Wednesday, January 27, 2010

Yang telah mencapai kecemerlangan ini

Assalamualaikum,
sebenarnya aku nak story tajuk ni sejak isnin lepas lagi, tapi dek kerna coverage kat kampus ni saggggaaat lah 'bagus',maka aku terpaksa la x online kan.hari isnin lepas aku,kak,abg iran ngan mira g de palma hotel kat ampang untuk pelancaran produk2 baru HPA ngan kuliah perubatan jawi dengan tokoh yg aku sangat banggakan iaitu Tn Hj Ismail Ahmad. memang ramai sangat ahli dan peminat HPA ni.HPA bukan mcm multi level yang biasa ya,HPA adalah multi level syariah.diorang ada 11 penel syariah yang memantau HPA termasuk pengeluaran barangan,urus niaga dan semua yg berkaitan.malam aku g tu,bukan ceramah macam mana nak jadi jutawan segera ke,mcm mana nak dpt keta mercedes ke...tak!tapi aku g mendapat ilmu-ilmu perubatan herba yg banyak dan tak ternilai.bila aku tengok tn hj,dua perkara yg bermain dlm fikiran aku iaitu,pertama aku tak sangka yg aku kenal dia dah lama...14 tahun yang lalu,nama dia cukup2 familiar dgn aku dan keluarga.kedua,dialah ayah angkat kepada adik aku yang kini menjadi anak HPA.aku rindu sangat2 kat adik...

tn hj ismail yg sangat bersifat lemah lembut,dengan segala kesantunannya,kerendahan dirinya,punyai ilmu yang banyak utk dikongsi...dia bukan seperti yg lain dan dia tiada duanya.aku benar2 bersyukur kepada Allah yang tersayang kerana memperkenalkan orang sebegini pada aku.sebenarnya,Allah dah perkenalkan dengan ramai orang-orang yang aku kagumi dan layak dijadikan idola.tak kira lah orang tu org pemes atau tak.
semoga Allah yang tersayang sentiasa merahmati beliau & semoga segala impian beliau untuk HPA akan menjadi kenyataan akhirnya.kiranya dulu tagline HPA adalah 'herba menuju kecemerlangan' tetapi hari ini taglinenya adalah 'menguasai pasaran global'.sukar untuk aku ungkapkan betapa HPA terlalu istimewa dalam diri aku dan ahli-ahlinya.

Saturday, January 23, 2010

Pengantin dah jumpa!

Assalamualaikum uollls semua,

wahahha...tu la antara tagline pemes kan....uolllss dan 'uuu...very smart!'.ok,sementara encik @iamsrk kat twitter tu hapdet status dia,meh aku nak cite aktiviti sorok2 aku ngan fatin dan azmira.wahahha,dgn senyap2 nya kitorg g TGV sunway pyramid smlm cz nak g tgk movie Dulha Mil Gaya!setelah sekian lama aku tak tengok shahrukh kat skrin besar panggung,akhirnya aku dapat tengok la kan.last aku tgk shahrukh kat skrin besar masa movie Mohabbatein. punya stgah cite baru shahrukh keluar,memang masa shahrukh kuar tu satu panggung menjerit.klakar gler,aku hampir2 nak bangun2 lagi tuh.roots filem ini cite pasal manusia yang jenis tak nak terima cinta,kasih sayang dan perkahwinan dalam hidup.pada aku isu yg dihighlitekan dalam filem ini adalah berat tapi mudassar aziz meringan supaya penonton senang faham.ala,mcm cite papadom la kan.


filem ni cite pasal 2 pasangan yang salah seorg dari pasangan ni ego dan rasa cinta tu tak penting.so,bila Pawan Raj Gandhi dan Samarpreet ni membuktikan cinta diorg dgn perbuatan diorg trhdap psgan iaitu Shimeer ngan Donsai,maka last2 Shimmer dan Donsai sedar yg kemahsyuran dan sgala harta kekayaan tak penting sepenting kasih sayang dlm hidup diorng.
PRG+Shimeer & Donsai+Samarpreet =Dulha Mil Gaya! (pengantin dah jumpa)
yang paling aku suka dalam filem ni of kos ade 3 lagu yang bagi aku sangat energatic dan penuh dgn mood dan satu lagi continuity babak antara babak tu kemas.pesen rambut PRG dalam filem ini ala2 Rizwan Khan (My Name is Khan) gtuh sbb seingat aku waktu dia shoot filem ni lbih kurang lepas dia shoot MNIK.tp mmg dia sweet and nice habis la dlm DMG ni.aiseeh...yg dia menari dlm filem ni x yah cakap la.


em,cuma ada slek skit filem ni kan.masa beberapa scene yg dia guna CGI.scene atas kapal...mmg nampak ya CGI nya.very da cut cost...scene tu mmg sgt bagus,tp CGI kat blkang yg x nampak real tu mmg spoil habis. mmg beza sakan CGI ngan VFX ni,ye la lg pun kos VFX lg mahal dr CGI.pastu pencahayaan (LX) masa scene yg pkai green & blue screen tu x brapa nak btul klau nak ikutkan cahaya yang sebetulnya.Pngrah artistik kena peka la pasal LX ni...tp yg aku pelik tu cite Om Shanti Om tu ok la plak.sebab studio Red Chilies yg buat kot....wahahha....aku suka wardrobe diorg...cun lah!
apa lagi,pasni tgu My Name is Khan la plak.aiseeh..aku ni gaya mcm bukan final sem...
phir mileenge chalte chalte!

Monday, January 4, 2010

2010:kita akan makin tua

Assalamualaikum...minggu pertama stat kuliah:fenin!last-last aku dapat jawatan PM,bkan perdana menteri atau pelajar malas ya...tapi production manager untuk diploma showcase april 2010.
namun walau beberapa hari aku hidup dlm part 6 ni,hati dan ingatan tetap merindui kenangan-kenangan aku di Khalifah.gelak tawa dan gurau senda azam,bro qayyum,shahir,najib,kak mun,kak huda,kak farah,mursyidi dan semuanya bermain dalam fikiran aku. bahagianya bersama mereka...tenang hati ini.biar la ada masalah ke apa ke,tapi tetap chill.oh...how nice moment!

perkenalan ngan diorang semua adalah sebuah anugerah Allah yang aku syukuri tidak terhingga.mereka banyak ilmu dan pengetahuan untuk dikongsi,ibarat setiap saat dgn diorang adalah berfaedah dan dapat ilmu baru.

mereka membuatkan aku lebih menghargai diri dan hidup aku.membuatkan aku selalu mahu mencari yang terbaik...they inspired me.apapun aku bersyukur cz aku punyai kawan disekeliling aku sekarang.cumanya,aku perlu kuatkan hati untuk lalui semua ni.Allah maha berkuasa dan tahu semuanya kan...lecturer2 tu pun hamba mcm aku jugak.mereka tak berhak buat keputusan,Allah yang bagi akal fikiran dan idea untuk diorang buat keputusan...semuanya kuasa Allah!