Tuesday, July 23, 2013

Seperjalanan Kisah Ini


Pada suatu pagi
Mengangkat lapisan kabus waktu malam
Dari lurah dan puncak gunung
Matahari terbit dan nampak
Lembah dipenuhi dengan musim persahabatan
Dan cabang-cabang ingatan mula bertunas
Detik-detik lampau kembang dan tak terbilang
Rasa rindu yang tak terkata, tak terdengar 
Separa tidur, separa jaga
Merenung kehidupan dengan rasa lesu
Seperti ombak beralun satu demi satu
Kadangkala baru, kadangkala seperti biasa
Kehidupan inilah yang mengandungi 
Perasaan cinta dan keinginan
Pertemuan dan perpisahan dan suatu perasaan
Bahawa masa mengalir seperti arus di sungai
Berbisik sambil mengalir
Bahawa lembah dipenuhi musim persahabatan
Dan cabang-cabang ingatan mula bertunas
Detik-detik lampau kembang tak terbilang...

Puncak Perdana
12 Ramadhan 1434
4:55 am



No comments: