Tuesday, December 9, 2008

Demi kemuliaan Aidiladha ini...

"Sayu...hati ini makin sayu...
Pilu,mengenangkan desa permai
wajah ayah bonda bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya...
...Ku ingin berulang manisnya bersama
menyambut hari bahagia...
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
tak dapat beraya bersama
jauh dari mata dekat dalam jiwa
teguh kasih ku tidak berubah..."

Itu lah antara bait-bait lagu Air Mata Syawal yang dinyanyikan oleh Datuk CT.untuk raya Aidiladha kali ini,lagu ni cukup kena dengan diri aku.untuk tahun ni,aku tak dapat balik kerana tanggungjawab aku di sini.mula-mula memang perit untuk aku hadapinya,namun aku kena tempuhi juga kerana ini adalah suatu pengorbanan dalam aku mendidik diri aku agar lebih berdikari dan matang.terlintas di fikiran aku,mengapa hati aku tegar untuk berada di sini?sedangkan hari raya adalah masa untuk aku bersama keluarga aku yang tercinta...tapi,aku yakin ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan untuk aku dan ia punyai hikmah yang aku tidak jangka.

Mungkin bagi ramai orang,Aidiladha tidak sepenting Aidilfitri untuk disambut dan dan diraikan dengan meriah.tapi pada aku kedua-duanya sama,perlu disyukuri dan diraikan.nak2 aku adalah anak jati Kelantan,di sana cukup meriah bila tiba Aidiladha.suasana jadi gamat seperti sekampung kenduri daging lembu...sungguh bahagia.

aku akui...banyak berita sedih yang aku tahu menjelang Aidiladha kali ni,ada 2 orang yang aku kenal meninggal dunia,kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan macam2 lagi...inalillah.meraikan Aidiladha di Kuala Lumpur,tiada apa2 yang istimewa,macam hari2 biasa...malam raya,kak dan abang iran datang amik aku,aku ingat nak raya kat kolej je sebab x nak nyusahkan kak untuk datang amik aku.tetiba dia call,ckp dah on da way.malam raya,sedang takbir bergema melalui speker radio,aku melintasi lampu2 neon KL,bangunan2 yang tidak bernyawa,KLCC dan jalan2 menuju ke Ampang...pagi raya,terus menuju ke Sg Besi rumah pak alang aku.hari tu hujan renyai2...kali ni aku uzur lagi :-(..then dah tak buat apa2.
Esok,dah start rehersal untuk opening AUG 13hb disember nanti...so kena all out la.yeah...tak sabar jugek nak jumpa mawi kan...

Thursday, October 2, 2008

Eid Mubarak 1429h...full of blessing.


tajuk gambar ni...please que up!




ni sebahagian family sebelah abah








Salam Aidilfitri semua.ni adalah gambar2 sekitar raya pertama.ni sikit je..byk lagi yg disnapnya.semuanya happening.sesungguhnya Allah telah memberikan keajaiban pada hari raya ni,suatu perasaan yang kita sendiri yang kita sukar untuk tafsirkan bila semua ahli keluarga bersama-sama kita...subhanallah.Terima kasih Allah beri aku keluarga dan hidup yang sempurna ini.

Friday, September 26, 2008

Mungkinkah ini Ramadhan terakhir...


Hari ini 26 Ramadhan 1429...malam ni juga adalah malam 27 Ramadhan yang insyaallah di mana malam ini mungkin malam Lailatulqadar,insyaallah.aku syukur sangat sebab aku diberi peluang untuk menjalani beberapa akhir Ramadhan ini bersama ibu dan abah tercinta.aku sangat berdoa agar aku tidak diberi keuzuran dan menyempurnakan Ramadhan kali ini yang siapa tahu mungkin ini Ramadhan terakhir...


Syukur sangat sebab Allah banyak memberi peluang untuk aku Ramadhan kali ni,tak banyak aku tinggal solat terawih.semalam ibu abah bawa aku gi solat terawih kat perkarangan stadium.tok imamnya,didatangkan khas dari Mesir.baru sekarang aku faham yang ada orang menangis dalam solat bila dengar tok imam baca ayat quran tu...sebab aku sendiri mengalaminya.ya..aku tak faham sangat maksud ayat2 al quran yang dia baca,tapi tah kenapa aku rasa begitu ianya masuk dalam hati aku dan akhirnya aku jumpa inner soul yang aku cari selama ini.


Terasa aku sangat berdosa kepada Allah...sesungguhnya benar Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Pengasih,cuma kita yang banyak mengingkariNya.bertapa Dia banyak memberi nikmat dalam hidup aku selama ini...subhanallah.


(aku sambung balik tulis ni pada 29 Ramadhan,3.14 a.m sementara tunggu nak g masjid)

bila aku merasai suasana Ramadhan di negeri sendiri,mau je Ramadhan tahun depan aku nak duk kelantan sepanjang bulan Ramadhan tu.melihat kesungguhan ibu dan abah beribadah,masjid2 yang dipenuhi dengan jemaah,aktiviti2 ihya Ramadhan yang dijalankan spt khemah2 tarawih,tadarus...,majlis2 berbuka puasa di masjid dan surau yang sungguh meriah,bazar Ramadhan yang bercitarasa pior kelantanese...berbuka puasa bersama keluarga tercinta dan bila azan isyak bergema,semuanya berpusu-pusu keluar menuju masjid dan surau,sangat meriah...


Ya Allah,izinkan aku bertemu Ramadhan lagi dan jangan pisahkan aku dengan Ramadhan.ikutkan hati,biarlah Ramadhan ini bukan sebulan tetapi sepanjang tahun.rupa-rupanya aku dah hampir jumpa inner soul yang aku duk cari selama ini.aku harap ibadah-ibadah yang aku pupuk sepanjang Ramadhan ini,akan berterusan selepas ini dan mendidik diri agar menjauhi sifat mazmumah dan mempelajari sifat mahmudah...amin.
Ramadhan...jangan tinggalkan aku.

Wednesday, September 3, 2008

Ahlam wasahlam ya shahru' Ramadhan...


Syukur alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi...syukur.Subhanallah...entah kenapa ketenangan terus menyelinap dalam hati aku setelah fajar pagi 1 Ramadhan memperlihatkan sinar rahmatNya.banyak perkara yang aku nak lakukan Ramadhan kali ini,aku mahu memperhambakan diri yang banyak bersalah kepada Nya agar diampunkan segala dosa aku bagi persiapan aku untuk bertemuNya.
Walaupun ini tahun ke 4 aku berpuasa tanpa keluarga di sisi,pastinya aku sangat merindui kampung halaman serta keluarga tercinta...kemeriahan di sini dan di kelantan cukup berbeza.bertapa seronoknya bila berpuasa bersama ibu dan abah...mereka bawa aku solat berjemaah di surau atau masjid,bawa aku solat terawikh dan ibu selalu bagi semangat untuk habiskan 24 rakaat tu,ikut ibu dan abah buat qiamulail kat masjid.
Di mana pun bumi aku pijak di situ juga langit Allah aku junjung dan juga di situ juga aku membawa maruah diri dan keluarga...
Semoga rahmat Ramadhan yang bertebaran di bumi Allah ini akan memberikan manfaat untuk kita bersama...semoga aku lebih taat mengerjakan ibadah di bulan yang penuh rahmat ini agar aku dapat mendidik diri untuk hari-hari seterusnnya...amin.