Friday, March 13, 2009

Sokongan Untuk Kita

Assalamualaikum...minggu ni plak,aku balik Ampang rumah kakak sulung aku yg tercinta.last week aku balik Kota Bharu.aku ni homesick betul daa...

Sebelum aku sampai Ampang,aku ngan member aku singgah mid valley jap.saje je,bkn sng nak jalan2 hr jumaat ni.actualy kelas script analysis aku batal...maka,dgn first timenya aku menikmati mid valley tanpa orang yang sgt ramai dan menyakitkan mata aku.heheh...aku laksanakan jugak hasrat aku nak tengok movie Geng:pengembaraan bermula even movie tu dh mmg lama kat cinema.nak buat mcm mna,klau shah alam tu cinema x pe la.bkn stakat 5 bintang aku nak kasi kat Les Copaque,tapi bejuta-juta bintang!aku mmg terharu bila tgk movie ni sebab aku bangga sangat kerana ini adalah hasil kita...bukan hasil pixar,sony pictures animation atau apa shj yang slalu dibanggakan tu.

Terlalu banyak usaha yg telah dibuat untuk mengangkat animasi ini ke layar perak.aku harap pengembaraan animasi malaysia bukan setakat ini,tapi lebih maju lagi insyaallah.bila tengok movie tu,memang menyentuh hati ni.kenapa?sbb aku sangat bangga dan aku rasa,kadar tiket yang aku byr lebih dari berbaloi.

em,skrg aku berangan nak g tengok Sirah Junjungan.tiket tu,mungkin tak de mslah tapi transpot,aku tak tau nak g ngan apa.tiket yg harga rm30 kira ok la utk seni yang berunsur dakwah yg sgt baik utk ditonton tu.g cinema tgk movie om putih boleh,kot la yg ni x boleh kan.aku nak g yang 21 mac,sebab...sebab...sebab ada mawi la.heheh....(antara sebabnya la.)

ok,thanks sbab luang masa bc blog aku...truskan mlyari internet korang ya.

Friday, February 20, 2009

Lets Chill Out with Nature...

Assalamualaikum...minggu ni sgt sibuk dalam menghadapi mcm2 kerja dan cabaran...alih2 hr ni dah hari jumaat.ni aku nak kongsi dengan kamu semua trip kitorg weekend yang lalu ke Kalumpang,Hulu Selangor.Kitorg g ke resort Sg Inki.kat sana juga rumah member kitorg zu.Melalui highway yg lengang di pagi hari...sungguh mendamaikan.best sgt tgk bukit bukau ciptaan Allah yang Maha Perkasa.suasana pun masih ada kabus2 lagi...sungguh menyejukkan hati kami. Kitorg sampai kat sana dalam pukul 8.40 pagi.rehat rumah zu kejap,then terus ke Resort Sg Inki...sungguh nyaman sekali ciptaan Allah yang sangat menyegarkan mata.resort ni sgt terjaga kebersihannya.rasa selesa nak tukar pakaian ke apa ke...chelet2 pun cam nampak selesa jek.
hehehe...siap bw 2 plastik sandwich telur buatan miea neh...semangat,semangat.korang kena g tempat ni,memang nice and sweet sgt...dari pintu masuk lagi terdengar bunyi air sungai dan ada la antara kami yang dh mmg x saber2 nak terjun sungai kan...

syukurlah miea ada kamera digital olympus water proof,apa lagi selam je la kmera tu dlm air...sronok..sronok...airnya..subhanallah,sejj...sejuu....sejuuukkkk....tp memang best.tenang sgt bila dengar deruan angin bergabung dengan bunyi air sungai yang mengalir di celah2 batu yang sgt unik tu.back to the nature...

seronok ler duk posing dalam air kan...bila lagi.kui,kui...nsib je D60 aku x leh masuk air,kalau tak...habis la.

BBQ time...dh bila duk mandi sungai tu,opkos la perut dh lapar...syukurlah mak zu sediakan kami nasik.kitorg bakar ayam,udang dan sosej...maka melantaklah kitorg dengan bestnya.

dah nak balik dah...rasa nak dtg lagi kat sini.nak bawa family kat sini,mesti best punya.on da way nak balik shah alam,semua tebongkang dlm keta.maka drive la aku sorg2...
apapun piknik kitorg mmg best.duk plan nak genting highlands...heheh,berangan je lebih.

yg ikut trip ni...dari kiri yana,miea,zaza,sandy,aku...kat blakang dr kiri zu dan mira.

Monday, February 9, 2009

Me,My self and I

Assalamualaikum...kali ni nak share gambar2 yang aku snap di sana-sini.yang kat bawah ni kitorg g kenduri dekat umah as kat sunway,tah sape kitorang main terjah je,ala..kot laorg nak halau plak kan.yang x leh blah tu,sampai2 je terus jd fotografer,x de sape2 yang amik gbr guna kmera elok skit,yie pun guna kmera lama naim punya, yg kureng skit kualitinya. apa lagi, blasah je la kan.hasilnya,orieet la jugak.aduh klakar betul,tah sape2 pengantin tu aku main blasah je kan.orang semua duk tengok,aku slamber je ngan member2 aku yang vogue ni. ..(vogue ke?)
gitulah...macam2 betul.yang kat bawah ni plak,aksi santai yang mungkin korang tahu kat mana lokasi 'shooting' kitorang ni..heheh...


yang kat bawah ni,di suatu petang yang indah,kami main basket ball..(aku tak main la,tukang snap gmbar)..ni kira aksi terbaik anas la kan..cayalah kau!
em,makin hari bz menghambat kami agar kesuntukan masa utk rehat.sbab tu klau dpt tdur tu..fuh nikmat Allah yang tak terkira besarnya..yang pasti,aku nak kelik...nk tgk anak buah ke tujuh aku,iman nurhadif...cik su merindui kamu semua...

Thursday, January 22, 2009

Lazri Meon by A Samad Said

Kali ni,aku dapat skrip Lazri Meon untuk subjek Script Analysis.Mula-mula dapat cite ni aku dah membulatkan mata aku sebab aku tahu naskah ni sedikit berat untuk difahami.Mula-mula aku baca rasa nak nangis pun ada,nak tergelak pun ada sebab aku tak faham apa yang nak disampaikan.Bila baca second round baru lah aku faham...dan aku jumpa ayat-ayat yg pada aku yang sangat menarik sisi pembacaan aku dan ada juga yang berkait dengan hidup aku ni...

"...menjadikan mereka juga manusia yang berimbang,gemar akan irama,mesra akan alam,kagum akan segala ciptaan Allah"

"Ya,pernah kau ingin bercakap kepada hanya dirimu sendiri?Kau sudah terlalu banyak bercakap kepada orang lain,kau lupa pada diri mu sendiri"

"Kita tidak boleh berdusta kepada diri sendiri.Itulah...itulah dasar harga kita"

"Kita mesti sentiasa insaf-hidup bukannya senang seluruh.Bila-bila masa ada kekalahan.Kita mesti kuat"

Naskah ni memang susah sikit nak faham,tapi bila baca banyak kali mcm best plak kan.so,tak sabar nak siapkan segala mak nenek asingment2 ni sebelum balik rumah untuk cuti ni.alahai,bestnya balik rumah...rumah ku jua yang best dari semua tempat dlm dunia ni.

Thursday, January 1, 2009

Sesungguhnya,hidup dan mati ini kerana Mu

Assalamualaikum...beberapa hari lalu dah masuk tahun baru 1430h dan hari ni 2009.skali fikir dah 2009 ya?cepat benar masa ni berlalu.ini bermakna umur aku dah makin meningkat dan aku sekarang berada di semester 4.banyak benda yang aku nak buat,tahun sudah aku dah usahakannya tapi sikit je yg berkesannya.aku fowardkan lagi perkara tu ke tahun ni.

Semalam...aku,mira,zsazsa dan miea g Bukit Raja Mega Mall.kitorang g tengok wayang.so,kitorang layan la Bedtime Stories yg ala2 fantasi komedi.cite ni memang best dan kelakar sangat,tapi pastinya x boleh disamakan dengan Ratatouille aku.

ingat nak tengok Yes Men lakonan jim carrey,tapi dah lama tak tgk lakonan adam sandler.lpas habis tgk movie tu,terus balik dan rehat.memang skrg bosan sgt,tp bila dh stat kelas nnti...tahu lah macam mna kan.

berbalik kpd diri aku,apapun yg aku buat aku harus ingat yg hidup ni hanya berpaksi kepada kebenaranNya,itu suatu hal yg paling mustahak dan penting.ya,hidup ni kena enjoy tapi aku tak boleh sesekali ingkar dengan suruhan Allah.umur aku yang muda bukan menjadi sebab kenapa aku harus pentingkan dunia dari kubur dan akhirat.

untuk tahun ni,sesuatu yang mencabar menanti aku.ya,aku sedia untuk bersabar dengannya.actually,aku memang banyak belajar di AUG yg lepas.syukur...

Maha Suci Allah segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit & bumi
Dengan suasana yang lurus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku & matiku...
adalah untuk Allah Pencipta sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiNya & kepada ku diperintahkan
untuk tidak menyekutu bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam




Tuesday, December 9, 2008

Demi kemuliaan Aidiladha ini...

"Sayu...hati ini makin sayu...
Pilu,mengenangkan desa permai
wajah ayah bonda bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya...
...Ku ingin berulang manisnya bersama
menyambut hari bahagia...
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
tak dapat beraya bersama
jauh dari mata dekat dalam jiwa
teguh kasih ku tidak berubah..."

Itu lah antara bait-bait lagu Air Mata Syawal yang dinyanyikan oleh Datuk CT.untuk raya Aidiladha kali ini,lagu ni cukup kena dengan diri aku.untuk tahun ni,aku tak dapat balik kerana tanggungjawab aku di sini.mula-mula memang perit untuk aku hadapinya,namun aku kena tempuhi juga kerana ini adalah suatu pengorbanan dalam aku mendidik diri aku agar lebih berdikari dan matang.terlintas di fikiran aku,mengapa hati aku tegar untuk berada di sini?sedangkan hari raya adalah masa untuk aku bersama keluarga aku yang tercinta...tapi,aku yakin ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan untuk aku dan ia punyai hikmah yang aku tidak jangka.

Mungkin bagi ramai orang,Aidiladha tidak sepenting Aidilfitri untuk disambut dan dan diraikan dengan meriah.tapi pada aku kedua-duanya sama,perlu disyukuri dan diraikan.nak2 aku adalah anak jati Kelantan,di sana cukup meriah bila tiba Aidiladha.suasana jadi gamat seperti sekampung kenduri daging lembu...sungguh bahagia.

aku akui...banyak berita sedih yang aku tahu menjelang Aidiladha kali ni,ada 2 orang yang aku kenal meninggal dunia,kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan macam2 lagi...inalillah.meraikan Aidiladha di Kuala Lumpur,tiada apa2 yang istimewa,macam hari2 biasa...malam raya,kak dan abang iran datang amik aku,aku ingat nak raya kat kolej je sebab x nak nyusahkan kak untuk datang amik aku.tetiba dia call,ckp dah on da way.malam raya,sedang takbir bergema melalui speker radio,aku melintasi lampu2 neon KL,bangunan2 yang tidak bernyawa,KLCC dan jalan2 menuju ke Ampang...pagi raya,terus menuju ke Sg Besi rumah pak alang aku.hari tu hujan renyai2...kali ni aku uzur lagi :-(..then dah tak buat apa2.
Esok,dah start rehersal untuk opening AUG 13hb disember nanti...so kena all out la.yeah...tak sabar jugek nak jumpa mawi kan...