Saturday, July 11, 2009

Sebenarnya,yg best dlm hidup kita ialah...

Assalamualaikum,
Dah seminggu aku memulakan semester 5 aku ni.dalam masa seminggu sememangnya banyak perkara yang aku lalui dan pelbagai tugasan yang pastinya menanti untuk dilangsaikan (mcm langsai utang la plak).dalam masa yg sama jugak ada 2 soalan yg bermain dlm fikiran aku iaitu sama ada aku bleh buat sechanteek mungkin atau sebaliknya.aku telah memberikan harapan dan cabaran pada diri aku sendiri...

Ianya lebih berat berbanding cabaran itu dtg dari orang lain...antara kegembiraan yang menanti batch aku terutamanya ialah minggu induksi kanak-kanak riang,majlis perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF),FACT Jumble Sale,latihan dramatari Cik Siti Wan Kembang,paper work Pn Kench yg best sebab ia melibatkan antara genre yang aku suka iaitu katuun jaman sekolah rendah dulu iaitu pokemon dan juga kena study pasal Transfomers.

(asal la x kena study pasal movie industan ke?tom & jerry ke?totally spices ke?shin chan ke?ninja boy ke?wonder pets ke?spongebob ke?ben 10 ke?ice age ke?ratatouile ke?incredabel hulk ke?)
tu baru sikit tuh,nanti jumpa Cik Zan kite tuh,makanya gigit jari la x leh g makan angin weekend sem ni kan (berangan nak g bag-pack kat Pangkor la,nak g mandi sungai kat Kalumpang la,nak g sejuk2 kat Genting la).tapi apa2 pun tu dah sememangnya lumrah jadi student ni kan.kena out from comfortable zone...kena byk baca buku,tengok movie,research sana sini,tgk teater bagai,usaha dgn extraordinary nya untuk berjaye...(tapi harus ke bodek lecturer utk dpt A?) just follow the flow je la kan...


apa2 pun aku kena bersyukur kerana mempunyai peluang pendidikan yg sebegini besar dan makanya aku kena buat betul2 supaya tidak mengecewakan ibu ngan abah serta keluarga aku,diri aku dan tidak menghampakan Allah yg kasi chance ni kan.bila aku tengok movie Denias...Senandung Di Atas Awan dan Laskar Pelangi membuatkan aku lebih bersyukur dengan nikmat peluang pendidikan yg aku dapat sekarang...alhamdulillah.sebenarnya yg best dalam hidup kita ialah apabila kita banyak melalui kesusahan dari kesenangan.

Ok,thanks korang sebab spend beberapa minit untuk blog aku ni.
p/s:Tahniah kat orang tu yang lepas dapat Datuk,dapat anugerah Doktor plak kan...tahniah,tahniah...you deserve it la kan.

hum hain rahi pyaar ke,phir mileenge chalte chalte.

2 comments:

saat omar said...

Naufal skrg dah mula pandai nangis bila jumpa orang tak kenal...dulu tak camtu hehe

idmalina mohamad ideris said...

heheh.....yeah,satu perubahan yg drastik...gegegge.....