Monday, January 21, 2013

K-Fiqh Wanita & Islam : Day 1 (episode 1)


Alhamdulillah...sesungguhnya saya amat percaya dengan keajaiban Allah tetapi keajaiban ini hanya akan datang bila kita niat terdetik mahu melakukannya dengan niat baik. Tahun lepas bila awal diwar-warkan mengenai K-Fiqh ini saya nak pergi sangat tapiii.... tak dak duit yang cukup. pastu tak tau kat mana MAEPS tu. lama lepas tu, soh seh soh seh mengatakan "eh, weekends ni ramai tak dapat join program sebab ada K Fiqh" what? K-Fiqh around the corner? huhu *nanges laju-laju* sebab tak mampu nak gi. lewat petang Jumaat 18 Januari, sedang ku tengah sekerol2 fb K-Fiqh terharu mengenang tak dapat pegi program esoknya tu; "malina, ini kalau akak terlebih terkurang minta halalkan". alhamdulillah! yeay! thank you Allah, dapat payment keja part time di Dzul Iman Smart Khalifah. so, I decided to walk-in register! magic kan Allah? I love You so!

Wanita Solehah Pendamai Dunia by Dr Zaharuddin

* martabat wanita sebelum kedatangan Islam sangat-sangat rendah contohnya, dihalau keluar (ada yg keluar negeri) apabila datang haid, tidak layak mendapat perwarisan, tidak layak memberi pandangan, pemuas nafsu dan lain-lain lagi yang sungguh dasyat!

*Islam datang memuliakan wanita dan memperlakukannya secara adil serta melindungi kedudukannya. sekarang, terpulang kepada wanita mahu memuliakan dirinya atau tidak.

*Antara cara moden merendahkan martabat wanita ialah : (yang lebih sadis, wanita tidak sedar yg dia sedang dihina dengan cara sebegini)
-diperkuda tanpa akad yang sah
-diperalat untuk laris barang dagangan
-terperangkap mengejar kejayaan mengikut standard lelaki
-kecantikkan diri untuk tatapan umum
-'hamba' kepada fesyen & kecantikan luaran
-feminist tak bertempat
-keluarga menjadi prioriti kedua
-fahaman "mesti bekerja/pegang duit sendiri, senang kalau perlu bercerai nanti"

*Emosi hakikatnya kekuatan kepada wanita tetapi it depends how we handle our emotions berlandaskan apa yang Allah mahukan. jika bertindak, fikirkankan samada mahu mendahulukan emosi atau redha Allah. sangat penting kita amalkan 'pause button' supaya bila kita marah atau perasaan yang sukar dikawal kita mampu berfikir & bertindak dengan waras bukan melulu sahaja. sesungguhnya, mukmin mukminah itu 'menelan' kemarahan, memaafkannya dan tidak langsung meninggalkan parut terkesan di hati.

*Solehahkan diri. selalu sedari yang diri tidak sempurna lalu menlazimi taubat & muhasabah diri.

*mendahulukan pandangan berasaskan nas & aqal bukan emosi semata. tahu & faham dengan jelas halal & haram, hak & batil, dosa & pahala.

*mengutamakan soal kualiti iman & aurat berbanding kecantikan luaran.

*redha & sabar dengan cabara kehidupan sebagai muslimah. bantu suami, parents, family supaya tidak dihumban ke neraka dek kerana kita. perlu diberi perhatian di sini, hukuman berdasarkan dosa masing-masing, lelaki yg dimasukkan ke dalam api neraka kerana tidak mendidik isteri/saudara perempuan mereka untuk mengikut syariat Islam. dosa tidak menutup aurat adalah ditangung oleh diri sendiri.

*menyedari target bahagia buka semata pada kebendaan, pangkat, pencapaian duniawi tetapi pada keredhaan Allah di dalam hati.

*tidak mengorek kesalahan suami sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala kesalahan terzahir jelas & kesalahan tersebut mula terserlah. meyedari suami juga tidak sempurna lalu mendoakan suami & memaafkannya dengan berlapang dada.

*mewujudkan tumpuan waktu untuk memahami minat & kesukaan suami lalu mendalaminya agar saling memahami.

*dalam konteks anak-anak, seorang wanita mesti mengutamakan anak-anak daripada kerjaya, pangkat & harta. mendidik anak dengan perancangan bukannya ia berlaku secara spontan.

*utamakan ilmu agama kepada anak-anak berbanding ilmu yang lain. bakal ibu, spend masa & duit untuk update ilmu bukan update fesyen.

*bagi wanita yang berkerja, aurat dan ikhtilat (pergaulan) wajib dijaga, izin suami untuk bekerja. bekerja bukan untuk bersaing dan menyanang kehebatan tetapi mahu mencari wang tambahan dan wang itu tidak diniatkan 'protection' jika diceraikan. tidak mengabaikan tanggungjawab hakiki pada suami & anak-anak. kalau suami mampu memberi kewangan yang cukup, isteri berhenti kerja lagi bagus.

*jadikan diri kita pemutus kepada kemungkaran. contoh; sekumpulan orang tengah mengumpat, kita datang je diorang terus diam sebab segan dengan kita.




1 comment:

Anonymous said...

Thanks for sharing. May Allah bless you.

Kalau berkelapangan, mohon terus berkongsi ilmu dari slot-slot lain juga :)