Sunday, September 20, 2009

Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum,
cepat sungguh masa ini berlalu meninggalkan kita.rasa baru je awal Ramadhan tapi dah raya pun...sedih,gembira,terharu semua perasaan bercampur baur.sejujurnya aku sememangnya x puas hati dengan prestasi aku pada Ramadhan kali ni.rasa banyak yang terlepas dan rugi.
subhanallah,kalau nak ikutkan hati ni mahu saja Ramadhan 1431 depan;andai dipanjangkan umur, aku nak je amik cuti khas sebulan tu untuk duduk kat umah dan betul2 fokus utk ibadah.
tapi,masa ini terus berjalan dan aku tak boleh untuk sesuka hati aku je mengunakan masa ni.banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan dilunaskan.
cuti seminggu raya yang singkat ini membolehkan aku bertenang dari amukan kerja-kerja yang tak pernah habis.raya tahun ni ringkas dan sederhana sahaja ditambah dengan tahun ni,semua adik bradik aku turn rumah mertua diorang lagi la sunyi dari keriuhan suara anak2 buah aku.kalau tahun lepas malam raya memang kecoh dan bz habis,tp tahun ni cool je.apa pun aku bersyukur atas segala limpah kurnia Allah yang terlalu banyak ini.semoga sinar pagi Syawal yang bakal menerangi bumi Allah ini memberikan seribu satu makna dan kenangan untuk aku dan semua.
Aku benar2 berdoa semoga ini bukan Ramadhan & Syawal terakhir ku...amin.
Eid Mubarak!