Tuesday, June 26, 2012

Welcome to the Memorable Night!

Barangkali inilah semester yang paling jarang saya mengemaskini belog ini yang nampaknya sudah berhabuk di sana sini *sambil pegang vacum. alhamdulillah ini merupakan minggu terakhir pengajian semester 4 saya di fakulti ini yang masih berbaki setahun. memang sangat biz bizy sem ni tapi apalah sangat cabaran kesibukan di depan mata ini kalau nak dibandingkan dengan nikmat-nikmat dan rahmat Allah yang infiniti ini. bak firman Allah dalam al-Kahfi kalau la air laut tu digunakan sebagai tinta untuk menulis kalimah-kalimah Nya malah ditambah lagi air lautan tu memang tak akan cukup. psstt nak cite ni...

alhamdulillah wa syukurillah, 16 Jun yang lalu sekali lagi Maher Zain dengan berbesar hati, jiwa & raganya mempersembahkan satu lagu konsert berskala mega di Malaysia. lokasi konsert kali ni di Stadium Merdeka. sebenaqnya, saya tak suka sangat konsert di tempat open air dan untuk penghibur seperti Maher Zain rasanya lebih sesuai dengan atmosphere in-door. konsert kali ini Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc) dengan bangganya sebagai rakan promosi dan saya juga turut terlibat sedikit sebanyak dalam gerak kerja promosi ini melalui Facebook. seronok! hari sabtu 16 jun itu saya menapak awal di perkarangan stadium untuk gerak kerja mengedarkan tiket kepada pemenang peraduan MZMfc dan kpd yang membeli tiket melalui MZMfc...owh! sangat menyeronokkan bila dapat kenal dengan ramai lagi fans MZMfc. kami satu keluarga yang besar! inilah perkara paling best bila kami gather sama2 ;)

saya sudah mendengar muzik pembukaan telah bermula dari dalam dan sayangnya saya masuk lewat sikit sebab masih menunggu fans yang masih x sampai ke stadium untuk menuntut tiket.alhamdulillah, saya masuk ke stadium dan ketika itu Raef sedang melakukan persembahan. yeay! memang best dan osem Raef ni...malam tu dia mempersembahkan lagu antaranya yang femes di YouTube seperti With You,I'm Yours,Jumuah dan lagu baru khas untuk isterinya (dia kawen after konsert di Malaysia ni). dengan guitar dia tu, memang stunning! sebelum tu Irfan Makki dah menyampaikan 5 buat lagu dari album pertamanya. dengar2 ramai yang kurang berpuas hati dengan persembahan IM malam tu yang katanya suara IM tenggelam, x leh nak komen banyak sebab saya tak menonton sendiri persembahannya.

jeng, jeng... muzik gimik untuk turn abang saye Maher Zain memang gempak dan berjaya buatkan saya neves even ini bukan pertama kali saya meonton konsertnya. pembukaan dengan lagu Sepanjang Hidup yang diadjust hampir keseluruhan melodinya dan diteruskan dengan lagu-lagu dari album pertamanya Thank You Allah & Forgive Me secara berselang seli. sememangnya MZ membuktikan kejutan yang digembar-gemburkan semasa promosi untuk konsert kali ni. musician memang gempak awesome tak terkata, ye la sebab ini adalah musician tetap MZ so diorg dah digest dah mengenai style MZ sendri dan muzik2 yang dimainkan. pastinya MZ tak kongker konsert kali sebab dia juga turut menghighlitekan few pemuzik2 untuk memainkan instrument mereka secara solo.



Antara lagu yang dibawa dengan penuh bertenaga dan tak lupa lirik oleh MZ ialah Insha Allah (Malay), Guide Me All The Way, One Big Family, Radhitu Billah, So Soon, Mawlaya,Ya Nabi Salaam Alayka, Assalamu Alayka, Paradise, FTROML, My Little Girl, Allahi Kiya Karo, Freedom, Ku Milik Mu, I Believe, Barakallahu Lakuma dan Man In The Mirror (MJ). yang paling best is bila MZ main piano di tengah2 stage tu dgn lagu instrumental yg berdesup menusuk di kalbu. berjaya buat saya nganga beb! memang MZ membuktikan he is simply awesome musician too! dengan ketiadaan pengacara di pentas memang membuatkan momentum konsert x dragging. hanya beberapa kali sahaja muzik berhenti untuk memberi peluang MZ beri teraksi dengan penonton. muzik bertenaga yang sambung menyambung tu memang sgt2 best! flow with the energy of the concert! kemeriahan penonton untuk turut serta dengan MZ malam tu memang best. we praises to Allah, selawat, sang dan clap hands together! and for your infomation, is not just only Muslim who attend  this concert but also non-muslim. ramai jugak la! Allahuakbar, semoga Allah membimbing mereka.



Masa berlalu sangat pantas dan alih-alih dah hampir 3 jam konsert berlangsung. memang saya memuji stamina MZ kali ni yang memang nampak totally bersedia, bertenaga, tak lupa lirik, ceria.  memang MZ ada mengaku yang dia tak satisfied dengan konsert2 nya di Malaysia sebelum ni terutama yang di stadium melawati. konsert ditutup dengan lagu Barakallahu Lakuma yang mana arangement muziknya memang mantob, mantobun wal mantoban ;) dan part yang paling best bila MZ main gendang dan manakala penonton yang menyanyi waktu tu. that was lagu Barakallahu Lakuma. the concert was ended with millions of smile! konsert malam itu pastinya sukar dilupakan juga memandangkan selepas ini Maher Zain tidak akan datang ke Malaysia dalam jangka masa yang lama.


memang kalau dilihat dari segi persembahan, konsert kali ni boleh beat semua konsert yang pernah MZ buat kat Malaysia. he has proved his improvement! dari segi organizer jujur saya katakan saya tak berapa setuju dengan mereka. yes, there are professional by managing the concert and artist but not in other side. just nak cite few perkara yang berlaku hari konsert tu lah kan. penonton yang datang sedikit awal di stadium tidak dibenarkan untuk menggunakan surau dan toilet yang berada di lobi stadium yang beralasankan atas sebab2 keselamatan. surau dan toilet hanya dibenarkan selepas jam 6.30 petang itu pun dengan kesesakan. actually ada dua tandas iaitu di tingkat bawah dan di atas iaitu sebelah surau tapi yang disebelah surau tu x de air. it should be organizer kena pastikan maintanance ni ok untuk memberi kemudahan kepada penonton.

seating yang tidak selari dengan floor plan yang dipaparkan semasa pembelian tiket. alhamdulillah seating saya memang memuaskan kerana berada di tengah2 stage tapi bagi mereka yang mendapat seating kiri dan kanan pentas memang tengok tiang aje lah. end of the concert ada sesi meet & greet kepada pemegang pass vip & sponsor etc. alhamdulillah saya dapat turut serta dalam sesi ini namun agak mengecewakan apabila kami hanya dapat bergambar (secara berkumpulan shj) dan terus 'dipersilakan' keluar tanpa sempat bercakap sepatah dua dengan MZ sedangkan MZ memang kenal kami dan mengalu-alukan kami. pasukan RELA memang out habis (tak semua) nada suara tinggi, ayat2 yang digunakan biadap dan kasar (sorry to say) kami dimakinya dengan menghina-hina, ya! memang tak patut.

keluar di muka pintu stadium, kami MZMfc gather2 lagi & snap2 the lots of pictha! then g makan sama di one of the restoran kat bandar tasik permaisuri. chot chet chot chet sampai kul 2.30 pagi.memang seronok dua ronok lah! maka pulanglah dengan kefenatan namun kegumbiraan berbunga di hati.eceh! Alhamdulillah wa syukurillah :_ D


Disclaimer : Untuk paparan foto yang lebih jelas, sila klik pada gambar dan untuk melihat banyak lagi gambar sekitar konsert klik di sini




No comments: