Sunday, May 22, 2011

Hidup Tenang Bersama Allah

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

 credit to : iluvislam.com

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah-hadiah daripadaNya yang penuh cinta & kasih sayang

Peace be upon you brothers & sisters,
alhamdulillah, 10 mei yang lalu aku berjaya habiskan final exam aku dengan paper terakhir iaitu Art Law. bermula bulan mei  ni juga aku berada di Dzul Iman Putra Indah yang terletak di Putra Heights. aku berada di sini sebagai... ustazah.gulp! take time jugak aku nak menerima gelaran ni.nampak cam senang mengajar anak2 kindergarten ni, tapi pengalaman hampir 3 minggu ni membuktikan apa yg disangkaan ternyata mencabar.pertamanya, di Dzul Iman ini bukan mcm tadika lain, kat sini mengunakan Khalifah method dalam didikan anak2 di sini. bila aku mengajar anak-anak KAFA & mereka menggunakan istilah 'ya muallimah', aku rasa aku sedang bermimpi... ya,itulah doa & cita-cita aku agar suatu hari nanti Allah mengizinkan aku untuk menjadi seorang Muallimah & sekarang...Allah sedang memakbulkan doa-doa yang ditadah dengan tangan-tangan yang penuh dosa ini. oh Allah, benar Engkau sememangnya Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Suci, Engkaulah segala-gala kebesaran & keagungan Mu =,)

Smart Khalifah Awesome Adventure Day
Alhamdulillah, all praises only to Allah. aku rasa diri ni kerdil untuk berada bersama mereka...oh, ketahuilah aku yang bernama Idmalina Mohamad Ideris ini baru sahaja berpatah balik ke jalan Allah, aku masih banyak lagi perlu belajar. namun, kekuatan aku adalah Allah & semangat aku adalah Rasulullah sallahu alaihi wasallam yang menjadikan aku terus membina semangat agar aku tak akan pernah jemu dengan semua ni. aku sedang menyesuaikan diri aku dengan semua ni.

HPA merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat2 bernilai lagi berharga untuk aku. kasih aku pada HPA adalah infiniti. melalui HPA, Allah banyak tunjukkan jalan untuk aku merasai kemanisan iman & Islam itu. hubungan aku, keluarga ku dengan  HPA sangat-sangat rapat & ketahuilah aku akan berhenti bercakap mengenai HPA hanya apabila aku mati. Alhamdulillah, 2 mei lalu aku bersama akak aku bersama-sama hampir 400+ keluarga HPA lain di program ESP (Esekutif,Staf,Pengedar) yang diadakan selama 14 jam di Hotel De Palma Ampang. pengisian program ini bukan mengajar cara bagaimana untuk menjadi jutawan, mcm mana nak dapatkan rumah bungalow besar2, kereta2 mewah & macam-macam lagi kemewahan dunia ni.program ESP ni bercerita tentang kemewahan akhirat & mengenai kita...kita yang bernama umat Islam akhir zaman ni.pemakanan yang kita telan hari-hari...perjuangan menegakkan syiar Islam melalui jalan perniagaan ini, untuk membangunkan ekonomi ummah agar kita semua berganding mahu menjunjung tauhid Allah. Pengisian ilmu-ilmu Allah yang sangat banyak sehinggakan aku sedar bahawa umat Islam sekarang berada di dalam kelesuan...2 ayat di antara kata2 Tn Hj Ismail Ahmad yang membuatkan aku merenung dinding ballroom tu ialah "Halal itu bukan pada logo & sijilnya, tapi pada syara' & hukumnya" dan satu lagi "kita memilih sabun,syampu yang halal untuk mewangi tubuh kita"


next story, alhamdulillah, aku juga dipilih oleh Allah untuk menyertai Training of Trainers Special Edition-Khalifah Youth Circle di Khalifah Institute. macam mana ya aku mahu mengekspresikan perasaan aku bila aku bersama mereka semua.kadang-kadang aku terfikir... di manakah istimewa KYC ini & bila aku jumpa, terlalu banyak untuk aku taip di sini. yang penting, hanya Allah yang tahu :) bro qayyum, bro syidi, bro azam, bro mokhtar, shahir amin, shahir ahmad, azim, najib, kak mun, dhee, mahfudzah, kak farah, kak huda, kak amirah, izyan & ramai lagi lah yang menjadi kekuatan kepada KYC ni. dengan izin Allah hati-hati ini terikat demi perjuangan menjunjung tauhid Allah ini. Allhamdulilal ToT SE ini sangat2 hebat...ia bukan training yg biasa2, ia bukan satu kem yang remeh2...ianya suatu moment penuh dengan manfaat, ilmu-ilmu yang sangat banyak kami timba bersama, aktiviti2 yang kami lakukan bersama mencambahkan lagi ikatan kasih kami...subhanallah.

ToT Special Edition Khalifah Youth Circle 2011
Dulu, brother maher zain pernah pesan "you must to surrounding with good people" dan aku sedih mendengarkan pesanan ini sebab aku sedar bagaimana surrounding aku. sekarang, aku melihat keajaiban Allah di depan mata aku.setiap hari aku bersama orang-orang yang sering bercakap mengenai Allah & Rasulullah salallahu alaihi wasallam. ilmu-ilmu yang aku belajar & mengajar pula kepada anak-anak di Dzul Iman. oh, Maha Suci Allah...Maha Suci Allah yang mendengar & memakbulkan permintaan ku. alhamdulillah...nah, inilah hadiah-hadiah daripada Allah yang Allah bungkus cantik dengan penuh cinta & harum bersama kasih sayang Allah khas untuk kau wahai Idmalina Mohamad Ideris.

Semoga Allah subhana wata'la tidak mengistidrajkan aku. semoga aku akan terus berusaha untuk kehidupan aku selepas dunia ini. apalah dunia ini hendak dibanggakan sangat...masa semakin suntuk, masa semakin suntuk, masa semakin suntuk....