Sunday, June 20, 2010

Circle Of Life

Assalamualaikum & happy fathers day!
well,ada lebih kurang 2 minggu lagi cuti aku akan berakhir.alhamdulillah,pointer terakhir diploma aku yang paling tinggi sejak 3 tahun dalam aku menghabiskan diploma aku ni.actually,macam tak sangka pun ada kan.aku ingat memang jatuh la pointer part 6 dengan byk subjek 3 jam kreditnya.

Bila aku flash back balik 3 tahun lepas semasa aku dapat tawaran ke diploma pengurusan seni,seakan tak caye sebab aku ingat sah2 tempat aku hanya di politeknik,kolej komuniti dan seangkatannya.kalau orang tgk result SPM aku,memang nak jejak sebelah kaki ke gate universiti pun buat malu je.cikgu2 semua memandang aku ni memang tak kemana pun.pada aku,SPM aku tak de la teruk sangat sampai aku perlu melupakan universiti & cari kerja kan.

alhamdulillah dengan kuasa Allah,doa & sokongan family terutama ibu abah,usaha keras aku,lecturer & kawan2 yang ada bersama, aku dah berjaya menghabiskan fasa diploma aku.aku bukan riak untuk membanggakan diri aku tapi inilah hasilnya.segala susah,cabaran,ribut,petir dan segalanya aku hadapi.bila aku fikir balik,macam mana la aku hadapi semua tu...bila aku menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah aku terfikir sejenak mengenai satu lagi fasa hidup yang bakal aku lalui.

inilah putaran kehidupan...kadang-kadang aku kat bawah & kadang-kadang aku kat atas.ingat lagi jaman sekolah dulu,macam tu je aku punya prestasi pelajaran aku.x de sape pandang pun.sekejap sekolah arab,sekejap sekolah menengah harian,sekejap sekolah teknik...nasib tak sempat masuk mrsm je,UiTM dah panggil aku.aku gasak je apa yg depan mata aku ni.dapat ke tak dapat ke, janji aku try.
kat sini aku share beberapa aktiviti cuti ku bersama keluarga tercinta.kat atas ni celebrate birthday aku,kak wa,kak & celebrate fathers day.simple but happening dengan anak-anak buah ku yang mengkecohkan suasana.malam tu makan mee kari & cup cakes yang ditaja oleh melati bakery & cakes boutiques.thanks abe dan kak su.

ni plak,chill out di kedai paberet aku,kak wa,abg man dan ia sebenarnya paberet family aku...big apple donuts & coffee.huh...memang syok ah.masing-masing ade donut kesukaan.tambah lagi kalau bagi kat anak2 buah aku...memang puas hati la.

capture the moments:kecoh sungguh time ni.gambar ni dirakam masa ayah li datang ke Edemaz Palace.budak2 kecik yang ada dalam gambar ni la yg sememangnya kecoh dan jenuh gak layan diorg ni.tapi memang best la...sorang2 tu macam2 perangainya.

ni adalah aktiviti ku jua takala musim cuti ini.sweating at the gym.suka hati korang la nak gelak ke apa,yang mendorong aku untuk ke gym ini adalah shah rukh khan!then,aku rasa sudah tiba masanya aku risau mengenai kesihatan aku.yg nak kurus tu no 3,yang paling utama aku mahu menjaga kesihatan aku.bila aku tengok cara shah rukh menjaga kesihatan dia,body dia & stamina dia...jeles plak aku.aku tengok dia g gym dalam living with a superstar:shah rukh kat discovery travel & living channel.dia g gym tu kat aras 4 umah dia sendiri...hehe...

ni plak,hang out with my lovely cousin,farah kat pasar siti khadijah kota bharu.memang best la sebab dah agak lama aku tak ke sana.seronok melihat budaya sendiri...

thank you Allah for this fabulous & awesome life.selamat menempuhi satu lagi level dalam kehidupan mu Idmalina.bersedialah & kebalkan diri untuk menghadapi cabaran dalam mencapai kejayaan kau.jadikan waktu diploma itu sebgai panduan & inspirasi untuk kau memacu kejayaan di ijazah nanti.

Saturday, June 12, 2010

tribute untuk insan ini : Ahmad Azim

1997 :
ketika itu aku berumur 9 tahun a.k.a darjah 3.waktu itu juga aku sungguh mendambakan seorang adik takala kakak2 dan abg aku sudah menjangkau remaja.ibu time tu bertugas di wad bersalin hospital kota bharu.satu malam ibu call yg ibu kata nak bawa balik baby.huh,time tu rasa nak loncat2 je.

ibu balik je,mmg ade baby di pangkuan ibu tapi malangnya baby tu untuk orang lain.maka aku pun nangis2 nak baby tu.tunggu punya tunggu orang yg sepatutnya nak kan baby tu,dia tak dtg2.last2 ibu decide mahu jadikan baby tu anak angkat.alhamdulillah...aku dapat adik.


maka berselisih purnama demi purnama, adik azim membesar dengan memenuhi kasih sayang keluarga Edemaz ni.dulu adik hadir dalam keluarga kita dan duduk di rumah kayu itu,tapi dengan rezeki yg adik bawa dlm keluarga kita...dengan tanpa pinjaman dari mana2 sumber,dengan hasil usaha ibu sbg nurse dan jual HPA,abah dengan perniagaannya pada pertengahan 1998 kita mula buat rumah simen ni.

adik sedang membesar ketika itu,belajar kayuh basikal,belajar untuk bercakap dgn petahnya dan menerokai alam kecil adik.ketika itu kita duduk di sebuah rumah kecil yg dibina hasil dari gabungan 2 porch asal rumah kita dulu.ketika tu arwah tok masih ada.
tengok lah di rak atas tu,ada barangan HPA.bertapa HPA sudah menjadi ahli keluarga kita sendiri juga...kak na ingat lagi,masa kecik-kecik dulu adik sangat takutkan kilat dan guruh.kalau adik meragam mesti kak na pergi ketuk atap zink tu untuk takutkan adik.hehe..

gambar adik bersama ibu,diambil kat umah mama su.time ni adik baru jatuh basikal,itu yg luka kat dagu tu.bila orang tanya sape adik ni,kami tidak pernah menyatakan adik ni anak angkat dalam keluarga.lagi pun,adik ada iras2 abe masa kecik.bkn kami nak menipu orang tetapi kami sudah anggap adik darah daging kami sendiri.

menjenggah tahun 2000,rumah simen kita hampir siap dan ketika itulah juga persiapan pertunangan & perkahwinan kak wa dan abg man dilakukan.gambar adik dengan abe ni diambil semasa pertunangan kak wa & abg man.bagi kak na,time ni sungguh bahagia...time tu mama tok masih ada,tok ayah masih rapat dengan kita.semua ada bersama kita...

gambar adik dengan ibu dan abah ini diambil semasa hari raya pertama kita di rumah simen ini.lihatlah abah waktu ini,masih lagi berisi.segala kenangan ketika adik masih ada bersama keluarga ini bermain di fikiran kak na sejak kebelakangan ini.sungguh mengharukan...

bila adik meningkat ke alam remaja,adik mula tidak sehaluan dengan kami terutama ibu & abah.usah diungkitkan perkara lampau itu.ujian itu akhirnya menjadi sebuah pemberian anugerah yang besar kepada adik & kami semua.rupanya Aidilfitri yang lepas adalah Aidilfitri terakhir adik bersama kita semua.sekarang adik nun jauh di Batam,Indonesia bersama keluarga HPA.

adik tidak akan pulang sehinggalah adik sudah dewasa nanti.adik,ketahuilah kami bukan membenci adik tetapi ibu & abah terutamanya mahu melihat adik menjadi insan yang disayangi oleh makhluk di kerajaan langit & alam semesta ini.ternyata HPA adalah keluarga adik dan kita.

adik tahu,adik sekarang sudah mempunyai 9 orang anak saudara.6 lelaki & 3 perempuan.bila kami semua berkumpul di Edemaz Palace ini kak na benar2 teringatkan adik...andai adik ada bersama kami semua ketika ini.setiap kali kak na teringatkan adik,kak na pasti terfikir adik tengah buat apa sekarang,bagaimana kesihatan adik,bagaimana kehidupan adik di seberang laut sana...

kak na & semua di sini mendoakan kesejahteraan adik di sana.kak na yakin adik pastinya sudah banyak berubah.insyaAllah kalau tak de aral ibu & abah akan ke sana bulan 7 ini.kak na tak dapat ikut sebab kak na dah mulakan pengajian ijazah kak na.kak na berdoa supaya kita dapat berkumpul lagi suatu hari nanti...amin.

(kedengarannya seperti filem khabhi khushi kabhie gham...hurm...)

Monday, June 7, 2010

thank you Allah for this 22 years!

Assalamualaikum & have a good day!
6 Jun 2010 maka genaplah 22 tahun aku hidup di muka bumi Allah yang indah lagi penuh kenikmatan ini.well,terasa anjakan kedewasan menjengah hidup aku...aku perlu memikirkan sesuatu yang lebih serius dan fokus terhadap matlamat hidup aku.ya,tak dinafikan aku masih mempunyai sifat keanak-anakan yang tak habis2 lagi.

aku raikan ke 22 ini dengan sujud syukur ke hadrat Ilahi yang menjadikan aku hari ini.terima kasih Allah atas segalanya...terima kasih ibu & abah kerana hidup ini...terima kasih keluarga yg menjadikan aku lebih bermakna...terima kasih semesta alam atas kebahagiaan ini.(sounds like i winning best actress in Filmfare Awards.haha...)

semoga segala perancangan yg aku plan untuk hidup aku yg mendatang ini menjadi kenyataan walau aku tahu banyak yang perlu aku lalui.yea...this is process of life and it must go on...