Thursday, April 19, 2012

One Big Family of MZMfc and Maher Zain his self

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum, masha Allah lama betul saya tak meluangkan masa bersama blog ini. hidup ini memang untuk disibukkan dengan pelbagai perkara pun tapi jangan sampai kita lupa preparation for here after. alhamdulillah saya melalui hari-hari yang penuh dengan ujian bagi saya untuk lebih mengerti & menghargai nikmat yang Allah bagi ini. so, I'm really want to talk about my brother new master'peace' called Maher Zain-Forgive Me. the most awaited album since almost 2 years ago. well, alhamdulillah Malaysia merupakan negara kedua bagi pihak Awakening Records launched the album after Indonesia. kehadiran brother Maher Zain ke Malaysia selain itu untuk promosi album ini di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. bersama ahli keluarga Maher Zain Malaysian FC, kami ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil untuk siaran langsung Mania yang mana enchek Maher Zain jadi artis jemputan pada malam itu. dengan izin Allah, enchek Wassim selaku manager Maher Zain mengizinkan kami untuk beretemu Maher Zain, as we know that he is so sporting dan kami sempat nyanyi part chorus lagu Number One For Me.





saya sempat 'terjah' beliau di Meet & Greet session di The Mines Shopping Mall bersama kakak saya dari MZMfc, kak noriz sebelum kami ke Hadramawt Restoran Raja Chulan untuk meraikan kenangan besar kami. saya tak de la que untuk dapatkan autograph beliau di atas pentas kecil itu tapi datang untuk menyapport beliau.dan2 pula si brother Pian (DJ Ikim) minta kami nyanyi...erk, hencek Wassim tgk je dan brother maher tergelak sambil duk sign album atas stage tu. alhamdulillah gambar di bawah ini dipost sendiri oleh beliau di official FB brother Maher.di mana saya? sila cari kalau rajin ;D


maka dari Balakong tu kami menuju ke Hadramawt untuk preparation MZMfc Exclusive with Maher Zain. sampai2 je, staff Hadramawt sedang sibuk membuat persiapan. the decoration is masha Allah wow! lokasi ditaja khas oleh Hadramawt yang menghidangkan masakan Yaman (erk..craving). Malam itu malam kami, brother Maher memang seperti biasa ceria dalam kepenatan, sporting, smile all the way dan sempat menghadiahkan kami dengan dua lagu dinyanyikan versi acapella iaitu Number One For Me dan Ku Milik Mu. memang stunning nak2 bila dia nyanyi tang "number,number,number one for me".sepanjang malam tu saya berdoa agar penantian saya selama 2 tahun akan berakhir...Allah Maha Besar, Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami. majlis hampir berakhir, saya dah mula dengar suara dari encik pengurus beliau agar brother Maher bergerak. ntah bagai mana Allah seakan 'tolak' saya untuk saya berkata kepadanya "brothers I just waiting for this in 2 years" and he say yes ^__^ saya dengar dia menarik nafas tanda dia sudah kepenatan sepanjang hari itu bermula jam 6.30 pagi sampai lah malam tu.

2 gathering sebelum ni, yang 1st brother membuat panggilan melalui Skype, 2nd gathering video call via Skype dan kali ke ini dia yang hadir sendiri ke majlis kami. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. kami MZMfc semakin akrab, semakin saling faham memahami antara satu sama lain, semakin belajar mempelajari dengan sesama kami. pesan brother Maher malam itu buat kami semua, dia tak mahu kami semua berukhuwah hanya atas nama Maher Zain tetapi dia benar2 mahukan hubungan kami atas nama Allah, dia mahu kami menjadi contoh kepada semua fan club Maher Zain di dunia ni memandangkan MZMfc merupakan fc pertama yang out standing & barulah byk fc2 dr negara lain muncul, brother Maher juga nak kami buat kerja-kerja kebajikan seperti khidmat masyarakat di rumah orang tua. saya tak mampu untuk menatap lama wajahnya kerana saya tidak sama sekali kagum dengan wajah itu tetapi saya melihat kepada hatinya, sikapnya yang telah membawa saya bertemu cahaya Allah. saya sebak bila saya 'melihat' nya. there is unexplainable feeling.

sile cari brother Maher :) he is simply low profile person 



and here you go :


saya yang berketinggian 163cm dan saya nampak begitu pendek sekali di sisi pak sheikh ni.sekian.okbai.hehe

sila dapatkan album album Maher Zain-Forgive pada harga MYR29.90 dan mempunyai 14 track lagu yang memang lagi best dari 1st album beliau. memang sangat-sangat tak rugi langsung mendapatkan album ini. dan selama 4 hari album ini dilancarkan di malaysia pada 6 April yang lalu, album ini memperoleh 4 platinum yang mana 1 platinum mewakili jualan album sebanyak 15k. nak dengar di youtube boleh, but please support Islamic music by buying the original copy :) for me, pengisian album kali ini lebih universal & tidak hanya fokus kepada pendengar Islam but also to non-muslim. saya juga telah mendapat jawapan kenapa di dalam music video Number One For Me watak emaknya tidak menutup aurat.


2 comments:

Amirul Naqib Bin Amirnuddin said...

:')
Alhamdulillah for the blessing!I love u all for the sake of Allah! :)

Idmalina Ideris said...

thank you to you too my fren...thanks for being my good friend.alhamdulillah ;D