maka hampir 2 minggu lagi la menjelang showcase yang semua pakat duk pulun nih.akhirnya terpublishlah poster Asy Syura yg sgt aku suka ni terutama tang tangan dan font arabic nih...jumaat lepas baru setel sidang media yang buat kat dewan bankuet DBP.bagi aku,PC ni santai dan smooth..belajar dari kekurangan dan repair menjelang show nanti.
sekarang DBP umah ke dua aku ngan anne yg slalu duk g berurusan kat situ.well,syukur pada Allah yang tersayang kerana bagi aku kenal dgn ramai orang yg baik-baik,senang diajak berbincang,klakar dan tak lokek ilmu.abg fetri,abg jasni,abg jamil,cik mat,en ghapar,en murad,en razak,semua staf DBP dan juga termasuk datuk johan adalah orang2 yg penting kepada CS dan teater ni.diorang baik sgt2...tak tau aku nak cakap macam mana.

bila aku g menonton teater monolog berskala kecil Menunggu Kata Dari Tuhan kat stor DBP,mmg best sgt sebab dpt sembang2 ngan penulis skrip dinsman,pengarahnya,pelakonnya sabri yunus,pemuziknya sani kopratasa,pengiat2 teater,org2 kuat DBP.yang best byk diorang kongsi pengalaman dan ilmu ngan kitorg yg sememangnya masih cetek mengenai ilmu teater ni.suatu pelajaran yg tak pernah diajar dlm kuliah.
apapun,aku benar2 doakan yang terbaik untuk Asy Syura yang bakal dipentaskan April ini.semoga Allah merestui segala usaha aku & semoga Allah memanjangkan hubungan saudara aku dan orang DBP yg byk bantu aku ni.