orang yang berubah ke arah kebaikan bila dengar lagu-lagu nih.

"eid, baru aku faham kenapa ko suke giler ngan maher zain ni"."eid, aku kalau dgr lagu maher zain kat pkns aku rasa macam nak duk situ dengar lagu tu sampai habis"."insaf dengar lagu kau..suka dengar lagu thank you ALLAH..menitis air mata.". "patut le eid suka sgt ngn maher zain..baru dengar. sgt touching.x ada yg lebih besar selain ALLAH. omg.. starting to like his song.bestnya.. terharu, sedih. semua ada.. hmm"

itulah di antara kata-kata diorang kat aku...ade yg hantar mesej kat aku gitau semua2 ni.subhanallah...maha suci Allah yang telah membuka hati mereka.ada sesetengah dari mereka aku tau background life diorg macam mana. aku rasa sayu,terharu,sebak,sedih dan semua perkataan2 yang mengambarkan kesyahduan aku ni.ya Allah..terima kasih kerana Allah telah pinjamkan kami degan salah seorang hamba Mu ini yang bernama Maher el Zain Mustafa ini.aku sendiri pun sebelum aku kenal maher ni, ya aku bertudung, aku solat, aku puasa tapi aku tak jujur dengan Allah dan diri sendiri. waktu tu aku bukan tahu pun what for aku lakukan ibadah-ibadah ni. pernah satu ketika aku anggap semua ni adalah paksaan agama. masa tu aku fikir agama tu seprate ngan daily life.boley macam tu?ish,ish memang tak boleh!

 abe Maher Zain datang dengan penuh kezutan di program ABJZ mlm new year hari tu.

pastu bila aku mula dengar lagu dia before Ramadhan ke tak silap aku...memang fuuuh.ade mejik ke apa dalam lagu maher nih?suara dia yang pernah aku ketagorikan sebagai anugerah suara paling seksi ini aku rasakan penyampainya seperti dia duk depan aku dan bercerita. maher seolah duk depan aku dan nasihat kat aku supaya aku turn to Allah, turn to Allah, turn to Allah. waktu tu kan,aku rasa macam aku daripada dalam gaung gelap yang sangat-sangat dalam pastu ada tali yang heret aku laju naik ke atas.masa aku ditarik naik tu, aku tak tau apa yang berlaku.tahu-tahu je aku dah sampai ke tempat lapang yang menghijau.

 Allah telah merubah aku 360 darjah celcius daripada kau yang dulu.what???hanya dengar lagu maher zain?yes!hanya dengan dengar lagu maher, ia telah berjaya membuka kembali pintu hati ini dalam merasai kedamaian Islam yang sebenar-benarnya. Ia membuatkan aku kembali dari kejahilan dalam menggangap Islam adalah agama keturunan keluarga, yang menggangap solat & ibadah-ibadah itu adalah paksaan agama, yang memikirkan ilmu itu penting semata-mata untuk mendapat gaji yang tinggi, yang menggagap Rasulullah itu sekadar sejarah masa lampau, yang menganggap usia muda inilah usia untuk merasai setiap inci nikmat tanpa batasan, yang menganggap quran itu sekadar kitab yang di dalamnya ada tulisan jawi tanpa mahu mengetahui apa yang dikatakan di dalam quran itu, yang mencari hiburan-hiburan tanpa mengira batasan, yang sekadar menutup kepala tetapi tidak menghiraukan ketelitian aurat & pergaulan sebenar lelaki dan perempuan malah memikir mati itu jauh sekali dari benak ini.

ini wajah yang Allah kirim untuk aku, pinjaman dari Nya yang sungguh mulia

Yang telah berjaya membawa aku pulang ke jalan yang diredhai Allah, yang telah berjaya membuatkan aku membuka mata, hati & fikiran aku untuk melihat kebesaran Allah di sekeliling aku, yang telah membawa aku kembali untuk mencari kalimah-kalimah firman Allah & sabda mulia Rasulullah salallahu ‘alaihi wasalam sebagai pegangan hidup, yang telah berjaya mengangkat aku yang tersungkur di garisan kekalahan dan kembali yakin akan pergantungan kepada Allah, yang kembali mencari hiburan-hiburan mendidik jiwa, buku-buku bermanfaat kepada santapan fikiran, yang membuatkan aku kembali yakin kepada Allah, yang membuatkan kembali petah menyebut kalimah seperti bismillah, insha Allah, masha Allah, Allahuakbar,alhamdulillah.
Yang membuatkan aku kembali dibangunkan dari ulikan dunia & usia yang akan berakhir bila-bila sahaja ini, yang berjaya membuatkan aku faham dengan apa yang dimaksudkan ‘Islam,the way of life’.Islam bukan sekadar agama tetapi memenuhi setiap sudut kehidupan ini, aku capai ketenangan melalui qiyam, rukuk, sujud dan dalam menadah tangan untuk berdoa, yang membuatkan aku tidak sabar ke tanah suci Mekah dan seterusnya menanti saat untuk bertemu dengan Pencipta aku.
Maher el Zain Mustafa.ya, Maher Zain. inilah dia...yang membawa kembali Idmalina Binti Maznah ke jalan Allah.Maha Suci Allah yang telah menjadikan manusia ini sebagai medium bagi Allah memimpin aku kembali ke jalan Nya. Kiranya aku dulu adalah peminat tegar kepada shah rukh khan, westlife, mawi, sheikh muszaphar tetapi Maher Zain ini berbeza,dia bukan penyanyi sebarangan. Manakan mungkin mendengar lagu sahaja kita menangis mengenangkan diri sendiri, kekuasaan Allah, kasih Rasulullah salallahu ‘alaihi wasalam pada kita dan melihat alam ini dan merasai kewujudan Allah. Tetapi ia berlaku apabila aku mendengar & meneliti setiap bait-bait lirik lagu-lagunya.masha Allah...ia membuatkan speechless.
maka, dengan ini aku mengumumkan aku sangat gembira bila orang datang kepada kau cite dia suka maher, kanak-kanak di sekeliling mereka sangat suka,hafal lagu maher, orang tak penah2 suka lagu islamik macam ni pun suka maher...aku gembira bukan kerana maher bertambah peminatnya, tetapi aku gembira dan bersyukur alhamdulillah kerana da'wah yang maher sampaikan semakin tersebar dan dapat diterima.alhamdulillah.da'wah dengan cara mudah inilah yang aku cari-cari mengikut perkembangan zaman sekarang tetapi tidak terpesong dari al Quran & hadis baginda.tengok maher, rilex je ngan jeans & topi barretanya.ok what?


Monday, January 3, 2011

Terima Kasih Melodi.Anda berjaya mengentalkan semangat kami!

Terima Kasih Melodi TV3, Moga Allah Memberkati Kalian

Pesan baginda Nabi Muhammad : “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Salam. Moga Allah memberkati kita semua. Sedikit ulasan berkenaan Melodi TV3 (2 hb Januari 2011)

Rancangan hiburan Melodi TV3 yang bersiaran pada 2 hb Januari 2011 yang menampilkan Brother Wahid dan Brother Zizan sebagai pengacara benar-benar mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, permulaan tahun baru diselitkan dengan isu-su yang cukup 'matang' dan 'bermanfaat'.

Alhamdulillah, permulaan rancangan dimulai dengan laporan Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Pelbagai trend pakaian yang 'islamik' ditunjukkan oleh artis dari event berkenaan. Saya amat-amat teruja dan berterima kasih kerana memperkenalkan kepada warga Muslim Malaysia inilah artis yang layak dijadikan 'contoh' oleh remaja Islam di Malaysia.

Kemudian, diselitkan pula kisah pemergian Allahyarham Faizal Yusof, seorang pelakon yang berbakat, juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Pengolahan dari kisah ini benar-benar membuatkan penonton seperti kami cukup terkesan dan mengharapkan pemergian beliau ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup. Juga menjadi iktibar kepada semua artis baik penyanyi, pelakon dan wartawan hiburan (terutama wartawan Melodi) yang mati itu bukan atas faktor muda atau tua, sihat atau sakit, tetapi atas faktor ajal.

Seusai laporan mengenai Allahyarham Faizal Yusoff, terlitlah pula kisah Brother Maher Zain. Melalui wawancara yang dikeluarkan, dapat diringkaskan yang wartawan Melodi memulakan slot Sensasi Melodi dengan perkara ini :

1- Intro tag dengan satu persoalan adakah Maher Zain seorang yang tidak berdisiplin
2- Kemudian, menyatakan Maher Zain tidak ke Rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 26hb Disember atas sebab bangun lambat
3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah
4- Dan slot Sensasi Melodi ini dirumuskan dengan kata-kata : "Betul atau tidak apa yang dikatakan Maher Zain, itu antara dia dan Allah"

WOW! Cukup 'hebat' soalan-soalan ini. Ini benar-benar satu 'perubahan' baru dari rancangan hiburan Melodi TV3. Amat-amat tepat dengan tagline Melodi : "Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi", dan wartawan Melodi menterjemahkan ia dalam bentuk bentuk laporan berita untuk Slot Sensasi.

Saya mewakili teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) amat-amat 'berterima kasih' kepada pihak Melodi TV3 atas liputan yang cukup bernas berkenaan. Semoga segala kekurangan Maher Zain menjadi kekuatannya satu hari nanti. Maaflah jika Maher Zain terlalu lama bersolat subuh berjemaah di Masjid Besar Shah Alam menyebabkan beliau keletihan, 'tidur semula' dan 'lewat' untuk bangun tidur kemudiannya. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

Semoga tahun baru 2011, Melodi TV3 terus sukses dan menjadikan para artis semakin selesa ditemubual, yang hampir-hampir bercerai akan semakin akrab dan berbaik semula dengan pasangannya, mereka yang sudah bercerai akan rujuk semula, mereka yang suka mengumpat akan insaf dengan perbuatan mereka, artis yang berpakaian sendat akan terus berjubah, artis yang minum arak akan bertaubat dan minum air milo ais, artis yang berposing di kolam renang akan berposing di kolam wuduk masjid, dan artis yang suka bangun 'lambat' dan tidak solat Subuh bangun awal serta bersolat Subuh berjemaah di masjid.

Nota :

Maher Zain tidak mengecewakan peminatnya. Buktinya, beliau telah hadir ke rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada hari semalam (1 Januari 2011) dan meminta maaf akan ketidakhadirannya ke rancangan berkenaan pada 26 Disember 2010. Dan beliau juga telah menyatakan berlaku miss communication yang menyebabkan beliau tidak hadir pada tarikh berkenaan. Lain kali, kalau nak bikin isu macam ni, sila tanya dulu kepada pihak pengurusan Nasi Lemak Kopi O, juga kepada pihak KMG Globalzone. Bukan terus terjah Maher Zain dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Nasib baiklah rancangan di televisyen bercorak 1 hala sahaja, paparkan isu tanpa ada ruang untuk dijawab secara terus oleh mana-mana pihak. Kalau rancangan melodi TV3 persis laman sosial facebook, ada pro dan kontra, alamatnya tutup la fanpage kalian. Akan jadi seperti kes penayangan Iklan Aidilfitri versi Krismas yang lepas.

Nota tambahan :

Benar, publisiti untuk Maher Zain perlu di media, namun ia persis percikan bunga api. Nampak cantik bukan, tetapi percikannya menyakitkan..

Ikhlas dari :

Akhi Fairuz | Admin MZM-FC

kredit to : http://www.facebook.com/MZMfc