Thursday, March 31, 2011

Perkara di sekeliling mata ini

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Assalamualaikum & salam kasih sayang,
tah berapa ribu kali dah aku duk dengar lagu-lagu maher zain ni dan rangkap lagu kat atas ni yang dipetik dari lagu Awaken selalu menyentapkan aku. melihat aku & orang-orang di sekeliling aku. aku seperti berdiri di tengah-tengah hiruk pikuk kekalutan dunia yang tak pernah reda. apa yang mereka kejarkan? apa yang mereka cari? kenapa mereka tak pernah puas? kenapa mereka hanya mengutamakan kepentingan yang bakal berakhir bila-bila masa? bila akan berhenti huruk pikuk ini...atau ia akan terhenti bila mana suatu pagi matahari terbit di sebelah barat? suatu ketika dulu, aku pernah tersasar. aku lupa akan Khaliq yang mencipta aku... alhamdulillah Allah kembali membangunkan aku & membawa aku ke sebuah daerah yang sebelum ini aku tak yakin dengan kewujudannya. bukan senang untuk benar-benar berada di daerah ini... banyak pengorbanan dan kesabaran yang mesti dilakukan.

aku dikelilingi kehidupan yang tidak banyak membantu aku membina kekuatan hati agar lebih teguh berada dalam daerah ini. ya, aku jujur aku katakan aku tidak mempunyai sahabat baik yang sentiasa bersama & saling sokong menyokong ke arah kebaikan. ramai yang ada di depan mata, tapi hampir kesemuanya hidup untuk dunia. nilai sebuah Islam itu dicampak jauh di dalam lipatan sejadah yang tak pernah di buka. aku selalu terngiang kata-kata brother Maher "you must to surrounding with good people". tak, hakikatnya aku tidak dikelilingi oleh orang yang baik. baik yang aku maksudkan, seorang sahabat yang bersahabat hanya kerana Allah & sentiasa sokong menyokong ke arah kebaikan. aku faham yang no body perfect, setiap orang ada perangai & kelemahannya namun cukuplah dia berpegang teguh dengan Allah & memahami fungsi hidup bertuhan & beragama.

waktu muda ini bukan alasan untuk tidak mempedulikan tuhan. bagi aku, umur hanya angka yang mengambarkan hayat kita selama mana kita hidup ini dan ia bukan tiket untuk kita enjoy dunia ni tanpa batasan. sejujurnya, setiap hari aku berhadapan dengan manusia yang selalu menghina tuhan & agama tanpa mereka sedar. dengan batang tubuh yang Allah ciptakan, berdiri di bumi Allah, bernafas, mengunakan deria-deria & tenaga yang Allah bagi untuk melakukan apa sahaja yang disukai...melihat, mendengar, bercakap, menulis, makan...dari pada semua nikmat itu kalau bukan dari yang Satu iaitu Allah? antara surah-surah dalam kitab Allah yang aku suka ialah surah Ar-Rahman. pada mulanya memang aku sentap membaca 'sindiran' Allah yang diulang sebanyak 30 kali dalam surah ini. "nikmat mana yang hendak kau dustakan?". tiada ya Allah...tiada.

tidak malukah dengan nikmat-nikmat ini kita tidak sekali pun berterima kasih dengan Allah? tidak malukan mengelarkan diri hamba Allah tetapi jarang sekali & ada yang tak pernah mendirikan solat, sujud kepada Pemilik semua ini? tidak malukah mengunakan segala nikmat ini sedang tidak pernah sekali mempedulikan Nya? cuba bayangkan kalau orang guna barang yang kita pinjamkan tapi tak sekali pun dia menghargai malah berterima kasih pada kita, pastinya maki hamunlah habuannya pada orang yang meminjam barang itu tak pun kita akan ambil balik barang tu & tak akan bagi pinjam dah. bagaimana andai kata sedang seronok bergelak ketawa Allah mengambil nikmat itu serta merta? Allah boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendakNya. 

macam-macam kerenah manusia ini dan Allah sentiasa sabar dengan semua ni malah terus menerus menyebarkan nikmat & kasih sayangNya tanpa batasan. dengan kesabaran Allah inilah menjadi semangat untuk aku juga bersabar dengan orang-orang sekeliling aku hanya sentiasa menghina Allah & Islam. mereka mengangkat darjat keseronokan dunia & mementingkan perkara lain selain Allah... dunia ini dicipta untuk kita & Allah memberi hak untuk kita berseronok di dunia ini tetapi ada caranya. sudah berapa banyak Allah memberi signal untuk menyatakan bahawa bumi ini sudah tua dan hampir sampai kepada penghujung hayatnya. kejadian gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, banjir, cuaca yang tidak menentu dilihat hanya fenomena alam yang normal namun pada hakikatnya ia amaran keras dari Allah agar manusia berwaspada.tapi apa yang kebanyakkan manusia lakukan? duit, harta, pangkat, hiburan melampaui batas yang menjadi tuhan mereka. apalah sangat nilai takbir, rukuk & sujud itu pada mereka...

kawan-kawan & pembaca sekalian...aku dulu pun pernah tersasar & tertipu dengan helah syaitan yang memainkan peranan besar untuk mengumpul seramai mungkin pengikutnya di dunia & turut serta terbakar di dalam lubang neraka kelak. alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang berkuasa kembali membawa aku ke daerah damai ini. benar... hidayah itu milik Allah. namun hidayah ini tidak akan datang begitu sahaja andai kita tidak berusaha mencari & mendapatkannya. even aku sudah berpatah balik pada jalanNya, usaha syaitan tak akan pernah luntur untuk mengotorkan hati agar lalai dari mengingati Allah. 


kawan-kawan, sesungguhnya tidak hina untuk kembali membuka paip & berwudhuk, mendirikan solat & kembali kepada hidup bertuhan. kita solat untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa pun. kita tak solat, Allah tak rugi pun. kita ni ha yang merugikan & menganiai diri sendiri. dulu aku tak faham yang orang kata solat tu mencegah perbuatan keji & mungkar tapi alhamdulillah sekarang aku faham...kalau kita betul2 solat, nescaya Allah akan melindungi kita untuk melakukan perbuatan2 keji. kita tak teruk pun kalau tak bersalaman & bersentuhan dengan bukan muhrim, kita tak teruk pun kalau menutup aurat dengan betul, kita tak teruk pun kalau menjaga patah perkataan yg keluar dari mulut ni... even though kita dikatakan x style oleh manusia tapi Allah memuji pendirian kita. apa sangat la kata-kata manusia tu kita nak hiraukan? manusiakah yang memberi nikmat-nikmat yang aku sebutkan kat atas tu? manusiakan kah yang menghitung amalan kita? manusiakah yang mencipta alam semesta ini? manusiakah yang mencipta kita ini? bukan manusia! segala-galanya adalah Allah. mari...kita hidup bertuhan. 

Dalam hadis Kudsi Allah berfirman : "wahai hamba-hambaKu, kamu semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri petunjuk. mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan beri petunjuk" (riwayat/direkodkan oleh Muslim)

segala yang kita jalani berpaksikan Allah & Rasulullah salallahu alahi wasallam. segala kita buat bertunjangkan al quran & sunnah. Islam bukan agama yang berasingan dengan kehidupan ini. kita menjalani kehidupan ini dengan penuh keseronokkan, waku solat kita sama-sama solat. kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi kita jaga batasan kita, kita sama-sama mengingatkan kepada perkara-perkara kebaikan.skema? tidak, ianya cool di sisi Allah. nak makan, kita boleh makan apa sahaja asalkan ianya halal, suci & tiada unsur2 yang kita ragu2...ingat kita adalah apa kita makan, berhibur...kita boleh berhibur tapi dengan hiburan yang membina kita agar menjadi yang lebih baik. kita belajar setinggi-tinggi kemampuan kita untuk kita gunakan ilmu di jalan yang Allah redha. aku suka dengan  kata-kata brother Idris Tawfiq semasa Khalifah Institute Diner & Talk pada 26 mac hari tu, yang bermaksud; bergulung-gulung ijazah, apa sahaja pangkat, kedudukan, kita some body ke,apa sahaja title kita sekarang di hadapan Allah kita hanyalah seorang hamba yang tak berdaya. andai kita benar-benar menjadi hamba Allah title kita hanyalah "I'm Muslim/Muslimah" itu sahaja. bak sabda our Prophet salallahu alaihi wasallam; " sesungguhnya Allah ta'ala tidak melihat rupa paras & harta2 kamu, tetapi Allah ta'ala melihat hati & amalan2 kamu"


mungkin korang akan kata, kenapa aku sebok2 sangat nak suh orang jadi itu ini? nak tunjuk baik ke? jaga tepi kain aku sudah la. tidak, bukan itu maksud aku. kalau korang choose to be good, untungnya untuk korang bukan untuk orang lain. korang nak tak hidup dengan Allah redha dengan korang? korang nak tak hidup dalam persekitaran yang sentiasa positif? korang nak tak kubur korang menjadi taman lapang yang harum?korang nak tak kita berjumpa di akhirat dengan wajah yang gembira bukannya bermuram durjana? korang nak tak dengan syafaat Rasulullah salallahu alaihi wasallam kelak? korang nak tak peluang untuk melihat zat yang mencipta kita ni?

"We may fool other people. We may even fool ourselves at times. But Allah is not to be fooled"-bro Idris Tawfiq & bro Maher Zain
 

No comments: