Thursday, March 14, 2013

Final Destination!

Salam & good day!

alhamdulillah, all praises to Allah. ya, ini merupakan semester akhir degree saya. saya akui, banyak yang perlu saya setelkan ini menghabiskan pengajian ini tepat pada waktunya. bila fikirkan, saya rasa agak mencabar kerana saya berdamping dengan thesis disamping 20 jam kredit subjek yang lain. ntah, saya pun hairan kenapa student final sem dihumbankan dengan bebanan subjek yang begitu banyak & setiap lecturer subjek meletakkan high expectations keatas kami. namun, itulah yang perlu kami hadap. dengan kerenah pelbagai pihak yang kadang menimbulkan asap keluar dari telinga ini. apapun, hidup ini kena chill lah kan. Allah bagi peluang hidup, jalani dengan mengikut syariat yang telah ditetapkan. analoginya, Islam itu ibarat sebuah bungalow yang punyai laman yang sangat luas dan mempunyai pagar yang cantik. bermainlah di laman itu asal jangan melepasi pagar itu. insya Allah panjang umur, pertengahan July ini, saya akan menamatkan degree saya dan pengajian saya di fakulti ini selama 6 tahun officially. sambung master? er.