Assalamualaikum,
aku cukup tersentap bila aku membaca tafsir beberapa ayat surah An-Naml.ya, terkena pada diri sendiri sebab selalu lalai terutama untuk mengrefleksi dari alam sekeliling.so, aku share kat sini beberapa tafsir yang boleh membangunkan hati kita yang terlebih hubbun duniya ini.sambil2 baca...feeling2 lagu Open Your Eyes by Maher Zain :)
59. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Segala puji bagi tertentu Allah, dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (nabi-nabi) yang dipilihNya". Manakah yang lebih baik?-Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
60. Bahkan siapakah yang telah mencipta langit & bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
61. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan; dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya; dan menjadikan untuknya gunung ganag yang menetapnya; dan juga telah menjadikan antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semulajadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakkan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
62. Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
63. Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat & laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
64. Atau siapakah yang memulakan kejadian sekelian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad) "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar"
65. Katakanlah lagi : Tiada sesiapa pun di langit & di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
Lihatlah pada firman-firman Allah yang berbentuk persoalan ini, bertapa Allah memang suruh kita berfikir. bila aku membaca tafsir Quran, banyak ayat-ayat ulangan seperti ayat-ayat di atas iaitu 'Adakah sebarang tuhan lain di sisi Allah?' dan ulangan ini sangat penting kerana mensyirikkan Allah adalah dosa yang paling besar.sama juga dengan firman Allah di dalam surah Ar-Rahman iaitu pada ayat 'fabiai'yi ala irhobikhuma tukhazhiba' yang bermaksud 'Nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu hendak tidakkan?'. Allah telah mengulang sebanyak 30 kali firman ini.
Astghfirullahalazim...maafkan kami ya Allah.mari kita, dekati & sayangi mukjizat yang ada di depan kita ini iaitu Quran. pertalian kita yang paling erat dengan Rasulullah salallahu alaihi wasallam ialah pertalian ilmu. mari, refleksi diri agar sentiasa mengingati Allah dalam susah atau senang, dalam bersendirian atau ramai, dalam sakit atau sihat, dalam gagal atau berjaya, dalam lapar atau kenyang. janganlah lokek dengan Allah kerana firman-firman di atas itu antara bukti Allah tak pernah lokek dengan kita...mari! sebarkan kebaikan :)
No comments:
Post a Comment