Monday, August 8, 2011

Andainya Rasulullah Masih Ada...ingin sekali mendengar gurauannya

Anas bin Malik r.a berkata : "suatu hari, Zahir-seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan menyayanginya'. Rasulullah sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika, Rasulullah menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir tidak dapat melihat orang yang mendakap pun berkata, 'siapa ini? Lepaskan aku!' Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Dengan itu, Zahir membiarkan agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, 'Siapakah yang hendak membeli budak ini?' "

|Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad|



*awesome credit to Majalah GenQ vol. 1

No comments: