Tuesday, December 9, 2008

Demi kemuliaan Aidiladha ini...

"Sayu...hati ini makin sayu...
Pilu,mengenangkan desa permai
wajah ayah bonda bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya...
...Ku ingin berulang manisnya bersama
menyambut hari bahagia...
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
tak dapat beraya bersama
jauh dari mata dekat dalam jiwa
teguh kasih ku tidak berubah..."

Itu lah antara bait-bait lagu Air Mata Syawal yang dinyanyikan oleh Datuk CT.untuk raya Aidiladha kali ini,lagu ni cukup kena dengan diri aku.untuk tahun ni,aku tak dapat balik kerana tanggungjawab aku di sini.mula-mula memang perit untuk aku hadapinya,namun aku kena tempuhi juga kerana ini adalah suatu pengorbanan dalam aku mendidik diri aku agar lebih berdikari dan matang.terlintas di fikiran aku,mengapa hati aku tegar untuk berada di sini?sedangkan hari raya adalah masa untuk aku bersama keluarga aku yang tercinta...tapi,aku yakin ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan untuk aku dan ia punyai hikmah yang aku tidak jangka.

Mungkin bagi ramai orang,Aidiladha tidak sepenting Aidilfitri untuk disambut dan dan diraikan dengan meriah.tapi pada aku kedua-duanya sama,perlu disyukuri dan diraikan.nak2 aku adalah anak jati Kelantan,di sana cukup meriah bila tiba Aidiladha.suasana jadi gamat seperti sekampung kenduri daging lembu...sungguh bahagia.

aku akui...banyak berita sedih yang aku tahu menjelang Aidiladha kali ni,ada 2 orang yang aku kenal meninggal dunia,kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan macam2 lagi...inalillah.meraikan Aidiladha di Kuala Lumpur,tiada apa2 yang istimewa,macam hari2 biasa...malam raya,kak dan abang iran datang amik aku,aku ingat nak raya kat kolej je sebab x nak nyusahkan kak untuk datang amik aku.tetiba dia call,ckp dah on da way.malam raya,sedang takbir bergema melalui speker radio,aku melintasi lampu2 neon KL,bangunan2 yang tidak bernyawa,KLCC dan jalan2 menuju ke Ampang...pagi raya,terus menuju ke Sg Besi rumah pak alang aku.hari tu hujan renyai2...kali ni aku uzur lagi :-(..then dah tak buat apa2.
Esok,dah start rehersal untuk opening AUG 13hb disember nanti...so kena all out la.yeah...tak sabar jugek nak jumpa mawi kan...

2 comments:

~Bocah Ragel said...

kejauhan mengajar erti kerinduan...
kerinduan mengajar erti ketabahan...
ketabahan mengajar erti kesabaran...

saat omar said...

hi...keep on writing. selamat raya haji and have fun on holidays :D