Sunday, July 17, 2011

Didikan Allah...oh, sungguh menakjubkan!

Assalamualaikum & peace be upon you,
owh, belog bermuka baru yang lebih simple. alhamdulillah, segala puji hanya hak milik Allah...aku ekceli rasa sangat-sangat gumbira & suka hati kerana Allah mendidik aku dengan cara haluuusss sangat. terharu dengan Allah bercampur segan dengan Allah & yang paling utama perasaan takut yang semakin menebal dengan Allah.tapi Allah selalu tenangkan rasa takut dengan sifat Pengasih & Penyayang yang ada pada Allah. hari ni aku attend ESP session 2 yang diadakan kat wisma PKPS shah alam ni. Allah sentiasa arahkan aku pada majlis-majlis ilmu yang sangat mulia seperti ini. Allah halakan aku kepada good peoples seperti ini.

Demi Allah yang memiliki hati ini, biar apa sahaja ujian Allah nak bagi pada aku tetapi aku tidak mahu sedikit pun untuk kembali ke dark ages aku dahulu.kalau nak difikirkan, dengan perangai aku dengan Allah macam ni, sifat-sifat mazmumah yang masih ada dalam diri aku ni sememangnya kau tak layak langsung diberi kasihan oleh Allah...tapi benarlah! percaya & yakinlah... Allah memang Maha Memahami, Maha Penyabar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pendengar yang paling hebat. Allah bagi kat aku tepat pada waktuNya. pastinya Allah jugak bagi apa yang aku tak jangka pun...tiada hari yang aku lalui tanpa bimbingan Allah & ingatan yang sangat kuat kepada Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam.

yang paling gempak Allah bagi ilham kat aku is aku tetiba seakan dapat memahami perasaan Rasulullah salallahu alaihi wasallam sebagai seorang Muallim teragung kat dunia ni. bila aku ajar anak-anak kat Dzul Iman such as menulis dengan cantik, menulis atas garisan, baca qiraati dengan betul & macam2 lagi even ajar doa masuk & keluar tandas...bila diorg tahu,pandai & apply apa yang aku ajar, sesungguhnya perasaan aku waktu tu sungguh menakjubkan.rasa gembira & bahagia kat qalb tu...aku sendiri tak leh describe. after that, Allah bagi ilham kat aku yang mesti Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam lagi happy bila dia tahu & lihat aku tahu,pandai & apply apa yang baginda ajar. dan macam tu jugak la kalau anak-anak tak dapat-dapat apa yang aku ajar mesti ada rasa kecewa tp tak boleh give up.sama jugak la dengan Rasulullah salallahu alaihi wasallam kan...mesti baginda sedih habis la kalau umat-umat dia tak buat apa yang dia ajar.

memang cara Allah didik aku cukup menakjubkan. memang aku selalu tak sangka cara-cara Allah nak tarbiahkan aku...apa yang aku kena konsisten ialah nak mengkualitikan solat, kurangkan keutamaan diri sendiri & dunia dan pentingkan kepentingan ummah & akhirat...first time aku rasa excited habis nak celebrate Ramadhan! wohooooo!


No comments: