Tuesday, July 28, 2009

Posisi & polisi aku dalam tarian

Assalamualaikum dan salam ketenangan...
Actually,aku masih lagi bersedih tentang pemergian one of my beloved art icon,allahyarham Yasmin.skali fikir memang tak percaya semua ni berlaku dlm sekelip mata.benar kata pepatah Islam,'beribadahlah seperti kamu tahu bahawa kamu akan mati esok hari dan berkerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi'.benar juga kata Aman Mathur,'senyumlah,bergembiralah dan nikmati hidup ini kerana hari esok belum tentu lagi untuk kita',semoga Allah menempatkan beliau dalam golongan yang dirahmatiNya...amin.

Picture ni waktu dalam studio semasa latihan dramatari Cik Siti Wan Kembang (CSWK) last sem bersama En Tharuwat.ternyata tarian dramatari jauh berbeza dengan tarian kontemporari.dramatari ni memerlukan lebih banyak penghayatan dan penceritaan dalam tariannya.sem lepas bagi aku agak susah untuk aku menghayati dramatari ini tapi kali ni dengan adanya pengajar tetap untuk tarian ini,En Amandus atau lebih familiar dgn panggilan abg aman,kitorang more enjoy dalam tarian ni.
kalau sem lepas kami lakukan under subjek ensemble,tapi kali ni kami meneruskan latihan untuk show bulan oktober ini di Panggung Bandaraya KL.
tak tau nape 2,3 menjak ni kenangan semester 3 segar bermain dalam fikiran aku.saat di mana pertama kali menjejakan kaki dalam studio untuk kelas tarian kontemporari bersama encik syed.time tu aku berdebar sgt sebab aku tahu yg aku x pernah menari sehayat aku ni.tengok muka en syed pun mcm menakutkan je...tapi dia dah berjaya melunturkan dan menghapuskan persepsi awal aku mengenai dia dan kelas ni.
"idmalina,awak kena fokus dengan step dan pandangan mesti kehadapan"
"you have good confident level..."
dia dah berjaya membuatkan aku berada pada posisi tarian yang aku yakini.setiap cara dia,dia seperti menyatakan dia percaya aku boleh menari even fizikal aku begini.pada aku,dia tak pernah melihat dan memilih sape studentnya yg boleh menari dan yang tak boleh menari...pada dia semua student yg ada dalam kelasnya boleh menari.

Maka dengan semangat en syed itu,aku telah memegang satu polisi aku dalam tarian,fokus dan yakin apa yang aku lakukan.tarian itu bukan sekadar pergerakan fizikal tetapi ianya lahir dari jiwa yang bersatu dengan rasa maka dengan tarian itulah menceritakan segalanya.
Thank you so much en syed kerana membina keyakinan ini...memang dah lama aku tak jumpa dia,tapi aku tahu dia still jadi lecturer sambilan lagi kat FACT.miss you my lecturer...


hum hain rahi pyaar ke,phir mileenge chalte chalte

No comments: