Sunday, January 16, 2011

oh Allah,Engkau kirimkan Maher untuk ku!

Assalamualikum guys,
so,wassup guys? di pagi ahad yang best ini aku nak cite satu kesah mengenai 'aku dan maher zain'.mesti orang yang selalu ada ngan aku atau selalu baca update2 status aku akan cakap, "sikit-sikt maher zain,sikit-sikit maher zain".lantakzz la, yang penting aku menyokong kepada benda yang bawa mende baik kat diri aku. makanya, aku nak share ngan korang manusia-manusia yang aku jumpa yang menyatakan diorang (dengan izin Allah) mula berubah setelah mendengar lagu-lagu dari maher zain nih. aku tak tanya pun diorang tapi diorang sendiri share dengan aku. semur aku yang hampi 23 tahun ni, seingat aku aku x pernah lagi dengar orang yang berubah ke arah kebaikan bila dengar lagu-lagu nih.

"eid, baru aku faham kenapa ko suke giler ngan maher zain ni"."eid, aku kalau dgr lagu maher zain kat pkns aku rasa macam nak duk situ dengar lagu tu sampai habis"."insaf dengar lagu kau..suka dengar lagu thank you ALLAH..menitis air mata.". "patut le eid suka sgt ngn maher zain..baru dengar. sgt touching.x ada yg lebih besar selain ALLAH. omg.. starting to like his song.bestnya.. terharu, sedih. semua ada.. hmm"

itulah di antara kata-kata diorang kat aku...ade yg hantar mesej kat aku gitau semua2 ni.subhanallah...maha suci Allah yang telah membuka hati mereka.ada sesetengah dari mereka aku tau background life diorg macam mana. aku rasa sayu,terharu,sebak,sedih dan semua perkataan2 yang mengambarkan kesyahduan aku ni.ya Allah..terima kasih kerana Allah telah pinjamkan kami degan salah seorang hamba Mu ini yang bernama Maher el Zain Mustafa ini.aku sendiri pun sebelum aku kenal maher ni, ya aku bertudung, aku solat, aku puasa tapi aku tak jujur dengan Allah dan diri sendiri. waktu tu aku bukan tahu pun what for aku lakukan ibadah-ibadah ni. pernah satu ketika aku anggap semua ni adalah paksaan agama. masa tu aku fikir agama tu seprate ngan daily life.boley macam tu?ish,ish memang tak boleh!

 abe Maher Zain datang dengan penuh kezutan di program ABJZ mlm new year hari tu.

pastu bila aku mula dengar lagu dia before Ramadhan ke tak silap aku...memang fuuuh.ade mejik ke apa dalam lagu maher nih?suara dia yang pernah aku ketagorikan sebagai anugerah suara paling seksi ini aku rasakan penyampainya seperti dia duk depan aku dan bercerita. maher seolah duk depan aku dan nasihat kat aku supaya aku turn to Allah, turn to Allah, turn to Allah. waktu tu kan,aku rasa macam aku daripada dalam gaung gelap yang sangat-sangat dalam pastu ada tali yang heret aku laju naik ke atas.masa aku ditarik naik tu, aku tak tau apa yang berlaku.tahu-tahu je aku dah sampai ke tempat lapang yang menghijau.

 Allah telah merubah aku 360 darjah celcius daripada kau yang dulu.what???hanya dengar lagu maher zain?yes!hanya dengan dengar lagu maher, ia telah berjaya membuka kembali pintu hati ini dalam merasai kedamaian Islam yang sebenar-benarnya. Ia membuatkan aku kembali dari kejahilan dalam menggangap Islam adalah agama keturunan keluarga, yang menggangap solat & ibadah-ibadah itu adalah paksaan agama, yang memikirkan ilmu itu penting semata-mata untuk mendapat gaji yang tinggi, yang menggagap Rasulullah itu sekadar sejarah masa lampau, yang menganggap usia muda inilah usia untuk merasai setiap inci nikmat tanpa batasan, yang menganggap quran itu sekadar kitab yang di dalamnya ada tulisan jawi tanpa mahu mengetahui apa yang dikatakan di dalam quran itu, yang mencari hiburan-hiburan tanpa mengira batasan, yang sekadar menutup kepala tetapi tidak menghiraukan ketelitian aurat & pergaulan sebenar lelaki dan perempuan malah memikir mati itu jauh sekali dari benak ini.

ini wajah yang Allah kirim untuk aku, pinjaman dari Nya yang sungguh mulia

Yang telah berjaya membawa aku pulang ke jalan yang diredhai Allah, yang telah berjaya membuatkan aku membuka mata, hati & fikiran aku untuk melihat kebesaran Allah di sekeliling aku, yang telah membawa aku kembali untuk mencari kalimah-kalimah firman Allah & sabda mulia Rasulullah salallahu ‘alaihi wasalam sebagai pegangan hidup, yang telah berjaya mengangkat aku yang tersungkur di garisan kekalahan dan kembali yakin akan pergantungan kepada Allah, yang kembali mencari hiburan-hiburan mendidik jiwa, buku-buku bermanfaat kepada santapan fikiran, yang membuatkan aku kembali yakin kepada Allah, yang membuatkan kembali petah menyebut kalimah seperti bismillah, insha Allah, masha Allah, Allahuakbar,alhamdulillah.
Yang membuatkan aku kembali dibangunkan dari ulikan dunia & usia yang akan berakhir bila-bila sahaja ini, yang berjaya membuatkan aku faham dengan apa yang dimaksudkan ‘Islam,the way of life’.Islam bukan sekadar agama tetapi memenuhi setiap sudut kehidupan ini, aku capai ketenangan melalui qiyam, rukuk, sujud dan dalam menadah tangan untuk berdoa, yang membuatkan aku tidak sabar ke tanah suci Mekah dan seterusnya menanti saat untuk bertemu dengan Pencipta aku.
Maher el Zain Mustafa.ya, Maher Zain. inilah dia...yang membawa kembali Idmalina Binti Maznah ke jalan Allah.Maha Suci Allah yang telah menjadikan manusia ini sebagai medium bagi Allah memimpin aku kembali ke jalan Nya. Kiranya aku dulu adalah peminat tegar kepada shah rukh khan, westlife, mawi, sheikh muszaphar tetapi Maher Zain ini berbeza,dia bukan penyanyi sebarangan. Manakan mungkin mendengar lagu sahaja kita menangis mengenangkan diri sendiri, kekuasaan Allah, kasih Rasulullah salallahu ‘alaihi wasalam pada kita dan melihat alam ini dan merasai kewujudan Allah. Tetapi ia berlaku apabila aku mendengar & meneliti setiap bait-bait lirik lagu-lagunya.masha Allah...ia membuatkan speechless.
maka, dengan ini aku mengumumkan aku sangat gembira bila orang datang kepada kau cite dia suka maher, kanak-kanak di sekeliling mereka sangat suka,hafal lagu maher, orang tak penah2 suka lagu islamik macam ni pun suka maher...aku gembira bukan kerana maher bertambah peminatnya, tetapi aku gembira dan bersyukur alhamdulillah kerana da'wah yang maher sampaikan semakin tersebar dan dapat diterima.alhamdulillah.da'wah dengan cara mudah inilah yang aku cari-cari mengikut perkembangan zaman sekarang tetapi tidak terpesong dari al Quran & hadis baginda.tengok maher, rilex je ngan jeans & topi barretanya.ok what?


2 comments:

zahirahharyati said...

wah! ayat dia! word of the day - mejik! lol

Eidmalina Ideris said...

zara,
ahaha...word of the day ya.mejik!thanks for reading.