Sunday, February 13, 2011

Hadis-hadis Pilihan vol 4 : Makanan


Assalamualaikum ummah,
Untuk volume ke 4 ni aku nak share ngan korang sabda-sabda mulia Rasulullah sallalhu 'alaihi wasallam mengenai....MAKAN!yeah, everybody loves to eat & we must to eat to live. dipetik dari buku 100 Hadis Pengubatan Nabi, aku share beberapa hadis mengenai makanan yang pernah disebut oleh Rasulullah salallhu 'alaihi wasallam. let's go!

Dari Wahab bin Kaisan meneceritakan bahawa dia mendengar Umar bin Abi Salamah, yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi telah menceritakan: "Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam, (suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; "Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu" Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At'imah)

Ulasan :
  1. Di dalam hadis di atas, Rasulullah salallahu alaihi wasallam menyebut 3 adab ketika makan : *memulakan dengan Bismillah *makan dengan tangan kanan *mula menjamah makanan yang paling hampir
  2. Seorang sahabat bernama Umayyah bin Makhsyi radhiyallahu 'anhu meneceritakan; "Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam sedang duduk dan seorang lelaki sedang menikmati makanan di depan baginda. Beliau tidak membaca Bismillah sehinggalah apabila makanan hanya tinggal sesuap sahaja lagi (barulah ia teringat), lalu ketika mengangkat suapan itu ke mulutnya ia membaca; "Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu" Lalu Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam ketawa sambil bersabda; " Daria ia mula makan, syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya". (Riwayat Abu Daud rahimuhullah & an-Nasai rahimahullah)
  3. Berkata Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah rahimahullah; "Membaca Bismillah di permulaan makan & minum dan mengucapkan alhamdulillah di akhirnya memberi kesan yang hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudaratannya" (Zadul Ma'ad, jil. 4, hlm. 232)
Kadar makan orang beriman 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu menceritakan; Terdapat seorang lelaki yang biasa makan dengan banyaknya, kemudian ia masuk Islam. Sejak itu ia makan dengan sedikit sahaja. Diceritakan perkara itu kepada Nabi sallallhu alaihi wasallam, lalu baginda bersabda; "Sesungguhnya orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam tujuh perut". (soheh al-Bukhari, kitab al-At'imah)

Ulasan :
  1. Dalam hadis yang lain, Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda; "Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan". (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah & at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib radhiyallahu 'anhu)
  2. Menurut ulamak, tahap kenyang ada tujuh:
Pertama : Makan sekadar untuk membolehkan hidup.
Kedua : Menambahnya supaya dapat berpuasa & mengerjakan solat dengan berdiri. Ini adalah wajib.
Ketiga : Menambahnya lagi hingga berupaya mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Keempat : Menambahnya lagi supaya ada kekuatan untuk bekerja memperoleh pendapatan. Ini adalah mustahab (disukai Syarak)
Kelima : Menambah lagi hingga memenuhi 1/3 perut. Ini adalah harus.
Keenam : Menambah lagi hingga badan menjadi beat & banyak tidur. Ini adalah makruh.
Ketujuh : Menambah lagi hingga menimbulkan mudarat iaitu makan hingga penuh perut yang ditegah oleh syarak. Kenyang sebegini adalah haram.
(Fathul-Bari dan Faidhul-Qadier (hadis no. 2217) )
maka, kita ni makan tahap mana? fikir-fikir la iye.huhu, bila baca hadis ni terkena atas muka sendrik la plak kan...makan main bantai je. HPA banyak mengajar aku bagaimana aku harus alert dengan apa yang masuk dalam badan aku ni makanan, minuman & medicine. makanan yang halal kat luar sana x semestinya suci. sama juga macam ubat. aku mem'boo' sekeras-kerasnya ubatan kimia dari hospital, farmasi & dari mana-mana sahaja la. aku memandang jijik! yuk! doktor pakar aku adalah Allah. hanya ubatan dari Allah aku terima sebab Dia yang cipta aku maka Dia Maha Tahu kondisi badan aku macam mana. terima kasih Allah kerana menghadiahkan HPA kepada aku. Allahuakbar.
 

No comments: