Showing posts with label HPA. Show all posts
Showing posts with label HPA. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Ubatan Hakiki : Inspirasi Sentuhan Sanubari dari Tn Hj Ismail Ahmad

Assalamualaikum & salam kebahagiaan,
Jazakallah atas kesudian korang mengklik ke link blog humble aku ini. kali ni aku nak share ngan korang salah satu lirik yang telah berjaya meruntun hati aku. sejak kehadiran incik maher zain, cara aku mendengar lagu semakin berubah. aku bukan lagi mendengar sekadar mendengar suka2 tapi aku lebih mendalami lirik-lirik lagu tersebut. maka, barulah aku semakin sedar akan nilai sebuah lagu itu...lagu 'Ubatan Hakiki' salah satu lagu yang ada dalam album terbaru UNIC-Hijrah dan berada di trak ke 5. lirik ini ditulis oleh tn hj ismail bin ahmad, pengasas HPA (Herba Penawar Al-wahida). inilah harapan tn hj agar semua orang beralih dan yakin kepada perubatan Allah & thibbun nabawi. aku sekarang sedaya-upayanya menjauhi segala ubatan kimia masuk dalam badan aku dan pastinya aku memandang jijik kepada ubatan kimia ciptaan orang kafir untuk melemahkan umat Islam sebenarnya.

tn hj ismail ahmad : HPA's founder

Ubatan Hakiki

Allah hu ya Allah ya Allah
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah 
Tenang-tenagkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istghfar
Solat taubat terus menerus
Harta yg ada banyak diinfak 
Zikir pula jgnlah putus

Jangan sekali berputus asa 
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan akan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baka'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yg Esa
Jangan sampai mensyirikanNya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kafarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah...

Wahai yang mukmin
Takdir itu Allah yang tentu 
Bangunkan hati penuh yakin 
Sakit dan sihat dari yang Satu




Sunday, February 13, 2011

Hadis-hadis Pilihan vol 4 : Makanan


Assalamualaikum ummah,
Untuk volume ke 4 ni aku nak share ngan korang sabda-sabda mulia Rasulullah sallalhu 'alaihi wasallam mengenai....MAKAN!yeah, everybody loves to eat & we must to eat to live. dipetik dari buku 100 Hadis Pengubatan Nabi, aku share beberapa hadis mengenai makanan yang pernah disebut oleh Rasulullah salallhu 'alaihi wasallam. let's go!

Dari Wahab bin Kaisan meneceritakan bahawa dia mendengar Umar bin Abi Salamah, yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi telah menceritakan: "Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam, (suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; "Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu" Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At'imah)

Ulasan :
  1. Di dalam hadis di atas, Rasulullah salallahu alaihi wasallam menyebut 3 adab ketika makan : *memulakan dengan Bismillah *makan dengan tangan kanan *mula menjamah makanan yang paling hampir
  2. Seorang sahabat bernama Umayyah bin Makhsyi radhiyallahu 'anhu meneceritakan; "Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam sedang duduk dan seorang lelaki sedang menikmati makanan di depan baginda. Beliau tidak membaca Bismillah sehinggalah apabila makanan hanya tinggal sesuap sahaja lagi (barulah ia teringat), lalu ketika mengangkat suapan itu ke mulutnya ia membaca; "Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu" Lalu Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam ketawa sambil bersabda; " Daria ia mula makan, syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya". (Riwayat Abu Daud rahimuhullah & an-Nasai rahimahullah)
  3. Berkata Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah rahimahullah; "Membaca Bismillah di permulaan makan & minum dan mengucapkan alhamdulillah di akhirnya memberi kesan yang hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudaratannya" (Zadul Ma'ad, jil. 4, hlm. 232)
Kadar makan orang beriman 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu menceritakan; Terdapat seorang lelaki yang biasa makan dengan banyaknya, kemudian ia masuk Islam. Sejak itu ia makan dengan sedikit sahaja. Diceritakan perkara itu kepada Nabi sallallhu alaihi wasallam, lalu baginda bersabda; "Sesungguhnya orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam tujuh perut". (soheh al-Bukhari, kitab al-At'imah)

Ulasan :
  1. Dalam hadis yang lain, Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda; "Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan". (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah & at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib radhiyallahu 'anhu)
  2. Menurut ulamak, tahap kenyang ada tujuh:
Pertama : Makan sekadar untuk membolehkan hidup.
Kedua : Menambahnya supaya dapat berpuasa & mengerjakan solat dengan berdiri. Ini adalah wajib.
Ketiga : Menambahnya lagi hingga berupaya mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Keempat : Menambahnya lagi supaya ada kekuatan untuk bekerja memperoleh pendapatan. Ini adalah mustahab (disukai Syarak)
Kelima : Menambah lagi hingga memenuhi 1/3 perut. Ini adalah harus.
Keenam : Menambah lagi hingga badan menjadi beat & banyak tidur. Ini adalah makruh.
Ketujuh : Menambah lagi hingga menimbulkan mudarat iaitu makan hingga penuh perut yang ditegah oleh syarak. Kenyang sebegini adalah haram.
(Fathul-Bari dan Faidhul-Qadier (hadis no. 2217) )
maka, kita ni makan tahap mana? fikir-fikir la iye.huhu, bila baca hadis ni terkena atas muka sendrik la plak kan...makan main bantai je. HPA banyak mengajar aku bagaimana aku harus alert dengan apa yang masuk dalam badan aku ni makanan, minuman & medicine. makanan yang halal kat luar sana x semestinya suci. sama juga macam ubat. aku mem'boo' sekeras-kerasnya ubatan kimia dari hospital, farmasi & dari mana-mana sahaja la. aku memandang jijik! yuk! doktor pakar aku adalah Allah. hanya ubatan dari Allah aku terima sebab Dia yang cipta aku maka Dia Maha Tahu kondisi badan aku macam mana. terima kasih Allah kerana menghadiahkan HPA kepada aku. Allahuakbar.
 

Friday, January 21, 2011

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Talbinah

Peace be upon you guys!


Untuk volume ke 3 ini, aku nak share ngan korang makanan sunnah yang dianjurkan oleh kekasih Allah tercinta Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam iaitu talbinah. Sebelum ni aku tak tau pun apakah itu talbinah, pastu bila HPA keluarkan produk minuman yang namanya Talbinah barulah aku tau ni sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Bila aku baca & fahami hadis kat bawah ni plak talbinah ni insha Allah berkesan untuk mereducekan mood sedih & kedukaan.itulah yang aku rasai 2,3 menjak ni...selain berdoa, aku kena minum talbinah la ni.ok, cekidaud 2 hadis kat bawah ni :

Dari Saidatina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha yang menceritakan bahawa jika ada kematian dari ahli keluarganya di mana semua kaum wanita berkumpul, bila mereka bertebaran kecuali ahli keluarganya dan orang-orang tertentu sahaja yang masih tinggal, beliau akan menyuruh diambil seperiuk talbinah dan dimasak, kemudian dibuat tsarid (roti) dan dituangkan talbinah ke atasnya. Ia berkata “Ak telah dengar Rasulullah sallallhu ‘alaihi wasallam bersabda “Talbinah menteteramkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kedukaan”. Adalah ‘Aisyah beliau akan menyuruh dibuatkan albinah jika ada orang sakit dan orang yang bersedih kerana kematian/kecelakaan”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At’imah)


Dari ‘Urwah rahimullah menceritakan; Sadatina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menyuruh agar diberikan Talbinah (kepada orang sakit atau sedang kesedihan). Ia berkata; Talbinah ituadalah makanan yang tidak disukai, namun memberi manfaat. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)

Ulasan :

1. Talbinah ialah sup atau bubur yang dibuat dengan gandum atau tepung. Kdang-kadang dicampur ke dalamnya madu. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Kuliah Thibbun Nabawi 1 yang diadakan di HPA International Center pada 21 Nov 2010

rasa Talbinah keluaran HPA ni memang best dan mengenyangkan.rasa dia ala2 holik gitu tapi lagi best dr holik.harga dia aku lupa,nnti aku cek balik.ok, babai! assalamualaikum :)




Sunday, December 26, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 3 : Ruqyah

Assalamualaikum kepada anda yang dihormati Allah sekalian,
Untuk volume ke 3 ni, aku nak cite pasal ruqyah.kita biasa dengar perkataan ruqyah tu kan, tapi apakah sebenarnya ruqyah tu? sebuah perbuatan kah? atau apakah? jom kita teliti sabda mulia Rasulullah salahua 'alaihi wasalam yang tercinta mengenai ruqyah ini.check it out!

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; "Nabi salallahu 'alaihi wasalam meniup ke atas dirinya pada ketika beliau sakit hampir kematiannya dengan membaca al-Mu'awwizat (iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas). Namun tatkala sakitnya semakin berat, akulah yang meniup dengan membaca al-Mu'awwizat tersebut, kemudian dengan tangan beliau sendiri aku sapukan ke badannya untuk mengambil keberkatan dengan tangannya". Az-Zuhri ditanya; "Bagaimana Nabi meniup?". Beliau menjawab; "Beliau meniup ke kedua tangannya, kemudian beliau menyapu kedua tangannya itu ke wajahnya". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit. Menurut Imam Ibnu Hajar rahimahullah; Telah menjadi ijmak ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan 3 syarat : i-menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya. ii-menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya. iii-dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah. (Fathul-Bari, kitab at-Thibb)
  2. Dilarang sama sekali meruqyah dengan ruqyah/jampi yang mengandungi ungkapan syirik. Seorang sahabat Nabi bernama 'Auf bin Malik al-Asyja'ie radhiyallahu 'anhu menceritakan; 'Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah salallahu 'alaihi wasalam; "Ya Rasulullah, apa pandangan kamu tentang jampi?". Baginda menjawab; "Tunjukkan kepada ku jampi-jampi kamu.Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya" (Riwayat Imam Muslim & Abu Daud dari 'Auf bin Malik radhiyallahu 'anhu)
  3. Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir dan doa-doa yang maksur dari Nabi salallahu 'alaihi wasallam kerana tidak ada sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran ata as-Sunnah sudah pasti lebih mustajab dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi 3 syarat tadi.
Di antara bacaan ruqyah Nabi

Dari 'Abdul-Aziz rahimahullah yang menceritakan; Aku & Tsabit rahimahullah telah masuk bertemu Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu. Tsabit berkata; "Wahai Abu Hamzah (panggilan bagi Anas), aku ditimpa sakit". Lalu 'Anas berkata; "Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah Rasulullah sallalahu 'alaihiwasalam". Jawab Tsabit, "Sudah tentu". Anas pun membaca ruqyah Rasulullah (yang bermaksud): "Ya Allah, wahai Tuhan manusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan maha Penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada meninggalkan lagi penyakit". (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu menceritakan; Sesungguhnya Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam apabila meruqyah, baginda akan membaca; "Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan Manusia. Di tanganMulah kesembuhan. Tidak ada siapa yang dapat membuang penyakit melainkan Engkau sahaja" (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

so, boleh la kita menjadikan hadis-hadis ini untuk menjalankan rawatan kaedah ruqyah yang pernah disebut oleh baginda ni. antara penyakit yang boleh diruqyah yang diberitahu di dalam buku '106 Hadis Pengubatan Nabi' tejemahan & ulasan daripada Ustaz Ahmad Adnan B Fadzil (Mudir MANHAL HPA) ini, untuk mata, sengatan binatang-binatang berbisa & sakit telinga. nanti next post insha Allah aku akan kongsi cara meruqyah dan medium apa yang digunakan untuk meruqyah.well, mungkin dah ramai yang tahu bab2 ni tapi ramai juga yang tak tahu kaedah ni kan. so, put your trust to Him, raise you hands & pray ;D


Wednesday, December 15, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

 
Assalamualaikum guys,
Ok this is last part of Hadis-hadis Pilihan vol 2.for this post I want to share with you about al-Kayy.check it out :

Anas radhiyallahu 'anhu yang menceritakan : "Abu Thalhah dan Anas bin an-Nadhar radhiyallahu 'anhuma telah melakukan al-Kayy kepada dirinya dan Abu Thalhah sendiri melakukannya dengan tangannya sendiri". Anas berkata; "Aku telah diubati secara al-Kayy kerana penyakit zatil-janb dan pada ketika itu Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam masih hidup. Ia telah disaksikan oleh Abu Talhah, Anas bin an-Nadhar dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhum. Yang melakukan al-Kayy kepada ku ialah AbuTalhah sendiri. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. Imam Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan; Dinisbahkan al-Kayy kepada mereka berdua bersama-sama kerana mereka merestui pengubatan al-Kayy itu untuk Anas. Kemudian dinisbahkannya hanya kepada Abu Thalhah sahaja kerana Abu Thalhah yang melakukan al-Kayy itu untuk Anas dengan tangannya sendiri (Fathul-Bari)
Dari Qays bin Abi Hazim rahimahullah menceritakan; Kami masuk bertemu dengan Khabbab radhiyallahu 'anhu kerana menziarahinya yang sedang sakit. Ketika itu ia telah dituam dengan tujuh tuaman di perutnya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mendahului kita, mereka pergi (meninggal dunia) tanpa dunia mengurangkan sedikitpun (pahala/ganjaran mereka). Adapan kita sekarang, kita telah memperolehi harta dunia yang kita tidak menemui tempat untuk membelanjakan harta itu melainkan ke tanah (beliau maksudkan membina bangunan). Kalaulah bukan kerana Nabi menegah kita dari mendoakan kematian, nescaya aku akan mendoakannya". Qays bercerita lagi; Kemudian kami datang lagi menziarahinya pada kali yang lain dan ia sedang membina sebuah bangunan untuknya. Lalu ia berkata; "Sesungguhnya seorang muslim akan diberi pahala dari apa yang ia belanjakan melainkan belanjanya untuk membuat bangunan ini". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan :
  1. Khabbab yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah Khabbab bin al-Arat, seorang sahabat dari golongan awal yang memeluk Islam. (al-Karmani)
  2. Jika disoalkan, kenapa sahabat (Khabbab) berubat dengan al-Kayy sedangkan terdapat hadis menegahnya? Hal ini kerana tegahan Nabi ialah kepada orang yang mampu berubat dengan cara lain, namun ia masih dibuat dengan cara al-Kayy. Adapun orang yang telah berubat dengan cara lain tidak sembuh, haruslah ia berubat dengan cara al-Kayy sebagai ikhtiar terakhir. (al-Karami)
  3. Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa bagi Khabbab; harta yang dibelanjakan untuk membina bangunan milik sendiri tidak akan mendapat pahala. Namun menurut Imam al-Karmani dan Ibnu Hajar rahimahumallah ; Yang dimaksudkan ialah bangunan yang melebihi dari keperluan iaitu untuk berseronok-seronok dengan dunia atau bermewah-mewah. (al-Kawakib ad-Darari dan Fathul-Bari)
Ok, kesimpulan dari hadis-hadis ini ada 2 perkara yang kita dapat belajar kat sini iaitu al-Kayy boleh digunakan bila dah tak de cara lain untuk berubat. kalau ada cara lain, memang kita kena guna cara lain selain tuaman al-Kayy ni.yang keduanya kita belajar bagaimana untuk menggunakan harta kita supaya mendapat keberkatan dan pahala.apapun niat hanya kerana Allah & untuk kebaikan akhirat kita...insha Allah :) khalas.

Thursday, December 9, 2010

Sambungan: Hadis-hadis Pilihan vol 2

Hijamah (Bekam)

Terdapat 3 hadis menarik mengenai bekam yang aku nak share di sini :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-yang menceritakan; Nabi sallallahu 'alaihi wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu-menceritakan; Nabi ssllalllahu 'alaihi wasallam berbekam ketika sedang ihram. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari 'Ashim rahimahullah-yang menceritakan; Jabir bin 'Abdullah radhiyallahu 'anhu-telah menziarahi al-Muqanna. Jabir berkata kepadanya; "Aku tidak akan meninggalkan mu hinggalah kamu berbekam. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam bersabda; "Sesungguhnya padanya ada penyembuhan" (Soheh al-Bukhari, at-Thib)

Ulasan :
  1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasalam berbekam dan menggalakkan para sahabat untuk berbekam.
  2. Terdapat hadis menceritakan "Rasulullah berbekam pada hari ke 17, 19 & 21 mengikut bulan Islam" (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu 'anhu (kitab at-Thib, bab Hijamah). Menurut imam at-Tirmizi : hadis ini hasan gharib)
  3. Baginda juga bersabda "Berbekam pada hari ke 17 ke 19 dan ke 21 adalah penyembuh bagi segala penyakit"(hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
Berbekam di kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu meneceritakan; Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam berbekam di kepalanya. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Berbekam untuk mengubati sakit kepala :

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan; Nabi sallalhu 'alaihi wasalam berbekam di kepalanya ketika dalam Ihram kerana kesakitan yang dihadapinya. Baginda berbekam di satu kawasan berair yang dipanggil dengan nama Lihya Jamal. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalam berbekam ketika Ihram.Baginda berbekam di kepalanya untuk mengubati kesakitan yang dirasai di sebelah kepalanya. 9Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan :
  1. As-Shuda' ialah kesakitan yang dirasai di kepala sama ada keseluruhannya atau di sebahagian kepala. Sakit kepala yang dirasai sebelah kepala secara berterusan dinamakan Syaqiqah. Jika dirasai secara berterusan di keseluruhan kepala dinamakan Bidhah dan Hauzah.
  2. Sakit kepala ini wujud bermacam jenis dan puncanya juga pelbagai. Hakikat sakit kepala kerana kepanasan di kepala dan wap yang tersekat. Ia adalah penyakit para Nabi dan kebanyakan sakit Nabi Muhammad adalah dari jenis sakit kepala. (Faidhul-Qadier, no.2043)
apa plak al-Kayy yang aku tulis di post terdahulu mengenai tiga penyembuh ni?ok,relexs...baca dan fahami mengenai madu & bekam ni dulu.kalau ade soalan ke,konpius apa2 bleh tanya,insha Allah aku akan menjawab.tak pun kalau aku pun tak tau,aku tanya pakar bab Thibun Nabawi yang mana patut.khalas (Maher Zain,2010) <--nak jugak!


Tuesday, December 7, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 2 : Tiga Penyembuh (Madu, bekam & kayy)

Assalamualaikum & salam kesucian Maal hijrah 1432,
Pejam celik alhamdulillah kita dah masuk tahun baru hijrah. Hijrah itu sendiri bermaksud perpindahan dan semangat perpindahan ini bukan sahaja harus tertumpu pada awal tahun baru sahaja tetapi pada bila-bila masa.insha Allah, teruskan berdoa & meminta kepada Allah agar Allah sentiasa mebimbing kita ke jalan yang Dia redhai.suka aku ingatkan di sini...redha ibu bapa bermaksud redha Allah.

ok kali ni aku nak share beberapa terjemahan Hadis yang juga dipetik dari buku 106 Hadis Pengubatan Nabi. pastinya ia berkaitan dengan pengamalan kekasih Allah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. why not kita jadikan ia amalan kita kan?ok take a look:

Dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhuma- bahawa Nabi sallalllahu 'alaihi wa sallam bersabda "Penyembuh ada pada tiga : pertama, toresan bekam (untuk mengeluarkan darah) kedua, minum madu ketiga, al-Kayy (tuaman dengan api). Aku menegah umatku dari tuaman dengan api " ( Soheh al-Bukhari, Kitab at-Thib)
Ulasan :
  1. Di Dalam hadis ini ada 3 jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi sallalahu 'alaihi wasalam iaitu menggunakan madu, hijamah (bekam) & al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).
  2. Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-Kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis ini. Namun, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy.
  3. Setelah meneliti semua hadis tentang  al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan : pengubatan secara al-Kayy tidaklah dilarang secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada waktu tertentu terutama pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan (Fathul-Bari, kitab at-Thib)
Mengubati sakit perut dengan madu

Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata; 'Saudaraku mengadu perutnya cirit-birit'. Nabi berkata;'Beri ia minum madu'. Lelaki itupun memberi saudaranya minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; 'Beri ia minum madu'. Ia datang lagi dan berkata; 'Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu, perutnya semakin cirit-birit'. Nabi menjawab; 'Allah adalah benar, namun perut saudaramulah yang berdusta. Beri lagi minum madu'. Ia memberinya lagi, akhirnya sembuhlah saudaranya itu". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thub, bab ad-Dawa bi al-'Asali & bab Dawa al-Mabtun)

Ulasan :
  1. Istitlaq dalam hadis di atas bermaksud : penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah penghadaman dan usus. (mInhatul-Bari)
  2. Ucapan nabi "Allah itu Benar" adalah merujuk kepada firman Allah "Keluar dari dalam badannya (yakni lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penyembuh bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"(surah an-nahl, ayat 69)
Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa madu adalah penyembuh. Apabila madu itu tidak berkesan, maka puncanya bukan pada madu, akan tetapi pada perut. Menurut ulamak; Ucapan Nabi "...perut saudaramu yang berdusta.",maksud dusta di sini ialah berada dalam keadaan salah (yakni ada yang tidak kena). Dalam erti lain; perut berada dalam keadaan tidak baik untuk menerima penyembuhan. Punca keadaan perut yang tidak baik ini ialah banyakknya bahan-bahan yang rosak di dalamnya dan perlu dikeluarkan barulah penyembuhan boleh berlaku.

Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi meminum madu itu untuk mengososngkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali nabi menyuruh lelaki tersebut memberi madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi bi al-'Asl) )

Ok,khalas stakat ni.nanti aku sambung lagi 2 cara iaitu bekam (hijamah) & al-Kayy.
*tetiba rasa nak makan roti sapu ngan madu.syok...

 

Thursday, November 11, 2010

Kongsi Ilmu : Omega

Salam brothers & sisters,
post kali ni aku nak share ngan korang semua apa yang aku belajar dengan tn hj ismail di kuliah perubatan jawi (KPJ) beliau.sape tn hj ni...tgk belah kanan,'the amazing knowledgeable' tu la dia.KPJ ni kelas yg dikendalikan khas oleh tn hj dan beberapa org panel HPA ni.HPA ni apa pulak?HPA ni Herba Penawar Al-Wahida.kali ni aku nak share mengenai minyak ikan.let's go! btw,dulu ia dikenali sbg omega-3 tapi sekarang atas permintaan kementerian kesihatan malaysia, namanya ditukar kpd O3 Softgel.ok,minyak ikan adalah minyak yang diekstrak daripada tisu-tisu ikan. pengambilannya memang sangat disarankanlah untuk diet (pemakanan) yang sihat.kenapa?sebab ia mengandungi asid lemak Omega 3,EPA & DHA.EPA ni untuk jantung & DHA plak untuk otak.

Untuk pengetahuan korang,ikan ni tak menghasilkan asid lemak omega 3 secara terus tapi ia terhasil melalui pemakanan ikan-ikan yang mengandungi mikro-alga. omega 3 ni asid lemak yang sangat penting & ia tak boleh dijadikan secara semulajadi oleh tubuh manusia melainkan melalui diet (pemakanan) kita. nisbah O3 yang sepatutya kita ambil ialah 2:1 tapi kebanyakkan kita hari ni mempunyai kurang O3, kita x leh bergantung pada pemakanan harian je, that's why kita kena mengambil suplement yg mempunyai O3 yg mampu beri manfaat yg besar.

Untuk pengetahuan korang lagi, O3, DHA & EPA ni ada dalam minyak ikan. memang ia menjadi peranan penting untuk jantung, mata,sistem saraf, buah pinggang dan hati.mari kita lihat apa yang best mengenai O3 ni :

  • membantu mendapatkan jantung yang lebih sihat dan paras kolestrol yang lebih baik.
  • membantu dalam menjana minda yang tangkas, cerdas dan tuntas :) , menaikkan mood, daya tumpuan & memori.
  • meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap demam, selsema dan mcm2 lagi
  • meningkatkan kekuatan sendi, mengurangkan ketidakselesaan & sakit akibat arthritis
  • mengurangkan sindrom pra haid iaitu sengugut
  • meningkatkan kualiti kesihatan kuku, rambut & kulit
  • baik untuk kanak-kanak yg hyper active, tension & anti-sosial.

untuk produk O3 keluaran HPA halal lagi suci daripada tangan2 orang yg berwudhuk ini, pegambilan harian 1-3 kapsul selepas makan dan untuk kanak-kanak 1 kapsul selepas makan.memetik kata-kata tn hj,apa sahaja suplement yg berbentuk minyak memang kena makan selepas makan okeh....ingat pengambilan suplement tak tunggu sakit atau tua ya, mencegah lagi better dari berubat.ok,selamat menjaga kesihatan...

Genggam tangan ku...banyak lagi jalan untuk melakukan kebaikan.Genggam tangan ku...mari lihat kembali apa yang kita sudah hilang.Genggam tangan ku wahai sahabat, kita akan bersatu memberi semangat kepada satu sama lain. Dan mari berdoa untuk kesejahteraan dunia... Dunia indah yang kita kongsi bersama (Bilal Hajji, 2009)