Saturday, October 31, 2009

Masa-masa lampau yang menyentuh hati...

Setiap hembusan nafas aku sekarang ni mengingati kembali waktu-waktu aku bersama kawan aku,yie...terasa hidup ini ganjil tanpa meluangkan masa bersama dia.alhamdulillah...dia dah hantar msg yg dia benar2 maafkan aku...alhamdulillah.aku tak tahu la apa jadi ngan aku ni,apa yg aku buat mesti rasa ada yang tak kena nya.ke mana sahaja aku pergi tempat-tempat itu semua mengingatkan waktu aku dengan dia.terasa pelik bila aku kat situ tanpa dia...

aku benar2 merindui di mana aku dengan yie makan sama-sama,kongsi2 makanan,naik alphard aku sama2,aku naik LC ngan dia,g tengok wayang,study sama2,masing2 bukak laptop,chill2 kat dining,kandang,mcD sek 2,mcD giant,kedai mamak sek 9,kfc xtrem park,kfc pkns,karaoke alam sentral,sungai dan air terjun itu...banyak dan terlalu banyak kenangan waktu-waktu itu.

mahu saja aku kembali kepada waktu itu semula...aku sangat sedih dan sayu bila sahaja waktu-waktu itu berlegar dalam fikiran aku.kadang-kadang aku fikir,sebesar alam kah kesalahan aku bahawa aku perlu dihukum dengan kegembiraan kenangan lampau itu?namun,dengan apa yg berlaku ni,aku sedar bahawa yg bernama mohd khairie itu adalah sebenarnya seorang sahabat yang baik hati dan banyak memahami aku.dia seorang yang mahukan aku gembira,seorang yang tidak mahu aku tahu keperitannya,yang kadang-kala degil demi menjaga hati aku,yang tidak lokek apa shj bantuannya utk aku,yang arif dan mengerti perangai aku,yang mempunyai budi dan kerendahan hati,yang tidak mudah utk menunjukkan perasaannya terhadap org disekelilingnya,yang punyai cita-cita yang tinggi utk sama2 berjaya dan merubah nasib diri & keluarga....bagaimana aku mampu untuk cari ganti sahabat seperti dia?

aku melihat dengan pandangan yang kabur...adakah waktu-waktu itu akan berulang lagi dalam hidup aku...adakah aku masih punyai hak untuk semua waktu-waktu itu...adakah aku punyai peluang untuk aku bersama yie lagi...

Thursday, October 29, 2009

suatu petang bersama ibu sayang...

Aku melalui hari ke 4 tanpa kawan aku di sisi dan aku teringat sewaktu aku menceritakan pasal dia kat ibu ku yg tercinta...

situasi ni berlaku di dapur kering Edemaz Palace kami :
dik na:ibu,dik na nak cite ni.pasal kawan dik na kat kolej.
ibu :kawan kat kolej...sape nama dia?
dik na:nama dia mohd khairie,kitorng panggil dia yie je.em,mcm biasa la ibu dik na akan bg tau ibu ngan sape dik berkawan kan...ha,yie ni kawan dik na ibu.
ibu :oh...yie.dia asal mana?sama umur ngan dik ke?
dik na:dia asal kemaman terengganu,tak sama..dia umur 20 ibu.
ibu :ok,mcm mana ngan perangai dia?
dik na:dia ok je...kpala giler2 la ibu.ibu tahu..kalau dik na bawa balik dia kat umah kita mesti family kita suka sebab dia tu pandai menjahit,gubah2 itu ini,pandai masak,pandai lukis..kira kreatif la.abah mesti suka...dia tu x smoking pun,dia simple,x memilih kalau bab makan2 ni,friendly...
ibu :erm...bukan senang tu jumpa kawan macam tu.nak2 laki yg pangai mcm tu..dik kena banyak la belajar ngan dia serba serbi tu. dik na:itulah ibu...masa dik na tengok dia menjahit.fuuh..mmg best la.dia menjahit tangan pun kejap je ibu.
ibu :dik na banyak luang masa dengan dia ke?
dik na:aa...mesti la ibu,kitorang makan-makan,jalan-jalan,soping-soping,berbual,cite itu ini...
ibu :em,hati2...nanti orang lain fikir apa plak dik ngan yie ni.
dik na:tak de la ibu.yie ni bukan jenis amik kesempatan.dia ok je,anytime dia bersedia tolong dik na...hehehhe....mcm superman kan ibu.
ibu :la...sampai mcm tu plak dik ni...ibu harap satu hari nnti ibu dan abah boleh jumpa yie.tengok dalam gambar je x best jugak...

dik na:ala ibu,nanti ibu boleh la jumpa dia...yang penting ibu kena g kat kampus dik na la.
ibu :yg penting,ibu tak nak dengar dik ngan yie gaduh ke apa ke...kalau nak kawan,kawan elok2...biar sama2 berjaya,jgn leka sangat..jangan asyik duk g jalan-jalan je ngan yie.ni,ibu nak mnta no telefon yie lah,kalau tak boleh kontek dik na ibu boleh kontek yie...apa2 hal senang.
dik na:ok ibu...harap2 dik na tak gaduh ngan dia..nauzubillah ibu,minta jauh sgt.kalau dik na gaduh ngan dia tak tau la mcm mna dik na nnti...tak nak,tak nak.nanti dik na kasi no fon yie.enfon kat atas la ibu...

maka,berakhirlah perbualan mesra aku dan ibu...dan kalau apa2 hal sekali pun aku tak pernah sorok dari pengetahuan ibu sehinggalah sekarang.aku bagitahu ibu yang aku gaduh ngan yie...ibu terdiam seketika.satu saja ayat yg terdengar dihujung telefon "ibu betul2 terkejut dik...".selepas beberapa saat,ibu cakap "dik pergi la minta maaf dgn yie,sbab ibu tahu mcm mna keadaan dik klau keadaan mcm ni.."

Wednesday, October 21, 2009

yang mencari kenangan itu kembali...

Chalo,phir dhumlayam...
Usi moosam bajpan ko,
Chaha sapna sacha ya tha,chaha phir vo kesa hei me,
Kharo tha ek banaya tha... apa kah yg aku sedang lalui ini,adakah ini ujian,balasan,hukuman atau apakah ini semua?persahabatan yg dulunya kembali berpaut dan sekarang mula rapuh kembali...andai aku tahu apa salah aku yus x nak bercakap ngan aku,aku tak kisah pun nak g minta maaf,ini kali ke berapa tah la dia x nak bercakap ngan aku tanpa sebab yg aku ketahui...aku tak tahu samada dia gembira melihat aku merana begini atau bagaimana...aku menyayangi keluarga dan kawan-kawan aku lebih lagi dari mereka tahu dan mereka tidak akan pernah tahu sebanyak mana aku sayang diorang semua...
biarpun setinggi gunung dia benci aku yg aku tak tahu puncanya,tapi aku tetap sayang dan doakan dia dan kawan-kawan aku.bila jadi mcm ni,kenangan dan masa yg aku habiskan bersama dia kembali mengimbas dalam kepala aku ni...gembiranya kami saat itu walau kami menghadapi pelbagai kerja yg banyak.masa ketika itu,hanya milik kami.melihat semua gambar2 kenangan di dinding meja aku dan dalam folder2 laptop ni,ia membuatkan aku menangis sendiri...kerana aku tak nak sia-siakan masa persahabtan selama 3 tahun ini dgn perkara buruk spt ini...

andai aku boleh kembali kepada masa-masa itu...juga buat yie,maafkan aku andai selama yg bernama idmalina ini jadi kawan kau,aku dah banyak buat kau sakit hati.terima kasih sebab kau banyak memahami dan sabar dengan aku.yus,jika aku ini sememangnya buatkan kau marah,maafkan aku...aku tak pernah niat utk buat kau benci aku...
jangan mengharap kita punyai walau seorang sahabat jika kita mahukan kesempurnaan dalam diri seorang sahabat itu.
Marilah kami kembali mencari zaman terindah itu,
Di mana kami impikan impian indah,
Di mana kami menghabiskan umur ketika ini,
Di mana kami membina impian di bawah teduhan pokok-pokok itu...


Friday, October 16, 2009

salam...kali ni aku sungguh2 sakit hati.sepanjang hampir tiga tahun aku kat sini,x penah lagi aku rasa sakit hati macam ni.sumpah aku rasa nak tumbuk orang...aku memang sakit hati dengan aku sendiri sebab aku tak menunjukkan prestasi yang baik kepada diri aku.sememangnya aku banyak giler pancit sem ni...energy tah ke mana-mana,x bg sepenuh perhatian apa yang dilakukan,buat sambil-sambil je...aku sememanganya sakit hati dgn aku skrg!!!!arghhh....Dush!
aku tak tau la sama ada sem ni mmg taff ke aku yg mengong sem ni.nafas ni rasa sesak je...aku ni kan mmg x penah serik,padahal dah berapa kali aku terima balasan dan menyesal lpas buat salah...x serik2 jugak.aku mmg kompius dgn aku sekarang,mmg aku rasakan hari-hari yg aku lalui mcm mimpi je...24 jam sehari tu mcm perli aku.knapa sebab aku selalu gaduh ngan masa,padahal masa tu la yg paling dekat dgn aku.x bersyuku sguh!

aku rasa mcm nak tune dan format balik je otak dan diri ni.nak je buat virus2 yg ade dlm hardisk kpla otak ni.mcm aku ckp kat bwah la,nak nangis tp tak ternangis,nak tumbuk org tp x tau nak tumbuk sape,nak jerit tp x tau nak jerit kat sape...!

tp aku tak penah pk nak lari dari keadaan ni.secara otometiknya aku fikir boleh lalui semua ni tp yg mendown kan aku tu,otak aku ni yg aku rasa nak rendam clorox je then instal yg baru.

oh...semoga Allah bagi kekuatan semangat fizikal dan mental untuk aku melihat semua ni berlaku depan aku...tarik nafaaaaaasss.........hembussssss......

Sunday, October 11, 2009

Kenangan Terindah

Assalamualaikum semua...maka dalam kesibukan ni,aku nak kongsi sket kenangan terindah yg aku sedang lalui nya.semua adik beradik cendekia semenda aku sedang sibuk menyempurnakan tugasan yang diberikan.yang baru sahaja berlalu,Masquerade Raya Night,alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik.
sekarang perasaan bercampur baur,rasa mcm nak nangis tp x ternangis,nak jerit tp x tau nak jerit kat sape,nak mengamuk tp x tau nak ngamuk kat sape,nak pukul org tp x tau nak pukul sape?
yang paling pasti memang kena banyak bersabar tahap 360 darjah celcius.hakikatnya,aku pasti akan merindui saat-saat ini bila aku dah bekerja kelak. ini adalah salah satu scene tension adik beradik ku yg sedang membincangkan masalah.tapi kami juga sempat merelise tension dengon posing-posing kat bwah ni.amik gambar adalah salah satu kegemaran kitorang dikala tension menjelma...
susah senang sama2 harungi kan...keseronokan juga sama dikongsi..wah,mcm ayat eklan plak.ni kat bawah muke tension giler,x silap time ni tgh bincang pasal masquerade,ni dalam studio lepas latihan teater kritikan.

banyak lagi yang kami mesti lalui sebelum membuka episod baru iaitu Showcase kitorang.semoga Allah melindungi kami semua dari segala kemusnahan dan kegagalan...amin.