Saturday, June 12, 2010

tribute untuk insan ini : Ahmad Azim

1997 :
ketika itu aku berumur 9 tahun a.k.a darjah 3.waktu itu juga aku sungguh mendambakan seorang adik takala kakak2 dan abg aku sudah menjangkau remaja.ibu time tu bertugas di wad bersalin hospital kota bharu.satu malam ibu call yg ibu kata nak bawa balik baby.huh,time tu rasa nak loncat2 je.

ibu balik je,mmg ade baby di pangkuan ibu tapi malangnya baby tu untuk orang lain.maka aku pun nangis2 nak baby tu.tunggu punya tunggu orang yg sepatutnya nak kan baby tu,dia tak dtg2.last2 ibu decide mahu jadikan baby tu anak angkat.alhamdulillah...aku dapat adik.


maka berselisih purnama demi purnama, adik azim membesar dengan memenuhi kasih sayang keluarga Edemaz ni.dulu adik hadir dalam keluarga kita dan duduk di rumah kayu itu,tapi dengan rezeki yg adik bawa dlm keluarga kita...dengan tanpa pinjaman dari mana2 sumber,dengan hasil usaha ibu sbg nurse dan jual HPA,abah dengan perniagaannya pada pertengahan 1998 kita mula buat rumah simen ni.

adik sedang membesar ketika itu,belajar kayuh basikal,belajar untuk bercakap dgn petahnya dan menerokai alam kecil adik.ketika itu kita duduk di sebuah rumah kecil yg dibina hasil dari gabungan 2 porch asal rumah kita dulu.ketika tu arwah tok masih ada.
tengok lah di rak atas tu,ada barangan HPA.bertapa HPA sudah menjadi ahli keluarga kita sendiri juga...kak na ingat lagi,masa kecik-kecik dulu adik sangat takutkan kilat dan guruh.kalau adik meragam mesti kak na pergi ketuk atap zink tu untuk takutkan adik.hehe..

gambar adik bersama ibu,diambil kat umah mama su.time ni adik baru jatuh basikal,itu yg luka kat dagu tu.bila orang tanya sape adik ni,kami tidak pernah menyatakan adik ni anak angkat dalam keluarga.lagi pun,adik ada iras2 abe masa kecik.bkn kami nak menipu orang tetapi kami sudah anggap adik darah daging kami sendiri.

menjenggah tahun 2000,rumah simen kita hampir siap dan ketika itulah juga persiapan pertunangan & perkahwinan kak wa dan abg man dilakukan.gambar adik dengan abe ni diambil semasa pertunangan kak wa & abg man.bagi kak na,time ni sungguh bahagia...time tu mama tok masih ada,tok ayah masih rapat dengan kita.semua ada bersama kita...

gambar adik dengan ibu dan abah ini diambil semasa hari raya pertama kita di rumah simen ini.lihatlah abah waktu ini,masih lagi berisi.segala kenangan ketika adik masih ada bersama keluarga ini bermain di fikiran kak na sejak kebelakangan ini.sungguh mengharukan...

bila adik meningkat ke alam remaja,adik mula tidak sehaluan dengan kami terutama ibu & abah.usah diungkitkan perkara lampau itu.ujian itu akhirnya menjadi sebuah pemberian anugerah yang besar kepada adik & kami semua.rupanya Aidilfitri yang lepas adalah Aidilfitri terakhir adik bersama kita semua.sekarang adik nun jauh di Batam,Indonesia bersama keluarga HPA.

adik tidak akan pulang sehinggalah adik sudah dewasa nanti.adik,ketahuilah kami bukan membenci adik tetapi ibu & abah terutamanya mahu melihat adik menjadi insan yang disayangi oleh makhluk di kerajaan langit & alam semesta ini.ternyata HPA adalah keluarga adik dan kita.

adik tahu,adik sekarang sudah mempunyai 9 orang anak saudara.6 lelaki & 3 perempuan.bila kami semua berkumpul di Edemaz Palace ini kak na benar2 teringatkan adik...andai adik ada bersama kami semua ketika ini.setiap kali kak na teringatkan adik,kak na pasti terfikir adik tengah buat apa sekarang,bagaimana kesihatan adik,bagaimana kehidupan adik di seberang laut sana...

kak na & semua di sini mendoakan kesejahteraan adik di sana.kak na yakin adik pastinya sudah banyak berubah.insyaAllah kalau tak de aral ibu & abah akan ke sana bulan 7 ini.kak na tak dapat ikut sebab kak na dah mulakan pengajian ijazah kak na.kak na berdoa supaya kita dapat berkumpul lagi suatu hari nanti...amin.

(kedengarannya seperti filem khabhi khushi kabhie gham...hurm...)

4 comments:

blackcardomompods said...

eh kak nor tok pahey,adik aju ko sampai ko indon tu?ke meme ibu suh adik gi sano?

mano pic terbaru adik loni?nanti kang,balik seksok tok ingt jasa ibu abah key

Eidmalina Ideris said...

kami semua mmhg nak dia pergi sana.utk dia hidup berdikari...dia ada fmily angkat juga kat sana.

adik selalu kontek kami,dn kami pun slalu kontek dia kat sna...
i believe he never forget us.

anakbulan said...

This post touches my heart.
Air dicincang takkan putus.
Im sure he loves and misses you guys as well.
Semoga Allah terus memberkati keluarga Malina. Amiin. =).

Eidmalina Ideris said...

oh bulan...
thank you.semoga segalanya di bawah lindungan dan rahmat Allah..
terima aksih krn meluangkan masa utk bc post ni...