Thursday, September 8, 2011

Abah

sejak aku meningkat remaja aku selalu merungut tentang Abah. aku rasa Abah ni macam tak hiraukan aku sebagaimana Abah hiraukan aku masa kecik-kecik dulu. oh, kalau kawan-kawan bercerita mengenai abah-abah mereka, aku cukup2 rasa nak balikkan je meja darjah aku tu. sambil aku membawa beban beg sekolah, aku fikir & ada juga aku monolog sendirian "kenapa Abah tak macam tu pun? nak bercakap dengan Abah pun takut apatah lagi kalau nak minta apa-apa...siap kena hafal skrip dulu. Abah tak best!". ini hanya seayat rungutan aku malah kalau nak diingat kembali rungutan aku, ia mampu dibuat setebal novel Twilight.

memang macam-macam persoalan yang aku soal kepada hati yang masih mentah & kepada Ibu kenapa Abah tak suka bercakap-cakap, bergurau-gurau, tanya apa-apa dekat aku. Abah selalu menentang apa yang aku suka malah abah pernah koyak-koyakkan poster Titanic kesayangan aku. Abah pernah buang gambar-gambar Kate Winslet, Leonardo De Caprio & Shah Rukh Khan yang aku sayangi. Abah kejam! aku memberontak sendiri & jiwa aku menjerit "kenapa Abah selalu menentang dik na???" dan mengapa itu mengapa ini yang aku soalkan.

Sehinggalah aku meningkat ke sekolah menenggah, masuk UiTM untuk diploma aku...aku tak pernah rasa Abah itu dekat dengan aku. aku lebih lapang mengambil orang lain sebagai punca inspirasi aku kononnnya kata hati aku, itu yang terbaik. ceteknya fikiran aku sewaktu itu mempercayai hati yang sedang bersarang dengan kajahilan. lagi aku rasa seperti tidak dihirau bila mana aku di rumah sahaja, kalau ada yang bertandang ke ruang tamu rumah yang aku gelar Edemaz Palace itu, Abah girang sahaja bersembang mesra mengatur kata yang membuatkan sesiapa sahaja bahagia mendengarnya. aku mengadu lagi kepada Ibu.

bumi ini berputar dengan arahan dan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala tanpa lewat sesaat kelajuan cahaya pun, sehinggalah tiba masanya (dipendekkan cerita) Allah subhanahu wa ta'la memakbulkan doa-doa Ibu & Abah untuk aku selama ini. hari apa, tarikh bila, jam berapa... aku tak boleh nak terangkan sebab aku pun tak sedar bilakan waktu setepatnya Allah taala meniupkan roh hidayah Nya yang lebih bernilai dari seisi dunia ini. Allah subahanahu wa ta'ala ibarat menarik aku dari satu lubang hitam yang terlalu dalam dan aku diangkat naik ke suatu tempat lapang yang menghijau, nyaman sekali daerah itu... lagu Insha Allah & The Chosen One itu seperti satu jentikkan pada jiwa aku yang entah hilang ke mana ketenangannya yang aku cuba pasakkan dengan keseronokkan dunia.

Allah subhanahu wa ta'ala 'pimpin' aku Dzul Iman Smart Khalifah...aku masuk ke dalam satu lagi dunia yang mambangunkan jiwa fitrah aku.kata-kata apa lagi selayaknya aku zahirkan selain ucapan puji-pujian sebanyak-banyak ciptaan Allah di langit & di bumi serta kesyukuran aku kepada Allah taala kerana masih sudi memberi belas ehsanNya kepada tanpa berkira walau seberat biji sawi pun. Allah subhanahu wa ta'ala memperkenalkan aku dengan manusia-manusia yang dulunya aku sangkakan jenis manusia sebegini sudah hampir tiada di dalam dunia serba kehadapan ini. 3 bulan aku di situ meneguk segala ilmu yang aku sudah lama tinggalkan & abaikan. Allah ta'ala membawa aku ke perjalanan yang lebih jauh & semakin jauh berjalan di daerah ini, dalam diam aku dapat rasanya jiwa yang aku rasa kosong, terisi.

aku pulang ke tanah negeri yang diberkati, Kelantan. sejak aku sekolah teknik 2005 sehinggalah 2010 aku tidak pernah menghabiskan Ramadhan sepenuhnya bersama Ibu & Abah. aku menghabiskan Ramadhan bersama Ibu & Abah.nah! angan-angan aku itu Allah realisasikan menjadi realiti. cara Abah dengan aku sangat lain...lain! tak pernah aku lihat sependek hayat aku ini! Abah pandai bergurau dengan aku, tekun mendengar cerita aku, suka kenakan aku dengan cara gurauan itu, melihat ke muka aku takala mengatur kata bercakap dengan aku. nyatanya, Abah yang aku sangka menentang aku, menyokong penuh penghijrahan aku ini. Abah tak pernah kata tidak jika aku minta untuk ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV malah Abah bertanya pilihan aku untuk ke rumah Allah yang mana untuk menunaikan solat Subuh, Isya' & Terwaeh berjemaah. Abah tak kisah pun andai aku minta untuk sama-sama iftar di Qaryah Ramadhan, masjid atau surau kerana Abah lebih suka iftar di rumah. malah, kalau Abah tak larat untuk pergi masjid jauh-jauh Abah minta Ibu temankan walau aku yakinkan yang aku boleh pergi sorang-sorang.

Kami bertiga senang menjalankan aktiviti ibadah bersama.setiap hari bermula dengan sahur, solat subuh di masjid, tazkirah subuh, bertadarus, ke stokis, solat zuhur, tidur qailullah, menyelesaikan urusan dunia, solat asar, iftar, solat maghrib, solat isya, solat teraweh, moreh di rumah,tidur, bangun qiam...begitulah rutin kami bertiga. Senyum & ketawa Abah bersama aku berbeza daripada senyum & ketawanya dengan orang lain. sehinggalah petang semalam (9 Sept) pujukan aku kepada ibu agar mendapatkan Abaya' yang dah lama aku idamkan, aku sampai sahaja di stokis dan aku katakan "Abah...tutup mata", aku berdiri di hadapan Abah dengan Abaya' yang lengkap dengan selendang hitam itu...Abah yang khusyuk membaca buku tulisan Tn Hj Ismail itu senggeh tergelak sambil berkata "tak sabar benar dah nak gi Mekkah ni". hujan yang turun petang semalam itu ibarat turun bersama redha Allah kepada Ibu & Abah.

Inilah kuncinya yang aku meraba-raba sebelum ini bagaimana untuk aku 'berbaik' dengan Abah. barulah Ibu membuka lipatan cerita dulu yang Abah selalu memberitahu Ibu agar menegur aku agar berpakaian dengan sopan & mengikut syariat. bila Ibu nasihatkan aku, aku mendengus tanda tidak setuju malah aku bandingkan pula dengan orang-orang diluar sana yang lagi teruk pemakaiannya. kini, aku begitu tenang, selesa & rasa selamat dengan berpakaian begini. aku tidak lagi perlu tarik-tarik baju yang sudah singkat itu kononnya untuk tidak menampakan tubuh aku.

Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar...selawat dalam salam sejahtera khas buat manusia agung Rasul Allah Muhammad salallahu alaihi wasallam. semoga Allah subhanahu wa ta'ala membantu aku dalam perjalanan hijrah ini, tidak membolak balikkan hati ini & aku bersama Ibu Abah serta ahli keluargaku dipersilakan ke Syurga Firdaus bersama para Anbiyaa', salfussoleh & mukmin yang lain.ameen.






2 comments:

blackcardomompods said...

Abah do his right way sb is not easy to handle kids n teens.kak nor dh rasa cabarannya esp time dia memberontak nk ikut her way.sb tu abah kena tegas then bru anak tu betul langkah.tgk berapa ramai abah di luar sana xtegas dgn anak2,sudahnya anak2 hanyut.

Dulu kaknor selalu marah mamasu.mama ni sume xleh,itu xleh la smpi nk kuar g picnic pantai sume xleh.bila dh ada anak then kita lak ckp itu xleh buat,anak kita pulak tnya blik persoalan kita,nape xbuleh?nape org lain buleh.huhu.kena blik uuuuu....yg susahnya bila dia nk sesuatu yg bertentangan dgn islam eg; colour her nail.tu lom bab ajar solat,quran n pose.fuuhhhh rasa gove up kdg2

Idmalina Ideris said...

:,) sekarang baru faham kenapa ibu & abah bertindak sedemikian.dulu mmg na lebelkan abah tak sporting la apa la...alhamdulillah.na tak dpt bygkan kalaulah Allah menarik hayat na sewaktu na dalam kejahilan dulu...semoga Allah ta'ala merahmati semua ibu bapa di dunia ini yang berusaha keras ikhlas mendidik anak2nya ke jalan yg betul...