Thursday, July 26, 2012

En Hensem Sudah Datang!

“Wahai penduduk bumi semua… mari kemari dekat-dekat. Ada satu pengumuman besar akan dibuat!!! Dengan ini saya mahu mengumumkan bahawa Dato Seri Paduka Yang Dipertuan Besar Ramadhan akan tiba ke tempat kita tak lama lagi. Sayugia, kalian dan kita semua haruslah membuat persiapan besar-besaran untuk menyambutnya. Adalah dengan ini diumumkan sambutan ini merupakan sambutan yang paling meriah dan gilang gemilang yang pernah diadakan di muka bumi ini.”
Maka begitulah titah sang penghuni di sebuah perkampungan yang dinamakan perkampungan Sya'ban. Seisi kampung bersorak gembira dan kebanyakkannya sujud syukur setelah mendengar perkhabaran hamba tadi. Semua sudah bercakap-cakap sesama sendiri tentang persiapan yang akan dilakukan dan tak lupa juga majlis-majlis keramaian ibadah yang bakal dijalan sepanjang Dato Seri paduka Yang Dipertuan Besar Ramadhan singgah di kampung itu. 

Malam itu kampung itu bercahaya lebih dari biasa. Lebih bercahaya daripada malam raya. Ya, kampung Sya'ban itu sedang meraikan satu pesta yang cukup meriah! Lampu chandelier di masjid-masjid mula bercahaya. kedengaran laungan takbir "Allahuakbar" diiringi paluan kompang mengamatkan lagi suasana kampung nan sejahtera itu. malam itu, seakan semua penduduk tak mahu tidur namun mereka tetap melenakan diri untuk persiapan qiamullail di awal paginya. senyuman tersebar di segenap ruang, zikir & tahmid tak lekang bagi menzahirkan kesyukuran mereka. indahnya!

errr...eid, jangan nak fantasi sgt lah! bila saya bayangkan bertapa makhluk dari 7 petala langit sehingga lapisan terakhir kerak bumi amat-amat bahagia dengan ketibaan Ramadhan apatah lagi kita ini selaku manusia yang mana menjadi makhluk yang diiktiraf oleh Allah subhanahu wa ta'ala di hadapan malaikatNya. untuk Ramadhan edisi 1433 ni, saya berpuasa di tanah bumi perantauan Shah Alam sempena tempoh internship saya di Nasyeed.com. alhamdulillah, sememangnya satu lagu experience yang banyak saya pelajari. namun, ingatan saya pada Ramadhan 1432 sangat menebal. kalau nak ikutkan ini bukan kali pertama saya berpuasa di bumi perantauan...tapi bila mengenangkan kemeriahan majlis ilmu & ibadah di tanah negeri terchenta Kota Bharu Kelantan memang mengharukan. kalau recap balik...

bangun, gi jemaah qiamullail dengan ibu abah di masjid bersama jemaah lain, balik sahur, gi solat subuh di masjid, tazkirah pagi, solat dhuha, balik tadarus bersama ibu abah, gi stokis HPA ibu,tidur sunat kejap, sempat solat zuhur & asar di masjid, petang biasanya iftar di masjid, malam solat isyak & terawih, malam balik santai-santai sambil minum kopi Radix sembang dan tengok tv ngan ibu abah. tidur. bahagia. ditambah lagi dengan aktiviti mengimarahkan  Ramadhan 1432 yang dianjurkan pihak2 masjid & kerajaan negeri, kalau g qaryah ramadhan di perkarangan stadium tu, subhanallah! can't describe with any words.


itu cerita setahun yang lalu. sekarang saya di sini. alhamdulillah wa syukurillah. Allah masih memeberikan sekali lagi peluang untuk saya mengutip bonus2 yang dilimpahkan di dalam bulan nan mulia ini. cuma cabarannya, bila mana kekangan masa untuk melakukan ibadah extra. kepada anda yang berpeluang melalui Ramadhan bersama keluarga, cuti sem etc tolong gunakan semampat yang mungkin. bak kata habibi Rasulullah salallahu alaihi wasallam, 5 perkara sebelum 5 perkara & antaranya ialah waktu lapang sebelum waktu sibuk. sekarang kita di pusingan pertama track ke 6 Ramadhan. fasa pertama ni, Allah melimpahkan rahmatNya tanpa disekat-sekat lagi. punya lah Allah baik, Dia ikat syaithon wal iblis supaya kita senang menjalani ibadah. jom buru lailatul qadar bermula sekarang! jom jadi baik!