Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Kembali kepada fitrah? hey! itu cool! (Sneak Peek : HAI-Bicara Selebriti siri 6)

Assalamualaikum, hey uolls!

Hidup ini memang begini kan. sibuk memanjang...kadang ntah hape-hapela yang disibukkannya. bangun subuh tup tap dah nak pejam mata tido balik. hokey,kali ni saya nak share sedikit pandangan tentang fenomena yang semakin hangat berlaku di sekeliling kita sekarang. PRU? ha ah,itu salah satu kehangatan di Malaysia sekarang tapi saya tak mau cite pasal tu lagi. kehangatan yang saya maksudkan ialah fenomena di mana 'kebangkitan' golongan ustaz/h, ulama', majlis ilmu, ceramah dan sehangkatan dengannya.

suatu malam, sebelum saya keluar untuk shooting short film, Allah gerakkan hati saya untuk ke surau kolej xxx.ada ceramah sempena maal hijrah ke kalau tak silap. speakers terdiri dari wakil pelajar (WP) dan salah dua orangnya ahli sebuah persatuan islam university. bagus, saya suka pengisian penghuraian kesedaran dakwah di kalangan golongan muda sekarang yang semakin memberangsangkan. berpindah pula kepada komen wakil pelajar ini mengenai fenomena populariti ustaz yang berjaya menarik puluhan ribu orang untuk mendengar ceramahnya. jemput sahaja beliau, pasti masjid atau tempat itu umpama pesta besar-besaran. jalan komfem jem dan jemaah melimpah keluar. ya, anda terer dapat teka sape yang saya maksudkan, Ustaz Azhar Idrus.maka WP ni pun mengatakan bahawa kurang mengemari akan hal ini sebab orang g tu bukan nak ilmu sangat tapi disebabkan benda tu popular so that people wanna be part of crowd. pegi pegi pun gelak2 then kalau orang tanya "apa ko dapat daripada ustaz azhar ckp tadi?" maka jawapannya, "ntah!". baiklah. sebenarnya, banyak lagi kritikan WP kepada fenomena ini tapi biar itu sahajalah yang saya taip.

pasti ada antara yag membaca ini mengatakan saya fanatik UAI. "pengikut UAI ni memang, tak boleh ditegur. bajet diorang tu alim macam UAI, UAI tu pun satu, bahasa kasar". peluh kecil. saya pernah baca orang komen macam ni di FB & YouTube. memang, saya fanatik. kalau boleh hampir semua tempat UAI pegi saya nak gi. saya fanatik dengan gaya dakwahnya, ilmu-ilmunya, gaya penyampaiannya & kreativiti dia menarik begitu ramai golongan muda yang dulu tak kenal agama tetapi kini sudah kembali sujud kepada Allah. ya, saya memang tak nafikan ada yang pergi tu sebab orang lain pun pegi BUT AT LEAST dia pergi ke tempat baik, taman syurga, majlis ilmu berbanding perhimpunan yang ntah hape-hape tu kan. bukan kah kita femes dengan kata-kata ini kalau berkawan dengan si penjual perfume, sedikit sebanyak pun bau lekat kat kita. biarlah mungkin awal-awalnya dia pergi sebab orang lain pun pergi, lama-lama bila telinganya mendengar pesanan-pesanan yang baik insya Allah dia sedar juga. mungkin orang yang melihat usaha ini hanya semudah kacang cap  ibu jari tapi saya yakin kita sedang berusaha to create generations towards Al-Fateh dan contoh pemuda Islam yang lain.

dulu, awal 2010 kalau tak silap, abang ipar saya bawa balik VCD UAI ni ke rumahnya dan waktu tu, saya masih tak biasa dengan ceramah2 apa semua ini. saya pun waktu tu memang ntah hape-hape mengarut lagi. saya dengar hujung telinga macam tu je, pastu lama-lama abang ipar saya asyik duk pasang VCD tu saya jadi tertarik. waktu tu UAI tak femes lagi. pastu saya cari kat YouTube. dalam duk tengok dalam YouTube tu la saya jumpa ustaz-ustaz lain. liked page UAI kat FB, liked page JKKK & lain-lain lagi. lepas tu barulah UAI mula femes. gitu la sikit sebanyak cerita bagaimana saya kenal UAI ni.

curi-curi cerita sikit. 1 Dec 2012, saya bersama sahabat saya dari KL ke Hari Hiburan Islam : Bicara Selebriti bersama UAI, Meyda Sefira, Heliza Helmi & Amin Idris di Stadium Muhammad IV Kota Bharu. sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. seluas-luas padang itu, saya tak nampak satu ruang kosong pun tanpa diduduki oleh manusia. penuh. terharu juga dengan kisah Amin Idris yang ketinggalan penerbangan ke Kota Bharu dek tugasan membuat liputan sebuah perhimpunan merah. sanggup beliau, membeli tiket flight yang lain dan sampai ke pentas jam 10.30 malam. memang saya lihat pada jadual beliau di FBnya memang pack dari awal pagi. malam itu hujan,mula-mula tu saya beralih juga ke tempat teduh.pastu hujan berhenti hampir semua kembali ke padang. melihat di dada langit, subhanallah! bulan yang sangat bercahaya dan cantik. angin sejuk mendakap kami semua. sedang hangat panel berbicara hujan lagi dan kali ini saya memilih untuk kuyup bersama lebih 15k jemaah lain. yang lebih mengagumkan saya, walau hujan lebat semua panel & moderator tidak berganjak dari pentas sehinggalah datang krew untuk memayungi mereka. takbir ALLAHUAKBAR berkali-kali dilaungkan. semangat Palestin dan kebangkitan Islam semakin laju mengalir dalam diri ini.

picture credit to FB Amin Idris
antara apa yang saya dapat dari panel-panel yang hebat ini ialah menjalankan dakwah kena luruskan niat, ikhlas, lihat dengan siapa kita berkawan dan bergaul.apa yang paling utama ialah ilmu kerana dengan ilmu itulah menentukan bagaimana kita melihat & menilai dunia ini dan dengan ilmu lah kita nampak jalan ke akhirat. bak kata UAI, popular itu tak perlu pun dicari kalau dia nak datang dia akan datang tanpa dipaksa. ya, malam itu UAI tidak menghurai kitab Anak Kunci Syurga tetapi lebih kepada perkongsian bagaimana dia bermula daripada diminta mengajar di tangga pondok yang bermula dengan seorang murid, 5 orang dan berpindah kepada 10 orang di surau. kini, tak perlu saya calculate kat sini beramai ramai orang yang ke ceramahnya tanpa ada pengangkutan percuma, kain pelikat percuma, duit sagu hati dan apa-apa sahaja lah kecuali dengan kerelaan diri sendiri walaupun menempuh jalan yang sukar. benar, dia daie sejuta umat.

pernah demo tengok talk lagu nih? ;)

saya kuyup dan saya suka!
ternyata, yang dinamakan updated dan cool itu ialah mereka yang memilih untuk kembali berpegang kepada agama Islam. mereka yang memilih bersama majlis ilmu. kata UAI lagi, manusia ini punyai hobi. buat lah hobi apapun hobi suka tangkap gambar ke, naik basikal ke, motor ke asalkan tidak melanggar syariat dan kita buat semua tu dengan berpandukan Islam. as simple as that. world view kita wajib gunakan Islam sebagai kaca mata kita melihat dunia ini. jangan terlalu menjadi leteralis agama yang hanya melihat Islam hanya pada perkara tertentu sahaja.



 Dari kiri Kak Aisya, Aryani, Dik Husna & Kak Hidayah

Khalas :)

Tuesday, August 7, 2012

Bila En Hensem Datang ;)

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu penduduk kampung Sya'ban pun tiba. semua mata membulat kerana terpegun dengan kemachoan En Hensem ini. Kedengaran alunan lagu "tho la al badru alaina" disulami dengan bunyi gendang & kompang. suasana ala-ala penduduk Madinah Kota Bercahaya menyambut ketibaan Rasulullah salallahu alaihi wasallam & rombongan semasa penghijrahan baginda suatu ketika dahulu. Maka En Hensem pun naik ke satu tempat yang tinggi sambil dibimbitnya seperti karung guni. banyak karung itu. Ada anak-anak kecil yang menarik-narik tanggan ibu mereka bertanyakan "Ummi, kenapa En Hensem ni tak macam manusia pun?", umminya menjawab "Memanglah nak, dia bukan manusia.". sayugia, En Hensem pun memulakan kalimahnya.


"Ehem...Assalamualaikum. Pertamanya, nama sebenar saya Ramadhan. saya hanya datang setahun sekali. dalam karung-karung ini banyak hadiah yang saya bawa dan kesemua berbentuk ganjaran. kalau anda semua hard working, sure anda akan dapat banyaaak lagi ganjaran yang berdabel tripel," ok, stop eid! sebelum cite ni jadi makin fantastik, baik anda terus apa natijah anda sebenarnya. baiklah! -_-'

Saya taip Ramadhan ini 'hensem' coze saya menggambarkan bulan Ramadhan ini adalah sesuatu yang sangat indah! ianya merupakan peluang yang lebih emas dari emas olimpik sebab Allah nak kita hamba Dia ni bersih balik diri kita dari apapun dosa malah daki2 dosa pun Allah tak nak ada pada kita. kalau analoginya macam ni lah, sorang makcik jemah ni beria-ria sangat suh orang datang makan-makan kat rumah dia. mak jemah ni bukan setakat menjemput, malah disediakan pulak transportation untuk sesape yang nak datang rumah dia ni. yang mana duk jauh, siap dibekalkan tiket flight lagi. semak dan segala duri yang menghalang laluan orang nak gi rumah mak jemah ni habis dibersihkan mak jemah. tinggal tetamu nak ke tak nak je datang.

ohoii...tetapi Allah lebih, lebih, lebih lagi dari analogi di atas tu. syaithon wal iblis dah dilock siap2. pahala berganda berjuta-juta lemon infiniti nak kira, hati kita akan lebih lembut, banyak majlis-majlis ilmu terutama kat masjid yang sampaikan dah penin nak pegi mana satu. ish, banyak lagi lah kalau nak taip! psst...belum cite pasal makanan2nya *gasp!

so, ni dah masuk fasa ke dua dah...terpulang pada kita nak ke tak nak sambut tawaran Allah ni. mungkin kita pernah soalkan kenapa Allah ciptakan neraka untuk jin dan manusia ? kot la Allah sesuka je nak campak kita dalam api neraka tu, sedangkan kita ni diciptakan Allah gak? marilah mari...kita mengundi! eh, salah. marilah mari...kita tadabbur! so, we can answer this question. syurga itu diciptakan untuk manusia, siapa manusia? hey! kitalah manusia! syurga itu untuk kita, malah grandpa kita Nabi Adam a.s & grandma kita Saidatina Hawa r.a asalnya syurga tao. Ramadhan ni peluang kita nak minta ampun dan maaf dengan Allah, Allah tunggu je kita minta (as always), pintu-pintu sorga dibukak & dikuak seluas-luasnya dan rahmat Allah melata di muka bumi. kalau la rahmat ni nampak macam duit turun dari langit, memang lingkup la para peniaga jalan TAR dan bazar2 Ramadhan ni sebab manusia dah teruja nak 'mengutip' rahmat Allah ni. tapi hakekatnya, rahmat itu intangible. ianya tak boleh dipegang apatah lagi utk dilihat dengan mata fizikal tetapi dapat ditembusi dengan 'penglihatan' mata hati.

so, jom! mari kita raikan En Hensem ini dengan menganda-gandakan amalan kita. macam-macam yeop kita bleh buat bukan setakat berlapar utk Allah je. saya ada baca satu pengalaman best kat Mesir during Ramadhan yang diceritakan oleh cik Nur Amanina dalam Majalah JOM! page 16-19. deme ni mmg terbhaek lah! memang diorang faham Ramadhan secara syumul dan bawa apa yang dah dididik dalam bulan ini ke bulan-bulan seterusnya. Allahuma solli ala' saidina Muhammad wa 'ala ali Muhammad :)

psst...saya tak suka dengar lagu raya selagi Ramadhan belum berakhir


Friday, June 29, 2012

No More Doubt!

"Hari berganti, ku yakin waktu ku kian singkat. Tuhanku, biar ku genggam dunia ini tanpa mencintainya, kerana ku kan segera pergi"

ya, sesiapa yang sudah mendengar lagu-lagu dari album terbaru inchek Maher Zain, Forgive Me mungkin familiar  dengan ayat di atas tu. ish, idmalina mohamad ideris ni asyik cite pasal maher zain je. suatu petang saya berjalan di hadapan library seorang rakan menyapa saya "hey maher zain!", hari yang lain pula saya berjalan di hadapan bangunan fakuli saya yang baru sahaja bertukar nama FiTA (Fakulti Filem Teater & Animasi) itu pun disapa oleh kawan-kawan, "assalamualaikum maher zain!". lalu saya bermonolog mengomel-ngomel "apesal la diorang ni, hei! nama aku idmalina mohamad ideris la, bukan maher zain!". haha, padahal memang saya tahu pun kenapa diorang sapa saya dengan nama pak sheikh stockholm tu.


maher zain... salah seorang hamba Allah yang Allah hadiahkan kepada saya sebagai isyarat untuk Allah memberi cahaya petunjukNya kepada saya. namun yang paling utama ialah saya yakin, Allah sedang memakbulkan doa-doa ibu abah saya yang terlalu banyak memohon untuk kebaikan saya. hari tu, masa private gathering dengan maher, saya tak boleh tengok lama-lama wajah & susuk tubuh dia. ya, memang malam tu saya nanghes. saya macam tak caye yang orang depan mata saya ni yang antara menjadi medium untuk Allah memberi petunjuk kepada saya. mahu saja saya nak cakap berjuta-juta lemon terima kasih kat dia atas segala usaha da'wah yang dia lakukan. 'melalui' dialah saya kembali mengenali Allah saya, Rasulullah saya, agama saya, al Quran & hadis saya, saya kenal raaamai orang-orang yang layak saya jadikan role model yang sebetulnya, saya melihat, mendengar, merasa dengan mata hati saya... baru saya faham purpose saya kat dunia ni, purpose solat, ibadah & syahadah saya. yang paling saya terduduk sebak bila Allah mengiktiraf 'saya' di hadapan malaikat saya. tak caye? sila belek al-Baqarah ayat 30.

Quran menjadi surat-surat cinta Allah kepada saya, saya maseh ingat lagi takala saya melakukan perubahan ada yang menentang. tak semena-mena Allah gerakkan hati saya untuk baca tafsir surah ali-Imran ayat 200 untuk saya terus sabar. juga tak semena-mena saya dapat rasakan baginda Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam dekaaat sangat dengan saya. rasanya, bait-bait indah hadis itu segar & baru sahaja baginda lafazkan. nak-nak lagi bila baca syamail Muhammadiah T__T ...malunya saya pada baginda kerana saya tak menyambut cinta baginda selama ini sedangkan baginda telah mencurahkan kasih & cintanya kepada saya dalam sepanjang hayat baginda even semasa nafas-nafasnya terakhir pun masih menyebut nama saya. saya akui, dengan lagu The Chosen One saya disentapkan dari kelalaian saya terhadap baginda salallahu alaihi wasallam.

bila recap balik siapa saya hampir dua tahun yang lalu, amat mendukacitakan. dulu, saya tak pernah buat eksprimen mahupun kajian pun kenapa saya ada di muka bumi nan sfera ini. bila saya fikir balik, klao lah Allah tak kasihankan saya dengan memberi saya cahaya pentunjuk mungkin saya masih lagi saya yang dulu yang tak pernah sedar diri. berpandukan tarikh post ni sedang ditaip ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum Ramadhan versi 1433 hijrah menampilkan fajarnya yang penuh bergaya. Ramadhan... inilah ruang terbaik untuk saya totally refreash wal format balik iman saya yang sudah berlubang di sana sini. masih ternampak-nampak lagi kebahagiaan saya melalui Ramadhan tahun lepas nak2 lagi bila berpeluang berada di tanah kelahiran saya, Kelantan selama sebulan menghabiskan Ramadhan yang dirahmati bersama ibu abah terchenta.

insha Allah untuk Ramadhan versi tahun ini, saya akan menjalani internship saya di Nasyeed.com shah alam T__T apa nak buat walau jauh di dinding hati tak berapa nak rela tapi terima sahajalah selaku anak di perantauan ini. tapi kat mana pun saye berada, semangat Ramadhan mesti kental. saya tak tahu sama ada saya sempat ataupun tak untuk sekali lagi saya merasai kerahmatan Allah untuk Ramadhan kali ini. orang kata, nak-nak dekat Ramadhan ramai orang meninggal. em, ye ke? hanya Allah yang tahu. tapi yang pastinya stakat ni memang ada beberapa orang yang saya kenal dah kembali ke pangkuan Allah dan yang paling memilukan kawan baik saya kehilangan maknya hampir seminggu yang lalu.

saya kini berumur 24 tahun 24 hari. segala puji khas untuk Allah kerana masih menyambung kontrak hayat saya. tapi tulah, iman saya ni ada naik turunnya. bak bait lagu Forgive Me "i'm try to walk away, but temptations surrounding me". seharusnya lah Allah memberi ujian kepada saya untuk menguji kekebalan iman & keikhlasan hati saya dalam kembali kepada fitrah ini. apa lagi saya ni stok manusia yang nak mengintai syurga dari jauh pun masih tak layak apa lagi mahu sedondon berjalan dengan baginda salallahu alaihi wasallam. memang nak kena jerkah dek malaikat la kan. tapi... mana mungkin saya mampu untuk terbakar di dalam lubang neraka itu. maafkan saya Allah, hati saya penuh dengan kesesalan.

apapun, saya rasa hidup saya lebih nyaman jika dibandingkan 2 tahun lalu. saya sudah tidak ragu-ragu lagi dengan cahaya Islam ini. banyak benda yang saya perlu pelajari dan laksanakan. banyak lagi tanggungjawab yang tak terlunas. banyak lagi kebaikan yang perlu saya lakukan. semoga saya dan kita semua kuat dengan dunia yang tak lebih hanya permainan dan ujian ini. okbai.

"kini ku tahu rasanya, hidup dalam cahaya kasih Mu. kini ku tahu rasanya menemukan damai di hati. seandainya semua tahu, indahnya mengabdi pada Mu, seandainya semua tahu kasih Mu lepaskan belenggu"

CINTA . HIDUP . SIANG . MALAM . HARTA . DOA semua untuk Mu


Saturday, March 17, 2012

Ibrah Cahaya Nya

Pagi itu dia mundar mandir. Fikiran bercabang-cabang bak mind mapping dalam kuliah Research Methodology sebentar tadi. Dirinya berbelah bahagi sama ada mahu mengiakan sahaja ajakan rakan-rakannya untuk pergi menonton teater Lari itu. Fikirnya, sudah lama tidak menyibukkan diri menonton yang ada manfaatnya untuk mengisi tabung pengalaman sebagai pelajar di dalam bidang industri kreatif ini. Namun, secabang lagi fikirannya semalasnya dia ke tempat teater itu dek kerana banyak memori kelam selama dia berada di dalam lubuk kejahilan suatu ketika dulu. Dia menghela nafas dalam, meminta petunjuk Tuhannya. Dia memejamkan matanya seketika dan melapangkan dadanya untuk cuba melupakan seketika apa yang telah dia lalui suatu ketika dahulu itu. Dia mencapai BlackBerry dan membuka BBMnya untuk memberi keputusan kepada Amy untuk mengikutnya ke pementasan itu.

Petang Jumaat itu, seperti dia jangkakan Lebuhraya Persekutuan sesak seperti biasa. Pemain MP3 di radio keretanya memainkan lagu dan zikir kegemarannya. Alunan-alunan muzik itu tenggelam dan fikirannya melayang sambil melihat kereta kiri kanannya yang bergerak dalam kadar meter kelajuan hanya pada angka 20-30...

Ketika itu dia sangat gembira ditemani sahabat baiknya di sisi. ketika itu dia rasanya mereka diumpakan sebagai Rahul dan Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hei. Tiada apa yang lebih utama di dalam dunia ini melainkan persahabatan mereka berdua. Seperti belangkas, ke sana ke sini bersama tanpa peduli apa sahaja kata orang terhadap mereka. Apa sahaja lah yang dia sanggup korbankan demi kepentingan persahabatan ini. Sewaktu dia di tahun akhir Diplomanya girang sekali apabila mereka berdua lebih banyak masa untuk bersama dalam kerja-kerja untuk projek akhir mereka. Dia menumpang tidur di rumah sahabat baiknya itu pun dia tak kisah walaupun berlainan jantina. Kongsi makanan lagi lah dia tak kisah. Pendek kata, hampir setiap hari mereka menghabiskan masa merayau ke sana sini bersama. Ya, mereka juga umpama seperti Devdas dan Paro di dalam filem Devdas. Namun jauh di sudut hati dia, dia mahu mengajak sahabat baiknya itu untuk mengikuti jalan Islam dengan baik. Ya, sekurang-kurangnya bersolat. Dia sememangnya tahu sahabatnya itu seorang gay, boleh dikira atau mungkin sukar untuk mengingati bila kali terakhir dia melihat sahabatnya itu bersolat. Pernah dia menarik cuping telinga sahabatnya lantaran subang yang dikenakan sahabatnya. Dalam dia mahu mengajak sahabatnya ke jalan Allah, tanpa dia sedari dia sendiri yang tersasar dibuai nafsu dunia yang beralasan persahabatan itu.

Deruman enjin dari motor berkuasa tinggi sekumpulan penunggang Harley Davidson yang lalu di sebelah kanannya membangunkan dia dari asyik menyusun helaian-helaian kisah lamanya itu. Dia memasukkan gear 5 dan menekan pedal minyak dan terus menyusur ke exit Istana Negara. Seusai sampai, dia menuruni kereta yang digelar Skancil Skyline tu sambil mendongak ke susuk bangunan di hadapannya, "oh, tempat ini menyimpan pelbagai kisah itu" bisik dia sambil di dalam benaknya semakin laju menyelak helaian-helaian kisah lamanya. Dia menyusun tapak melihat sekeliling seakan-akan ada skrin High Definition yang memancarkan kenangan-kenangan lama di situ. Dia bersama rakan-rakan menuju kaunter tiket  untuk mendapatkan tiket yang telah ditempah. Dia berpaling ke satu arah dan melihat seraup wajah. Dia cukup kenal dengan lelaki pemilik wajah itu. lelaki itu senyum lebar takala mereka saling berpandangan. Dia tersentak seketika.

Dia mengawal riak mukanya dan cuba bertenang. Seukir senyuman dibalas kepada lelaki itu tanda hormatnya dan tidak mahu keadaan menjadi murung. Tangannya menyeluk beg mencari BlackBerrynya yang galak berbunyi daripada tadi lagi. Dia menumpukan perhatian pada telefon demi mengusir segala kenangan yang sibuk bermain di benaknya. lelaki itu cuba menarik perhatiannya untuk berbual namun dia terasa agak janggal.  Seusai sahaja pementasan tamat rakan-rakannya meminta untuk dia tunggu seketika untuk lepak dan bersembang dengan lelaki itu dan rakan-rakan yang lain. Suasana malam yang menjenggah jam 11 malam itu diisi dengan hilai tawa dan kepulan asap rokok yang menyesakkan dadanya. Hatinya cuba bertenang dan tidak mahu terlalu menampakkan tanda protesnya dengan keadaan suasana yang langsung tidak disukainya ini. Dia bermonolog dengan Tuhannya "oh Tuhan, lihatlah hamba Mu ini. mereka ketawa seakan mereka tak akan mati, seakan tiada yang memerhatikan mereka, mereka bersentuhan dengan berlainan jantina seakan itu halal untuk mereka, mereka menghembus asap rokok dengan sombongnya menjemput lagi jin & syaitan duduk sekali di kalangan mereka ini. Oh Tuhan, ini bukan dunia aku! aku tidak mahu lagi kembali ke dunia ini!" jerit hatinya seakan merayu untuk dia bangun dan melangkah pergi dari kalangan itu.

Hatinya mula bercabang metimbang tara dan mempersoalkan kepada dirinya "kalau Rasulullah ada ni, agaknya apa perasaan baginda melihat kau begini ha?" dengus hatinya. Entah kuasa dari mana dengan tak semena-mena dia bangun dengan melafazkan sejengkal ayat "Aku balik dulu..." dan terus melangkah dengan berani menuju ke Skancilnya. Dia memandu Skancilnya menyelusuri jalan yang tidak lagi sesibuk siang tadi. Perasaannya bercampur, separuh merasa syukur dengan menentang nafsu jahatnya dan terbelit rasa bersalah meninggalkan kalangan itu begitu sahaja. mulutnya kumat kamit mengikut rentak zikir alunan Hafiz Hamidun yang dimainkan di dalam keretanya dan akhirnya alunan itu larut di dalam kenangan yang kembali datang mengetuk fikirannya.

Malam itu hujan gerimis. Dia mundar mandir melihat jam di telefon bimbitnya jam 10.30 malam. Dia menunggu sistem pesanan ringkas yang bakal masuk ke inbox. "Aku perlu keluar dari kolej ni sebelum jam 11 malam, kalau tak malas plak aku nak bertekak dengan pak gad tu". Dia menyarungkan jeansnya dan mempersiapkan dirinya ala kadar sambil berbisik "ala, over night je pun". Dia menuju ke rumah sewa sahabat baiknya yang sememangnya tidak jauh dari kolej. Sesampai di hadapan pagar sahabatnya sudah setia menunggu dan lebih kurang 15 minit kemudian seorang lelaki berkereta Wira Aeroback break di depan mereka. Ya, itulah lelaki yang ditunggu dari tadi... "Apa lagi, jom la. hujan tu" jemput lelaki itu. dia dan sahabat baik dia girang lalu menaiki kereta itu. "Haa..nak g lepak kat mana nih?" soal lelaki itu. "Mana-mana je la bang...lapar ni, dari tadi tak makan tau tunggu abang" sahut dia. "Tempat korang ni jauh sangat, hujan plak tu, tu yang abang lambat sampai". Mereka menuju ke sebuah restoran di seksyen 13. Selepas makan dan bersembang di situ, mereka menuju pula ke sebuah lagi kedai mamak yang agak popular di kawasan itu. Hujan renyai-renyai dan tiga gelas kopi panas menemani mereka bertiga malam itu. Dia merasakan saat itu merupakan saat yang paling seronok dalam hidupnya. Lepak, bersembang tentang orang itu, tentang orang ini dan semuanya perkataan yang sia-sia. Mereka merasakan seakan ada chemistry di antara mereka kerana itu pertama kali mereka 'hang out' bertiga dan bebas bercerita tentang apa sahaja. Restoran yang beroperasi selama 24 jam itu tak pernah putus dikunjungi oleh pelanggan yang bermacam-macam ragam. Jam menunjukkan 5.30 pagi dan mereka bertiga mula beransur mengatur langkah ke arah kereta. Tidak tidur malam itu tidak menjadi alasan untuk mereka tidak mengantuk malah mereka masih rancak berbual. Jam 6.10 pagi dia masuk ke kolej dan terus tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.

"Uhibukka rabbi uhibukh...uhibuka inni uhibukh..." seraya bunyi BlackBerry hitamnya memberhentikan segala kelajuan selakan helaian kenangan di mindanya mengenai lelaki yang ditemui tadi. Panggilan daripada ibunya bertanya keadaanya dek kerana tadi ibunya tidak menjawab panggilan telefonnya siang tadi. Keretanya diperlahan dan dia mengeluarkan kad touch and go di tol Batu 3. Sampai di rumah, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Seusai solat, dia bersimpuh di bawah duli kebesaran Rabb nya. Suasana malam itu sunyi sepi, hatinya mula menangis di hadapan Tuhannya, dia mengadu kepada Tuhannya, terasa dirinya terlalu banyak kotoran dosa dek kesalahan lampau dan kelalainya memuja dunia ini. Dia mengangkat kedua tanggannya "ya Allah, sesungguhnya aku malu untuk mengangkat tanggan ku yang telah banyak berbuat dosa ini, aku malu untuk mengangkat wajah aku yang kotor ini, aku malu mahu meminta kerana aku banyak tidak bersyukur kepada Mu. Namun, hanya Engkau yang aku sembah & bersujud...aku merayu kepada Mu ampunkan dosa ku ya Allah. Aku yang kerdil, lemah dan bersalut dosa. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu agar terlerai kesangsian hati ini. Ya Allah, sekadar air mata ini tak mampu membasuhi dosa ini. Ya Samiiq, hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu yang dapat meringankan maka hulurkan maghfirah Mu. Andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi. Ya Allah ya Rahman, sebelum berangkat pergi ke daerah sana lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan raga ku. Ya Hadii, janganlah Engkah menarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada ku. Ya Rahim, selimuti diri ku dengan sutera kasih sayang Mu agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah abadi"

Dia tafakur dipembaringan sambil air matanya belum lagi kering mengenangkan kejahilannya suatu ketika dulu. Kisah-kisah manusia yang paling disayanginya tergambar di fikiran. Dia mengumpul kekuatan dengan kisah teladan baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam bagaimana baginda sabar & yakin kepada Allah dalam perjalanan da'wah baginda yang jauh lebih hebat dugaannya daripada apa yang dia hadapi. Tak semena-mena susuk bangunan hitam ka'abah dan kubah hijau nabawi terlintas difikirannya... Dia lena diulik denyutan taubatnya kepada yang Maha Pengampun.



Thursday, March 8, 2012

Nikmat Mengusik Jiwa

assalamualaikum... apa khabar iman kita hari ini ? :)

cepat je masa ini berlalu. hari demi hari bermula dengan bangun pagi, alih-alih dah malam. betul la firman Allah iaitu "sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian" dan ya... "kecuali kepada orang-orang yang berpesan kepada kebenaran". alhamdulillah, perjalanan saya di UiTM dah hampir menjangkau 5 tahun dan sekarang saya di tahun ke dua semester ke 4. alhamdulillah sepanjang cuti semester lepas, sekali lagi Allah bagi peluang untuk saya bersama-sama keluarga Dzul Iman dan kali ni di Dzul Iman D'Kayangan sec 13 shah alam. pengalaman sebulan ibarat sesaat tu banyak mengajar saya untuk lebih memahami hidup ini. antara benda penting yang saya belajar di sana adalah bagaimana untuk bersahabat...oh, mereka boleh menerima diri ku yang serba kelemahan ini.

mereka seakan menerima perangai saya yang kadang kala terkeluar perangai lama.huh, sungguh menakutkan. hijrah sikap ini antara yang paling sukar yang mana saya memerlukan shaping process yang agak lama. Adila, Ikma, Fara, Ain, Ita & Nurul yang Allah beri untuk menceriakan hari-hari saya even setiap hari perlu berhadapan dengan bermacam-macam kerenah anak-anak.ya sangat mencabar kesabaran namun alhamdulillah dengan sokongan diorang semua saya kembali senyum.mana tak nya, awal-awal pagi dah ada yang duk menyakat sesama sendiri...maka berderai lah gelak tawa kami semua. bila berhadapan dengan kerja sepanjang hari sesama kami seakan memahami situasi dan perasaan masing-masing. diorang memang tak berkira kalau pasal kerja ni.



hari terakhir meninggalkan mereka semua seakan mahu tertumpah derai air mata ini tapi saya kuatkan juga dengan harapan insha Allah saya akan kembali lagi bersama mereka walau hakikatnya ada antara kami yang dah sambung belajar. hati ini, Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya meninggalkan 'dunia' yang saya cintai itu. 'dunia' di mana saya dapat mencari diri saya yang hilang...bermula pagi sehinggalah letak kepala mahu lenakan diri di malam hari sering diingatkan tentang kebaikan. diingatkan mengenai tanggungjawab sebagai khalifah Allah.benarlah kata-kata Maher Zain "you must surrounding with good people". itu tak termasuk lagi dengan usrah segala tu...oh benar, bulatan itu sungguh mengembirakan.setiap hari melihat keajaiban semesta di sekeliling saya...oh, sungguh menakjubkan!

pastinya segalanya ini dari Allah Tuhan saya dan kamu yang Maha Penyayang, Maha Memahami, Maha Kaya dan Maha Best! Allah faham apa yang saya perlukan...Allah tahu hati dan perasaan saya...Allah tahu bagaimana untuk mengembirakan saya. Allah tahu segalanya tentang saya even ada perkara tentang saya yang saya sendiri tak fahaminya.


Melihat sinar pagi menyapa kaki langit di ufuk timur
Menari-menari di celahan dahan dedaun pohon itu
Deraian merdu zikir seisi alam memuji yang Maha Pencipta
Angin menyapa seakan berbahasa dengan semesta dunia

Melihat kasih yang melimpah ruah sang ibu ayah
Peluk cium buat khalifah kecil itu
Telatah yang mengusik jiwa
Terkadang kembali ke relung masa kecil dahulu

Wajah-wajah suci itu bertelatah gembira
Tanpa terlintas sedikitpun masalah dunia
Khalifah kecil itu berbahagia dengan sekelilingnya
Gaya mereka mendamaikan adakalannya mengharukan

Benarlah Allah Maha Pengasih
Memberi nikmat kepada hambaNya
Tidak ada hamba yang tersisih
Daripada menghirup nikmat yang tiada tandingnya


Monday, January 23, 2012

hubungan dengan Rasulullah (PBUH)

Assalamualaikum,
All praises to Allah for Islam & iman...dan segala keajaiban nikmat-nikmat Allah yang tak pernah putus walaupun kita ini pendosa. alhamdulillah, satu lagi semester yang mencabar sudah berakhir & aku now menghabiskan cuti semester ku yang sengkat ini dengan berusaha menjadi muslim yang produktif, progresif dan kesemua pro yang ada. tapi bukan propa okey! 2012, anjakan satu lagi umur aku yang mendekatkan dengan kematian iaitu 24 tahun.ha? dah 24? ah tedhak...belajar tak habis2 lagi. baru degree, belum master lagih. soalan femes tahap 7 bintang...bila mau kawen? maka berbunyi-bunyilah vokal2 bukan sekadar rupa yang mengatakan "alah, aku 24, anak dah 2 ", "24 pun x dak bf lg...ko nak kawen bila?" [helo, x dek istilah bf dlm Islam tahu?]. terpikiaq jugak la bila tgk kat fb kawan2 yg dah berjaya kawen memangku anak2 mereka yg sedang membesar.

satu perkara utama yang aku fikir tentang hidup ini...semua benda yang kita kena hadapi dalam hidup ni wajib ada ilmu.ya, termasuk kawen. pada aku, kursus kawen yang kena pegi tu bukan semulut-mulut nak dapatkan sijil untuk nikah tapi natijahnya lebih terutama kepada ilmu untuk kita mendrive rumah tangga tu elok2 x nak sampai xcident. so, kenapa x diwajibkan sebelum kawen pompuan wajib attend kursus memasak, kursus menjahit, kursus kemas rumah ke kan...lelaki plak g kursus membaiki peralatan elektrik rumah & ape2 je la kursus yg berkaitan. sebab skill2 basic macam ni perlu dibentuk seawal usia remaja lagi...memang remaja tengok benda2 ni cam remeh wal tak penting tapi skill2 ini lah yang akan membentuk peribadi seseorang tu bila besar kelak.

so, dalam apa2 pun benda kat dunia ini memerlukan ilmu. aku pegang salah satu hadis ni yang berbunyi lebih kurang mcm ni "para nabi & rasul tak meninggalkan dinar & dirham untuk diwarisi tetapi ilmu untuk diwarisi" tapi aku penah baca buku yang bertajuk '40 Hadis Palsu yang Popular' yang hadis yang berbunyi "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad" ialah hadis palsu. seperjalanan aku dalam highway hijrah ini, aku relize yang hanya dengan ilmu aku dapat kenal Allah dengan sekenal-kenalnya. apa, ingat saje-saje ke Allah kasi kita Al-Quran sebagai mukjizat? malah Allah sendiri yang pelihara content Al-Quran tu kekal sampai sekarang. kalau nak dikira logik la...zaman Rasulullah salallahu alaihi wasallam dulu mane ade mesin taip ke, kertas ke...sahabat2 baginda dulu hanya menghafal ayat-ayat yg diturunkan & tulis kat batu atau pelepah pokok je. [nanti aku share another post mengenai penyusunan al-Quran]



betapa kekuatan ilmu tu sangat-sangat utuh berbanding benda lain kat dunia ni. ilmu ini yang menjadi medium hubungan kuat kita dengan baginda salallahu alaihi wasallam. aku selalu gak tengok rancangan Fattabiouni, Lau Kana Bainana, bersama Ahmad Al Sughairi kat tv al hijrah. juga rancangan Khawathir kat youtube. diorang banyak share mengenai how to apply apa yang baginda salallahu alaihi wasallam ajar dalam daily life kita dan bila aku reflect yang ilmu2 yang baginda slallahu alaihi wasallam ajar x de la payah sangat nak apply malah kalau buat siap2 dapat pahala lagi. let's say kita nak masuk toilet sat lagi kita ikut cara baginda ajar :

1.baca doa [ai...kot x hengat doa masuk tandas?] 'i seek protection in You from filth and impurity'
2.cover ur head [kalau nak mandi, sila berkemban]
3.masuk kaki kiri
4.x mo buat studio rakaman dlm toilet *tambahan aku je okey.
5.keluar dgn kaki kanan
6.baca doa 'all praises to Allah, how has taken away discomfort and granted me relief'

banyak lagi sebenarnya. pendek taip, setiap inci dlm kehidupan seharian kita ni baginda ajar mcm mana kita nak lakukan mengikut the way of Islam. kita gunakan Islam itu sbg cara hidup & dgn itulah kita tak meminggirkan Islam & Islam bukan semata-mata mengenai duduk berteleku di dalam masjid. marilah kita menjadi extremist ilmu yang tegar. kat telebisen tu mcm2 rancangan yg ada terutama kat tv9 & tv alhijrah.x sah kate kat youtube, fb & twitter segala lagi, mmg sangat banyak...ilmu-ilmu ada menemukan kita dengan Allah, kita akan kenal Allah dalam kaca mata yang berbeza. sama jugak dengan baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam. jom kita, mula mengenali ustaz2, ustazah yang cool wal stylo dlm menyampaikan ilmu2 ini.x boring pun...lagi best ade la. percayalah fallah (kejayaan) akhirat hanya boleh dicapai dengan ilmu. terima kasih Allah kerana menjadikan kami umat hamba Mu Muhammad salallahu alaihi wasallam :,)


Saturday, October 29, 2011

Refleksi dari Firman Yang Teragung

Assalamualaikum,
aku cukup tersentap bila aku membaca tafsir beberapa ayat surah An-Naml.ya, terkena pada diri sendiri sebab selalu lalai terutama untuk mengrefleksi dari alam sekeliling.so, aku share kat sini beberapa  tafsir yang boleh membangunkan hati kita yang terlebih hubbun duniya ini.sambil2 baca...feeling2 lagu Open Your Eyes by Maher Zain :)

59. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Segala puji bagi tertentu Allah, dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (nabi-nabi) yang dipilihNya". Manakah yang lebih baik?-Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?


60. Bahkan siapakah yang telah mencipta langit & bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).


61. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan; dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya; dan menjadikan untuknya gunung ganag yang menetapnya; dan juga telah menjadikan antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semulajadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakkan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.


62. Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).


63. Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat & laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.


64. Atau siapakah yang memulakan kejadian sekelian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?  Katakanlah (wahai Muhammad) "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar"


65. Katakanlah lagi : Tiada sesiapa pun di langit & di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

Lihatlah pada firman-firman Allah yang berbentuk persoalan ini, bertapa Allah memang suruh kita berfikir. bila aku membaca tafsir Quran, banyak ayat-ayat ulangan seperti ayat-ayat di atas iaitu 'Adakah sebarang tuhan lain di sisi Allah?' dan ulangan ini sangat penting kerana mensyirikkan Allah adalah dosa yang paling besar.sama juga dengan firman Allah di dalam surah Ar-Rahman iaitu pada ayat 'fabiai'yi ala irhobikhuma tukhazhiba' yang bermaksud 'Nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu hendak tidakkan?'. Allah telah mengulang sebanyak 30 kali firman ini.

Astghfirullahalazim...maafkan kami ya Allah.mari kita, dekati & sayangi mukjizat yang ada di depan kita ini iaitu Quran. pertalian kita yang paling erat dengan Rasulullah salallahu alaihi wasallam ialah pertalian ilmu. mari, refleksi diri agar sentiasa mengingati Allah dalam susah atau senang, dalam bersendirian atau ramai, dalam sakit atau sihat, dalam gagal atau berjaya, dalam lapar atau kenyang. janganlah lokek dengan Allah kerana firman-firman di atas itu antara bukti Allah tak pernah lokek dengan kita...mari! sebarkan kebaikan :)


Thursday, September 22, 2011

Cerita Anbiya' yg menyejukkan hati

so, this is second week of my third semester (year 2).aku memulakan sem kali ni dengan sedikit kelainan...aku masih ingat hari pertama aku ke fakulti, aku dapat rasa banyak mata yang memandang penampilan aku. aku x kesah, yang penting aku yakin aku berada dalam syariat yang betul. then, aku masuk ke satu kelas ni & subjek ni antara subject killer jugak la untuk this sem. lecturer yg conduct this class memang kenal aku since diploma lagi & dalam dia duk lecture tu dia 'kenakan' aku "idmalina tak tau la boleh ke tak pergi konsert wings kat IB kan..." dan seraya itu kedengaran hilai tawa satu kelas...waktu tu, Allah bagi kekuatan kepada aku untuk aku tersenyum dan dalam hati aku mengadu kepada Allah..."ya Allah, mereka sindir saya kan...".subhanallah waktu tu, aku seperti rasakan ada pujukan halus yang bisik di telinga aku ni, "sabarlah, ingat bagaimana baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam menyuapkan makanan kpd yahudi buta sedangkan yahudi buta itu terus berterusan memaki hamun baginda namun baginda tetap menghaluskan makanan & menyuapkan dengan lembut kepada yahudi buta di hujung kota itu" apalah nak dikisahkan dengan sepotong sindiran yang tak punyai apa-apa makna bagi aku itu ?

housemate aku, pada beberapa hari awal sem...aku lihat mereka mula membentangkan sejadah untuk solat dan 2 di antara mereka sempat berjemaah maghrib dengan aku. perasaan aku ketika itu, lebih2 bahagia daripada perasaan aku mendapat galaxy tab dulu. namun ia merudum dari hari ke hari...sikap mereka tetap kembali kepada yang asal.tidak mempedulikan Allah yang sedang meminjamkan udara yang disedut oleh hidung mereka yang hakikatnya milik Allah.aku seringkali mengkoreksi diri aku di mana punca kegagalan aku dalam membawa mereka ke jalan Allah ? pelbagai cara aku cuba...da'wah by speech, da'wah by action... aku tidak akan putus asa sampai aku didatangi dengan malaikat Izrail meminta roh aku untuk meninggalkan jasad ini.

kisah Nabi Nuh alaihi sallam yang berda'wah selama 950 tahun & hanya mengikuti da'wahnya x kurang dari 100 orang.apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan aku ini ? tiada seorang pun Rasul & Nabi tidak dicerca dalam da'wah mereka...tiada seorang pun di antara mereka tidak ditentang hebat.mereka tidak pernah bersenang-senangan dalam proses da'wah mereka.aku teringat yang Allah pernah berfirman yang Allah tak melihat kepada hasilnya tetapi Allah melihat kepada prosesnya. Maha Suci Allah...

aku terharu bila brother Qayyum, abang aku di Khalifah Institute berkongsi firman Allah di dalam surah Al Maidah ayat 105 di wall facebook aku yang bermaksud :

 "wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu (kerana) orang-orang yang sesat itu tidak akan membahayakan apabila kamu telah mendapat petunjuk.Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Sesunngguhnya firman-firman Allah di dalam buku suci Al Quran itu menyembuhkan aku...mengubat hati yang terluka ini...memujuk perasaan yang kecewa ini. sesungguhhnya, kasih baginda Muhammad Rasul Allah salallahu alaihi wasallam sering menterharukan aku. ya Rasulullah, I know & believe you love me lots. I try to follow your way and do my best to leave my live as you thought me.I pray to be close to you...on that day and see you smile when you see me. peace be upon you beloved =,)


Thursday, September 8, 2011

Abah

sejak aku meningkat remaja aku selalu merungut tentang Abah. aku rasa Abah ni macam tak hiraukan aku sebagaimana Abah hiraukan aku masa kecik-kecik dulu. oh, kalau kawan-kawan bercerita mengenai abah-abah mereka, aku cukup2 rasa nak balikkan je meja darjah aku tu. sambil aku membawa beban beg sekolah, aku fikir & ada juga aku monolog sendirian "kenapa Abah tak macam tu pun? nak bercakap dengan Abah pun takut apatah lagi kalau nak minta apa-apa...siap kena hafal skrip dulu. Abah tak best!". ini hanya seayat rungutan aku malah kalau nak diingat kembali rungutan aku, ia mampu dibuat setebal novel Twilight.

memang macam-macam persoalan yang aku soal kepada hati yang masih mentah & kepada Ibu kenapa Abah tak suka bercakap-cakap, bergurau-gurau, tanya apa-apa dekat aku. Abah selalu menentang apa yang aku suka malah abah pernah koyak-koyakkan poster Titanic kesayangan aku. Abah pernah buang gambar-gambar Kate Winslet, Leonardo De Caprio & Shah Rukh Khan yang aku sayangi. Abah kejam! aku memberontak sendiri & jiwa aku menjerit "kenapa Abah selalu menentang dik na???" dan mengapa itu mengapa ini yang aku soalkan.

Sehinggalah aku meningkat ke sekolah menenggah, masuk UiTM untuk diploma aku...aku tak pernah rasa Abah itu dekat dengan aku. aku lebih lapang mengambil orang lain sebagai punca inspirasi aku kononnnya kata hati aku, itu yang terbaik. ceteknya fikiran aku sewaktu itu mempercayai hati yang sedang bersarang dengan kajahilan. lagi aku rasa seperti tidak dihirau bila mana aku di rumah sahaja, kalau ada yang bertandang ke ruang tamu rumah yang aku gelar Edemaz Palace itu, Abah girang sahaja bersembang mesra mengatur kata yang membuatkan sesiapa sahaja bahagia mendengarnya. aku mengadu lagi kepada Ibu.

bumi ini berputar dengan arahan dan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala tanpa lewat sesaat kelajuan cahaya pun, sehinggalah tiba masanya (dipendekkan cerita) Allah subhanahu wa ta'la memakbulkan doa-doa Ibu & Abah untuk aku selama ini. hari apa, tarikh bila, jam berapa... aku tak boleh nak terangkan sebab aku pun tak sedar bilakan waktu setepatnya Allah taala meniupkan roh hidayah Nya yang lebih bernilai dari seisi dunia ini. Allah subahanahu wa ta'ala ibarat menarik aku dari satu lubang hitam yang terlalu dalam dan aku diangkat naik ke suatu tempat lapang yang menghijau, nyaman sekali daerah itu... lagu Insha Allah & The Chosen One itu seperti satu jentikkan pada jiwa aku yang entah hilang ke mana ketenangannya yang aku cuba pasakkan dengan keseronokkan dunia.

Allah subhanahu wa ta'ala 'pimpin' aku Dzul Iman Smart Khalifah...aku masuk ke dalam satu lagi dunia yang mambangunkan jiwa fitrah aku.kata-kata apa lagi selayaknya aku zahirkan selain ucapan puji-pujian sebanyak-banyak ciptaan Allah di langit & di bumi serta kesyukuran aku kepada Allah taala kerana masih sudi memberi belas ehsanNya kepada tanpa berkira walau seberat biji sawi pun. Allah subhanahu wa ta'ala memperkenalkan aku dengan manusia-manusia yang dulunya aku sangkakan jenis manusia sebegini sudah hampir tiada di dalam dunia serba kehadapan ini. 3 bulan aku di situ meneguk segala ilmu yang aku sudah lama tinggalkan & abaikan. Allah ta'ala membawa aku ke perjalanan yang lebih jauh & semakin jauh berjalan di daerah ini, dalam diam aku dapat rasanya jiwa yang aku rasa kosong, terisi.

aku pulang ke tanah negeri yang diberkati, Kelantan. sejak aku sekolah teknik 2005 sehinggalah 2010 aku tidak pernah menghabiskan Ramadhan sepenuhnya bersama Ibu & Abah. aku menghabiskan Ramadhan bersama Ibu & Abah.nah! angan-angan aku itu Allah realisasikan menjadi realiti. cara Abah dengan aku sangat lain...lain! tak pernah aku lihat sependek hayat aku ini! Abah pandai bergurau dengan aku, tekun mendengar cerita aku, suka kenakan aku dengan cara gurauan itu, melihat ke muka aku takala mengatur kata bercakap dengan aku. nyatanya, Abah yang aku sangka menentang aku, menyokong penuh penghijrahan aku ini. Abah tak pernah kata tidak jika aku minta untuk ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV malah Abah bertanya pilihan aku untuk ke rumah Allah yang mana untuk menunaikan solat Subuh, Isya' & Terwaeh berjemaah. Abah tak kisah pun andai aku minta untuk sama-sama iftar di Qaryah Ramadhan, masjid atau surau kerana Abah lebih suka iftar di rumah. malah, kalau Abah tak larat untuk pergi masjid jauh-jauh Abah minta Ibu temankan walau aku yakinkan yang aku boleh pergi sorang-sorang.

Kami bertiga senang menjalankan aktiviti ibadah bersama.setiap hari bermula dengan sahur, solat subuh di masjid, tazkirah subuh, bertadarus, ke stokis, solat zuhur, tidur qailullah, menyelesaikan urusan dunia, solat asar, iftar, solat maghrib, solat isya, solat teraweh, moreh di rumah,tidur, bangun qiam...begitulah rutin kami bertiga. Senyum & ketawa Abah bersama aku berbeza daripada senyum & ketawanya dengan orang lain. sehinggalah petang semalam (9 Sept) pujukan aku kepada ibu agar mendapatkan Abaya' yang dah lama aku idamkan, aku sampai sahaja di stokis dan aku katakan "Abah...tutup mata", aku berdiri di hadapan Abah dengan Abaya' yang lengkap dengan selendang hitam itu...Abah yang khusyuk membaca buku tulisan Tn Hj Ismail itu senggeh tergelak sambil berkata "tak sabar benar dah nak gi Mekkah ni". hujan yang turun petang semalam itu ibarat turun bersama redha Allah kepada Ibu & Abah.

Inilah kuncinya yang aku meraba-raba sebelum ini bagaimana untuk aku 'berbaik' dengan Abah. barulah Ibu membuka lipatan cerita dulu yang Abah selalu memberitahu Ibu agar menegur aku agar berpakaian dengan sopan & mengikut syariat. bila Ibu nasihatkan aku, aku mendengus tanda tidak setuju malah aku bandingkan pula dengan orang-orang diluar sana yang lagi teruk pemakaiannya. kini, aku begitu tenang, selesa & rasa selamat dengan berpakaian begini. aku tidak lagi perlu tarik-tarik baju yang sudah singkat itu kononnya untuk tidak menampakan tubuh aku.

Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar...selawat dalam salam sejahtera khas buat manusia agung Rasul Allah Muhammad salallahu alaihi wasallam. semoga Allah subhanahu wa ta'ala membantu aku dalam perjalanan hijrah ini, tidak membolak balikkan hati ini & aku bersama Ibu Abah serta ahli keluargaku dipersilakan ke Syurga Firdaus bersama para Anbiyaa', salfussoleh & mukmin yang lain.ameen.






Friday, August 19, 2011

Hidup bersama kasih Allah

Peace be upon you guys,
aku membelek kembali nota yang aku catat semasa talk by Dr Azhar Hj Sarip dalam program GERAK semasa aku jadi ustazah di Dzul Iman Smart Khalifah.talk ni pada 10 julai 2011 di Menara TM. so, aku nak share ngan korang talk yg actually tajuknya Terapi Azan tapi ia pengisian more kepada hidup berAllah atau hidup bertuhan.

Actually kita kena belajar untuk memahami yang dimaksudkan oleh Allah "katakanlah bahawa Aku lebih dekat dari urat nafas manusia itu". sememangnya bagi insan yang 'jauh' dengan Allah taala sekadar Islam pada nama memang  sangat sukar untuk faham ayat ni sebab dia tidak yakin akan Allah taala itu sememangnya wujud even tak nampak dengan mata kasar. aku juga penah dengar ada sorang ustaz ni cakap Islam bukan agama fakta tetapi percaya dan yakin. Maka, bila masalah datang ia sebagai platform untuk manusia tu berhubung dengan Allah taala.



Dengan masalah ini jugalah kita mewujudkan persefahaman dengan sesama manusia bahkan persefahaman dengan Allah taala. Allah taala Maha Memahami kita cuma kita untuk berusaha untuk memahami Allah itu. so, no wonder la kenapa kita tengok hari ni kenapa orang yang susah tu la yang ramai anak, masalah itu ini...sebab itu caranya Allah taala nak manusia dekat dengan Nya.aku tak kata orang kaya tak de masalah, tapi bila seseorang tu menghadapi masalah tapi dia ada harta itu lagi bahaya daripada ada masalah dan tidak mepunyai harta yang banyak.

Kita as human yang memang dengan sifat semulajadinya banyak kekurangan dan kita tidak sempurna. sebab itu pentingnya kita mencari ilmu terutamanya ilmu agama untuk memotivasi & meyakinkan kita yang Allah itu ada.antara sifat positif yang ada dalam diri manusia ialah willpower, analogical & rational.kalau kita biarkan kelemahan sentiasa menguasai positif kita maka ia berjaya menghancurkan positif yang ada semulajadi dalam diri kita.antara kelemahan yang sememangnya ada dalam diri kita ialah hungry, angry, lonely & tired. bukan ke kalau kita penat kita cepat je nak marah segala kan...so ia akan destroy unsur-unsur positif tadi.

so, how to build up positive 'energy' ? yang paling mudah dalam percakapan harian kita contohnya "boleh tak kalau awak jangan ganggu saya?" ok, cuba korang bezakan kalau cakap begini "boleh kan kalau awak jangan ganggu saya". 'tak' ditukar kepada 'kan' yang kedengaran kind but firm. sedikit pengalaman aku semasa menjadi ustazah tempoh bulan aku tukar word ni anak2 memang boleh terima order tanpa banyak alasan.pesan Dr Azhar lagi, orang positif suka yang positif, orang negatif suka yang negatif.hakikatnya fitrah kita ini mengarah kepada Ilahiah dan positif. paksaan juga membantu membangunkan negative energy dalam diri kita,so, x mo paksa2 okeh...


Doa...kita selalu dengar org memperkatakan mengenai doa.dulu, jaman-jaman aku jahil aku faham doa tu doa je la.angkat tanggan pastu mintak la ape benda pun dengan Allah.huhu, wallahi aku tak mo kembali ke zaman dark ages aku tu.Dr Azhar kate lagi, jangan kurang ajar dan tak hormat Allah dalam keadaan yg kita tak perasaan pun yang kita sebenarnya rude dengan Allah.contoh situasi, waktu doa dalam masjid sambil tadah tanggan mengaminkan doa mata boleh lagi melilau tengok jam kat dinding, tengok hiasan2 kat dinding masjid, tengok budak-budak berlari kat luar, siap 'patah2kan' jari lagi...pastu tadah tanggan tu memang mcm2 gaya la tongkat kat peha la ape la.actually bila Dr ckp mcm tu aku tersentap habis sebab dulu macam tu la.sekarang baru rasa malu dengan Allah... : (

so, bila berdoa dengan Allah taala, jangan poyo dengan Allah taala. which means kata Dr Azhar let's say berdoa waktu majlis2 rasmi then baca ikut teks yang disediakan tu itu la maksud poyo nya.maknanya kita baca sekadar-kadar baca & contoh lain menjadi adat pulak memulakan majlis dengan ummu kitab al fatihah pasti semua pakat baca dengan penuh turbonya tanpa faham maksud al fatihah tu.that is poyo okay...menurut kajian sains berkaitan gelombang alpha, beta, theta & delta; gelombang alpha paling rendah & ia merupakan gelombang yang positif. contoh waktu bumi ni dalam gelombang theta ialah pada waktu Subuh,Dhuha, Asar, semasa Azan dilaungkan & pada bulan Ramadhan.



how to gain gelombang theta ni? iaitu dengan kita berlemah lembut & bertenang. so berlemah lembutlah dalam berdoa kepada Allah nescaya kita akan bertenang & we can fall in love with Allah.sebagaimana kita tidak mencurangi cinta kita kepada manusia same goes la kita tak boleh mencurangi cinta kita kepada Allah.bagaimana antara cara bercinta dengan Allah? dengan selalu 'bercakap & bersembang' dengan Allah. contohnya :

"Ya Allah yang saya sayangi Allah Maha Berkuasa, saya nak drive keta ni, saya nak ke pasar, izinkan saya untuk sampai ke pasar dengan selamat ya, saya berdoa semoga jalan nak ke pasar ni tak jem"


setelah selamat sampai ke pasar...


"Ya Allah Maha Penyayang, terima kasih banyak-banyak sebab Allah izinkan untuk saya sampai ke pasar ni.I love You sooo much.alhamdulillah"

so jadilah ianya doa yang tak poyo sebab tu memang tulus dari hati kita.kalau kita amal macam ni. memang setiap detik kita akan berinteraksi dengan Allah.pesanan ni khas jugak untuk diri aku yang selalu lupa terutama dalam nak lakukan benda yang kecik2.memang testimoni diri aku,aku buat macam ni memang ia bergerak smoothly...masha Allah is amazing beb!satu lagi yang membuat kan aku sentap sendirian, never say :

"la..waktu-waktu la sakit perut nak masuk toilet..." 


tp tukar kepada...


"Ya Allah, terima kasih untuk nikmat buang air besar ni.."

so, bagaimana pula Allah taala memberi jawapan terhadap segala permintaan kita? kita kena alert dengan signal Allah. Allah menyelesaikan masalah kita, itu adalah jawapan Allah, Allah mengelakkan kita dari keburukan, itu adalah jawapan Allah dan jawapan terbesar yang Allah taala sedang bagi kat kita Allah masih lagi mengizinkan untuk kita hidup pada saat ni.segala puji bagi Allah...alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

mari kita bermesra & berbaik-baik dengan Allah.Allah sayang kita & kita pun sayang Allah.so, x mo berkira dengan Allah sebab Allah tak penah pun berkira dengan kita :)



Sunday, May 22, 2011

Hidup Tenang Bersama Allah

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

 credit to : iluvislam.com

Thursday, April 28, 2011

Damai Denyutan Ini

Assalamualaikum...
wah...belog ku bercat baru.tetiba bila buka belog ni rasa skrin laptop aku ni besaq jek...ekceli, tema belog aku ni ade kaitan dengan ape yang aku lihat alam sekeliling aku ni. aku suka tengok langit, awan, bulan, bintang & matahari. yeah... bila aku nengok semua2 ni aku rasa aku 'melihat' & berfikir mengenai Allah. biar pun kitaran malam dan siang pada langit yang sama tapi aku x penah rase jemu untuk menatap langit Ilahi ni. macam tajuk buku Hilal Asyraf la plak... so, aku ni x de la ade lens telefoto yg boleh zoom jauh2 tu kan... aku merakam la apa yg aku tengok dengan mata yang Allah kasi pinjam ni. pastu, aku recognize yg x dek satu pun dalam dunia & hidup aku ni milik aku...x de le aku sedey, apa yang aku kendong just amal yang aku usahakan.kalau ianya lulus di sisi Allah boley la aku simpan dalam 'poket' aku ni. dah nye kalau x lulus canggano???

sunset at Pantai Remis @ Kapar
ni pantai paberet aku.paberet tu sebab dekat ngan UiTM Puncak Perdana iaitu hanya mengambil masa lebey kurang setengah jam... pastu ni bukan lokasi yg dikomersialkan macam PD ke Sepang Gold Coast ke, ni kire pantai kampung la, pastu makanan kat sini harga ok & sodap. yang paling utama keindahan ciptaan & kreativiti Allah yang sangat2 menakjubkan! masa kali terakhir aku g pantai ni kan, memang pelik sikit nak2 bila dah nak dkat maghrib.dah la waktu air surut sampai ke tenggah, cuaca dah nak gelap, pastu kan memang angin x de langsung, suasana sunyi sesunyi sunyi sunyi nya. alam macam terhenti...huhu, scary plak skali pikiaq. weh, alam terhenti ni maknanya kiamat la.

inilah gambaran pantai yang sunyi di lewat petang tu

segala puji bagi Allah yang menciptakan segala-galanya bagi manusia yang mahu berfikir. berfikir tentang kewujudan Allah, kekuasaan Allah, kehebatan Allah, kecantikan Allah...macam isi kandungan doa dhuha plak kan. okeh, alhamdulillah semalam aku diberi peluang oleh Allah untuk bersama keluarga kak wa g vacation kat Pantai Melawi, Bachok Kelantan. biasa aku g pantai capture sunset kan, kali ni bila pegi pantai sebelah timur ni ofkos la capture sunrise, kalau capture sunset gak makna katanya pintu taubat dah tertutup la. even sedikit cloudy tapi memang ttp chantek.

sunset @ muara Pantai Melawi
chalet kitorang tu berhadapan ngan muara....subhanallah memang chantek sgt2.sepanjang hari & malam berangin je.korang just imagine dah la berangin, bunyi desiran ombak, bunyi desiran pokok2 tuh...malam plak dengan langit yang dipenuhi bintang2, bulan bercahaya di dada langit.speechless... lagi fun bila duk main game ngan abg ipar, kakak ku & biras2 ku. alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Kreatif menciptakan alam ini untuk dinikmati & disyukuri hamba-hambaNya yang berfikir.fikir jangan tak fikir...
inilah beberapa moment sunrise yang aku capture.
yang gambar last tu aku suke,ekceli, lepas transfer baru aku pasan ade garisan cahaya u.sungguh chantek, masha Allah.aku berdoa semoga Allah bagi rezeki untuk aku dapatkan kamera yang best2 lagi untuk mengcapture alam kegemaran aku ni.aku seboleh2 nak elak dari amik gambar yang berdosa seperti gambar yg x menutup aurat & sebagainya agar aku menggunakan apa yang Allah kasi ni kearah kebaikan.ops...ni ha ade lagi aku nak share ngan korang :

sejak lewat petang, sampai la malam subhanallah, cantik sungguh bulan hari tu.sungguh, demi Allah... aku melihat semua ini dengan  penuh syahdu memikirkan aku ini yang amat kurang bersyukur kepada al Khaliq.dengan melihat kehebatan ciptaanNya ini aku lebih berasai damai di dalam denyutan yang bakal diambil bila2 masa sahaja.ya Rabbi, aku perlukan Mu -_-


 

Thursday, March 31, 2011

Perkara di sekeliling mata ini

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Assalamualaikum & salam kasih sayang,
tah berapa ribu kali dah aku duk dengar lagu-lagu maher zain ni dan rangkap lagu kat atas ni yang dipetik dari lagu Awaken selalu menyentapkan aku. melihat aku & orang-orang di sekeliling aku. aku seperti berdiri di tengah-tengah hiruk pikuk kekalutan dunia yang tak pernah reda. apa yang mereka kejarkan? apa yang mereka cari? kenapa mereka tak pernah puas? kenapa mereka hanya mengutamakan kepentingan yang bakal berakhir bila-bila masa? bila akan berhenti huruk pikuk ini...atau ia akan terhenti bila mana suatu pagi matahari terbit di sebelah barat? suatu ketika dulu, aku pernah tersasar. aku lupa akan Khaliq yang mencipta aku... alhamdulillah Allah kembali membangunkan aku & membawa aku ke sebuah daerah yang sebelum ini aku tak yakin dengan kewujudannya. bukan senang untuk benar-benar berada di daerah ini... banyak pengorbanan dan kesabaran yang mesti dilakukan.

aku dikelilingi kehidupan yang tidak banyak membantu aku membina kekuatan hati agar lebih teguh berada dalam daerah ini. ya, aku jujur aku katakan aku tidak mempunyai sahabat baik yang sentiasa bersama & saling sokong menyokong ke arah kebaikan. ramai yang ada di depan mata, tapi hampir kesemuanya hidup untuk dunia. nilai sebuah Islam itu dicampak jauh di dalam lipatan sejadah yang tak pernah di buka. aku selalu terngiang kata-kata brother Maher "you must to surrounding with good people". tak, hakikatnya aku tidak dikelilingi oleh orang yang baik. baik yang aku maksudkan, seorang sahabat yang bersahabat hanya kerana Allah & sentiasa sokong menyokong ke arah kebaikan. aku faham yang no body perfect, setiap orang ada perangai & kelemahannya namun cukuplah dia berpegang teguh dengan Allah & memahami fungsi hidup bertuhan & beragama.

waktu muda ini bukan alasan untuk tidak mempedulikan tuhan. bagi aku, umur hanya angka yang mengambarkan hayat kita selama mana kita hidup ini dan ia bukan tiket untuk kita enjoy dunia ni tanpa batasan. sejujurnya, setiap hari aku berhadapan dengan manusia yang selalu menghina tuhan & agama tanpa mereka sedar. dengan batang tubuh yang Allah ciptakan, berdiri di bumi Allah, bernafas, mengunakan deria-deria & tenaga yang Allah bagi untuk melakukan apa sahaja yang disukai...melihat, mendengar, bercakap, menulis, makan...dari pada semua nikmat itu kalau bukan dari yang Satu iaitu Allah? antara surah-surah dalam kitab Allah yang aku suka ialah surah Ar-Rahman. pada mulanya memang aku sentap membaca 'sindiran' Allah yang diulang sebanyak 30 kali dalam surah ini. "nikmat mana yang hendak kau dustakan?". tiada ya Allah...tiada.

tidak malukah dengan nikmat-nikmat ini kita tidak sekali pun berterima kasih dengan Allah? tidak malukan mengelarkan diri hamba Allah tetapi jarang sekali & ada yang tak pernah mendirikan solat, sujud kepada Pemilik semua ini? tidak malukah mengunakan segala nikmat ini sedang tidak pernah sekali mempedulikan Nya? cuba bayangkan kalau orang guna barang yang kita pinjamkan tapi tak sekali pun dia menghargai malah berterima kasih pada kita, pastinya maki hamunlah habuannya pada orang yang meminjam barang itu tak pun kita akan ambil balik barang tu & tak akan bagi pinjam dah. bagaimana andai kata sedang seronok bergelak ketawa Allah mengambil nikmat itu serta merta? Allah boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendakNya. 

macam-macam kerenah manusia ini dan Allah sentiasa sabar dengan semua ni malah terus menerus menyebarkan nikmat & kasih sayangNya tanpa batasan. dengan kesabaran Allah inilah menjadi semangat untuk aku juga bersabar dengan orang-orang sekeliling aku hanya sentiasa menghina Allah & Islam. mereka mengangkat darjat keseronokan dunia & mementingkan perkara lain selain Allah... dunia ini dicipta untuk kita & Allah memberi hak untuk kita berseronok di dunia ini tetapi ada caranya. sudah berapa banyak Allah memberi signal untuk menyatakan bahawa bumi ini sudah tua dan hampir sampai kepada penghujung hayatnya. kejadian gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, banjir, cuaca yang tidak menentu dilihat hanya fenomena alam yang normal namun pada hakikatnya ia amaran keras dari Allah agar manusia berwaspada.tapi apa yang kebanyakkan manusia lakukan? duit, harta, pangkat, hiburan melampaui batas yang menjadi tuhan mereka. apalah sangat nilai takbir, rukuk & sujud itu pada mereka...

kawan-kawan & pembaca sekalian...aku dulu pun pernah tersasar & tertipu dengan helah syaitan yang memainkan peranan besar untuk mengumpul seramai mungkin pengikutnya di dunia & turut serta terbakar di dalam lubang neraka kelak. alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang berkuasa kembali membawa aku ke daerah damai ini. benar... hidayah itu milik Allah. namun hidayah ini tidak akan datang begitu sahaja andai kita tidak berusaha mencari & mendapatkannya. even aku sudah berpatah balik pada jalanNya, usaha syaitan tak akan pernah luntur untuk mengotorkan hati agar lalai dari mengingati Allah. 


kawan-kawan, sesungguhnya tidak hina untuk kembali membuka paip & berwudhuk, mendirikan solat & kembali kepada hidup bertuhan. kita solat untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa pun. kita tak solat, Allah tak rugi pun. kita ni ha yang merugikan & menganiai diri sendiri. dulu aku tak faham yang orang kata solat tu mencegah perbuatan keji & mungkar tapi alhamdulillah sekarang aku faham...kalau kita betul2 solat, nescaya Allah akan melindungi kita untuk melakukan perbuatan2 keji. kita tak teruk pun kalau tak bersalaman & bersentuhan dengan bukan muhrim, kita tak teruk pun kalau menutup aurat dengan betul, kita tak teruk pun kalau menjaga patah perkataan yg keluar dari mulut ni... even though kita dikatakan x style oleh manusia tapi Allah memuji pendirian kita. apa sangat la kata-kata manusia tu kita nak hiraukan? manusiakah yang memberi nikmat-nikmat yang aku sebutkan kat atas tu? manusiakan kah yang menghitung amalan kita? manusiakah yang mencipta alam semesta ini? manusiakah yang mencipta kita ini? bukan manusia! segala-galanya adalah Allah. mari...kita hidup bertuhan. 

Dalam hadis Kudsi Allah berfirman : "wahai hamba-hambaKu, kamu semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri petunjuk. mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan beri petunjuk" (riwayat/direkodkan oleh Muslim)

segala yang kita jalani berpaksikan Allah & Rasulullah salallahu alahi wasallam. segala kita buat bertunjangkan al quran & sunnah. Islam bukan agama yang berasingan dengan kehidupan ini. kita menjalani kehidupan ini dengan penuh keseronokkan, waku solat kita sama-sama solat. kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi kita jaga batasan kita, kita sama-sama mengingatkan kepada perkara-perkara kebaikan.skema? tidak, ianya cool di sisi Allah. nak makan, kita boleh makan apa sahaja asalkan ianya halal, suci & tiada unsur2 yang kita ragu2...ingat kita adalah apa kita makan, berhibur...kita boleh berhibur tapi dengan hiburan yang membina kita agar menjadi yang lebih baik. kita belajar setinggi-tinggi kemampuan kita untuk kita gunakan ilmu di jalan yang Allah redha. aku suka dengan  kata-kata brother Idris Tawfiq semasa Khalifah Institute Diner & Talk pada 26 mac hari tu, yang bermaksud; bergulung-gulung ijazah, apa sahaja pangkat, kedudukan, kita some body ke,apa sahaja title kita sekarang di hadapan Allah kita hanyalah seorang hamba yang tak berdaya. andai kita benar-benar menjadi hamba Allah title kita hanyalah "I'm Muslim/Muslimah" itu sahaja. bak sabda our Prophet salallahu alaihi wasallam; " sesungguhnya Allah ta'ala tidak melihat rupa paras & harta2 kamu, tetapi Allah ta'ala melihat hati & amalan2 kamu"


mungkin korang akan kata, kenapa aku sebok2 sangat nak suh orang jadi itu ini? nak tunjuk baik ke? jaga tepi kain aku sudah la. tidak, bukan itu maksud aku. kalau korang choose to be good, untungnya untuk korang bukan untuk orang lain. korang nak tak hidup dengan Allah redha dengan korang? korang nak tak hidup dalam persekitaran yang sentiasa positif? korang nak tak kubur korang menjadi taman lapang yang harum?korang nak tak kita berjumpa di akhirat dengan wajah yang gembira bukannya bermuram durjana? korang nak tak dengan syafaat Rasulullah salallahu alaihi wasallam kelak? korang nak tak peluang untuk melihat zat yang mencipta kita ni?

"We may fool other people. We may even fool ourselves at times. But Allah is not to be fooled"-bro Idris Tawfiq & bro Maher Zain