Monday, September 13, 2010

Aidilfitri kali ini

Asalamualaikum people,
Syukur alhamdulillah,kita dah berjaya melalui Ramadhan dan kini meraikan hari kemenangan, Aidilfitri.kali ni aku dan keluarga menyambutnya dengan sederhana tetapi meriah jugak la.bila aku perhatikan tahun ke tahun Aidilfitri ini disambut dan makin kurang kemeriahannya.kita macam mencari-cari dan cuba mencreate kemeriahan tu.ingat dulu time 90an,mmg best la time tu...buat biskut & kek raya sendiri,balik kampung,kumpul ramai2,malam raya tak tidur sampai pagi,g ziarah sana sini.sekarang balik kampung pun hanya jumpa waris2 yang mana dekat je,rumah yang dulunya kecoh sekarang hanya tinggal rumah kosong,halaman yang dulunya dipenuhi kereta sedara mara kini hanya sepi menjadi tumpangan daun2 kering...

dulu,sibuk duk hantar & terima kad raya...sekarang facebook,sms je.boleh dikatakan dulu rayanya lagi asli.ni baru 2010,tak tahu lah apa jadi 5 ke 10 tahun lagi.dunia yang dikuasai teknologi antara sebab semua ni.lagi pula orang tua dah makin tak de...tu yang aku ni,sebolehnya tak mau terperap kat umah melangguk tgk tv tak g menziarah apa,kena g jugak sebab dengan cara ni la kita kenal terutama sedara mara yang dah tua2 tu.nanti anak-anak aku tanya tu sapa ni sapa boleh la kita cite legasi family ni.

Apapun,aku doakan yang terbaik untuk kita semua dan semoga Allah meletakkan kita dikalangan hamba yang Dia redhai dan diberi petunjuk, amin.Salam Aidilfitri tulus ikhlas dari aku dan keluarga...aku memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan diri ini tersalah perbuatan,termakan,terminum.Eid Mubarak!

2 comments:

PRIMADON Datuk Prof. Dr. Tengku Putera Rio Rosales Iman Adqhlan Al'Mulk said...

brtol tu Id, raya sekarang dah ilang serinya terutama kiriman kad raya. kesian posman tak de keje nak antar surat. selalunya bulan puasa ni seronok nak tunggu posmen kalau datang, mana tau ada kad raya daripada peminat kan. sekarang ni guna facebook n sms jer. lepas tu nak gantung kat mana? kalau boleh budaya kita yang lama tu kekalkan, tapi siapa pewarisnya? kitalah kan. tapi kalau kita sendiri yang sibuk nak ikut budaya orang, mana budaya kita. rakyat malaysia ni suka mengikut budaya orang, nanti sibuk kata tu budaya kita. mana orang nak percaya kalau diri sendiri tak bangga dengan budaya diri sendiri. Primadon bangga menjadi melayu.

ikhlas,
Primadon

Eidmalina Ideris said...

iye..benar tu datuk...saya sangat setuju.ke nak kena print segala ucapan kat FB tu gantung kat dinding agaknya..hehhe....