Friday, June 29, 2012

No More Doubt!

"Hari berganti, ku yakin waktu ku kian singkat. Tuhanku, biar ku genggam dunia ini tanpa mencintainya, kerana ku kan segera pergi"

ya, sesiapa yang sudah mendengar lagu-lagu dari album terbaru inchek Maher Zain, Forgive Me mungkin familiar  dengan ayat di atas tu. ish, idmalina mohamad ideris ni asyik cite pasal maher zain je. suatu petang saya berjalan di hadapan library seorang rakan menyapa saya "hey maher zain!", hari yang lain pula saya berjalan di hadapan bangunan fakuli saya yang baru sahaja bertukar nama FiTA (Fakulti Filem Teater & Animasi) itu pun disapa oleh kawan-kawan, "assalamualaikum maher zain!". lalu saya bermonolog mengomel-ngomel "apesal la diorang ni, hei! nama aku idmalina mohamad ideris la, bukan maher zain!". haha, padahal memang saya tahu pun kenapa diorang sapa saya dengan nama pak sheikh stockholm tu.


maher zain... salah seorang hamba Allah yang Allah hadiahkan kepada saya sebagai isyarat untuk Allah memberi cahaya petunjukNya kepada saya. namun yang paling utama ialah saya yakin, Allah sedang memakbulkan doa-doa ibu abah saya yang terlalu banyak memohon untuk kebaikan saya. hari tu, masa private gathering dengan maher, saya tak boleh tengok lama-lama wajah & susuk tubuh dia. ya, memang malam tu saya nanghes. saya macam tak caye yang orang depan mata saya ni yang antara menjadi medium untuk Allah memberi petunjuk kepada saya. mahu saja saya nak cakap berjuta-juta lemon terima kasih kat dia atas segala usaha da'wah yang dia lakukan. 'melalui' dialah saya kembali mengenali Allah saya, Rasulullah saya, agama saya, al Quran & hadis saya, saya kenal raaamai orang-orang yang layak saya jadikan role model yang sebetulnya, saya melihat, mendengar, merasa dengan mata hati saya... baru saya faham purpose saya kat dunia ni, purpose solat, ibadah & syahadah saya. yang paling saya terduduk sebak bila Allah mengiktiraf 'saya' di hadapan malaikat saya. tak caye? sila belek al-Baqarah ayat 30.

Quran menjadi surat-surat cinta Allah kepada saya, saya maseh ingat lagi takala saya melakukan perubahan ada yang menentang. tak semena-mena Allah gerakkan hati saya untuk baca tafsir surah ali-Imran ayat 200 untuk saya terus sabar. juga tak semena-mena saya dapat rasakan baginda Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam dekaaat sangat dengan saya. rasanya, bait-bait indah hadis itu segar & baru sahaja baginda lafazkan. nak-nak lagi bila baca syamail Muhammadiah T__T ...malunya saya pada baginda kerana saya tak menyambut cinta baginda selama ini sedangkan baginda telah mencurahkan kasih & cintanya kepada saya dalam sepanjang hayat baginda even semasa nafas-nafasnya terakhir pun masih menyebut nama saya. saya akui, dengan lagu The Chosen One saya disentapkan dari kelalaian saya terhadap baginda salallahu alaihi wasallam.

bila recap balik siapa saya hampir dua tahun yang lalu, amat mendukacitakan. dulu, saya tak pernah buat eksprimen mahupun kajian pun kenapa saya ada di muka bumi nan sfera ini. bila saya fikir balik, klao lah Allah tak kasihankan saya dengan memberi saya cahaya pentunjuk mungkin saya masih lagi saya yang dulu yang tak pernah sedar diri. berpandukan tarikh post ni sedang ditaip ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum Ramadhan versi 1433 hijrah menampilkan fajarnya yang penuh bergaya. Ramadhan... inilah ruang terbaik untuk saya totally refreash wal format balik iman saya yang sudah berlubang di sana sini. masih ternampak-nampak lagi kebahagiaan saya melalui Ramadhan tahun lepas nak2 lagi bila berpeluang berada di tanah kelahiran saya, Kelantan selama sebulan menghabiskan Ramadhan yang dirahmati bersama ibu abah terchenta.

insha Allah untuk Ramadhan versi tahun ini, saya akan menjalani internship saya di Nasyeed.com shah alam T__T apa nak buat walau jauh di dinding hati tak berapa nak rela tapi terima sahajalah selaku anak di perantauan ini. tapi kat mana pun saye berada, semangat Ramadhan mesti kental. saya tak tahu sama ada saya sempat ataupun tak untuk sekali lagi saya merasai kerahmatan Allah untuk Ramadhan kali ini. orang kata, nak-nak dekat Ramadhan ramai orang meninggal. em, ye ke? hanya Allah yang tahu. tapi yang pastinya stakat ni memang ada beberapa orang yang saya kenal dah kembali ke pangkuan Allah dan yang paling memilukan kawan baik saya kehilangan maknya hampir seminggu yang lalu.

saya kini berumur 24 tahun 24 hari. segala puji khas untuk Allah kerana masih menyambung kontrak hayat saya. tapi tulah, iman saya ni ada naik turunnya. bak bait lagu Forgive Me "i'm try to walk away, but temptations surrounding me". seharusnya lah Allah memberi ujian kepada saya untuk menguji kekebalan iman & keikhlasan hati saya dalam kembali kepada fitrah ini. apa lagi saya ni stok manusia yang nak mengintai syurga dari jauh pun masih tak layak apa lagi mahu sedondon berjalan dengan baginda salallahu alaihi wasallam. memang nak kena jerkah dek malaikat la kan. tapi... mana mungkin saya mampu untuk terbakar di dalam lubang neraka itu. maafkan saya Allah, hati saya penuh dengan kesesalan.

apapun, saya rasa hidup saya lebih nyaman jika dibandingkan 2 tahun lalu. saya sudah tidak ragu-ragu lagi dengan cahaya Islam ini. banyak benda yang saya perlu pelajari dan laksanakan. banyak lagi tanggungjawab yang tak terlunas. banyak lagi kebaikan yang perlu saya lakukan. semoga saya dan kita semua kuat dengan dunia yang tak lebih hanya permainan dan ujian ini. okbai.

"kini ku tahu rasanya, hidup dalam cahaya kasih Mu. kini ku tahu rasanya menemukan damai di hati. seandainya semua tahu, indahnya mengabdi pada Mu, seandainya semua tahu kasih Mu lepaskan belenggu"

CINTA . HIDUP . SIANG . MALAM . HARTA . DOA semua untuk Mu


No comments: