Tuesday, May 26, 2009

Internet korang laju?kalau ya,jom tengok ni.

video

video

Ini adalah antara hasil VFX (video effects) yang dihasilkan oleh studio Red Chilies Entertainment.aku cukup tertarik dengan segala teknologi yang digunakan dalam dunia seni hari ini tak kiralah teater,filem,konsert atau apa2 sahaja.bukan sahaja VFX tapi juga CGI(computer generated imagery) dan bermacam-macam lagi teknologi yang digunakan.

So,aku masih lagi dlm meng'explore' benda-benda ni.aku sangat bangga industri perfileman Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengorak langkah dalam penghasilan filem yg mengunakan teknologi seumpama ini.contoh jelas,produksi KRU yang sering dan sedang menghasilkan sesuatu lain dari yang lain.common!we can do it!aku suke sebab ia juga digunakan dalam antara jenis filem yang aku suka tonton iaitu hindustan.heheh...

*credit to Red Chilies Entertainment.

Sunday, May 24, 2009

Ini sekadar pendapat aku

Assalamualaikum...syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi kehidupan hari ini.dua minggu aku kat rumah smpena cuti sem ni...mcm2 aku buat termasuklah jaga stokis HPA ibu,maka hilanglah sedikit sebanyak boring aku.selain tu gak,aku pun mluangkan la masa2 aku dengan menonton movie2 yg slama ni aku tak de masa nak melayannya.yg pastinya aku juga sgt mluangkan masa juga utk Dia. Ni filem yg baru aku tengok iaitu Chak De!India (Go!India) arahan Shimit Amin yang diproduce kan oleh Yash Raj Films.actually filem ni release pada 2007 tp aku tak brkesempatan utk selongkar kedai cd utk cr filem ni.utk pngetahuan korang,klau filem keluaran Yash Raj Films,mmg tak kan ada dlm youtube atau pun boleh didonlod kata mana2 site.

Chak De!India cerita pasal seorang kapten team hoki india,Kabir Khan (shahrukh la tu) yg dituduh pengkhianat team india dek kerana kekalahan dlm hockey world cup.time tu india vs pakistan dn Kabir dituduh menyeblahi pakistan.biasa la,india ngan pakistan kan dikatakan ada perselisihan.

so,after 7 thun Kabir mendiamkan diri dek krana pmulauan yg dilakukan ke atas nya,dia kembali dlm persatuan hoki india & mnawarkan diri untuk jadi coach kpd pasukan hoki wanita india.tp org2 atasan ni mcm x caye pd dia,tp dia yakinkan & diorg kasi can kat Kabir dgn rasa was2.dlm dia jd coach tuk team tu mcm2 cbran la dia hadapi ngan 16 org girls ni...part ni mmg best jugak & mngajar aku bertapa penting,penting & pentingnya semangat berpasukan yg tinggi.tak kira la dlm sukan ke apa ke,bila dh dlm 1 team atau organisasi tu even kita lemah pun klau ada smgat berpasukan satu2 team tu msti mndpat kekuatan.
lepas diorang mnghadapi pelbagai rintangan tu trmasukalah ada di antara diorg x suka dgn cara Kabir,diorang akhirnya dpt g ke peringkat world cup championship.first2 diorang kalah teruk,tp dgn smngat dan bimbingan Kabir diorang kuat smngat diorg dpt g ke final.last2 diorang menang.apa yg aku sgt tertarik dgn subjek utama filem ini adalah kenegaraan.aku ingt lg dialog yg diucapkan oleh Kabir "ingatlah, kita bukan bermain untuk diri kita,untuk kampung kita,untuk negeri kita tetapi kita berusaha & bermain untuk negara kita".smangat patriotik bukan shj boleh disampaikan melalui isu peperangan menentang penjajah spt yg slalu diangkat melalui filem2 lain,tetapi juga melalui subjek2 lain spt sukan dan sbgainya untuk menarik perhatian masyarakat menonton filem bergenre seperti ini.
selalunya,bila bercerita mengenai patriotik,kita (teruatama glgan muda2 ni) rasakan itu adalah sesuatu isu yg tak prlu difikirkan.patriotik bkn sahaja wujud bila hari merdeka,PLKN,perbarisan,mengenang kembali sejarah negara yg lampau,bila buka buku teks sejarah mana2 tingkatan atau apa2 shj tetapi ia boleh diwujudkan dlm aliran yang digemari oleh generasi hari ini.contoh yang jelas melalui medium filem yang menyentuh tema seperti sukan ini.kelainan yg aku suka ttg filem ni juga,filem ni x de heroin..hehhe..

bila aku tgk filem ini,aku yakin bahawa hasil dari Yash Raj Films sememangnya tidak mengecewakan dan filem Chak De!India ini adalah salah satu masterpieace terbaik dari penulis skrip,Jaideep Sahni,director dan shahrukh khan itu sendiri.

Ni pula filem Billu Barber yang diarahkan oleh Priyadarshan dan producer Gauri Khan (wife shahrukh) dan skrip ditulis oleh Sreenivasan.Filem ni under production house yg dimiliki oleh Shahrukh sndri iaitu Red Chilies Entertainment (http://www.redchilies.com/) .Filem ni mengisahkan Billu yg dilakonkan oleh Irfan Khan.utk pngetahuan korang juga,klau korang dh tgk cite Slumdog Millionare,Irfan Khan memegang watak sbg inspektor polis yg soal siasat Jamal Malik.Billu seorang tukang gunting rambut kat kg dia yg benama kg Budbuda.Billu mempunyai seorang isteri iaitu Bindiya lakonan Lara Dutta & 2 org anak.

satu hari,1 kampung kecoh sbab ade org nak buat shooting filem kat kampung diorang ni,pelakon yg terlibat dlm shooting ni ialah Sahir Khan yg mmg femes habis la.Sahir ni kira superstar dan digilai ramai.bila Billu tahu,dia rilex je la dan teruskan rutin dia sbg barber tu.maka si Sahir Khan dn team dia dtg la kat kampung tu dan org2 kmpung pun xcited terlebih la kekdahnya...
pastu tah mcm mna tetiba ada mulut mengatakan yg sbnarnya Billu ngan Sahir ni member kamceng,org kg pun g la serbu Billu dan baik la ngan Billu,ye la kata member pelakon popular kan.dgn x pasal2 pasalnya Sahukaar seorang tuan tanah kat kg tu,bg mcm2 kat Billu terutamanya mengrenovate kdai Billu dgn hrapan supaya Billu bleh bwa dia jumpa Sahir.aduh lawak betul la babak2 ni...
Billu ni x tau nak buat apa dah dan hr2 org kg trmasuklah isteri dan anak2 dia duk push dia nak suh bawa jumpa ngan Sahir yg msih lg duk shoting kat kg tu.Billu dah usahakannya dan dah tak tau nak buat apa la kan tambah2 lg security mmg ketat la utk jaga Sahir Khan tu.then,bila dah dia x bjaya...org kg pun mcm x mau kawan la ngan dia termasuklah tuan tanah tadi yg amik balik sgala yg dia bg kat Billu ni...babak2 terakhir,ada 1 skolah kat kampung ni jmput Sahir Khan utk merasmikan anivasry penubuhan sekolah ni dan kbetulan hr tu juga adalah hr terakhir Sahir berada di kampung tu.uih...mmg 1 kampung la turun nak tgk Sahir ni.majlis dah stat,Bindiya pujuk Billu utk gi jugak,then diorg g la skolah tu yg juga skolah anak mereka.

dalam perucapan Sahir tu,dia ada cakap yg bhwasanya zaman kecil2 ni lah yg paling brharga dlm hidup.dia sangat merindui zaman2 persekolahan,waktu dirotan guru,waktu peperiksaan dan segalanya semasa kecil itu.bila dia ckp smua tu kan,ia mmbawa aku kembali zaman kanak-kanak dan zaman sekolah aku.betul katanya,kita akan sentiasa merindui zaman itu sepanjang hayat hidup kita.dia pun cite la yg dia dulu ni glongan prtghan & parents dia hnya dpt bagi ilmu shj kpdnya (mcm bckground hidup shahrukh sndri la..).
maka,dia cite la yg dia ada kawan yg sntiasa ada bersama dia dlm susah senang hidup dia,yg berkongsi mkanan walau sdikit dikala dia lapar dn x mmpu beli mknan,yg jual brg smata2 nak tlg Sahir untuk ke bandar mngejar cita2 sbgai plekon dan mcm2 lg kngan yg dia ceritakan.at last dia ckp nama kwn dia,"Billu".smua org trkejut la.time Sahir duk cerita,Billu sedih dan balik rumah.

Rupa-rupanya,Billu sndri tahu yg Sahir tu kwn dia tp dia x nak amik ksmpatan diatas ksenangan yg Sahir miliki.at last,Sahir g umah Billu...uih,time ni mmg sedih la.then diorg pun jumpa balik dn org kampung mnta maaf dgn Billu.
pada aku,filem ni memang sangat aku suggest utk korang mnontonnya.sgt byk moral values yg ada di dalamnya.kesan VFX yg digunakan dlm filem ini juga cukup membanggakan & lbih best VFX ini dihasilkan sndri di studio Red Chilies.lagu2 yg dihasilkan oleh Pritam juga ckup sedap didengar dan satu pghasilan yg kreatif.salah satu elemen yg aku suka,suasana kampung yg digunakan tu sgt segar mata memandang.

Ini pula filem yang juga daripada yash Raj Films iaitu Rab Ne Bana Di Jodi (Pasangan yg diciptakan Tuhan) yang diarahkan oleh Aditya Chopra dan skrip ini ditulis sndri oleh Aditya.Filem ini sangat berbeza dari filem2 lain dan pd aku tiada filem hindustan yang jalan cerita seumpama ini.Kisah ini menceritakan tentang Surinder Sahni lakonan shahrukh yang merupakan seorang pemalu,lelaki yg tdak mementingkan gaya,mmpunyai ilmu yg tinggi,penuh dgn sifat2 yg berbudi pekerti yang baik dan bleh dikatakan skema jugak la.
cite ni bermula dgn Surinder gi ke majlis perkahwinan Taani yg dilakonkan oleh pelakon baru Anushka Sharma.dlm tgh meriah tunggu pengantin lelaki tu,tetiba mereka dikhabarkan yg bas yg bawa rombongan pengantin xcident teruk & x de sape yg selamat.makanya ayah si Taani di terus heart attack.kat hspital,dia panggil Surinder ngan Taani dan dia pesan suh Surinder jaga Taani sepanjang hayatnya..(nak suh kawin la tu).lepas kawin,Surinder pun bawa la Taani yg agak2 mcm tension dgn apa yg dia lalui ni.even duk satu umah diorang duk bilik berasingan & 1 mlm tu Taani bincang ngan Surinder yg mngatakan Taani ni susah dh nak jatuh cinta balik ngan sesape pun.Surinder ni control je la,tp dlm hati dia mngatakan mmg dia jatuh cinta ngan Taani sejak dlm majlis perkahwinan Taani lg.
1 hari,Surinder bawa Taani g tgk wayang & dlm filem yg diorg tgk tu heronya hensem lagi gagah perkasa la kan.Surinder tgk kesukaan Taani yg bhwasanya dia suka org lelaki yang ala2 hero filem dan dia berfikir mungkin dgn cara tu boleh membuatkan Taani kembali gembira & boleh menambat hati Taani.satu mlm lpas dinner Taani mnta dgn Surinder yg dia nak join kelas tarian kat tempat dia tu.
maka Surinder g la kedai saloon member baik dia iaitu Bobby yg dilakonkan oleh Vinay Pathak dan dia cite isi hati dia dan Bobby mentransformerkan Surinder kepada seorang yg sgt stylo milo dan macho.pastu dia g ke kelas tarian yang Taani sertai kat tempat dia tu.dan2 tu jugak la prangai dia bkn lagi mcm Surinder yg skema teramat kpd seorang yg sgt gile2,happy go lucky dan beza sakan.
bila dia jumpa Taani dia perkenalkan "Raj,naam tu suno hoga".aduh,mmg gelak habis la bila dalam watak Raj ni.makanya,lepas kehadiran 'Raj' dlm hidup Taani,dia rasa lebih happy dan dlm diam dia jatuh hati dgn 'Raj'.Surinder akan wujud bila waktu mlm dia balik keja dan waktu pagi dia nak g keja.Taani ni actually seorg isteri yg bagus jugak sbab even dia kurang stuju dgn prkahwinan ni,dia tetap mnjalankan tugas dia sbg isteri.
dalam diorang join kelas tarian tu,mereka dipilih pasangan yg akan bertanding di peringkat akhir nanti.dalam 2 hari untuk ke pertandingan akhir tu,Taani meminta kpd 'Raj'untuk bawa dia lari kerana dia rasa bahagia dengan 'Raj'.dalam diri 'Raj' yg sebenarnya Surinder tu mmg terkejut & 'Raj' bersetuju.hari malam pertandingan,pagi tu Surinder bawa Taani pergi ke Golden Temple untuk meminta restu dan doa agar Taani menang dlm prtandingan ni.time ni la Taani melihat Surinder dgn mata hatinya dan tak sanggup menyakiti Surinder & dia sedar yg sebenarnya Surinder yg sentiasa bersama dikala dia sedih smasa kehilangan ayahnya.
malam pertandingan,dia sangat terkejut sebab yang keluar untuk jadi partner dia adalah Surinder Sahni yg dlm pakaian skemanya itu & dgn yakin Surinder mengatur langkah tarian nya bersama Taani.time menari tu juga Taani dah tahu yang 'Raj' itu adalah Surinder.
at last,Taani menerima cinta tulus Surinder dan mengatakan "Saya tdak menyangka ada orang dlm dunia ini memberikan sy cinta yg terlalu byk,awak menipu saya yg mengatakan awak tdak tahu bercinta"
pada aku filem ni byk obstacles yg sgt berkesan untuk memberikan perasaan tertanya-tanya kpd penonton dan aku sndri tak leh nak agak apa yg akan berlaku seterusnya.actually,aku rasa naskah ni bagus untuk dibuat kajian skrip (subjek pn umi gitu..).ada 1 lagu dlm filem ini yg bertajuk 'Phir Mileenge Chalte Chalte',klip videonya yg bermula dr zaman hitam putih filem hindustan dan perkembangan2nya sehingga la zaman sekarang.pada ku juga,kita mestilah adil dalam menilai sesebuah karya itu dan kena memberi keadilan kepada setiap yang dibawa dalam sesebuah filem tu.maksud aku di sini,kalau hollywood bleh buat terer2,kita cuba juga untuk buat dlm filem kita,ada org2 kita terus mengkritik itu ini dan ada shj yang tak kena nya.
seperti juga perkembangan filem bollywood yg merupakan industri filem terbesar di dunia,yang juga telah byk melakukan transformasi..bukan dlm kadar sekali gus dan mendadak tetapi secara flow by flow.even mereka meletakkan kecanggihan dlm setiap pembikinan filem, mereka tidak pernah mengabaikan setiap dari tradisi budaya mereka & mereka selalu menyelitkan adegan atau lagu2 yg mengingatkan kita kembali kpd sejarah perfileman india sejak zaman mak2 kita muda lg.
di sini aku nak tekankan,aku bukan sesekali bermaksud untuk agungkan kan karya mereka.aku juga spend duit dan masa aku untuk menonton sndri di cinema filem2 spt Kala Malam Bulan Mengambang,Evolusi KL Drift,Duyung,Talentime,Sepi,Mukhsin,Otai,Geng:Pengembaraan Bermula,Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam dan yang terbaru aku tonton Syurga Cinta.kebanyakan yg lain aku tonton mlalui vcd,dvd dan astro kirana.
Maka,nilai lah sesuatu karya itu tanpa rasa prajudis dan sesungguhnya setiap idea yg lahir serta dikeluarkan oleh golongan seni ini adalah bukti penciptaan Allah yg Maha Kuasa diatas setiap hambanya kerana setiap kebaikan itu datangnya dari Allah.melalui medium seni ini yang menyatukan manusia dan seni inilah yang menyatukan jiwa dan rasa.

Wednesday, May 13, 2009

Dramatari Epic Of Ramayana & Sitadewi:Ini permulaan yang bermakna.

Assalamualaikum,
Terima kasih cz korang klik ke blog aku.cepat sungguh masa ini berlalu...sedar tak sedar aku dah habiskan sem 4 dan tinggal 2 sem lagi unuk aku sambung degree.ok,kali ni aku nak share ngan korang antra gambar2 kitorang semasa pementasan Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi juga bersempena dengan penilaian akhir CT 113 dibawah subjek dramatari kelolaan cik Dida. Pementasan ini berlangsung pada 8 & 9 mei yang lalu di Taman Budaya KL.Ini juga projek pertama produksi batch aku,Cendekia Semenda Creative & Event Management dan hanya 11 orang shj yg terlibat dlm pengurusan.gambar kat atas ni x cukup 11 org cz EM (Event Manager) tak de.
hehhe...kitorang pun nak pose atas stage gak..heheh....

ni aktiviti yg digemari,sesi warming-up..bleh lepas tension.klakau juga tgk gelagat bdak2 ni...dan time2 ni juga boleh merapatkan lagi kami.

kenapa aku pegang spray nyamuk ni?haha...sbabnya auditorium TB mmg memerlukan spray nyamuk ni..(actualy,aku sndri terkejut juga krn trpaksa mncari spray nyamuk nih..)

ni sesi rehersal...smua teknikal kami sendiri yang buat mcm LX (lighting),audio dan sbgnya..thanks juga kat abg syam ngan nicholas sebab byk tlg dan sporting giler ngan kami.

set ni juga kami sediri yang membinanya...asalnya set yang berkonsepkan hutan ni ada munge2 sbab cik #$%!!! tu suh taruk,tapi at last cik Dida x suke cz very da nampak citrawarna Malaysia katanya...actually kami pun rasa gtu juga...

kami kerja dan makan sama2...hari tu mak as yang masak tuk kitorang..thanks mak!ok,kalau korang nak tgk lagi gambar2 sepanajng persembahan kat sana klik ke cendekiasemenda.blogspot.com atau www.myspace.com/idmalinaworld. kalau nak upload semua kat sini makanya tersangat byk la gbr2nya...
okey,to all my frens selamat bercuti ya...jaga diri elok2...
hum hain rahi pyaar ke...phir mileenge chalte chalte...wasallam.

Saturday, May 2, 2009

Fall in love again...

Salam semua...
aku jatuh cinta lagi...hahah..mcm klakau plak kan.aku kenal dia sejak 1995..long time ago.dia sentiasa menampilkan diri dgn gaya yang aku tak sangka pun.aku suka dengan cara dia yang pelbagai dalam menunaikan tugas dalam kariernya.aku juga bangga cara dia menjaga keluarganya.aku punyai persepsi sendiri tentang dia...ada orang kata dia ni jenis statik je dlm karier dia,tapi bagi aku dia cukup berkebolehan...itu sebabnya setelah 1 tahun aku tak amik kisah pasal dia tapi kali ni,aku kembali jatuh cinta dengannya.Rupanya Surinder Sahni berjaya membuatkan aku jatuh cinta kembali.tapi cinta ini tidak sebanyak cinta aku untuk Dia,rasul,ibu,abah dan keluarga aku.mr m?dia tetap juga dalam diri aku...


aku kembali jatuh cinta dengan Surinder Sahni,Raj Aryan,Rahul Khanna,Aman Mathur,Veer Pratap Singh,Om Kapoor/Prakash,Asoka,
Mohan Barghav,Raj,Ram,Kishan,Rahul Raichand....