Showing posts with label Eid. Show all posts
Showing posts with label Eid. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Ibrah Cahaya Nya

Pagi itu dia mundar mandir. Fikiran bercabang-cabang bak mind mapping dalam kuliah Research Methodology sebentar tadi. Dirinya berbelah bahagi sama ada mahu mengiakan sahaja ajakan rakan-rakannya untuk pergi menonton teater Lari itu. Fikirnya, sudah lama tidak menyibukkan diri menonton yang ada manfaatnya untuk mengisi tabung pengalaman sebagai pelajar di dalam bidang industri kreatif ini. Namun, secabang lagi fikirannya semalasnya dia ke tempat teater itu dek kerana banyak memori kelam selama dia berada di dalam lubuk kejahilan suatu ketika dulu. Dia menghela nafas dalam, meminta petunjuk Tuhannya. Dia memejamkan matanya seketika dan melapangkan dadanya untuk cuba melupakan seketika apa yang telah dia lalui suatu ketika dahulu itu. Dia mencapai BlackBerry dan membuka BBMnya untuk memberi keputusan kepada Amy untuk mengikutnya ke pementasan itu.

Petang Jumaat itu, seperti dia jangkakan Lebuhraya Persekutuan sesak seperti biasa. Pemain MP3 di radio keretanya memainkan lagu dan zikir kegemarannya. Alunan-alunan muzik itu tenggelam dan fikirannya melayang sambil melihat kereta kiri kanannya yang bergerak dalam kadar meter kelajuan hanya pada angka 20-30...

Ketika itu dia sangat gembira ditemani sahabat baiknya di sisi. ketika itu dia rasanya mereka diumpakan sebagai Rahul dan Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hei. Tiada apa yang lebih utama di dalam dunia ini melainkan persahabatan mereka berdua. Seperti belangkas, ke sana ke sini bersama tanpa peduli apa sahaja kata orang terhadap mereka. Apa sahaja lah yang dia sanggup korbankan demi kepentingan persahabatan ini. Sewaktu dia di tahun akhir Diplomanya girang sekali apabila mereka berdua lebih banyak masa untuk bersama dalam kerja-kerja untuk projek akhir mereka. Dia menumpang tidur di rumah sahabat baiknya itu pun dia tak kisah walaupun berlainan jantina. Kongsi makanan lagi lah dia tak kisah. Pendek kata, hampir setiap hari mereka menghabiskan masa merayau ke sana sini bersama. Ya, mereka juga umpama seperti Devdas dan Paro di dalam filem Devdas. Namun jauh di sudut hati dia, dia mahu mengajak sahabat baiknya itu untuk mengikuti jalan Islam dengan baik. Ya, sekurang-kurangnya bersolat. Dia sememangnya tahu sahabatnya itu seorang gay, boleh dikira atau mungkin sukar untuk mengingati bila kali terakhir dia melihat sahabatnya itu bersolat. Pernah dia menarik cuping telinga sahabatnya lantaran subang yang dikenakan sahabatnya. Dalam dia mahu mengajak sahabatnya ke jalan Allah, tanpa dia sedari dia sendiri yang tersasar dibuai nafsu dunia yang beralasan persahabatan itu.

Deruman enjin dari motor berkuasa tinggi sekumpulan penunggang Harley Davidson yang lalu di sebelah kanannya membangunkan dia dari asyik menyusun helaian-helaian kisah lamanya itu. Dia memasukkan gear 5 dan menekan pedal minyak dan terus menyusur ke exit Istana Negara. Seusai sampai, dia menuruni kereta yang digelar Skancil Skyline tu sambil mendongak ke susuk bangunan di hadapannya, "oh, tempat ini menyimpan pelbagai kisah itu" bisik dia sambil di dalam benaknya semakin laju menyelak helaian-helaian kisah lamanya. Dia menyusun tapak melihat sekeliling seakan-akan ada skrin High Definition yang memancarkan kenangan-kenangan lama di situ. Dia bersama rakan-rakan menuju kaunter tiket  untuk mendapatkan tiket yang telah ditempah. Dia berpaling ke satu arah dan melihat seraup wajah. Dia cukup kenal dengan lelaki pemilik wajah itu. lelaki itu senyum lebar takala mereka saling berpandangan. Dia tersentak seketika.

Dia mengawal riak mukanya dan cuba bertenang. Seukir senyuman dibalas kepada lelaki itu tanda hormatnya dan tidak mahu keadaan menjadi murung. Tangannya menyeluk beg mencari BlackBerrynya yang galak berbunyi daripada tadi lagi. Dia menumpukan perhatian pada telefon demi mengusir segala kenangan yang sibuk bermain di benaknya. lelaki itu cuba menarik perhatiannya untuk berbual namun dia terasa agak janggal.  Seusai sahaja pementasan tamat rakan-rakannya meminta untuk dia tunggu seketika untuk lepak dan bersembang dengan lelaki itu dan rakan-rakan yang lain. Suasana malam yang menjenggah jam 11 malam itu diisi dengan hilai tawa dan kepulan asap rokok yang menyesakkan dadanya. Hatinya cuba bertenang dan tidak mahu terlalu menampakkan tanda protesnya dengan keadaan suasana yang langsung tidak disukainya ini. Dia bermonolog dengan Tuhannya "oh Tuhan, lihatlah hamba Mu ini. mereka ketawa seakan mereka tak akan mati, seakan tiada yang memerhatikan mereka, mereka bersentuhan dengan berlainan jantina seakan itu halal untuk mereka, mereka menghembus asap rokok dengan sombongnya menjemput lagi jin & syaitan duduk sekali di kalangan mereka ini. Oh Tuhan, ini bukan dunia aku! aku tidak mahu lagi kembali ke dunia ini!" jerit hatinya seakan merayu untuk dia bangun dan melangkah pergi dari kalangan itu.

Hatinya mula bercabang metimbang tara dan mempersoalkan kepada dirinya "kalau Rasulullah ada ni, agaknya apa perasaan baginda melihat kau begini ha?" dengus hatinya. Entah kuasa dari mana dengan tak semena-mena dia bangun dengan melafazkan sejengkal ayat "Aku balik dulu..." dan terus melangkah dengan berani menuju ke Skancilnya. Dia memandu Skancilnya menyelusuri jalan yang tidak lagi sesibuk siang tadi. Perasaannya bercampur, separuh merasa syukur dengan menentang nafsu jahatnya dan terbelit rasa bersalah meninggalkan kalangan itu begitu sahaja. mulutnya kumat kamit mengikut rentak zikir alunan Hafiz Hamidun yang dimainkan di dalam keretanya dan akhirnya alunan itu larut di dalam kenangan yang kembali datang mengetuk fikirannya.

Malam itu hujan gerimis. Dia mundar mandir melihat jam di telefon bimbitnya jam 10.30 malam. Dia menunggu sistem pesanan ringkas yang bakal masuk ke inbox. "Aku perlu keluar dari kolej ni sebelum jam 11 malam, kalau tak malas plak aku nak bertekak dengan pak gad tu". Dia menyarungkan jeansnya dan mempersiapkan dirinya ala kadar sambil berbisik "ala, over night je pun". Dia menuju ke rumah sewa sahabat baiknya yang sememangnya tidak jauh dari kolej. Sesampai di hadapan pagar sahabatnya sudah setia menunggu dan lebih kurang 15 minit kemudian seorang lelaki berkereta Wira Aeroback break di depan mereka. Ya, itulah lelaki yang ditunggu dari tadi... "Apa lagi, jom la. hujan tu" jemput lelaki itu. dia dan sahabat baik dia girang lalu menaiki kereta itu. "Haa..nak g lepak kat mana nih?" soal lelaki itu. "Mana-mana je la bang...lapar ni, dari tadi tak makan tau tunggu abang" sahut dia. "Tempat korang ni jauh sangat, hujan plak tu, tu yang abang lambat sampai". Mereka menuju ke sebuah restoran di seksyen 13. Selepas makan dan bersembang di situ, mereka menuju pula ke sebuah lagi kedai mamak yang agak popular di kawasan itu. Hujan renyai-renyai dan tiga gelas kopi panas menemani mereka bertiga malam itu. Dia merasakan saat itu merupakan saat yang paling seronok dalam hidupnya. Lepak, bersembang tentang orang itu, tentang orang ini dan semuanya perkataan yang sia-sia. Mereka merasakan seakan ada chemistry di antara mereka kerana itu pertama kali mereka 'hang out' bertiga dan bebas bercerita tentang apa sahaja. Restoran yang beroperasi selama 24 jam itu tak pernah putus dikunjungi oleh pelanggan yang bermacam-macam ragam. Jam menunjukkan 5.30 pagi dan mereka bertiga mula beransur mengatur langkah ke arah kereta. Tidak tidur malam itu tidak menjadi alasan untuk mereka tidak mengantuk malah mereka masih rancak berbual. Jam 6.10 pagi dia masuk ke kolej dan terus tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.

"Uhibukka rabbi uhibukh...uhibuka inni uhibukh..." seraya bunyi BlackBerry hitamnya memberhentikan segala kelajuan selakan helaian kenangan di mindanya mengenai lelaki yang ditemui tadi. Panggilan daripada ibunya bertanya keadaanya dek kerana tadi ibunya tidak menjawab panggilan telefonnya siang tadi. Keretanya diperlahan dan dia mengeluarkan kad touch and go di tol Batu 3. Sampai di rumah, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Seusai solat, dia bersimpuh di bawah duli kebesaran Rabb nya. Suasana malam itu sunyi sepi, hatinya mula menangis di hadapan Tuhannya, dia mengadu kepada Tuhannya, terasa dirinya terlalu banyak kotoran dosa dek kesalahan lampau dan kelalainya memuja dunia ini. Dia mengangkat kedua tanggannya "ya Allah, sesungguhnya aku malu untuk mengangkat tanggan ku yang telah banyak berbuat dosa ini, aku malu untuk mengangkat wajah aku yang kotor ini, aku malu mahu meminta kerana aku banyak tidak bersyukur kepada Mu. Namun, hanya Engkau yang aku sembah & bersujud...aku merayu kepada Mu ampunkan dosa ku ya Allah. Aku yang kerdil, lemah dan bersalut dosa. Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu agar terlerai kesangsian hati ini. Ya Allah, sekadar air mata ini tak mampu membasuhi dosa ini. Ya Samiiq, hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu yang dapat meringankan maka hulurkan maghfirah Mu. Andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi. Ya Allah ya Rahman, sebelum berangkat pergi ke daerah sana lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan raga ku. Ya Hadii, janganlah Engkah menarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada ku. Ya Rahim, selimuti diri ku dengan sutera kasih sayang Mu agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah abadi"

Dia tafakur dipembaringan sambil air matanya belum lagi kering mengenangkan kejahilannya suatu ketika dulu. Kisah-kisah manusia yang paling disayanginya tergambar di fikiran. Dia mengumpul kekuatan dengan kisah teladan baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam bagaimana baginda sabar & yakin kepada Allah dalam perjalanan da'wah baginda yang jauh lebih hebat dugaannya daripada apa yang dia hadapi. Tak semena-mena susuk bangunan hitam ka'abah dan kubah hijau nabawi terlintas difikirannya... Dia lena diulik denyutan taubatnya kepada yang Maha Pengampun.



Saturday, October 29, 2011

Refleksi dari Firman Yang Teragung

Assalamualaikum,
aku cukup tersentap bila aku membaca tafsir beberapa ayat surah An-Naml.ya, terkena pada diri sendiri sebab selalu lalai terutama untuk mengrefleksi dari alam sekeliling.so, aku share kat sini beberapa  tafsir yang boleh membangunkan hati kita yang terlebih hubbun duniya ini.sambil2 baca...feeling2 lagu Open Your Eyes by Maher Zain :)

59. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Segala puji bagi tertentu Allah, dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (nabi-nabi) yang dipilihNya". Manakah yang lebih baik?-Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?


60. Bahkan siapakah yang telah mencipta langit & bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).


61. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan; dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya; dan menjadikan untuknya gunung ganag yang menetapnya; dan juga telah menjadikan antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semulajadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakkan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.


62. Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).


63. Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat & laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.


64. Atau siapakah yang memulakan kejadian sekelian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?  Katakanlah (wahai Muhammad) "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar"


65. Katakanlah lagi : Tiada sesiapa pun di langit & di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

Lihatlah pada firman-firman Allah yang berbentuk persoalan ini, bertapa Allah memang suruh kita berfikir. bila aku membaca tafsir Quran, banyak ayat-ayat ulangan seperti ayat-ayat di atas iaitu 'Adakah sebarang tuhan lain di sisi Allah?' dan ulangan ini sangat penting kerana mensyirikkan Allah adalah dosa yang paling besar.sama juga dengan firman Allah di dalam surah Ar-Rahman iaitu pada ayat 'fabiai'yi ala irhobikhuma tukhazhiba' yang bermaksud 'Nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu hendak tidakkan?'. Allah telah mengulang sebanyak 30 kali firman ini.

Astghfirullahalazim...maafkan kami ya Allah.mari kita, dekati & sayangi mukjizat yang ada di depan kita ini iaitu Quran. pertalian kita yang paling erat dengan Rasulullah salallahu alaihi wasallam ialah pertalian ilmu. mari, refleksi diri agar sentiasa mengingati Allah dalam susah atau senang, dalam bersendirian atau ramai, dalam sakit atau sihat, dalam gagal atau berjaya, dalam lapar atau kenyang. janganlah lokek dengan Allah kerana firman-firman di atas itu antara bukti Allah tak pernah lokek dengan kita...mari! sebarkan kebaikan :)


Thursday, September 22, 2011

Cerita Anbiya' yg menyejukkan hati

so, this is second week of my third semester (year 2).aku memulakan sem kali ni dengan sedikit kelainan...aku masih ingat hari pertama aku ke fakulti, aku dapat rasa banyak mata yang memandang penampilan aku. aku x kesah, yang penting aku yakin aku berada dalam syariat yang betul. then, aku masuk ke satu kelas ni & subjek ni antara subject killer jugak la untuk this sem. lecturer yg conduct this class memang kenal aku since diploma lagi & dalam dia duk lecture tu dia 'kenakan' aku "idmalina tak tau la boleh ke tak pergi konsert wings kat IB kan..." dan seraya itu kedengaran hilai tawa satu kelas...waktu tu, Allah bagi kekuatan kepada aku untuk aku tersenyum dan dalam hati aku mengadu kepada Allah..."ya Allah, mereka sindir saya kan...".subhanallah waktu tu, aku seperti rasakan ada pujukan halus yang bisik di telinga aku ni, "sabarlah, ingat bagaimana baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam menyuapkan makanan kpd yahudi buta sedangkan yahudi buta itu terus berterusan memaki hamun baginda namun baginda tetap menghaluskan makanan & menyuapkan dengan lembut kepada yahudi buta di hujung kota itu" apalah nak dikisahkan dengan sepotong sindiran yang tak punyai apa-apa makna bagi aku itu ?

housemate aku, pada beberapa hari awal sem...aku lihat mereka mula membentangkan sejadah untuk solat dan 2 di antara mereka sempat berjemaah maghrib dengan aku. perasaan aku ketika itu, lebih2 bahagia daripada perasaan aku mendapat galaxy tab dulu. namun ia merudum dari hari ke hari...sikap mereka tetap kembali kepada yang asal.tidak mempedulikan Allah yang sedang meminjamkan udara yang disedut oleh hidung mereka yang hakikatnya milik Allah.aku seringkali mengkoreksi diri aku di mana punca kegagalan aku dalam membawa mereka ke jalan Allah ? pelbagai cara aku cuba...da'wah by speech, da'wah by action... aku tidak akan putus asa sampai aku didatangi dengan malaikat Izrail meminta roh aku untuk meninggalkan jasad ini.

kisah Nabi Nuh alaihi sallam yang berda'wah selama 950 tahun & hanya mengikuti da'wahnya x kurang dari 100 orang.apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan aku ini ? tiada seorang pun Rasul & Nabi tidak dicerca dalam da'wah mereka...tiada seorang pun di antara mereka tidak ditentang hebat.mereka tidak pernah bersenang-senangan dalam proses da'wah mereka.aku teringat yang Allah pernah berfirman yang Allah tak melihat kepada hasilnya tetapi Allah melihat kepada prosesnya. Maha Suci Allah...

aku terharu bila brother Qayyum, abang aku di Khalifah Institute berkongsi firman Allah di dalam surah Al Maidah ayat 105 di wall facebook aku yang bermaksud :

 "wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu (kerana) orang-orang yang sesat itu tidak akan membahayakan apabila kamu telah mendapat petunjuk.Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Sesunngguhnya firman-firman Allah di dalam buku suci Al Quran itu menyembuhkan aku...mengubat hati yang terluka ini...memujuk perasaan yang kecewa ini. sesungguhhnya, kasih baginda Muhammad Rasul Allah salallahu alaihi wasallam sering menterharukan aku. ya Rasulullah, I know & believe you love me lots. I try to follow your way and do my best to leave my live as you thought me.I pray to be close to you...on that day and see you smile when you see me. peace be upon you beloved =,)


Thursday, September 8, 2011

Abah

sejak aku meningkat remaja aku selalu merungut tentang Abah. aku rasa Abah ni macam tak hiraukan aku sebagaimana Abah hiraukan aku masa kecik-kecik dulu. oh, kalau kawan-kawan bercerita mengenai abah-abah mereka, aku cukup2 rasa nak balikkan je meja darjah aku tu. sambil aku membawa beban beg sekolah, aku fikir & ada juga aku monolog sendirian "kenapa Abah tak macam tu pun? nak bercakap dengan Abah pun takut apatah lagi kalau nak minta apa-apa...siap kena hafal skrip dulu. Abah tak best!". ini hanya seayat rungutan aku malah kalau nak diingat kembali rungutan aku, ia mampu dibuat setebal novel Twilight.

memang macam-macam persoalan yang aku soal kepada hati yang masih mentah & kepada Ibu kenapa Abah tak suka bercakap-cakap, bergurau-gurau, tanya apa-apa dekat aku. Abah selalu menentang apa yang aku suka malah abah pernah koyak-koyakkan poster Titanic kesayangan aku. Abah pernah buang gambar-gambar Kate Winslet, Leonardo De Caprio & Shah Rukh Khan yang aku sayangi. Abah kejam! aku memberontak sendiri & jiwa aku menjerit "kenapa Abah selalu menentang dik na???" dan mengapa itu mengapa ini yang aku soalkan.

Sehinggalah aku meningkat ke sekolah menenggah, masuk UiTM untuk diploma aku...aku tak pernah rasa Abah itu dekat dengan aku. aku lebih lapang mengambil orang lain sebagai punca inspirasi aku kononnnya kata hati aku, itu yang terbaik. ceteknya fikiran aku sewaktu itu mempercayai hati yang sedang bersarang dengan kajahilan. lagi aku rasa seperti tidak dihirau bila mana aku di rumah sahaja, kalau ada yang bertandang ke ruang tamu rumah yang aku gelar Edemaz Palace itu, Abah girang sahaja bersembang mesra mengatur kata yang membuatkan sesiapa sahaja bahagia mendengarnya. aku mengadu lagi kepada Ibu.

bumi ini berputar dengan arahan dan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala tanpa lewat sesaat kelajuan cahaya pun, sehinggalah tiba masanya (dipendekkan cerita) Allah subhanahu wa ta'la memakbulkan doa-doa Ibu & Abah untuk aku selama ini. hari apa, tarikh bila, jam berapa... aku tak boleh nak terangkan sebab aku pun tak sedar bilakan waktu setepatnya Allah taala meniupkan roh hidayah Nya yang lebih bernilai dari seisi dunia ini. Allah subahanahu wa ta'ala ibarat menarik aku dari satu lubang hitam yang terlalu dalam dan aku diangkat naik ke suatu tempat lapang yang menghijau, nyaman sekali daerah itu... lagu Insha Allah & The Chosen One itu seperti satu jentikkan pada jiwa aku yang entah hilang ke mana ketenangannya yang aku cuba pasakkan dengan keseronokkan dunia.

Allah subhanahu wa ta'ala 'pimpin' aku Dzul Iman Smart Khalifah...aku masuk ke dalam satu lagi dunia yang mambangunkan jiwa fitrah aku.kata-kata apa lagi selayaknya aku zahirkan selain ucapan puji-pujian sebanyak-banyak ciptaan Allah di langit & di bumi serta kesyukuran aku kepada Allah taala kerana masih sudi memberi belas ehsanNya kepada tanpa berkira walau seberat biji sawi pun. Allah subhanahu wa ta'ala memperkenalkan aku dengan manusia-manusia yang dulunya aku sangkakan jenis manusia sebegini sudah hampir tiada di dalam dunia serba kehadapan ini. 3 bulan aku di situ meneguk segala ilmu yang aku sudah lama tinggalkan & abaikan. Allah ta'ala membawa aku ke perjalanan yang lebih jauh & semakin jauh berjalan di daerah ini, dalam diam aku dapat rasanya jiwa yang aku rasa kosong, terisi.

aku pulang ke tanah negeri yang diberkati, Kelantan. sejak aku sekolah teknik 2005 sehinggalah 2010 aku tidak pernah menghabiskan Ramadhan sepenuhnya bersama Ibu & Abah. aku menghabiskan Ramadhan bersama Ibu & Abah.nah! angan-angan aku itu Allah realisasikan menjadi realiti. cara Abah dengan aku sangat lain...lain! tak pernah aku lihat sependek hayat aku ini! Abah pandai bergurau dengan aku, tekun mendengar cerita aku, suka kenakan aku dengan cara gurauan itu, melihat ke muka aku takala mengatur kata bercakap dengan aku. nyatanya, Abah yang aku sangka menentang aku, menyokong penuh penghijrahan aku ini. Abah tak pernah kata tidak jika aku minta untuk ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV malah Abah bertanya pilihan aku untuk ke rumah Allah yang mana untuk menunaikan solat Subuh, Isya' & Terwaeh berjemaah. Abah tak kisah pun andai aku minta untuk sama-sama iftar di Qaryah Ramadhan, masjid atau surau kerana Abah lebih suka iftar di rumah. malah, kalau Abah tak larat untuk pergi masjid jauh-jauh Abah minta Ibu temankan walau aku yakinkan yang aku boleh pergi sorang-sorang.

Kami bertiga senang menjalankan aktiviti ibadah bersama.setiap hari bermula dengan sahur, solat subuh di masjid, tazkirah subuh, bertadarus, ke stokis, solat zuhur, tidur qailullah, menyelesaikan urusan dunia, solat asar, iftar, solat maghrib, solat isya, solat teraweh, moreh di rumah,tidur, bangun qiam...begitulah rutin kami bertiga. Senyum & ketawa Abah bersama aku berbeza daripada senyum & ketawanya dengan orang lain. sehinggalah petang semalam (9 Sept) pujukan aku kepada ibu agar mendapatkan Abaya' yang dah lama aku idamkan, aku sampai sahaja di stokis dan aku katakan "Abah...tutup mata", aku berdiri di hadapan Abah dengan Abaya' yang lengkap dengan selendang hitam itu...Abah yang khusyuk membaca buku tulisan Tn Hj Ismail itu senggeh tergelak sambil berkata "tak sabar benar dah nak gi Mekkah ni". hujan yang turun petang semalam itu ibarat turun bersama redha Allah kepada Ibu & Abah.

Inilah kuncinya yang aku meraba-raba sebelum ini bagaimana untuk aku 'berbaik' dengan Abah. barulah Ibu membuka lipatan cerita dulu yang Abah selalu memberitahu Ibu agar menegur aku agar berpakaian dengan sopan & mengikut syariat. bila Ibu nasihatkan aku, aku mendengus tanda tidak setuju malah aku bandingkan pula dengan orang-orang diluar sana yang lagi teruk pemakaiannya. kini, aku begitu tenang, selesa & rasa selamat dengan berpakaian begini. aku tidak lagi perlu tarik-tarik baju yang sudah singkat itu kononnya untuk tidak menampakan tubuh aku.

Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar...selawat dalam salam sejahtera khas buat manusia agung Rasul Allah Muhammad salallahu alaihi wasallam. semoga Allah subhanahu wa ta'ala membantu aku dalam perjalanan hijrah ini, tidak membolak balikkan hati ini & aku bersama Ibu Abah serta ahli keluargaku dipersilakan ke Syurga Firdaus bersama para Anbiyaa', salfussoleh & mukmin yang lain.ameen.






Friday, August 19, 2011

Hidup bersama kasih Allah

Peace be upon you guys,
aku membelek kembali nota yang aku catat semasa talk by Dr Azhar Hj Sarip dalam program GERAK semasa aku jadi ustazah di Dzul Iman Smart Khalifah.talk ni pada 10 julai 2011 di Menara TM. so, aku nak share ngan korang talk yg actually tajuknya Terapi Azan tapi ia pengisian more kepada hidup berAllah atau hidup bertuhan.

Actually kita kena belajar untuk memahami yang dimaksudkan oleh Allah "katakanlah bahawa Aku lebih dekat dari urat nafas manusia itu". sememangnya bagi insan yang 'jauh' dengan Allah taala sekadar Islam pada nama memang  sangat sukar untuk faham ayat ni sebab dia tidak yakin akan Allah taala itu sememangnya wujud even tak nampak dengan mata kasar. aku juga penah dengar ada sorang ustaz ni cakap Islam bukan agama fakta tetapi percaya dan yakin. Maka, bila masalah datang ia sebagai platform untuk manusia tu berhubung dengan Allah taala.



Dengan masalah ini jugalah kita mewujudkan persefahaman dengan sesama manusia bahkan persefahaman dengan Allah taala. Allah taala Maha Memahami kita cuma kita untuk berusaha untuk memahami Allah itu. so, no wonder la kenapa kita tengok hari ni kenapa orang yang susah tu la yang ramai anak, masalah itu ini...sebab itu caranya Allah taala nak manusia dekat dengan Nya.aku tak kata orang kaya tak de masalah, tapi bila seseorang tu menghadapi masalah tapi dia ada harta itu lagi bahaya daripada ada masalah dan tidak mepunyai harta yang banyak.

Kita as human yang memang dengan sifat semulajadinya banyak kekurangan dan kita tidak sempurna. sebab itu pentingnya kita mencari ilmu terutamanya ilmu agama untuk memotivasi & meyakinkan kita yang Allah itu ada.antara sifat positif yang ada dalam diri manusia ialah willpower, analogical & rational.kalau kita biarkan kelemahan sentiasa menguasai positif kita maka ia berjaya menghancurkan positif yang ada semulajadi dalam diri kita.antara kelemahan yang sememangnya ada dalam diri kita ialah hungry, angry, lonely & tired. bukan ke kalau kita penat kita cepat je nak marah segala kan...so ia akan destroy unsur-unsur positif tadi.

so, how to build up positive 'energy' ? yang paling mudah dalam percakapan harian kita contohnya "boleh tak kalau awak jangan ganggu saya?" ok, cuba korang bezakan kalau cakap begini "boleh kan kalau awak jangan ganggu saya". 'tak' ditukar kepada 'kan' yang kedengaran kind but firm. sedikit pengalaman aku semasa menjadi ustazah tempoh bulan aku tukar word ni anak2 memang boleh terima order tanpa banyak alasan.pesan Dr Azhar lagi, orang positif suka yang positif, orang negatif suka yang negatif.hakikatnya fitrah kita ini mengarah kepada Ilahiah dan positif. paksaan juga membantu membangunkan negative energy dalam diri kita,so, x mo paksa2 okeh...


Doa...kita selalu dengar org memperkatakan mengenai doa.dulu, jaman-jaman aku jahil aku faham doa tu doa je la.angkat tanggan pastu mintak la ape benda pun dengan Allah.huhu, wallahi aku tak mo kembali ke zaman dark ages aku tu.Dr Azhar kate lagi, jangan kurang ajar dan tak hormat Allah dalam keadaan yg kita tak perasaan pun yang kita sebenarnya rude dengan Allah.contoh situasi, waktu doa dalam masjid sambil tadah tanggan mengaminkan doa mata boleh lagi melilau tengok jam kat dinding, tengok hiasan2 kat dinding masjid, tengok budak-budak berlari kat luar, siap 'patah2kan' jari lagi...pastu tadah tanggan tu memang mcm2 gaya la tongkat kat peha la ape la.actually bila Dr ckp mcm tu aku tersentap habis sebab dulu macam tu la.sekarang baru rasa malu dengan Allah... : (

so, bila berdoa dengan Allah taala, jangan poyo dengan Allah taala. which means kata Dr Azhar let's say berdoa waktu majlis2 rasmi then baca ikut teks yang disediakan tu itu la maksud poyo nya.maknanya kita baca sekadar-kadar baca & contoh lain menjadi adat pulak memulakan majlis dengan ummu kitab al fatihah pasti semua pakat baca dengan penuh turbonya tanpa faham maksud al fatihah tu.that is poyo okay...menurut kajian sains berkaitan gelombang alpha, beta, theta & delta; gelombang alpha paling rendah & ia merupakan gelombang yang positif. contoh waktu bumi ni dalam gelombang theta ialah pada waktu Subuh,Dhuha, Asar, semasa Azan dilaungkan & pada bulan Ramadhan.



how to gain gelombang theta ni? iaitu dengan kita berlemah lembut & bertenang. so berlemah lembutlah dalam berdoa kepada Allah nescaya kita akan bertenang & we can fall in love with Allah.sebagaimana kita tidak mencurangi cinta kita kepada manusia same goes la kita tak boleh mencurangi cinta kita kepada Allah.bagaimana antara cara bercinta dengan Allah? dengan selalu 'bercakap & bersembang' dengan Allah. contohnya :

"Ya Allah yang saya sayangi Allah Maha Berkuasa, saya nak drive keta ni, saya nak ke pasar, izinkan saya untuk sampai ke pasar dengan selamat ya, saya berdoa semoga jalan nak ke pasar ni tak jem"


setelah selamat sampai ke pasar...


"Ya Allah Maha Penyayang, terima kasih banyak-banyak sebab Allah izinkan untuk saya sampai ke pasar ni.I love You sooo much.alhamdulillah"

so jadilah ianya doa yang tak poyo sebab tu memang tulus dari hati kita.kalau kita amal macam ni. memang setiap detik kita akan berinteraksi dengan Allah.pesanan ni khas jugak untuk diri aku yang selalu lupa terutama dalam nak lakukan benda yang kecik2.memang testimoni diri aku,aku buat macam ni memang ia bergerak smoothly...masha Allah is amazing beb!satu lagi yang membuat kan aku sentap sendirian, never say :

"la..waktu-waktu la sakit perut nak masuk toilet..." 


tp tukar kepada...


"Ya Allah, terima kasih untuk nikmat buang air besar ni.."

so, bagaimana pula Allah taala memberi jawapan terhadap segala permintaan kita? kita kena alert dengan signal Allah. Allah menyelesaikan masalah kita, itu adalah jawapan Allah, Allah mengelakkan kita dari keburukan, itu adalah jawapan Allah dan jawapan terbesar yang Allah taala sedang bagi kat kita Allah masih lagi mengizinkan untuk kita hidup pada saat ni.segala puji bagi Allah...alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

mari kita bermesra & berbaik-baik dengan Allah.Allah sayang kita & kita pun sayang Allah.so, x mo berkira dengan Allah sebab Allah tak penah pun berkira dengan kita :)



Sunday, May 22, 2011

Hidup Tenang Bersama Allah

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

 credit to : iluvislam.com

Thursday, April 28, 2011

Damai Denyutan Ini

Assalamualaikum...
wah...belog ku bercat baru.tetiba bila buka belog ni rasa skrin laptop aku ni besaq jek...ekceli, tema belog aku ni ade kaitan dengan ape yang aku lihat alam sekeliling aku ni. aku suka tengok langit, awan, bulan, bintang & matahari. yeah... bila aku nengok semua2 ni aku rasa aku 'melihat' & berfikir mengenai Allah. biar pun kitaran malam dan siang pada langit yang sama tapi aku x penah rase jemu untuk menatap langit Ilahi ni. macam tajuk buku Hilal Asyraf la plak... so, aku ni x de la ade lens telefoto yg boleh zoom jauh2 tu kan... aku merakam la apa yg aku tengok dengan mata yang Allah kasi pinjam ni. pastu, aku recognize yg x dek satu pun dalam dunia & hidup aku ni milik aku...x de le aku sedey, apa yang aku kendong just amal yang aku usahakan.kalau ianya lulus di sisi Allah boley la aku simpan dalam 'poket' aku ni. dah nye kalau x lulus canggano???

sunset at Pantai Remis @ Kapar
ni pantai paberet aku.paberet tu sebab dekat ngan UiTM Puncak Perdana iaitu hanya mengambil masa lebey kurang setengah jam... pastu ni bukan lokasi yg dikomersialkan macam PD ke Sepang Gold Coast ke, ni kire pantai kampung la, pastu makanan kat sini harga ok & sodap. yang paling utama keindahan ciptaan & kreativiti Allah yang sangat2 menakjubkan! masa kali terakhir aku g pantai ni kan, memang pelik sikit nak2 bila dah nak dkat maghrib.dah la waktu air surut sampai ke tenggah, cuaca dah nak gelap, pastu kan memang angin x de langsung, suasana sunyi sesunyi sunyi sunyi nya. alam macam terhenti...huhu, scary plak skali pikiaq. weh, alam terhenti ni maknanya kiamat la.

inilah gambaran pantai yang sunyi di lewat petang tu

segala puji bagi Allah yang menciptakan segala-galanya bagi manusia yang mahu berfikir. berfikir tentang kewujudan Allah, kekuasaan Allah, kehebatan Allah, kecantikan Allah...macam isi kandungan doa dhuha plak kan. okeh, alhamdulillah semalam aku diberi peluang oleh Allah untuk bersama keluarga kak wa g vacation kat Pantai Melawi, Bachok Kelantan. biasa aku g pantai capture sunset kan, kali ni bila pegi pantai sebelah timur ni ofkos la capture sunrise, kalau capture sunset gak makna katanya pintu taubat dah tertutup la. even sedikit cloudy tapi memang ttp chantek.

sunset @ muara Pantai Melawi
chalet kitorang tu berhadapan ngan muara....subhanallah memang chantek sgt2.sepanjang hari & malam berangin je.korang just imagine dah la berangin, bunyi desiran ombak, bunyi desiran pokok2 tuh...malam plak dengan langit yang dipenuhi bintang2, bulan bercahaya di dada langit.speechless... lagi fun bila duk main game ngan abg ipar, kakak ku & biras2 ku. alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Kreatif menciptakan alam ini untuk dinikmati & disyukuri hamba-hambaNya yang berfikir.fikir jangan tak fikir...
inilah beberapa moment sunrise yang aku capture.
yang gambar last tu aku suke,ekceli, lepas transfer baru aku pasan ade garisan cahaya u.sungguh chantek, masha Allah.aku berdoa semoga Allah bagi rezeki untuk aku dapatkan kamera yang best2 lagi untuk mengcapture alam kegemaran aku ni.aku seboleh2 nak elak dari amik gambar yang berdosa seperti gambar yg x menutup aurat & sebagainya agar aku menggunakan apa yang Allah kasi ni kearah kebaikan.ops...ni ha ade lagi aku nak share ngan korang :

sejak lewat petang, sampai la malam subhanallah, cantik sungguh bulan hari tu.sungguh, demi Allah... aku melihat semua ini dengan  penuh syahdu memikirkan aku ini yang amat kurang bersyukur kepada al Khaliq.dengan melihat kehebatan ciptaanNya ini aku lebih berasai damai di dalam denyutan yang bakal diambil bila2 masa sahaja.ya Rabbi, aku perlukan Mu -_-


 

Thursday, March 31, 2011

Perkara di sekeliling mata ini

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Assalamualaikum & salam kasih sayang,
tah berapa ribu kali dah aku duk dengar lagu-lagu maher zain ni dan rangkap lagu kat atas ni yang dipetik dari lagu Awaken selalu menyentapkan aku. melihat aku & orang-orang di sekeliling aku. aku seperti berdiri di tengah-tengah hiruk pikuk kekalutan dunia yang tak pernah reda. apa yang mereka kejarkan? apa yang mereka cari? kenapa mereka tak pernah puas? kenapa mereka hanya mengutamakan kepentingan yang bakal berakhir bila-bila masa? bila akan berhenti huruk pikuk ini...atau ia akan terhenti bila mana suatu pagi matahari terbit di sebelah barat? suatu ketika dulu, aku pernah tersasar. aku lupa akan Khaliq yang mencipta aku... alhamdulillah Allah kembali membangunkan aku & membawa aku ke sebuah daerah yang sebelum ini aku tak yakin dengan kewujudannya. bukan senang untuk benar-benar berada di daerah ini... banyak pengorbanan dan kesabaran yang mesti dilakukan.

aku dikelilingi kehidupan yang tidak banyak membantu aku membina kekuatan hati agar lebih teguh berada dalam daerah ini. ya, aku jujur aku katakan aku tidak mempunyai sahabat baik yang sentiasa bersama & saling sokong menyokong ke arah kebaikan. ramai yang ada di depan mata, tapi hampir kesemuanya hidup untuk dunia. nilai sebuah Islam itu dicampak jauh di dalam lipatan sejadah yang tak pernah di buka. aku selalu terngiang kata-kata brother Maher "you must to surrounding with good people". tak, hakikatnya aku tidak dikelilingi oleh orang yang baik. baik yang aku maksudkan, seorang sahabat yang bersahabat hanya kerana Allah & sentiasa sokong menyokong ke arah kebaikan. aku faham yang no body perfect, setiap orang ada perangai & kelemahannya namun cukuplah dia berpegang teguh dengan Allah & memahami fungsi hidup bertuhan & beragama.

waktu muda ini bukan alasan untuk tidak mempedulikan tuhan. bagi aku, umur hanya angka yang mengambarkan hayat kita selama mana kita hidup ini dan ia bukan tiket untuk kita enjoy dunia ni tanpa batasan. sejujurnya, setiap hari aku berhadapan dengan manusia yang selalu menghina tuhan & agama tanpa mereka sedar. dengan batang tubuh yang Allah ciptakan, berdiri di bumi Allah, bernafas, mengunakan deria-deria & tenaga yang Allah bagi untuk melakukan apa sahaja yang disukai...melihat, mendengar, bercakap, menulis, makan...dari pada semua nikmat itu kalau bukan dari yang Satu iaitu Allah? antara surah-surah dalam kitab Allah yang aku suka ialah surah Ar-Rahman. pada mulanya memang aku sentap membaca 'sindiran' Allah yang diulang sebanyak 30 kali dalam surah ini. "nikmat mana yang hendak kau dustakan?". tiada ya Allah...tiada.

tidak malukah dengan nikmat-nikmat ini kita tidak sekali pun berterima kasih dengan Allah? tidak malukan mengelarkan diri hamba Allah tetapi jarang sekali & ada yang tak pernah mendirikan solat, sujud kepada Pemilik semua ini? tidak malukah mengunakan segala nikmat ini sedang tidak pernah sekali mempedulikan Nya? cuba bayangkan kalau orang guna barang yang kita pinjamkan tapi tak sekali pun dia menghargai malah berterima kasih pada kita, pastinya maki hamunlah habuannya pada orang yang meminjam barang itu tak pun kita akan ambil balik barang tu & tak akan bagi pinjam dah. bagaimana andai kata sedang seronok bergelak ketawa Allah mengambil nikmat itu serta merta? Allah boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendakNya. 

macam-macam kerenah manusia ini dan Allah sentiasa sabar dengan semua ni malah terus menerus menyebarkan nikmat & kasih sayangNya tanpa batasan. dengan kesabaran Allah inilah menjadi semangat untuk aku juga bersabar dengan orang-orang sekeliling aku hanya sentiasa menghina Allah & Islam. mereka mengangkat darjat keseronokan dunia & mementingkan perkara lain selain Allah... dunia ini dicipta untuk kita & Allah memberi hak untuk kita berseronok di dunia ini tetapi ada caranya. sudah berapa banyak Allah memberi signal untuk menyatakan bahawa bumi ini sudah tua dan hampir sampai kepada penghujung hayatnya. kejadian gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, banjir, cuaca yang tidak menentu dilihat hanya fenomena alam yang normal namun pada hakikatnya ia amaran keras dari Allah agar manusia berwaspada.tapi apa yang kebanyakkan manusia lakukan? duit, harta, pangkat, hiburan melampaui batas yang menjadi tuhan mereka. apalah sangat nilai takbir, rukuk & sujud itu pada mereka...

kawan-kawan & pembaca sekalian...aku dulu pun pernah tersasar & tertipu dengan helah syaitan yang memainkan peranan besar untuk mengumpul seramai mungkin pengikutnya di dunia & turut serta terbakar di dalam lubang neraka kelak. alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang berkuasa kembali membawa aku ke daerah damai ini. benar... hidayah itu milik Allah. namun hidayah ini tidak akan datang begitu sahaja andai kita tidak berusaha mencari & mendapatkannya. even aku sudah berpatah balik pada jalanNya, usaha syaitan tak akan pernah luntur untuk mengotorkan hati agar lalai dari mengingati Allah. 


kawan-kawan, sesungguhnya tidak hina untuk kembali membuka paip & berwudhuk, mendirikan solat & kembali kepada hidup bertuhan. kita solat untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa pun. kita tak solat, Allah tak rugi pun. kita ni ha yang merugikan & menganiai diri sendiri. dulu aku tak faham yang orang kata solat tu mencegah perbuatan keji & mungkar tapi alhamdulillah sekarang aku faham...kalau kita betul2 solat, nescaya Allah akan melindungi kita untuk melakukan perbuatan2 keji. kita tak teruk pun kalau tak bersalaman & bersentuhan dengan bukan muhrim, kita tak teruk pun kalau menutup aurat dengan betul, kita tak teruk pun kalau menjaga patah perkataan yg keluar dari mulut ni... even though kita dikatakan x style oleh manusia tapi Allah memuji pendirian kita. apa sangat la kata-kata manusia tu kita nak hiraukan? manusiakah yang memberi nikmat-nikmat yang aku sebutkan kat atas tu? manusiakan kah yang menghitung amalan kita? manusiakah yang mencipta alam semesta ini? manusiakah yang mencipta kita ini? bukan manusia! segala-galanya adalah Allah. mari...kita hidup bertuhan. 

Dalam hadis Kudsi Allah berfirman : "wahai hamba-hambaKu, kamu semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri petunjuk. mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan beri petunjuk" (riwayat/direkodkan oleh Muslim)

segala yang kita jalani berpaksikan Allah & Rasulullah salallahu alahi wasallam. segala kita buat bertunjangkan al quran & sunnah. Islam bukan agama yang berasingan dengan kehidupan ini. kita menjalani kehidupan ini dengan penuh keseronokkan, waku solat kita sama-sama solat. kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi kita jaga batasan kita, kita sama-sama mengingatkan kepada perkara-perkara kebaikan.skema? tidak, ianya cool di sisi Allah. nak makan, kita boleh makan apa sahaja asalkan ianya halal, suci & tiada unsur2 yang kita ragu2...ingat kita adalah apa kita makan, berhibur...kita boleh berhibur tapi dengan hiburan yang membina kita agar menjadi yang lebih baik. kita belajar setinggi-tinggi kemampuan kita untuk kita gunakan ilmu di jalan yang Allah redha. aku suka dengan  kata-kata brother Idris Tawfiq semasa Khalifah Institute Diner & Talk pada 26 mac hari tu, yang bermaksud; bergulung-gulung ijazah, apa sahaja pangkat, kedudukan, kita some body ke,apa sahaja title kita sekarang di hadapan Allah kita hanyalah seorang hamba yang tak berdaya. andai kita benar-benar menjadi hamba Allah title kita hanyalah "I'm Muslim/Muslimah" itu sahaja. bak sabda our Prophet salallahu alaihi wasallam; " sesungguhnya Allah ta'ala tidak melihat rupa paras & harta2 kamu, tetapi Allah ta'ala melihat hati & amalan2 kamu"


mungkin korang akan kata, kenapa aku sebok2 sangat nak suh orang jadi itu ini? nak tunjuk baik ke? jaga tepi kain aku sudah la. tidak, bukan itu maksud aku. kalau korang choose to be good, untungnya untuk korang bukan untuk orang lain. korang nak tak hidup dengan Allah redha dengan korang? korang nak tak hidup dalam persekitaran yang sentiasa positif? korang nak tak kubur korang menjadi taman lapang yang harum?korang nak tak kita berjumpa di akhirat dengan wajah yang gembira bukannya bermuram durjana? korang nak tak dengan syafaat Rasulullah salallahu alaihi wasallam kelak? korang nak tak peluang untuk melihat zat yang mencipta kita ni?

"We may fool other people. We may even fool ourselves at times. But Allah is not to be fooled"-bro Idris Tawfiq & bro Maher Zain
 

Sunday, March 20, 2011

Gema malam bersama pujian kepada Nya & selawat kepada baginda

assalamualaikum & salam bahagia untuk kita semua,
well, alhamdulillah all praises to Allah atas segala nikmat & rahmat yang tak henti-henti Allah bagi kat kita semua. sedar tak sedar dah hampir 3 minggu ia dah berlalu. yup! kali ni aku nak share ngan korang mengenai suatu moment yang insha Allah aku tak akan lupakan sehingga akhir nafas aku ni...MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT. MZLIC diadakan pada 25 & 26 feb lalu di stadium malawati, shah alam. haih..maher ni selalu buat show area2 shah alam...dia da tau aku mmg duk sini, tu pasal dia x mo p jauh2 (uweeekk..perasan!) ok, common soalan orang kat aku "ko beli tiket rege brapa?".jawapan dia, dah x de kerusi lain depan seat aku tu.

maka, hari yg ditunggu-tunggu pun sampai..eceh...dengan slumber derknya aku g sorang2 stadium petang tu. memang meriah sangat nak2 lg diorang buat karnival kat perkarangan stadium tu. memang meriah carrey la kan...aku pun jumpa sorang dak ni. sembang punya sembang, dia macam sekepala ngan aku je. rupanya dia pun datang sorang gak.lagi best nun dari pahang.maka dgn jumpa kali pertama ni aku cop dia seorang yang sempoi, easy going & baik. zizan, ko memang best!
jumpa la beberapa geng MZMfc yanie, luq, din, kak mona, kak reena dan sempat jumpa bro firdaus mahadi. then aku antara penonton yang awal masuk dalam stadium tuh. fuh...tengok stage, debaran makin terasa. lebey2 plak kan, macam la aku yang nak buat performance. benda pertama aku tengok is stage's lighting..yup sama macam save the soul hari tu. ni mesti Mubari punya keje.chanteek!
 
persembahan dimulakan dengan geng in team & irfan makki. fuuhh, dengar suara irfan live memang gempakz! ada satu lagu dia yang berjaya membuat aku menangis iaitu lagu 'Waiting For The Call'. yang best jugak irfan makki ade nyanyi bahasa melayu dalam lagu 'Mabrouk' x silapnya. juga best sebab dia nyanyi 2 kali lagi 'Mabrouk' ni.

jeng, jeng, jeng...maka, aku melihat kelibat maher menuju belakang stage. then, beliau naik stage dengan penuh gaya, mutu & keunggulan nya itu dengan lagu pembukaan 'Always Be There'. muzik live yang diketuai oleh eddie marzuki memang manthop! ok meher...rilek2 jangan nebes. penampilannya, seperti yang korang tengok gambar-gambar ni memang bersahaja, simple & nice! 
first round dah setel, then mesut kurtis keluar. dia ni pun vokal best tak henggat punya. yang penting dia nyanyi lagu paberet aku, 'Burdah'. memang skrin kat belakang tu sanggat membantu semua persembahan malam tu. then, lepas mesut nyanyi punya nyanyi...maher keluar la. then diorang together nyanyi lagu 'Never Forget' dengan beberapa kids yang chomel2 ni. waktu ni aku dah memang bersila kat depan2 stage tu ha, kalau tak dek pagar, memang aku dah naik stage tu ;p
yang penting, aku tak keseorang bersila depan stage tu. geng2 MZMfc iaitu faziela, aiman, zie, fhame & beberapa orang lagi la. budak2 kecik tak yah cakap la. memang best sangat2 waktu tu. memang meriah habis la. even maher nampak cam penat sikit & ade 2 lagu x silapnya dia tersyasyul lirik then dia ulang nyanyi lagi lagu2 tu.lagu 'Open Your Eyes' ngan 'The Chosen One'...adeih, maher..maher. x pe, lagi bagus sebab lagi lama konsert tu.hehehe... aku dapat rasa & yakin maher benar-benar jujur dalam setiap nyanyiannya. tiada nyanyian malam itu yang tidak dimulakan dengan "bismillah". yang lagi buat aku terharu, lepas dia perform lagu 'Thank You Allah' maher pusing belakang dan lap air mata dia, dalam ati aku "la patut la tang lirik last2 tu macam tersekat-sekat sikit suara dia"
memang malam tu stadium malawati dipenuhi gema takbir mengingati kebesaran Allah & selawat salam kepada junjungan Muhammad salallahu alaihi wasallam. even maher, nampak x cukup energy tapi dia tetap bersemangat & setiap bait-bait yang keluar dari mulutnya itu....jujur! kerana itu sesiapa yg menghadiri konsert mlm tu sangat2 enjoy dan rasa x puas even maher nyanyi lebih dari 13 lagu!

satu lagi perkara yang aku tertarik mengenai sepanjang persembahan konsert malam itu iaitu peniup seruling yang didatangkan khas oleh maher sendiri dari sweden. aku memang tak tau ape nama nya tetapi beliau memang best! selain dari live band yang memang superb si peniup seruling ni gak memang banyak membantu persembahan nak2 bila ade terdengar sound system macam lari sket kan...ala, normal la tu kan. satu lagu yang paling best bila maher nyanyi lagu baru yang ditujukan khas buat rakyat Mesir, yang bertajuk 'Freedom'

ini adalah salah satu gaya maher malam tu... "feel free to sing along with me" <---ni aku pandai2 je k...

inilah wajah kesayangan hamba...wah, ayat x leh blah! apa korang terfikir bila tengok muka ni? inilah antara manusia yang Allah berikan kepada aku untuk membawa aku kembali kepada sebuah daerah yang diredhaiNya. Allah hadiahkan aku malam konsert itu sebagai malam untuk aku melihat, mendengar & merasai dengan deria pinjaman dari Nya ini seorang hambaNya yang berjaya membawa hati aku kembali kepada fitrah. mahu saja aku nak bagitau kat maher "brother, you don't know how much your songs change me". huhu, banyak la aku ni. kalau jumpa maher, nak cakap itu la ini la... depan mata hari tu pun nak cakap assalamualaikum dah ketaq kaki ;p

ini antara capture yang aku suka. thanks juga kat mia coze bagi pinjam kemera dia. iye la, memandang baby D60 aku ni x berapa nak sihat kan. melihat gambar ni seringkali membuat aku terlalu rindu akan kenangan malam 26 februari itu. bagi aku, lepas habis konsert malam tu aku puas hati sangat-sangat dan dalam masa yang sama aku rindu dengan showcase Save The Soul 15 oktober 2010 lalu. iye la ni kan konsert, maher bermain dengan ruang yang cukup besar dan waktu save the soul dulu ruang auditorium so penonton rasa dekat dengan maher & maher free untuk turun dari pentas untuk bersama audiens. kalau konsert dia buat macam tu memang tak jadi nak menyanyi la dia. pastu yang masa save the soul tu 38% live music & selebihnya minus one, konsert ni memang fully live music. lagi pula, ini pertama kali maher zain buat konsert besar yang main singernya adalah dia. give him a little bit more time k.
 tadaaa... even aku masih x de rezeki untuk amik gambar personally ngan abe maher ni, ramai2 macam ni pun ok what. kesahnya, habis je konsert malam tu aku x terus balik.aku duk dalam stadium tu sambil sembang sakan ngan geng2 Maher Zain Malaysian Fan Club terutama yang jadi komiti untuk konsert ni antaranya akhi fairuz, kak reena, kak shahidat, kak zira, ende, aiman, pokcik nizam, pojiee, fhame, kak mona, kak suzly, faziela & ramai lagi lah. pastu, aku dah dapat rasa yang diorang macam wait for something. kat stage, krew dah sebok duk bump-out. uwaaa, sangat rindu nak buat event lagi. pastu, ade beberapa orang duk susun2 kerusi atas stage tu...jeng,jeng,jeng...
 sekali ada sesi bergambar semua tenaga kerja dengan maher & semua yang terlibat dengan konsert ni.mula2 aku memang segan nak naik, dah memandangkan aku pun pakai baju koperat MZMfc & fikir bukan sng dapat chance macam ni, aku naek je la atas stage tu. giler ah dapat 'face to face' ngan maher tak penah lagi sedekat ni <---sangat fanatik bunyi nya. hahaha... tapi maher ni best la. dia sembang ngan kitorang ni macam geng lama, frenly betul. dia pun sempoi & gile2 je. di depan kitorang tu sah2 la memang ramai photografernya termasuklah photografer kesukaan maher & kitorang semua Firdaus Mahadi . maher siap cakap lagi "common firdaus, i trust you man.."

maka, malam tu berakhir dengan rasa penuh kesyukuran kerana Allah telah memberi lebih daripada aku minta. alhamdulillah, segala puji bagi Allah. setelah berakhir hari tu rindu kepada konsert ni sentiasa menebal. rindu kepada gema malam bersama pujian kepada Nya & selawat kepada baginda... Allahuakbar =,)

Tuesday, November 16, 2010

Eiduladha dan cerita ini.


Ujian yang berat

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"

(Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar." Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

*credit to iluvislam.com.

maka,dengan cerita panjang lebar (walaupun sudah diringkaskan) ini, peristiwa ini cukup menggambarkan kepada kita bahawa Allah memberi nikmat kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara & situasi. Cerita penggorbanan Nabi Ibrahim ini membuktikan kasih sayang Allah sungguh besar kpd hamba Nya & jika diukur dengan keluasan alam semesta ini pun tidak mencukupi.sesiapa sahaja yang singgah di blog aku ini, aku menyeru terutama pada diri aku dan semua saudara seummah aku...mari,mari,mari kita kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya. ingatlah,Islam bukan hanya pada nama, bukan pada surau/masjid, bukan pada majlis doa selamat/tahlil & sbgnya, bukan hanya pada jilbab,kopiah & sejadah, bukan hanya ketika berlaku musibah tetapi PADA HATI, KEYAKINAN, IKHLAS, KEPERCAYAAN, WAKTU BERSENANG-SENANG DAN SEGENAP SUDUT HIDUP INI.

Salam Eiduladha buat semua Ummah. semoga kita menjadi tetamu Allah seterusnya dapat memijak tanah suci Mekkah sebelum kita bergelar jenazah/allahyarham/allahyarhamah...insha Allah :) amen...

Labbayka Allahumma labbayk, labbayka la sharika laka labbayk. Inna al-hamda wanni'mata laka wal-mulk, la sharika lak. (Here I am, O Allah, here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily all praise and blessings are Yours, and all sovereignty, You have no partner)