Tuesday, August 31, 2010

Duta Allah

Ramadhan kareem...alhamdulillah,kita dah sampai ke fasa terakhir dalam bulan mulia ini iaitu fasa pengampunan dan pembebasan.well,time ni la nak grab markah2 pahala yang banyak yang Allah tawarkan untuk kita.aku nak bercerita sedikit mengenai perkara yang berlaku di sekeliling aku ni.aku bukanlah ustazah atau orang yang arif bijak pandai mengenai mentafsir sikap seseorang dalam perspektif Islam...namun,ada sesuatu yang aku perlu sampaikan di sini.aku mula memikirkan perkara ini secara mendalam terutama bila tibanya bulan mulia, Ramadhan ni.kalau aku gi surau,masjid,ceramah atau ke khalifah institute dan aku akan bagi tahu ibu dan kak,pasti diorg akan tanya aku "dik na gi dengan sapa?"jawapan aku sama, "pegi sorang2..." dan diorang tanya lagi "mana lain?yie,mia,zaza dan yang lain?".aku membalas "diorang ada keja la ibu,sibuk agaknya" soal diorang lagi "tak ajak diorg skali?" aku menjawab lagi "dah ajak,ntah..."

Ini merupakan soalan dan conversation yang sama kalau aku cakap aku pergi ke tempat-tempat tersebut.kenapa ya?sedangkan kalau aku g shoping mall,makan2,tgk wayang,karoke,g vacation diorang boleh ada sekali dengan aku tetapi kenapa tidak majlis2 seperti yang aku sebut di atas?soalan2 brain stroming mmg mengstromkan aku.kenapa aku sangat jarang melihat mereka sujud merendahkan diri pada Pemberi nikmat sehari-hari pada kita?adakah mereka merasakan mereka masih muda untuk menyapukan wudhuk di anggota tubuh mereka dan merendahkan diri sujud ke bumi Allah?pastinya jika aku tanya soalan2 kritikal begini pada mereka,mereka hanya dengar seketika dan tidak mengendahkannya.

pastinya niat besar aku menjalinkan hubungan persahabatan ini kerana Allah dan aku mahu ianya kekal sehingga ke hari akhirat.aku cuba bayangkan,aku berdiri di padang mahsyar dan aku melihat 'tayangan' apa yang aku jalani di dunia yang lalu.bila sampainya 'scene' aku bersama diorang pastinya aku sedih melihat situasi persahabatan ini yang tiada berkatnya.aku mahu bertemu mereka di padang mahsyar masing-masing dengan rupa yang baik.persoalan yang bermain dalam fikiran aku,andai kami bertemu di padang mahsyar itu,mereka akan datang bertanya dan mempersalahkan aku kenapa aku tak bimbing dan mengingatkan mereka tentang kebenaran sebuah Islam itu.aku pun tak tahu bagaimana rupa aku waktu itu...subhanallah.

mati itu pasti,alam kubur itu pasti,negeri akhirat itu pasti,neraka itu pasti,syurga itu pasti dan segala janji-janji Allah itu pun pasti.bila aku menjadi ahli keluarga Khalifah Institute & Khalifah Youth Circle,aku mulai sedar yang kita semua duta Allah...khalifah itu sendiri bermaksud wakil.pada aku perkataan wakil itu boleh juga disamaertikan dengan duta.mulianya kita telah terpilih menjadi duta Allah di bumi ini.aku selalu fikir,kenapa bumi tempat kita tinggal ini menjadi pilihan Allah untuk meletakkan wakil Nya di sini sedangkan di luar angkasa raya sana ada pelbagai plenet lagi malah ada yang lagi besar dari bumi.kenapa Allah mengangkat manusia dengan memberi akal untuk membangunkan planet bumi ini?

kenapa tak de sejenis makhluk lagi yang tinggal kat planet2 lain tu yang boleh membangunkan plenet mereka macam bumi ni?alien...aku tidak percaya mengenai kewujudan alien.bagi aku itu rekaan semata-mata.sama juga seperti kapal angkasa alien segala bagai tu,bagi aku itu hanya mitos sains.bertapa tingginya nilai kita yang layak menjadi duta Allah ini.sayangnya mereka tidak membuka mata,hati dan fikiran untuk memahami semua ini.Allah tidak pernah mengurangkan denyutan jantung atau bilangan nafas kita walau kita tegar melakukan apa yang Dia tak suka.Allah bagi macam2 lagi nikmat pada kita.Allah memberi kesihatan pada kita,deria2 kita masih berfungsi,tulang2 kita masih kuat untuk kita terus berjalan dan melakukan kerja2 kita.jari2 ni masih boleh bergerak untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut kita.kotak suara kita masih berfungsi untuk membantu kita bercakap dan berinteraksi.kelopak mata kita masih boleh berkelip dan melihat alam ini dan pastinya benar apa yang tercatat di dalam kitab Al Quran itu, air laut di bumi ini pun tidak cukup untuk menjadi tinta bagi kita menyenaraikan nikmat-nikmat Allah ini.

bila aku berada di surau atau masjid aku melihat kiri dan kanan aku bukan orang-orang yang aku kenali,barisan lelaki di depan sana tiada yang aku kenali dan aku hanya mampu mengambarkan keadaan waktu itu andai mereka ada bersama.seronoknya andai kita bersama-sama ke masjid dan tempat sebegini bersama-sama...aku menangis sendiri.aku bukan,bukan,bukan nya sempurna mengenai ilmu agama dan amal ibadah ini tetapi alangkah sempurnanya persahabatan ini andai kita saling ingat mengingati,berkongsi pendapat dan pengetahuan dalam hal-hal begini.alangkah gembiranya kalau kita menyelitkan perkara-perkara begini dalam perbualan kita sambil2 kita lepak kat kandang dan kedai2 mamak itu.

aku benar-benar bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku keluarga Khalifah Youth Circle kepada aku.mereka meredakan rasa sedih aku...mereka mengisi rasa kekosongan ini.kasih sayang mereka tiada tandingannya.mereka bukan selalu dengan aku,kami jumpa bila Khalifah Institute mengadakan program,namun pautan hati di antara kami kukuh.kami tidak sabar untuk bertemu lagi.aku bukan,bukan,bukan tidak bersyukur dengan adanya mia,yie,zaza dan mereka di sekeliling aku,mereka banyak membantu aku,mengisi masa dan kenangan,bergembira bersama namun aku tidak rasa kerahmatan itu.3 tahun bersama mereka, aku cuba mengingati bilakah kali terakhir aku benar-benar rasa tenang menjalani persahabatan ini.sebenar-benar tenangnya...di lubuk hati nun sana.tapi bila bersama keluarga KYC yang baru aku kenali akhir 2009 dan jarang-jarang berjumpa tetapi aku rasa kerahmatan itu.it is miracles of Allah.aku percaya!

Khairie,mia,zaza dan anda semua...andai korang terbukak blog aku ni,janganlah terasa dengan tulisan aku ini.semua ini tulus dari hati aku.aku tak kuat untuk ungkapkan di depan korang...adalah menjadi impian besar aku untuk melihat korang kembali pada Pencipta kita semua.adalah menjadi impian aku untuk kita bersama-sama sujud kepada Dia.adalah menjadi impian aku untuk kita bersama-sama menadah tangan meminta keberkatan keatas persahabatan ini.adalah menjadi impian aku untuk korang semua berada bersama di dalam keluarga KYC.namun,bukan aku untuk mengatur semua ini.doa-doa aku agar korang dibukakan pintu hati tidak akan pernah berkurang.seandainya aku pergi dulu sebelum korang,sekurang-kurangnya aku berpuas hati meninggalkan korang dalam persahabatan yang kita bina ini...

semoga Allah menjadikan dunia ini tempat kita berusaha dalam mengerjakan kebaikan,menjadikan mati itu tempat kita berehat dari noda dunia ini dan menjadikan akhirat itu negeri untuk kita mengutip hasil-hasil usaha kita yang kita lakukan di dunia.Insya Allah...amin.

Turn to Allah,
He is never far away,
Put your trust to Him,
Raise you hands and pray,
Oh ya Allah,
Guide my steps don't le me go astry,
You are the only One that showed me the way,
Showed me the way...
: by Maher Zain-Insya Allah.

Friday, August 27, 2010

tulis saja!

Situasi ini mengingatkan kembali tentang kejadian 2003-2004 yang lalu.situasi itu sungguh menjengjelkan...namun,sekali lagi Allah menguji aku dengan situasi yang lebih kurang sama pada Ramadhan 2010 ini.pada aku aku 100 kali lebih rela berhadapan dengan projek,asingmen dan segala bagai tugasan yang taff daripada aku menghadapi dan melawan perasaan aku sekarang.terpana dengan satu fizikal seorang lelaki ini...dan tidak semena-mena dia mula menganggu fikiran dan perasaan ini.
sungguh!aku benar-benar tidak suka situasi ini kerana aku tahu,ianya hanya penilaian secara luaran sahaja.dah la setiap minggu ada 3 kelas yang aku mesti tengok muka dia...benci!sungguh aku tak suka semua ni!dia tak bersalah dalam keadaan ini...bukan dia yang aku bencikan,bukan.tetapi perasaan yg tah pape ni yang aku tak suka.ke mana-mana aku gi mostly aku jumpa muka dia,ye la puncak perdana ni tak de la besar mana.aku rasa,kalau aku ada mejik aku nak buat dia tu invisble di mata aku.plak tu yg lagi merimaskan aku,kawan-kawan dia tu macam tahu something je...termasuk la dengan dia skali!ya,sememangnya situasi ni macam jaman sekolah.aku harap one of the clasmate dia yg dulunya satu sekolah teknik ngan aku tidak akan pernah bercerita mengenai background aku ke apa ke.
Sungguh,dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang & Maha Memahami hati aku...aku benar2 berdoa supaya dia dipersilakan keluar dari benak fikiran,hati dan rasa ini...keluar!kau bukan untuk aku dan aku bukan untuk kau.

Sunday, August 1, 2010

Jatuh Hati

Ramadhan kareem brothers & sisters...
sudah lama aku tak menghapdet blog ni atas sebab-sebab seperti kesibukan,line tenet tak berapa nak best dan sebagainya.maka hampir 2 bulan aku menjalani degree part 1 aku...syukur alhamdulillah stakat ni aku boleh catch-up.syukur alhamdulillah juga kerana aku diberi peluang untuk ke 22 kali ini menjalani Ramadhan pada tahun ini.maka...persoalannya,siapakah insan gambar di atas ini?ya, brother ni ialah Maher Zain.

Jatuh hati dengan lagu-lagunya,jatuh hati dengan bait-bait murni liriknya,jatuh hati dengan pesona muziknya,jatuh hati dengan kebaikan yang disampaikan melalui masterpeacenya,jatuh hati dengan low profilenya,jatuh hati dengan hamba Allah ini.pastinya korang dah dengar seleksi lagu-lagu dari albumnya Maher Zain-Thank You Allah.yang mana tak dengar lagi,better korang bukak youtube sekarang ;D.bagi aku,pembawakan muzik dan liriknya bersatu.even latar album ini adalah moden tapi tidak mencalarkan masej yang mahu disampaikan.

masejnya sampai dan buat kita terfikir sejenak...bagi aku,lebih berkesan dari nasyid yang biasa didengar.subhanallah...alhamdulillah,Allah kurniakan insan sebegini di persada seni kreatif yang dahagakan sentuhan magis seni yang melambangkan kemurniaan Islam.aku yakin,andai orang yang mengerti tentang nilai Islam, jika mereka mendengar lagu-lagunya di mana sahaja akan terhenti mahu mendengarnya sehingga habis.

When the time is hard,
There's no way to turn,
As He promise He will always be there,
To bless us with His love and His mercy,
Coz,as He promise He will always be there,
He's always watching us, guiding us,
And He know what's in all our heart.
-Always Be There.

Every time you can make one more mistake,
You feel you can't repent,
And that its way too late,
You are so confused,wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame,
Don't despair and loose hope,
Coz Allah is always by your side.
-InsyaAllah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You have done,
You have done for me through all my years I've been lost,
You guided me from all the ways that were wrong
And did You give me hope.
-Thank You Allah.

Your face was brighter then the sun,
Your beuty equaled by non,
You are Allah chosen one,
Muhammad khairul khalbillah...
-The Chosen One.

From now you'll shares all you chores,
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah,
Seeking His pleasure.
-BarakaAllahu Lakuma.

I know that deep in my heart
I feel so bleesed when I think of you
and I ask Allah to blesses all we do
You my wife (husband) and my friend and my strengh
and I pray we together enternally
Now I find my self so strong
yes everything changed when you came along
and theres couple words I want to say.
-For Rest of My Life.

Now we share the same bright sun,
The same round moon,
Why don't we share the same love,
Tell me why not,
Life is shorter then most have thought.
-Hold My Hand.

My dear brother dan sister,
It's time to changed inside,
Open your eyes,
Don't throw away what's right aside,
Before the day comes,
When there's nowhere to run and hide,
Now ask your self 'cause Allah's watching you.
-Awaken.

Allah,You creating everything,
We belong to You,
Ya Rabb we raise our hands,
Forever we thank You,
Alhamdulillah.
-Open Your Eyes.

Ini adalah antara bait yang menyentuh aku.actually kesemua liriknya menyentuh hati aku...aku share kat sini agar kita dapat bersama memanfaatkannya.insyaAllah.
korang boleh follow Maher Zain punya official facebook.lagu InsyaAllah dalam proses alih bahasa ke bahasa Melayu ;D