Tuesday, February 15, 2011

cinta ini lebih bermakna buat mu wahai insan terulung kekasih Allah

Assalamualaikum guys,
hari ini, 12 rabiulawal seluruh umat Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam menyambut hari lahir baginda ke 1440. hari ni sambutan dimeriahkan lagi dengan perarakan maulud nabi sambil berselawat ke atas kekasih Allah ini.alhamdulillah.bila aku menonton rancangan Tanyalah Ustaz, ustaz ada mention yang pembuktian cinta kita pada Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bukan sekadar berselawat & hanya di mulut tetapi kita wajib mengikut & mengidolakan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam dalam setiap bucu dalam kehidupan kita ni.mahabbah,cinta,love.Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam selalu bercerita mengenai cinta kerana daripada cintalah kita akan rasa kedamaiannya.andai kata kita mencintai seseorang itu,pastinya kita sanggup berkorban, kita tak nak sakiti dia, kita nak dia gembira & menyukai apa yang ada dalam diri seseorang itu.formula yang sama jugak lah cinta kepada Allah & Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam.

dengan rasa cinta inilah kita akan ringgan dalam melakukan ketaat kepada Allah taala, kita akan menyukai setiap firman2 Nya, kita akan ikut segala suruhannya & seboleh-bolehnya tak nak buat apa yang Dia tak suka. bila cinta kepada Allah taala dah bersemadi kukuh dalam diri kita, maka akan hadirlah cinta kita kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam. mana mungkin kita tak mencintai hamba yang paling dikasihi Allah ini? sesungguhnya, aku semakin faham & jelas apa yang dimaksudkan kemanisan iman itu. manis ini tak boleh dirasa dengan lidah, tak nampak apatah lagi untuk disentuh. rasa kemanisan ini adalah rahsia Allah. Dia akan bagi kepada sesiapa yang benar-benar jujur mencintai Dia. andai seseorang manusia itu kental menghadapi segala ujian & cabaran dengan berpaut pada Allah, maka insha Allah dia sedang membuktikan kejujuran cintanya kepada Allah.
Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam insan terulung di dunia ini. baginda telah membuktikan bahawa baginda sebagai sebaik-baik contoh kepada manusia seisi alam ini.baginda ialah Al-Muallim...yang membawa Islam kepada kita semua pada hari ini. sungguh, kita tak pernah lihat batang tubuh baginda tetapi aku sentiasa merasakan haruman kasih & cinta Rasulullah salallahu alaihi wasallam bertebaran & tersebar di mana sahaja bumi Allah yang aku tumpang ini.kisah-kisah sirah yang aku dengar & baca itu seolah-olah baru semalam sahaja berlalu. cerita-cerita perjuangan Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersama keluarga & sahabat-sahabat baginda dalam menegakkan tauhid Allah membuatkan aku lebih bersyukur & berbangga kerana Allah taala memilah aku sebagai salah seorang umat Rasulullah salallahu alaihi wasallam.

maulud rasul kali ini lebih bermakna...bermakna kerana aku punyai hati yang baru. kiranya dulu hati aku berkarat dengan segala fitnah & hasutan dunia, tapi alhamdulillah kini Allah taala membawa aku ke daerah yang damai. damai dengan segala janji-janji benarNya, damai dengan alunan bait-bait suci kitab Allah al quran nur karim, damai bersama sabda-sabda indah Rasulullah salallahu alaihi wasallam, damai dengan dakapan rasa cinta kepada mati & akhirat dan sungguh! aku benar-benar tak sabar untuk menanti waktu bertemu Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan melihat zat Allah. Allahuakbar. all praises to Allah Almighty.

Ya Allah, terima kasih untuk cinta ini. ya Rabb...letakkanlan dunia ini di tanggan ku & akhirat itu di hati ku.janganlah kau lebihkan rasa cinta ku ini kepada yang lain selain daripada Mu & Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam....
 
sesungguhnya, Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam tiada galang gantinya. aku selalu berangan yang aku menyelusuri relung masa sewaktu Rasulullah salallahu alaihi wasallam masih hidup, aku duduk di hadapan baginda bersama-sama sahabat-sahabat baginda mendengar pesanan2 baginda, melihat baginda bercakap, senyum, ketawa...maha suci Allah =,) namun, aku bersyukur kerana aku hidup pada zaman ini kerana aku yakin Rasulullah salallahu alaihi wasallam juga benar-benar mencintai & mengasihi umatnya yang tidak pernah bertemu baginda. 

semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus beramal dengan ilmu, beribadah & meniru segala peribadi baginda agar bila jumpa Rasulullah salallhu alaihi wasallam nanti, banginda cam & kenal aku, agar Rasulullah salallhu alaihi wasallam sudi mengurniakan syafaat kepada ku, agar aku bersama baginda di al-khautsar minum bersama-sama manusia yang mentaati Allah & Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.subhanallah...Allahuakbar. demi Allah, cinta ini lebih bermakna buat mu wahai insan terulung kekasih Allah.


No comments: