Sunday, December 26, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Ruqyah

Assalamualaikum kepada anda yang dihormati Allah sekalian,
Untuk volume ke 3 ni, aku nak cite pasal ruqyah.kita biasa dengar perkataan ruqyah tu kan, tapi apakah sebenarnya ruqyah tu? sebuah perbuatan kah? atau apakah? jom kita teliti sabda mulia Rasulullah salahua 'alaihi wasalam yang tercinta mengenai ruqyah ini.check it out!

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; "Nabi salallahu 'alaihi wasalam meniup ke atas dirinya pada ketika beliau sakit hampir kematiannya dengan membaca al-Mu'awwizat (iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas). Namun tatkala sakitnya semakin berat, akulah yang meniup dengan membaca al-Mu'awwizat tersebut, kemudian dengan tangan beliau sendiri aku sapukan ke badannya untuk mengambil keberkatan dengan tangannya". Az-Zuhri ditanya; "Bagaimana Nabi meniup?". Beliau menjawab; "Beliau meniup ke kedua tangannya, kemudian beliau menyapu kedua tangannya itu ke wajahnya". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit. Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah; Telah menjadi ijmak ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan 3 syarat : i-menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya. ii-menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya. iii-dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah. (Fathul-Bari, kitab at-Thibb)
  2. Dilarang sama sekali meruqyah dengan ruqyah/jampi yang mengandungi ungkapan syirik. Seorang sahabat Nabi bernama 'Auf bin Malik al-Asyja'ie radhiyallahu 'anhu menceritakan; 'Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam; "Ya Rasulullah, apa pandangan kamu tentang jampi?". Baginda menjawab; "Tunjukkan kepada ku jampi-jampi kamu.Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya" (Riwayat Imam Muslim & Abu Daud dari 'Auf bin Malik radhiyallahu 'anhu)
  3. Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir dan doa-doa yang maksur dari Nabi salallahu 'alaihi wasallam kerana tidak ada sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran ata as-Sunnah sudah pasti lebih mustajab dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi 3 syarat tadi.
Di antara bacaan ruqyah Nabi

Dari 'Abdul-Aziz rahimahullah yang menceritakan; Aku & Tsabit rahimahullah telah masuk bertemu Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu. Tsabit berkata; "Wahai Abu Hamzah (panggilan bagi Anas), aku ditimpa sakit". Lalu 'Anas berkata; "Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah Rasulullah sallalahu 'alaihiwasalam". Jawab Tsabit, "Sudah tentu". Anas pun membaca ruqyah Rasulullah (yang bermaksud): "Ya Allah, wahai Tuhan manusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan maha Penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada meninggalkan lagi penyakit". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam apabila meruqyah, baginda akan membaca; "Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan Manusia. Di tanganMulah kesembuhan. Tidak ada siapa yang dapat membuang penyakit melainkan Engkau sahaja" (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

so, boleh la kita menjadikan hadis-hadis ini untuk menjalankan rawatan kaedah ruqyah yang pernah disebut oleh baginda ni. antara penyakit yang boleh diruqyah yang diberitahu di dalam buku '106 Hadis Pengubatan Nabi' tejemahan & ulasan daripada Ustaz Ahmad Adnan B Fadzil (Mudir MANHAL HPA) ini, untuk mata, sengatan binatang-binatang berbisa & sakit telinga. nanti next post insha Allah aku akan kongsi cara meruqyah dan medium apa yang digunakan untuk meruqyah.well, mungkin dah ramai yang tahu bab2 ni tapi ramai juga yang tak tahu kaedah ni kan. so, put your trust to Him, raise you hands & pray ;D


No comments: