Wednesday, December 15, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

 
Assalamualaikum guys,
Ok this is last part of Hadis-hadis Pilihan vol 2.for this post I want to share with you about al-Kayy.check it out :

Anas radhiyallahu 'anhu yang menceritakan : "Abu Thalhah dan Anas bin an-Nadhar radhiyallahu 'anhuma telah melakukan al-Kayy kepada dirinya dan Abu Thalhah sendiri melakukannya dengan tangannya sendiri". Anas berkata; "Aku telah diubati secara al-Kayy kerana penyakit zatil-janb dan pada ketika itu Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam masih hidup. Ia telah disaksikan oleh Abu Talhah, Anas bin an-Nadhar dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhum. Yang melakukan al-Kayy kepada ku ialah AbuTalhah sendiri. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Imam Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan; Dinisbahkan al-Kayy kepada mereka berdua bersama-sama kerana mereka merestui pengubatan al-Kayy itu untuk Anas. Kemudian dinisbahkannya hanya kepada Abu Thalhah sahaja kerana Abu Thalhah yang melakukan al-Kayy itu untuk Anas dengan tangannya sendiri (Fathul-Bari)
Dari Qays bin Abi Hazim rahimahullah menceritakan; Kami masuk bertemu dengan Khabbab radhiyallahu 'anhu kerana menziarahinya yang sedang sakit. Ketika itu ia telah dituam dengan tujuh tuaman di perutnya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mendahului kita, mereka pergi (meninggal dunia) tanpa dunia mengurangkan sedikitpun (pahala/ganjaran mereka). Adapan kita sekarang, kita telah memperolehi harta dunia yang kita tidak menemui tempat untuk membelanjakan harta itu melainkan ke tanah (beliau maksudkan membina bangunan). Kalaulah bukan kerana Nabi menegah kita dari mendoakan kematian, nescaya aku akan mendoakannya". Qays bercerita lagi; Kemudian kami datang lagi menziarahinya pada kali yang lain dan ia sedang membina sebuah bangunan untuknya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya seorang muslim akan diberi pahala dari apa yang ia belanjakan melainkan belanjanya untuk membuat bangunan ini". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan :
  1. Khabbab yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah Khabbab bin al-Arat, seorang sahabat dari golongan awal yang memeluk Islam. (al-Karmani)
  2. Jika disoalkan, kenapa sahabat (Khabbab) berubat dengan al-Kayy sedangkan terdapat hadis menegahnya? Hal ini kerana tegahan Nabi ialah kepada orang yang mampu berubat dengan cara lain, namun ia masih dibuat dengan cara al-Kayy. Adapun orang yang telah berubat dengan cara lain tidak sembuh, haruslah ia berubat dengan cara al-Kayy sebagai ikhtiar terakhir. (al-Karami)
  3. Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa bagi Khabbab; harta yang dibelanjakan untuk membina bangunan milik sendiri tidak akan mendapat pahala. Namun menurut Imam al-Karmani dan Ibnu Hajar rahimahumallah ; Yang dimaksudkan ialah bangunan yang melebihi dari keperluan iaitu untuk berseronok-seronok dengan dunia atau bermewah-mewah. (al-Kawakib ad-Darari dan Fathul-Bari)
Ok, kesimpulan dari hadis-hadis ini ada 2 perkara yang kita dapat belajar kat sini iaitu al-Kayy boleh digunakan bila dah tak de cara lain untuk berubat. kalau ada cara lain, memang kita kena guna cara lain selain tuaman al-Kayy ni.yang keduanya kita belajar bagaimana untuk menggunakan harta kita supaya mendapat keberkatan dan pahala.apapun niat hanya kerana Allah & untuk kebaikan akhirat kita...insha Allah :) khalas.

No comments: